Ikuti Blog ini

TG Nik Aziz batal hasrat ke tanah suci.

KOTA BHARU, 13 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini.

Menurut laporan beberapa blogger Kelantan, TG Nik Aziz mengumumkan perkara itu sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi tadi.

Perkembangan terbaru itu didakwa ada kaitan dengan serangan pihak tertentu yang mempolemikkan tajaan untuk beliau mengerjakan haji.

Namun difahamkan, TG Nik Aziz tidak menyatakan sebab sebab pembatalannya itu dan hanya menyatakan beliau dan menantunya telah di fitnah dan di khianati.

TG Nik Aziz sebelum ini dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

PAS kelantan sebelum ini mempertahan TG Nik Aziz yang menerima tajaan tersebut kerana menganggapnya biasa berlaku kepada orang alim dan guru-guru pondok di negeri itu.

Mereka juga yakin, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membangkitkan isu itu adalah sekadar mencari modal politik.

MU : sesiapa yang memfitnah TG Nik Aziz dia akan menerima balasan dari Allah swt...

Tiada bonus 2 bulan untuk k'tangan awam: Najib Akan Terima Akibat!


Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.

"Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak.

"Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan perdana menteri di Parlimen, hari ini.

Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata perdana menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.

Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.

Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober lepas.

Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.


Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan perdana menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

Perdana menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar.

"Selepas perdana menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.

Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada perdana menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.

Dalam pertemuan itu, perdana menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.

Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres. - Bernama


Najib akan terima akibat...jangan ingat penjawat awam najib boleh cucuk hidung..masa pilihanraya bukan main baik..siap najib!

Memorandum gesa dikembalikan royalti oleh Pemuda Pas Kelate.







Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik keputusan kerajaan pusat membayar wang ihsan kepada karajaan negeri Kelantan.Pemuda Kelantan turut menuntut agar Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas tindakan kerajaan merampas royalti rakyat negeri itu.

Tiga tuntutan tersebut dibuat dalam satu penyerahan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di bangunan parlimen tengahari tadi.

Ketua Pemuda Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman dalam satu sidang media di lobi parlimen selepas penyerahan tersebut berkata, penyerahan memorandum berkenaan bagi menunjukkan kesungguhan mereka mewakili rakyat Kelantan menuntut agar kerajaan memberikan royalti, bukannya wang ihsan seperti yang diumumkan. sini

Inilah hasil keprihatinan umno.

Dewan kecoh projek masjid bertukar kondominium

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat semalam kecoh seketika apabila seorang Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan bagaimana tanah yang didakwa diwartakan untuk pembinaan masjid boleh dibangunkan dengan bangunan komersial.

Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang membangkitkan perkara itu, mendesak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan mengenai sebidang tanah di Sri Hartamas di sini yang dikhaskan untuk pembinaan masjid telah dibangunkan dengan projek pangsapuri dan kompleks beli-belah.

“Saya difahamkan di dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 ada sebidang tanah di Sri Hartamas yang telah digazetkan untuk masjid Desa Sri Hartamas. Kami sokong (pembinaan masjid) tetapi yang kami tidak boleh terima ialah bagaimana tanah yang khas untuk masjid boleh tukar untuk dibangunkan pangsapuri dan kompleks beli-belah.

“Saya difahamkan tanah ini telah dijual kepada syarikat swasta dengan harga RM30 juta. Sila buat siasatan perkara ini,” katanya.

Ketika menjelaskan perkara itu, Raja Nong Chik berkata, tanah berkenaan adalah milik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), yang juga telah membuat keputusan untuk membina masjid berkenaan di tempat lain.

Tidak puas hati dengan jawapan itu, Choo Keong bangkit meminta Raja Nong Chik menyatakan lokasi baru masjid yang dimaksudkan itu: ”Yang Berhormat Menteri, sekarang ini masjid dibina di mana. Saya tak nampak pun ada masjid di Sri Hartamas?”

Kepada soalan itu Raja Nong Chik hanya menjawab ringkas dan mengatakan bahawa perkara yang membabitkan agama lebih tepat jika dijawab olah Menteri agama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang lebih arif berhubung isu itu. - Bernama
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .