Ikuti Blog ini
Pantai Port Dickson kotor ,Khamis, Oktober 08, 2009 at 8.10.09,
Beginilah keadaannya pantai-pantai di Port Dickson yang kotor sehingga menjejaskan industri pelancungan di sana.
Oleh kerana keadaan pantai PD yang kotor, Isa dan Najib hanya mandi di kolam renang rumah masing-masing sahaja.
Tambahan pula, Najib yang sememangnya mempunyai 'pengalaman ngeri' di pantai Port Dickson beberapa tahun lalu. Nasib baik Isa Samad sedia membantu dengan kuasa menteri besar yang ada padanya pada masa itu.
Najib begitu terhutang budi dengan Isa Samad sehinggakan terpaksa meletakkan Isa sebagai calon walaupun hanya 'recycle' dan 'bundle' di dun Bagan Pinang.
Tentera jangan takut undi Pas-Tok Guru Nik Aziz , at 8.10.09,
| |
KOTA BHARU : Anggota tentera yang terlatih dengan semangat keberanian dan keperwiraan perlu berani mencetus suasana politik ke arah lebih adil dan harmonis di negara ini. |
Impian itu hanya akan menjadi kenyataan apabila mereka memilih PAS pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang Ahad ini.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keberanian tentera yang mempunyai kemahiran menggunakan peluru dan bom harus juga diterjemahkan dalam menegakkan demokrasi di Malaysia.
"Seharusnya perwira kita perlu berani memberi sokongan padu keada perjuangan mendaulatkan Islam pada 11 Oktober ini.
"Tanggungjawab hendaklah dilaksanakan selaras mengikut syariat dan tidak memberi peluang kepada pihak lain mempergunakan kebolehan mereka," katanya di sini.
Anggota tentera merupakan tiga suku daripada 13,664 pemilih yang berdaftar di Bagan Pinang. Mereka menyumbang sebanyak 4,604 undi yang didaftarkan sebagai pemilih pos.
TG Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, anggota tentera yang diamanahkan menjaga keselamatan negara seharusnya sentiasa berada di landasan yang betul selari dengan kehendak Islam.
Katanya dalam sejarah Islam peranan tentera bermula sejak zaman Rasulullah saw, di mana setiap pendokong perjuangan Islam terdiri daripada tentera.
"Rasulullah saw seorang peniaga, ahli politik, hakim dan juga seorang panglima tentera.
"Sekiranya tuan tuan seorang askar, tuan tuan telah berada di landasan yang betul kerana menjaga tanah air agar tidak diganggu gugat musuh," ujarnya.
Beliau juga berkata, sistem pengundian pos yang ada sekarang telah dipergunakan untuk kepentingan pemerintah sewenang-wenangnya.
Menurutnya banyak kes yang dilaporkan ada pihak yang mewakili seseorang anggota tentera mengundi bagi pihaknya, sedangkan ia bertentangan dengan amalan demokrasi.
Beliau juga berkata, anggota tentera boleh menjadikan Kelantan yang dipimpin gerakan Islam sejak hampir 20 tahun lalu sebagai contoh sebuah pentadbiran yang bersih.
"Segala bentuk rasuah, penyelewengan, perjudian atau seumpamanya diambil tindakan tegas kerajaan negeri bagi melahirkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang bersih," ujarnya._harakahdaily