Ikuti Blog ini

Bob Kuman meninggal 4.38 petang ini



PETALING JAYA, 3 Mei: Pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.

Jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.


Pada 17 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan. (Gambar) - Hrkh

Wartawan berhimpun bantah keganasan


Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, sekumpulan wartawan hari ini berkumpul di Kuala Lumpur bagi membantah kekasaran terhadap mereka sewaktu menjalankan tugas, terutama dalam himpunan BERSIH Sabtu lalu.

NONEDalam perhimpunan kira-kira jam 12 tengah hari tadi di hadapan pejabat Malaysiakini di Bangsar, pelbagai wakil media pelbagai organisasi dan bahasa hadir memberikan sokongan.

Mereka hadir berpakaian hitam tanda gelapnya kebebasan media di Malaysia dan riben kuning mewakili kebebasan media di negara ini.

Jalan Kemuja yang biasanya hanya menyaksikan kereta dan motosikal lalu-lalang pada tengah hari tadi bertukar menjadi seolah-olah pesta apabila pengamal media bersorak mengutuk keganasan terhadap wartawan.

Mereka memegang kad dan kain pemidang yang antaranya bertulis 'Hands Off Journalist at Work' (jangan ganggu, wartawan sedang bertugas), 'Stop Violence Against Journalist' (hentikan keganasan terhadap polis) , 'You Have Guns, We Have Cameras' (kamu ada pistol, kami ada kamera) bagi menyuarakan bantahan.

NONEKetua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, menegaskan himpunan ringkas itu diadakan untuk memperingati keganasan yang dilakukan polis terhadap petugas media hujung minggu lalu.

"Di sesetengah negara wartawan dibunuh atau dipenjarakan. Kini kita lihat semakin banyak keganasan terhadap wartawan berlaku.

"Ini (pas media) juga adalah 'lencana kehormatan'. Kami harap mereka (polis) juga menghormati 'lencana' ini.

"Kita perlu mengambil pendirian tegas dan keganasan ini perlu dihentikan," tegasnya.

'Bukan beg penumbuk'
Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar pula mengingatkan orang ramai bahawa wartawan yang bertugas pada hujung minggu lalu bukan 'beg penumbuk' tempat melepaskan kemarahan.

"Wartawan melakukan perkara yang patut dilakukan. Kami bukan melakukan provokasi.

"(Kini) masih ada wartawan yang dirawat di hospital kerana kecederaan," katanya.

NONEBeliau turut menggesa agar polis mengembalikan bahan-bahan berita seperti kad memori berisi gambar dan keratan video kepada organisasi media tanpa sebarang ubah suai.

Beliau kemudian mengetuai peserta himpunan melaungkan "stop violence against journalist", "hidup media" dan "hidup wartawan' dan disambut meriah peserta himpunan.

Jurugambar Malay Mail, Arif Kartono yang pecah bibirnya antara mangsa keganasan yang turut kelihatan pada himpunan tadi.

Sementara itu, empat harian Cina utama hari ini turut tampil dengan penggunaan banyak warna hitam di muka depan, termasuk riben kuning sebagai membantah perkara sama. -M'kini

Gempar !!! Ugutan Bunuh Terhadap DS Anwar

Sumber gambar penuh di sini.

Pencacai Rejim Najib nak bunuh Anwar Ibrahim? Sebenarnya, beginilah mentaliti kebanyakan pencacai dan penyokong Rejim UMCO, melulu tanpa mencari maklumat sebenar tentang sesuatu perkara.

Akibat terlalu mempercayai berita di media perdana/blog, ada pencacai yang bertindak di luar jangka. Hal yang sama berlaku kepada pencacai yang tidak tahu atau gagal berhujah. Mereka memaki hamun dan mencaci sesuka hati tanpa memberikan hujah yang bernas.

Banyak sangat spesis ini saya temukan di blog dan di kumpulan FB termasuk fanpage DCM.Dalam kes ini (gambar), penjilat Rejim UMCO menulis "Darah Anwar Ibrahim Adalah HALAL Untuk DIBUNUH". Tulisan yang jelas berunsur ugutan jenayah!Duniacacamarba

Media: Suhakam tak boleh terima kekasaran polis

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan Bersih 3.0 dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) amat kecewa dan bimbang dengan pelbagai insiden yang dilaporkan berlaku semasa perhimpunan awam pada 28 April 2012, termasuk laporan pasukan pemantaunya, khususnya dakwaan pengendalian yang terlalu kasar dan secara sembarangan oleh pihak polis dalam menyuraikan orang ramai.

Suruhanjaya juga terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika; sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa.

Suruhanjaya juga mengambil maklum dengan penuh kebimbangan keadaan di mana kelakuan dan tingkah laku peserta perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru hara.

Namun begitu, penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali  di mana mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam.

Suruhanjaya, dalam Laporan Tahunan serta laporan Siasatan Awam berkenaan penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak polis semasa perhimpunan awam, telah berulang kali menyeru pihak berkuasa, agar menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Tambahan pula,  Prinsip Asas Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang juga menyediakan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang haruslah, seboleh mungkin, menggunakan cara yang tanpa kekerasan sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan kekasaran.

Walaupun Suruhanjaya telah beberapa kesempatan menawarkan diri sebagai mediator antara polis dan penganjur perhimpunan agar satu persetujuan secara konsensus antara dua pihak sebelum perhimpunan dapat dicapai, namun, tawaran tersebut telah ditolak.

Suruhanjaya juga telah beberapa kali menyeru pihak berkuasa untuk membenar dan memudahkan orang ramai untuk berhimpun secara aman.  Ia juga telah menggesa agar polis memudahkan orang ramai untuk melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan mengeluarkan pandangan tanpa membahayakan hak orang lain untuk menjalankan kehidupan dan hal ehwal harian dengan gangguan minima.

Peserta di perhimpunan yang seumpama di beberapa tempat lain seperti Georgetown, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu telah dibenarkan untuk berhimpun dan bersurai secara aman, teratur dan bertanggungjawab tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku merupakan satu testimoni kepada kebolehlaksanaan langkah-langkah tersebut.

Suruhanjaya ingin mengulangi pendiriannya bahawa ia mengakui keamanan dan kestabilan adalah yang paling utama dan bahawa ketenteraman awam perlu dikekalkan pada setiap masa, namun ianya juga berpendapat bahawa perhimpunan awam menyediakan ruang untuk orang ramai melahirkan perasaan mereka mengenai isu yang menjadi kebimbangan.

Hak-hak tersebut adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) serta Akta Perhimpunan Aman 2011 dan juga Perkara 19 UDHR mengenai kebebasan mengeluarkan pendapat.

Walau bagaimanapun, dalam usaha ke arah demokrasi yang berfungsi sepenuhnya, Suruhanjaya telah berulangkali menggesa semua pihak untuk melaksanakan hak mereka secara bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua yang terlibat dilindungi dan yang lebih penting hak orang lain yang terlibat secara tidak langsung juga mesti dihormati dan dilindungi.

Buat ketika ini, Suruhanjaya menyeru orang ramai, pihak media serta pihak berkuasa yang berkaitan yang telah menyaksikan sebarang pelakuan atau insiden mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan 28 April 2012 untuk mengemukakan maklumat, dokumen lain dan bukti yang berkaitan kepada Suruhanjaya untuk siasatan.

Sementara itu, Suruhanjaya akan membincangkan perkara ini, menganalisa bukti yang terkumpul dan mengkaji laporan pemantuan perhimpunan tersebut secara terperinci dalam mesyuaratnya yang akan datang bagi mempertimbangkan tindakan selanjutnya. -Hrkh

Untuk sebarang pertanyaan serta pengemukaan maklumat dan dokumen, sila hubungi:

Kumpulan Aduan, Inkuiri dan Pemantauan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Tingkat 11, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2612 5600; Faks: 03-2612 5694/5620
Emel: _ HYPERLINK "mailto: complaints@suhakam.org.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it " _complaints@suhakam.org.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it _ / _ HYPERLINK "mailto: humanrights@suhakam.org.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it " _humanrights@suhakam.org.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .