Ikuti Blog ini

Datuk Nasir Keji Kaum Cina-India. Polis Terkedu

Pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang bermulut celupar telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila beliau melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM kepada bukan melayu.


Maka kita mengerti kini mengapa ekonomi negara menjunam begitu teruk. Ia disebabkan Perdana Menteri mempunyai pembantu beridealogikan negitif dan perkauman.

Bukan sahaja Nasir perlu dipecat, beliau sewajarnya ditahan sebagai tahanan ISA kerana memecah belahkan kaum. Adalah wajar kaum selain melayu menyaman beliau.

Mengenai ISA, pencatat yakin Kementerian Dalam Negeri akan berdiam diri. Mungkin si bacul dari Semberong itu akan mengambil tindakan.

Adakah Tan Sri Musa akan mengambil tindakan ? Ahh... KPN itu sudah dikenalpasti sebagai pembodek. Mana mampu Musa menangkap dan memenjarakan Nasir.

Isu ini memungkinkan Mahkamah Rayuan memangkan UMNO-BN dalam kes rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Malapetaka untuk UMNO-BN sudah pasti berlaku jika UMNO-BN kalah dalam kes tersebut.

Profesor kangkong umno disaman.

ALOR SETAR, Feb 3 — Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi hari ini dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara selepas didapati bersalah menghina mahkamah apabila gagal melaksanakan satu perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini, Julai lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu dalam kamarnya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Dr Nordin, atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan jumlah itu dalam tempoh dua minggu mulai hari ini.

Pada 8 Julai lepas, sebuah syarikat penganjur program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) UUM, memperoleh perintah injunksi Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang universiti itu meneruskan program berkenaan.

Peguam C V Krishnadevan yang mewakili KIC Management berkata UUM bagaimanapun gagal mematuhi perintah injunksi itu, menyebabkan pihak syarikat memfail waran komital pada Oktober tahun lepas.

Sementara itu Pengarah Urusan KIC Management Azahar Abdul Rahman berkata syarikat itu memohon injunksi itu selepas UUM, melalui surat bertarikh 18 Mei 2009, membatalkan perjanjian usahasama dengan syarikat berkenaan untuk mengendalikan program itu, berkuatkuasa 1 Jun lepas.

Azahar berkata mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1 Sept 2008, pihak yang mahu menamatkan kontrak itu mesti memberikan notis secara bertulis selama enam bulan lebih awal dan selepas pelajar sesi terakhir menamatkan pengajian mereka.

Sementara itu peguam Datuk Hashim Jahaya yang mewakili Dr Nordin berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan merayu keputusan itu atau tidak. — Bernama

Mengapa anda perlu mengundi PAS ?



1) PAS tidak kekosongan dalam agenda perubahan politik negara. PAS bergabung bersama PKR dan DAP selain mempunyai hubungan yang kuat dengan NGO-NGO lain. Jadi anda tidak perlu meraguinya kerana ia mewakili kehendak atau suara ramai.(bukan kehendak PAS semata-mata).

2) PAS merentasi semua kaum dan lapisan masyarakat. PAS menolak segala racism, politik perkauman yang jumud dan sempit. UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti komponen dalam BN berteraskan politik perkauman. UMNO untuk Melayunya, MCA untuk Cina dan MIC untuk India. Ia membuka ruang yang tidak selamat kepada usaha perpaduan antara kaum di negara ini jika menjadikan parti-parti tersebut sebagai wasilah perjuangan. Walaupun menggunakan BN sebagai penyatu antara parti-parti kaum didalamnya, namun ia masih di atas kepentingan kaum tertentu dan bukan melihat kepentingan semua pihak. Sedangkan PAS bercirikan kesyumulan yang berteraskan agama Islam, kerana Islam bukan untuk Melayu, Cina, atau India semata-mata tetapi untuk semua kaum, bangsa, dan agama.

3) PAS mempunyai agenda nasional yang besar, bukannya dilihat di dalam juzuk sempit politik semata-mata tetapi PAS melihat beribu-ribu isu negara yang terabai di bawah pemerintahan BN sebelum ini. Isu penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, Badan-badan pencegahan, badan keselamatan dan lain-lain. Sebagai contoh dalam sistem keadilan negara. Kerajaan BN di dalam pemerintahannya telah menjadikan kebebasan bersuara di sekat dengan pelbagai akta dan politik sempit. BN juga telah merencatkan perkembangan jiwa dan minda rakyat untuk melahirkan world-class mentality (mentaliti kelas dunia) dengan pelbagai ugutan, ancaman dan permusuhan terhadap rakyat yang berani meluahkannya.

4) PAS masih kekal dengan rekod yang cemerlang di negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, negeri role-model Kelantan yang menjadi sebuah negeri yang berkebajikan di bawah pemerintahan pemerintah yang adil dan bersih. Skim Kifalah, Armalah, Gerak berdikari dan lain-lain yang dilaksanakan di Kelantan menjadi contoh bahawa walaupun negara di rundum dengan masalah ekonomi, kebajikan rakyat masih lagi terpelihara. Tidak di bawah pemerintahan BN yang hanya akan menyusahkan lagi rakyat dengan pelbagai beban kewangan, cukai, harga barang, tol, tarif air dan elektrik dan lain-lain atas alasan bagi menampung kewangan negara di sebabkan kemelesetan ekonomi dunia.

5) Akhirnya, sebab apa anda harus mengundi PAS kerana ianya bukan hanya untuk masa depan kita, tetapi untuk kemakmuran dan masa depan anak cucu kita.

Wallahu'alam

~PAS untuk Semua~





Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat meninggal dunia

PASIR PUTEH, 3 Feb: Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalthom Othman, 61, kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.

Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.

Allahyarhamuha adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing.

Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. Al-Fatihah


(Gambar: Hajjah Kalthom bersama saf pimpinan Muslimat Pasir Puteh pada sesi muktamar pemilihan tahun lepas)

Mawi ceramah dengan Pakatan Rakyat


Gembor wei… Mawi berceramah dengan Pakatan Rakyat

Semakin ramai yang berminat dengan Pas

http://lh3.ggpht.com/_8XnvweFCW6Q/S2WV-yESCcI/AAAAAAAACaU/y1yYzObuGUs/bersama%20wazi.JPG


Wazi bersama Ketua DPP Pas Pusat, Ustaz Nasaruddin


Wazi bersama Timbalan Ketua DPP Pas Pusat, Ustaz Azman


Ketika ini, Pas sudah diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuklah personaliti. Setelah Renggo Arrow, Ito', Mel Wings dan Amy Search , kini bekas Juara Cub Prix Kebangsaan, Wazi Abdul Hamid telah berminat dengan Pas. Sdr Wazi turut kelihatan di Himpunan Pemuda Pas Perak (HEMPAP) Ahad lepas dengan berkopiah. Alhamdulillah.. Harap lebih ramai lagi yang berminat dengan perjuangan Pas. Sesuai dengan slogan
Pas for all..

Saya Tak Layak Kritik Tengku Razaleigh - Dr. M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap bahawa beliau tidak layak untuk mengkritik tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan pentas pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan kerana bekas Perdana Menteri itu sendiri pernah melakukan perkara sama sebelum ini.

"Saya tak fikir tindakan menggunakan pentas pembangkang perbuatan yang diterima tetapi saya juga pernah bercakap dalam kumpulan kecil mengkritik kerajaan.

"Saya tidak layak untuk mengkritik," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menggunakan pentas pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu layak menerima lima peratus royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Logik Asean di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Khamis lalu, bekas Menteri Kewangan itu dalam satu perhimpunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan berkata bahawa negeri itu layak memperoleh royalti berkenaan. Sedangkan kenyataannya itu bercanggah dengan pendirian Kerajaan Pusat yang mahu menyumbangkan wang ihsan.

Ekoran itu, Pergerakan Pemuda Umno melahirkan rasa kesal dengan tindak-tanduk Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang berkongsi pentas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa perhimpunan di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baru.

Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr. Mahathir mengkritik keras kerana tidak bersetuju dengan beberapa tindakan penggantinya itu menguruskan negara.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berpendapat, Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu kerana mengutamakan negerinya berbanding Kerajaan Pusat.

“Saya fikir sebagai anak jati Kelantan, beliau mahu melihat negerinya itu mendapat wang. Itu saya rasa. Saya belum bercakap dengannya," ujar beliau.

Ditanya sama ada tindakan itu akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap Umno berikutan kejadian itu, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin.

“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir."
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .