Ikuti Blog ini
SPRM.... PDRM.... Belasah Suspek.... ,Jumaat, Januari 30, 2009 at 30.1.09,
Minggu ini pula kecoh pasal Suspek Rasuah oleh ahli umno kena belasah dengan SPRM pulak, sebaliknya geng-geng umno kecoh dan sibuk yang sebelum ni tak pernah belajar ilmu Demonstrasi buat demonstrasi di perkarangan menara Dato Onn membantah pembubaran sayap-sayap umno, kes member kena belasah dengan SPRM sekadar perkara biasa saja bagi mereka.
Tetapi Dewan Pemuda Pas pula yang mengambil insiatif mengecam dan membela orang umno di atas kekejaman SPRM menjalankan sesi soal-siasat terhadap suspek. Adakah media kerajaan perbodoh fikiran rakyat akan memainkan isu ini dengan mengatakan parti pembangkang cuba mengambil kesempatan politik juga.
Orang-orang umno semua bukalah mata dan minda anda, dimanakah pembelaan dari parti perjuangan anda selama ini terhadap ahlinya, sedangkan ahli tersebut hanyalah suspek sahaja dan belum terbukti lagi beliau bersalah atau tidak, tetapi telah dimalukan dan dibelasah semahunya..., korang fikirlah sendiri...
Yang saya tahu suspek yang dibogelkan hanyalah suspek yang terlibat dengan dadah atau penyeludupan, habis lubang jubor dikoreknya, siasatan jika ada dadah yang disembunyikan, bagi suspek perempuan tu faham-faham jelah yea..., agaknya kalau suspek rasuah diorang takut ada duit yang disembunyikan dalam lubang jubor kot, pasal tu dipaksa bogel.
Walau apa pun PDRM dan SPRM tetap hebat selagi bernaung dibawah Kerajaan Barisan Nasional, sehebat pemimpin Barisan Nasional juga yang mengamalkan ilmu kereta KEBAL. Dan mereka juga lupa bahawa ada lagi yang lebih KEBAL dari mereka.... ha..ha..ha..
Yang ini BeEnd/Umno tak nak tangkap ke? dan belasah diorang pasal menghina membakar bendera parti, salah perbuatan diorang tu. Bukan apa? teringat pulak kes bakar bendera di Trengganu dulu, geng umno kan dah pandai berdemonstrasi jadi tunggu apa lagi, kerahkan geng korang semua buat bantahan terhadap penghinaan ini.
Lantak korang le.... PRU-13 nanti kita tengok siapa yang lebih KEBAL.
Umno diibaratkan parti yang hilang graviti - Tok Guru Nik Aziz , at 30.1.09,
Perkembangan dalam Umno sekarang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.
Kata beliau, kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.
“Umno kini tiada daya tarikan atau ‘graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama PAS,” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.
Tok Guru itu berkata lagi apa yang sedang berlaku dalam Umno merupakan perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, khasnya PAS, yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.
Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, Nik Aziz berkata, itu adalah masalah dalaman Umno.
“Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul.
“Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya,” katanya
Pakej Ransangan Kedua: Najib perlu bentang di Parlimen, elak kegagalan berulang , at 30.1.09,
Ketua Penerangan PAS Dato' Mahfuz Omar berpendapat, langkah itu perlu bagi memastikan segala dasar dan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang gagal akibat salah urus dan tadbir tidak berulang lagi menyebabkan ekonomi negara bertambah parah.
"Kita tidak mahu pakej ini hanya 'dilingkari' dan 'dimanfaatkan' oleh Umno dan BN serta kroninya sahaja sedangkan ianya perlu mendapat pandangan semua pihak termasuk pembangkang yang mewakili suara rakyat.
"Kita tidak mahu lagi tradisi Umno-BN yang terus melaksanakan tanpa mengambil kira pendapat semua dan bila gagal, pakej lain diperbaharui lagi," katanya ketika menghubungi sebentar tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena tidak menafikan pakej rangsangan amat penting dalam mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi selain mengatasi masalah pembuangan pekerja secara beramai-ramai serta mengatasi krisis ekonomi itu.
Namun pakej itu tidak dilakukan 'bersendirian' seperti sebelumnya yang hanya mengambil kira pandangan kerajaan BN semata-mata yang menyebabkan perubahan tidak berlaku.
Memberi contoh, Mahfuz menambah isu suntikan pemulihan saham RM5 billion oleh KWSP kepada Valuecap juga gagal termasuk bail-out kepada syarikat-syarikat tertentu.
"Berapa banyak pakej yang dilakuan secara sendiri-sendiri oleh BN sebelum ini yang akhirnya gagal dan tidak mendapatkan perubahan. Kita mahu semua pihak terlibat memberi input dalam menjana ekonomi negara yang lembap ini," .
"Ini bukan masanya untuk memikirkan kepentingan survival politik. Isu ekonomi merentasi sempadan politik dan melibatkan kepentingan seluruh rakyat dalam negara," katanya.
Jika perlu, katanya satu sidang khas Parlimen sebelum 16 Februari dibuat selama dua hari bagi semua ahli parlimen membincangkan secara serius dan terperinci supaya pakej ini tidak dilakukan secara terburu-buru dan mengakibatkan kegagalan seterusnya menenjajaskan ekonomi negara.
Selamat jalan Tajol...Selamat datang Najib..!! , at 30.1.09,
"Saya tidak cukup kuat,"
''Saya merasakan kepimpinan baru yang dilantik untuk memimpin Perak adalah yang terbaik dan sekiranya mereka tidak boleh, tidak ada siapa lagi yang boleh melakukannya,"
inilah muka Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak yang baru
cayalah..!!
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.
jadilah....!!
Kalau barisan inilah yang akan menerajui UMNO Perak..kita takut ramai pimpinan UMNO tempatan yang akan jauh hati...kita tahu Najib sudah tidak diterima ramai.... kesanggupan Najib untuk mengambil alih tampuk emas perhubungan perak hanya dilihat sebagai untuk memperluas empayar kekuasan dan sokongan semata..... dan akan lebih membuat mereka mereka yang punya penyakit dalam hati untuk lebih menjadi pembodek......pengampu dan pak sanggup....
Adakah misi UMNO Perak untuk menwan kembali Perak akan berjaya...??
Maka berakhirlah era dinasti tajol... sudah sampai ke penghujung cerita dimana MB Nizar telah berjaya menunjuk jalan pulang menjadi rakyat biasa buat tajol..perletakan jawatan ini akan membuat mereka yang pro tajol tiada tempat bertaut lagi dan meletakkan mereka menjadi sasaran empuk musuh politik mereka..
Perak semakin menarik.....
wallahualam...
PAS Tidak Benarkan Wahid kosongkan DUN , at 30.1.09,
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian dalam sidang media yang diadakan sempena majlis kenduri kesyukuran PAS di pejabat perhubungan negeri, Jalan Sultan Omar, disini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Wahid dalam sidang media yang sama apabila ditanya para wartawan berkaitan spekulasi bahawa satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan di Terengganu berikutan kemenangannya.
Wahid menyifatkan berita beliau melepaskan DUN adalah khabar angin dan tidak berasas sama sekali dan menegaskan sekali lagi akan meneruskan tindakan terhadap akhbar mingguan WATAN sekiranya akhbar tersebut tidak membetulkan kenyataannya atau memohon maaf.
"Ada yang kata saya akan lepas DUN tersebut untuk beri tumpuan sebagai Ahli Parlimen, semua ini tidak betul. Itu berita tak benar,
“peguam akan teruskan tindakan sekiranya WATAN tidak minta maaf atau membetulkan semula berita spekulasi yang tidak beretika" kata Wahid.
Pada 18 Januari lalu, dalam sesi bersama wartawan di rumahnya, Wahid telah menegaskan beliau akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam.
Namun demikian, akhbar WATAN bil. 22 keluaran Ahad 25-31 Januari dengan sengaja menjadikan berita tersebut sebagai sensasi dan mendakwa Wahid akan melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sekaligus satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu akan diadakan
Editor Akhbar Mingguan WATAN, Zabidi Haji Saidi mengaku bahawa berita yang dikeluarkan oleh akhbar dibawah seliaannya bertajuk ‘Wahid Lepas Adun’ hanya sebuah berita spekulasi.
Ayuh Rakyat Malaysia, Jom Bantah ! , at 30.1.09,
Seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap Bahasa Melayu dan masa depan pendidikan Malaysia, jom sertai Perhimpunan Aman membantah pengajaran pelajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris serta Sidang Media yang akan diadakan menurut butiran berikut :
Tarikh : 31 Januari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 3 petang
Tempat : Dataran Kompleks SOGO, Jalan TAR, Kuala Lumpur
Hisammuddin: spesis yang tak tau cerita, tapi nak cakap.. , at 30.1.09,
Yang salah tetap salah?
Gara gara Pembunuhan Kugan ketika soal siasat, sekarang UMNO dan MIC dah mula bertegang leher. Masing masing memihak pada kumpulan masing maisng. Nak jadi HERO dan ada yang nak jadi SUPERMAN. Kelakar politik ni.
Kenyataan yang Hisammuddin keluarkan.
Sehubungan itu, beliau meminta ketiga-tiga tokoh parti politik India dalam gabungan komponen Barisan Nasional (BN) itu menghormati kedaulatan undang-undang negara.
“Dia (Samy Vellu, Devamany dan Murugiah) siapa boleh meletakkan diri melebihi undang-undang negara, yang salah tetap bersalah.
“Mereka perlu akur kepada undang-undang negara secara terhormat,” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di Mekah hari ini.- utusan
Yang salah tetap salah? Siapa yang salah?
Kalau di maksud oleh Hisammuddin bahawa yang salah itu adalah 2 pemimpin MIC yang ceroboh rumah mayat … jawapannya, mereka dibenarkan untuk buat lawatan.
Kalau yang di maksudkan oleh Hisamuddin bahawa Kugan itu adalah yang bersalah, maka nak nyatakan bahawa ketika Kugan di bunuh adalah ketika soal siasat. Tiada jatuh hukum.
Jadi sekarang, apa maksud “Yang salah tetap salah” yang nyatakan Hisammuddin?
Adakah keputusan siapa bersalah sudah dikeluarkan oleh mana mana pihak?
Ada kah Hisammuddin antara spesis yang tak tau cerita, tapi dah mula nak berkempen untuk pemilihan UMNO nanti?
Zulkfili ajak MP Umno sertai PAS, Dewan Pemuda Alu-alukan Pemimpin Muda Umno Sertai Pemuda PAS , at 30.1.09,
Zulkifli yang mengajak ahli-ahli Parlimen UMNO menyertai PAS bagi membolehkan kerajaan persekutuan yang baru berkata, cara terbaik menyelesaikan masalah penyakit kronik Umno ialah dengan membubarkan parti itu.
"Apa yang menyedihkan, kelemahan pimpinan dan parti UMNO hari ini menyebabkan bukan sahaja hak istimewa bangsa mula dipertikaikan, malah agama Islam sendiri turut diserang dan diperlekehkan.
"Saya percaya cara terbaik untuk memartabatkan dan memperkukuhkan Islam dan bangsa Melayu ialah dengan membubarkan Umno, sekali gus saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan Umno supaya menyertai PAS," kata beliau dalam blognya.
Kata beliau, jika cadangan itu diterima, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen akan menambah kedudukannya sebanyak 89 Ahli Parlimen.
"Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekali gus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112).
"Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang selesa.
"Insya-Allah dengan menjadikan peristiwa Gaza sebagai pengajaran, saya berharap dan berdoa agar pimpinan dan ahli Umno akan dapat berlapang dada dan memikirkan serta menimbang cadangan saya ini," katanya lagi.
Dalam perkembangan yang sama, melalui kenyataan yang dikeluarkan semalam, Dewan Pemuda PAS dengan penuh kesedaran mengajak pemimpin-pemimpin muda UMNO yang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, juga kepentingan Islam dan Melayu untuk meneruskan perjuangan mereka dalam pentas PAS.
Berdasarkan perkembangan politik tanahair masakini, Dewan Pemuda PAS percaya UMNO tidak lagi mampu menjadi parti yang boleh diharapkan bagi meneraju kepimpinan negara pada masa ini.
“UMNO menghadapi kecelaruan nilai di dalam UMNO menjadikan ia sebuah organisasi yang sarat dengan masalah dalaman,
“UMNO tidak mampu dipulihkan dalam waktu terdekat kerana masalah amalan rasuah politik sudah menjadi sebati dengan kepimpinan tertinggi UMNO,”jelas Setiausaha DPP Ahmad Sabki Yusof dalam kenyataan yang diemelkan kepada Buletinonline.
Menurutnya, DPP yakin ada ruang untuk pemimpin muda UMNO yang akan menyertai PAS cukup luas memandangkan PAS adalah kerajaan bersama-sama Pakatan Rakyat di lima buah negeri pada masa ini.
“Dewan Pemuda PAS di semua peringkat bersedia bertemu dan berbincang dengan mana-mana pemimpin muda dari UMNO atau mana-mana pertubuhan belia yang bernaung di bawah UMNO untuk membolehkan mereka terus berperanan bagi kepentingan masa depan negara dan rakyat bersama PAS,”tambahnya.