Ikuti Blog ini

KT Bandaraya Metropolis dan Metrofulus



KUALA TERENGGANU, 13 Jan -
Kuala Terengganu boleh dikategorikan sebagai bandar paling selamat di Malaysia. Ini kerana dengan kehadiran 10,000 anggota polis yang dibawa ke sini sejak sebelum penamaan calon lagi.


Media kerajaan telah melaporkan seramai 6,000 anggota polis yang telah dikerah ke sini, namun daripada pemerhatian kami, lebih ramai polis daripada rakyat biasa yang berkeliaran di sekitar Kuala Terengganu, seolah-olah Bandar Kuala Terengganu ini Bandaraya Polis.


Menurut sumber, difahamkan kini penambahan lagi 2,000 anggota polis dari pelbagai unit terutamanya anggota dari Sarawak dijangka akan digunakan untuk mewujudkan insiden provokasi bagi menampakkan Pakatan Rakyat memulakan kekecohan dan huru-hara di kawasan pilihan raya


Penambahan tersebut kini dipercayai menghadapi masalah penempatan MARTEK polis yang ditempatkan di keempat-empat Dun.


Terdahulu, Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi sewaktu dalam ceramahnya di Markaz PAS Pasir Panjang meminta kerajaan menghantar polis ke kawasan-kawasan maksiat di Kuala Lumpur bagi mencegah maksiat terutama di Lorong Haji Taib, yang dipenuhi dengan mak nyah dan pelacur sejak lama dulu.


Namun kerajaan mengerahkan anggota polis berkampung di Kuala Terengganu sehingga kawasan 'red spot' terabai.


Ahli Parlimen BN sendiri, Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh dalam sidang Parlimen 6 Disember 2008 yang lepas melahirkan perasaan kesalnya kerana setelah 10 tahun menunggu, Sabah masih menghadapi masalah kekurangan anggota polis, terutamanya di kawasan luar bandar.


Ahli parlimen Kalabakan itu berkata, Kementerian Dalam Negeri sering memberi alasan PDRM melalui proses `rebranding’ dalam usaha menyelesaikan masalah kekurangan anggota polis. Tambah beliau, selain masalah kekurangan anggota, polis juga hadapi masalah kekurangan kenderaan di kawasan luar bandar.


Hasilnya, Malaysia boleh 'menternak' dan 'membiak' tiga kumpulan gengster terbesar di Malaysia beroperasi dengan keahlian 17,252 orang dikesan sejak 2005 seperti syarikat tersenarai di bursa saham termasuk mempunyai kumpulan cawangan serta jalinan rangkaian yang canggih.


'fulus' berterbangan


Kuala Terengganu juga menjadi medan 'fulus BN' berterbangan di piliharaya kecil ini. Masing-masing di kalangan perwakilan UMNO di lihat mempromosi diri bagi membeli undi perwakilan dalam pemilihan Agung UMNO pada Mac nanti. Mereka bijak menggunakan peluang ini untuk mengambil hati perwakilan yang kebetulan berkumpul di sini berkempen sama.


Fenomena sebegitu sepatutnya tidak dimainkan di Kuala Terengganu. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak perlu susah payah turun ke kawasan-kawasan yang dilihat hanya berkempen untuk diri sendiri.


Kenyataan tersebut disokong, YB Hj Ir Amirudin Bin Hamzah, ADUN Anak Bukit, Kedah. Jentera kempen UMNO hanya bergerak dengan 25% anggotanya manakala yang lain-lain sibuk dengan kempen pemilihan UMNO.



Cara BN pegang janji bela rakyat


KUALA TERENGGANU, 13 Jan - Program ziarah Penduduk Kampung Bukit Depu oleh calon pilihan PAS, Hj. Mohd Abd. Wahid bin Endut petang semalam, kehadiran mengejut calon itu disambut baik penduduk sekitarnya


Beliau dalam program ziarah tersebut, turut ke rumah seorang penduduk yang menghidapi penyakit gout. Junaidi, 31, sewaktu ditanya berkata, "Saya telah pun memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun sehingga hari ini masih belum mendapat sebarang perhatian dari pihak yang berkenaan".

Seorang lagi penduduk kampung ketika ditemui, Zulkifli Yusof, 47, yang juga menderita penyakit gout semenjak 2 tahun lalu, menyatakan bahawa beliau juga telah pun membuat permohonan bantuan.


"Berkali-kali bantuan dimohon, namun kami masih lagi menunggu tindakan yang sama dari Jabatan Kebajikan masyarakat. Kini, isteri beliau pula mengambil terpaksa mengambil alih tanggungjawabnya dengan bekerja di kedai makan berhampiran bagi menyara hidup mereka bersama lagi lima orang anak yang masih bersekolah.


Najib semalam berucap pada perasmian majlis Cakna Rakyat berkata, "Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang kepada dasar membela nasib punyai kemampuan kewangan berbuat demikian".


Menolak kenyataan Najib, Wahid Endut mengulas rakyat perlu faham bahawa kerajaan perlu memberikan bantuan, walaupun tiada pilihan raya kecil di Kuala Terengganu.


"Kerajaan dilihat mempunyai maksud tersirat atau cuba memancing undi setiap kali memberi bantuan kepada golongan memerlukan,


Semalam sahaja Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen pula turunbersama Menteri Besar Terengganu dan Wan Farid, calon BN sampaikan bantuan dan mengumumkan program Jaringan Keselamatan Sosial.


Wahid ketika ditanya berikutan permasalahan tersebut menjawab, beliau akan cuba membantu untukmembuat rujukan semula kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan yang sewajarnya.


Dalam kesempatan tersebut, beliau sempat menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada Junaidi, salahseorang pesakit di situ.


Kemudian, lawatan diteruskan ke rumah-rumah dan kedai-kedai berdekatan. Kehadiran beliau dilihat begitu disenangi dan disambut baik oleh semua penduduk kampung.




Pulang tunaikan tanggungjawab - Perantau

KUALA TERENGGANU, 13 Jan - Perantau dalam usahanya mengajak pulang mengundi sebelum ini telah pun sampai ke negeri Selangor dan negeri Sembilan akhirnya sampai ke Johor. Program anjuran Perantau di Hotel Kelana, Skudai semalam itu dihadiri 100 orang anak-anak Terengganu.


Menurut Setiausaha PERANTAU, Suhaimi Embong, "PERANTAU dalam melengkapkan sesi jelajahnya mengajak seluruh anak-anak Terengganu khususnya Kuala Terengganu pulang mengundi pada piliharaya 17 Januari nanti".


"Pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini berlaku di bulan Muharram bersamaan dengan peristiwa penghijrahan nabi dan para sahabat dalam menegakkan Negara dan politik Islam,


Ust Azman Shafawi Abd Rani ketika dalam ucapannya berkata walaupun Pas dan pakatan rakyat tidak dapat memerintah Malaysia, tetapi rakyat dapat membantu menambah suara Islam di Parlimen sekaligus melemahkan lantangan suara BN di dewan.


Mengimbas sejarah Pilihanraya tahun 1995 apabila PAS kalah di Dun Jabi dengan 36 undi atas boikot ahli Pas tidak keluar mengundi, dan perihal Kelantan dapat diperintah dengan kelebihan 2 undi dengan khabaran sepasang suami isteri yang balik dari sabah mengundi PAS.


"Tanda Allah selamatkan Kelantan dengan membuka hati pengundi untuk balik mengundi dan semoga kita dipilih Allah untuk balik mengundi dan menyebabkan kemenangan Islam," tambahnya.


Dalam pada itu wakil calon itu juga memberitahu, melihat kepada mood rakyat kini kemungkinan PAS menang di dalam pilihanraya kecil tersebut adalah besar memandangkan sambutan luar biasa terutamanya pengundi cina dan golongan muda ketika turun bertemu dengan pengundi.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad turut merayu kepada semua pengundi-pengundi Kuala Terengganu pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Beliau memberitahu, pemimpin yang akan dipilih bukan bertanggungjwb kepada pengundi sahaja tetapi turut bertangungjawab kepada Allah Taala atas orang yang dipimpinnya.


Menurut beliau, atas tujuan tanggungjawab tersebut, PAS Johor berbesar hati menyediakan 3 buah bas bagi pengundi untuk balik mengundi. Penyediaan bas adalah pemudah cara bagi pengundi pulang memandangkan boleh berhubung dengan suhaizan kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat


Majlis bersama anak-anak di perantaun yang diadakan itu turut dihadiri Ust Abdullah Hussin Ketua Dewan Ulama' PAS Johor, Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.



PAS dakwa Umno parti ekstrem perkauman

KUALA TERENGGANU, 13 Jan: PAS melahirkan rasa kesalnya terhadap tindakan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang terus-terusan memainkan sentimen kaum dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

(Gambar: Mustafa menunjukkan risalah menghasut yang disebarkan jentera BN.)

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya menemui satu risalah yang disebarkan BN yang mempertikaikan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan cara memainkan api perkauman.

"Dalam media, pemimpin Umno dan BN bercakap soal perpaduan tetapi apabila datang kepada kaum masing-masing, mereka menyebarkan api perkauman," kata beliau sambil menunjukkan satu risalah yang disebarkan kepada penduduk Melayu di Kuala Terengganu.

Beliau yakin risalah itu dibuat oleh jentera pilihan raya BN untuk menanamkan rasa marah orang Melayu terhadap pemimpin Pakatan tetapi kandungannya penuh dengan semangat perkauman yang ekstrem.

Antara kandungan risalah itu adalah "Hanya kerana nak terus berkuasa, Tan Sri Khalid sanggup jadi barua DAP", "Haram jadah punya Khalid Ibrahim, sanggup jual bangsa sendiri" dan sebagainya.

Sudahlah kandungannya penuh dengan hasutan, fakta yang disiarkan dalam risalah bertajuk "Buletin anak Jawa Selangor" itu penuh dengan penyelewengan dan tipu muslihat, kata Mustafa.

"Saya ingin bertanya kepada Umno, kenapa sampai perlu buat begini?" kata Mustafa dalam sidang media di Markas Besar PAS itu.

Bagi Mustafa, pendekatan Umno ini berbeza dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Semasa kami memerintah Terengganu dahulu, kami bela semua pihak termasuk penduduk Cina di negeri ini sehingga Umno juga berkempen apa guna kami beri cukai pintu percuma kerana ia menguntungkan orang Cina kerana mereka ramai di bandar," beritahu Mustafa.


Najib Memperbodohkan Rakyat Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 13 Jan — Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Jan ini.


“Insya-Allah jika bagi kita mandat ini, saya berjanji kita akan membuat perubahan yang besar di Kuala Terengganu,” katanya ketika berucap pada majlis sarapan pagi di rumah setiausaha Umno bagi peti undi Paloh Zaki Mohd Yusof di Sungai Kiat, Kubang Bakung di sini hari ini.- Bernama

Nampaknya anak Tun Razak ni lupa dari parti manakah wakil parlimen Kuala Terengganu yang meninggal dunia semasa sedang bermain badminton di Genting Highland sehingga memungkinkan pilihan raya kecil sekarang diadakan. Bukankah Allahyarham Datuk Razali Ismail adalah wakil BN. Apa perubahan besar yang telah dilakukannya semasa beliau diberi mandat menjadi wakil parlimen selepas pilihanraya umum Mac 2008 lalu?


Najib oh Najib, tak habis-habis nak menipu dan memperbodohkan rakyat. Tolonglah Najib, masyarakat dan pengundi di Kuala Terengganu sudah bosan dan serik dengan janji kosong dan temberang pemimpin umno/BN.


Nak tanya sikitlah YAB Datuk Seri Najib, you dah lebih seminggu ni tidak masuk pejabat TPM, aysik jual kelentong di Kuala Terengganu ni apa hal?. Ni mesti kes janji pru Mac lalu banyak yang tidak ditepati ni. So, sekarang datang nak goreng lagi.




Muafakat petanda kemenangan calon PAS - TG Hadi


PILIHANRAYA KECIL-PO36 PARLIMEN KUALA TERENGGANU
MUAFAKAT kukuh dan utuh melalui persepakatan kerja menghadapi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu merupakan tanda-tanda awal kemenangan Pakatan Rakyat.

"Pendahuluan pilihanraya sehingga penamaan calon, sehingga hari ini telah membuktikan keutuhan Pakatan Rakyat dengan kerjasama yang sangat kukuh adalah kemenangan awal yang lebih penting yang akan kita teruskan,"perpaduan kita semakin hari semakin kukuh dan kita mengharapkan PRK Kuala Terengganu menjadi satu anjakan paradigma kepada seluruh negara untuk kita membuat perubahan yang seterusnya,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media bersama Pakatan Rakyat di Markaz Besar Pilihanraya di Kuala Ibai semalam.

Beliau sebelum itu mengalu-alukan kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang datang untuk turut sama berkempen dalam PRK Kuala Terengganu.

Kemenangan ini adalah jelmaan kerajaan rakyat - Guan Eng

SETIAUSAHA Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng berkata beliau datang sebagai pimpinan DAP untuk memberikan bantuan dan berkempen bagi calon Pakatan Rakyat dari PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut.Beliau yakin dengan sokongan padu parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat akan membuahkan kejayaan kepada calon PAS."Saya berharap pada 17 Januari kita akan gelarkan (Wahid) sebagai YB-YB (YB dua kali) dengan kemenangan hasil sokongan dan kerjasama oleh semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Rakyat Bagan berkata kemenangan tersebut penting bagi Pakatan Rakyat untuk satu perubahan menjelmakan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, bercorak demokrasi dan sebuah kerajaan yang beretika.


Manakala Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat dari PAS.”Wahid InsyaAllah akan menang dan kita (PKR) akan bekerja sedata upaya untuk memenangkan beliau,"Sekiranya beliau menang kita akann dapat menunjukkan ’Indeks Prestasi’ (Key Perfomance Index) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan dipenuhi,”ujarnya.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Induk Jentera Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR Mustafa Kami Ayub dan Calon Parlimen PAS Mohd Abdul Wahid Endut.


{Jika Pakatan Rakyat menerusi gabungan PAS, PKR & DAP semakin kukuh perpaduan, bagaimana pula dengan BN yang diketuai Umno. Khabarnya ada juga ahli komponennya tawar hati untuk berkempen kerana ada beberapa isu semasa melibatkan parti masing-masing gagal ditangani sehingga mengakibatkan ramai sudah mula merasakan kesepakatan dan tradisi membela parti semakin berkurangan}



Peringatan kepada PAS dan pendokong Pakatan Rakyat

Kepada kesemua pendokong serta penyokong PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, sekalipun bacaan aliran pengundi menyebelahi kepada calon PAS, kekuatan dan kebijaksanaan putar-belit dan penipuan serta ugutan umno/BN jangan dipandang ringan.


UMNO/BN pasti akan melakukan segala helah dan tipu muslihat baik dari segi kebendaan, perang saraf maupun kekerasan dan ugatan demi meraih undi dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.


Dalam keadaan sekarang, rasa yakin untuk menang perlu ada tetapi jangan sampai membawa kecundang. Rasa yakin menang yang melebihi batasan akan hanya memudaratkan kita sendiri. Masa 4 hari terakhir ini kerajaan rakyat amat mengharapkan dan berdoa agar seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat jangan sekali-kali terpengaruh dengan perang saraf umno/BN yang cuba melalaikan kita dengan aliran bacaan pengundi yang positif kearah kita.


PAS dan Pakatan Rakyat tidak mampu kehilangan walau satu undi akibat daripada ketidakhadiran pemilih yang ingin mengundi calon PAS tetapi tidak keluar mengundi kerana “terlebih yakin” bahawa PAS akan menang.


Nasihat dan pandangan Anwar Ibrahim dalam hal ini perlu diberi perhatian oleh kesemua jentera Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.


“Pada pandangan saya Pakatan Rakyat perlu bekerja sekuat mungkin dan jangan terlalu yakin.

“Kita kena kerja kuat kerana berdepan dengan media yang serong dan tidak berikan ruang kepada kita,”

“Saya tak perkecilkan peranan pengundi-pengundi Cina, tapi undi pengundi Cina di Kuala Terengganu sangat kecil.

“Jadi faktor yang menentukan menang atau atau tidak, masih lagi melalui undi Melayu dan undi Cina itu akan membantu…undi India juga akan membantu,”

ANWAR IBRAHIM


Kerajaan Rakyat hamparkan lautan tahniah dan syabas kepada setiap insan walau di manapun berada yang telah, sedang dan akan berusaha membantu gerak kerja menjurus kearah kemenangan calon PAS Mohd. Abdul Wahid Endut, insyaALLAH.




Peluang PAS meningkat, lebih daripada 50-50

http://buletinonline.net/images/stories/berita/penamaancalon.JPGKuala Ibai, Kuala Terengganu – Pengarah Jentera Pas Bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong berkata peluang PAS untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu telah melebihi daripada 50-50

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Markas Tarbiyah PAS Kuala Ibai, dekat sini semalam.

Menurutnya pelbagai isu yang dilontarkan PAS masih tidak dapat dipatahkan oleh Barisan Nasional (BN).

Justeru, beliau berkata dengan hanya tinggal empat hari menjelang tarikh mengundi, peluang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu menjangkaui 50-50

‘‘Ramalan ni semua buat, polis buat, tentera buat, semua buat. Tapi saya sendiri selaku Pengarah Pilihan Raya jangkaan saya peluang kita lebih sikit daripada 50-50.

‘‘Cuma kebimbangan saya satu perkara sahaja iaitu kehadiran polis yang begitu ramai boleh menakutkan orang ramai di samping menggalakkan ‘hantu-hantu’ keluar dengan perlindungan polis,” katanya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/PCDato%20Wan.jpg


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .