Ikuti Blog ini

[VIDEO] Peluk Islam Setelah Selesai Ceramah Umum PAS Kawasan Balik Pulau


Alhamdulillah...
kita menerima seorang lagi saudara baru yang memeluk Islam pada malam tadi setelah selesai ceramah umum PAS Kawasan Balik Pulau di Dataran Teluk Kumbar...

Ustaz Mohd Fauzi selaku YDP PAS Kawasan Balik Pulau merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang telah mengajar saudara baru yang berbangsa Cina mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH...

TAKBIRRR!!!...ALLAHUAKBAR...


 

Pimpinan PAS di jamuan Aidilfitri Kampung Baru

 

KUALA LUMPUR: Saf kepimpinan PAS di pelbagai peringkat kini berada di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru sempena majlis hari terbuka Aidilfitri parti itu hari ini.

Bermula dari Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta seluruh AJK PAS Pusat berada di sini dan bersedia menerima kunjungan tetamu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tetamu awal dilihat tiba pada majlis ini petang ini.

Majlis rumah terbuka PAS ini bermula jam dua hingga lima petang ini dan menyediakan pelbagai juadah untuk jumlah 100,000 orang.

Orang ramai juga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut hari ini. -Hrkh

PBT Diselar, Turunkan Bendera PAS Biarkan Bendera BN



Seremban – Pas sifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang sempena Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan, di Dataran Senawang, dekat sini sebagai tidak adil.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sekiranya pemasangan bendera parti di kawasan tersebut merupakan satu kesalahan, tindakan sama juga perlu dilakukan terhadap bendera Barisan Nasional (BN) di situ.

“Jika hari biasa memang kita tidak pasang bendera Pas di kawasan terbuka seperti ini. Tetapi, kita pasang kerana kita anjurkan majlis rumah terbuka.

“Kita tiada masalah jika pihak berkuasa menjalankan tugas, tapi menjadi persoalan mengapa bendera BN dipasang di hampir keseluruhan pokok palma di Dataran Senawang tidak diturunkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi berkata, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sewajarnya bertindak secara profesional dalam menjalankan undang-undang berhubung pemasangan bendera parti.

“Saya juga musykil kerana kawasan Dataran Senawang yang dimenangi pakatan pembangkang tidak dibenarkan memasang bendera parti, sedangkan BN diberi ruang sebebasnya di sini. Malah bendera BN juga sudah berbulan-bulan dibiarkan tergantung tanpa tindakan pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, kira-kira 40 bendera Pas yang dipasang di sekitar Dataran Senawang sehari sebelum majlis, diturunkan penguat kuasa MPS kira-kira 9.30 pagi. -SH

Kisah Kasut Terbang di PUMPONG antara Hujah Blogger PR & BN..!!!

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
 

Berhempas pulas nampaknya sebuah blog bukan upahan (sebab UMNO tak bayaq dekat blog ni, buat kerja bodoh tanpa upah) mempertahankan diri terhadap isu penyerang masjid Pumpong baling kasut ke dalam masjid.

Isu baling kasut ke dalam masjid ini didedahkan oleh Datuk Mahfuz Omar serta beberapa orang saksi yang berada dalam masjid ketika itu. Ohya sebelum tu, nak habag bagi kat orang di luar zon utara apabila disebut 'kasut' maka orang Kedah ni pukoi borong semua... sepatu, sandal, terompah, selipar atau apa-apa saja alas kaki semua depa sebut kasut. Bukan apa, nanti ada pulak pahlawan maya taik kucin UMNO kat KL nun akan putaqbelit pulak kata sekejap selipar, sekejap kasut.

Lepas tu depa masukkan isu remeh temeh untuk spin, misalnya Mahfuz kata jarak dia dengan Anwar cuma tiga orang, depa siar balik foto dalam masjid tu.. tapi depa spin, pi lengkong kira orang kat saf belakang untuk jadikan jumlah 5 orang, walhal kalau depa kira direct orang depan Mahfuz ke Anwar memang 3 orang pun. Sampai tara tu puak2 ni nak memperbodohkan orang cerdik.

Oleh kerana semua hujah2 mempertahankan diri yang panjang lebar dan berhempas pulas tu adalah hujah2 pekak wailon belaka maka tak payahlah MK menjawab kesemuanya. MK cuma nak serang balik puak2 penyokong serangan ganas terhadap 'rumah Allah' dalam bentuk soalan.. tak payah bagi jawapan laa ni. Jawab kat akhirat besoklah bila malaikat tanya:

1. Betoi ke dak (betul atau tidak) kumpulan penyerang masjid itu terdiri dari ahli UMNO, Perkasa serta para penyokong mereka?

2. Adakah kumpulan penerang itu mempunyai tauliah dari Pejabat Agama untuk bertindak menghalang tazkiroh di masjid?

3. Benarkah sebahagian besar kumpulan penyerang itu tidak bersolat Maghrib? Kononnya nak cegah mungkar tapi sedarkah mereka bahawa mungkar yang besar ialah tidak menunaikan solat?

4. Betoi ke dak kumpulan penyerang telah mengacaubilaukan masjid, membuat bising, bersorak, memaki hamun Anwar dan Imam, membunyikan siren untuk mengganggu tazkiroh? Setuju atau tidak bahawa tindakan tersebut adalah biadap terhadap rumah Allah?

5. Bersetuju atau tidak bahawa Anwar langsung tidak bercakap politik atau isu-isu politik dalam masjid?

6. Bersetuju atau tidak bahawa jika hanya kerana tokoh politik bercakap masjid dianggap mencemarkan institusi masjid maka Najib, Muhyidin, Mat Bashah serta sebahagian besar pemimpin UMNO telah mencemarkan institusi masjid kerana mereka juga pernah berucap di dalam masjid?

7. Betoi ke dak Timbalan Presiden Perkasa Zulnordin telah membuat pengakuan terbuka di TV3 bahawa dalam peristiwa itu kasut di baling ke dalam masjid Pumpong itu berlaku? (Rujuk Buletin Utama 3 September)

8. Setuju atau tidak jika semua isu 'tauliah' ditangani secara ganas seperti yang berlaku di masjid Pumpong, dengan mengetepikan pihak berkuasa agama dan keselamatan maka umat Islam akan jadi huru hara?

(Ada banyak lagi soalan... jawab hak tu dulu, kalau mampu jawab... sebelum soalan cepumas yang lain menyusul.)

Panas!! Umno Cawangan Di Pasir Salak Di Bubarkan Serta Merta


Umno Pasir Salak menerima tamparan hebat dimana seramai 35 orang ahli Umno cawangan Pulau Juar di DUN N 49 Kampung Gajah dengan rasmi keluar parti semalam.

Penyerahan borang beramai ramai untuk menjadi ahli Pas telah diserah kepada Mantan Menteri Besar Perak Dato Sri Nizar Jamaludin pada satu majlis jamuan hari raya Pas kawasan Pasir Salak.

Penyerahan borang itu diketuai oleh Saudara Mohd Jamil yang merupakan ketua cawangan Umno Pulau Juar . Pulau Juar sebelum ini merupakan kubu Umno.

Menurut sumber berita sebab mereka keluar dari parti Umno kerana rasa tidak puas hati dengan pergerakan itu.


Dengan penyerahan borang keahlian untuk menjadi ahli Pas maka dengan rasminya mereka telah mengistiharkan bahawa cawangan Umno Pulau Juar di bubarkan.

Dengan berita pembubaran cawangan serta kemasukan ahli Umno Pulau Juar diharap ahli Pas serta Pakatan Rakyat kawasan Pasir Salak mempergiatkan lagi usaha agar pada pilihan raya umum yang akan datang dapat merampas Parlimen Pasir Salak ,Dun Sungai Manik serta Dun Kampung Gajah dari tangan BN.

Media Perak.Com mengucapkan syabas kepada Pas kawasan Pasir Salak kerana berjaya meroboh benteng Umno di kawasan tersebut.

Bye Bye Umno…~~~

~mediaperak
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .