Ikuti Blog ini

Khutbah: PAS harap pasukan khas telus




Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggesa pasukan khas yang ditubuhkan polis telus dalam siasatan dan mampu menyelesaikan isu khutbah Jumaat di Pulau Pinang.

Baginya, Umno BN kini ketandusan isu untuk dibangkitkan sehingga terpaksa menggunakan isu perkauman bagi mengalih perhatian rakyat terhadap permasalahan negara.

Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada dakwaan bahawa nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

kena C-4, Khairul kena C-8

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/stormercun.jpgBising dengan bunyi motor yang dibaiki jiran tidak juga hidup-hidup ditengah malam, Lalu beliau yang tak dapat tidur bangun pergi membantu jiran tadi. Sekali start aje motor. Bumm! Melambung motor tersepit lekat diatas pokok. Ternganga jiran melihat bagaimana boleh terjadi. Itu aksi P.Ramlee dalam filemnya Bujang Lapok.

Kita pun masih tidak lupa bagaimana mayat Altantunya hancur berkecai dengan daging berterabur sehingga melekat keatas pokok. Misteri adegan wayang yang jelas disebalik mahkamah itu menyaksikan bagaimana bom C-4 dari pihak keselamatan Negara digunakan. Nampaknya sekali lagi pokok menjadi tempat tersangkutnya mayat seorang kanak-kanak Tadika berusia 6 tahun dari Chabang Tiga, Kuala Terengganu akibat angkara stor simpanan bunga api dan mercun meletup.

Apa nak jadi Terengganu ku!. Zaman Mat Said ni selalu timbul isu dan berita sensasi. Selepas isu Tok Mek Wook, isu simbah asid dan kini di bulan Ramadhan yang sepatutnya hening ini menyaksikan kanak-kanak pula meninggal dalam keadaan menyayat hati. Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari. Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah, kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terlibat.

"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Lepas isu C-4 kini Seksyen-8. Tapi mungkin kerana tidak terlibat dengan ahli politik atau orang berkuasa, rasanya tanpa gangguan dan gangguan tangan ghaib, pihak polis Malaysia amat cekap sekali menyelesaikan kes seperti ini. Tidak berbelit-belit dan akan segera tertangkap mereka yang terlibat. Apatah lagi unit bom dari KL memberi bantuan. Kita mengharapkan pihak terlibat dapat dikenakan tindakan tegas dan sewajarnya memandangkan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa telah menjadi mangsa dibulan ramadhan yang mulia ini akibat terlibat dengan benda-benda yang terlarang.

Apapun buat rakyat Malaysia seolah dah jadi trauma. Teringat-ingat apabila setiap kali timbulnya berita yang melibatkan bahan letupan. Rakyat tak akan tutup file isu keadilan buat Altantunya. Ia sentiasa menjadi ingatan. Apatah lagi setiap kes yang melibatkan bom dan kecederaan. maka rakyat akan teringat dengan Altantunya. Teringat dengan C-4. Macam iklan susu Carnation. Ingat bunga , Ingat Carnation. -BO

Umno-BN Tabur Fitnah Tidak Kira Ramadhan Atau Tidak


SHAH ALAM 24 Ogos - Jentera propaganda Umno-Barisan Nasional bekerja lebih masa setiap hari menghambur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat namun malangnya segala taktik kotor mereka telah lama dihidu dan disedari rakyat negara ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Umno-BN tidak ada lagi pilihan melainkan menabur fitnah secara berterusan hatta dalam bulan Ramadhan yang mulia sekali pun.

Ini terbukti apabila pihak tertentu menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan akan menghadiri majlis bagi mengedar bir percuma di sebuah kafe selepas solat Tarawikh Sabtu lalu.

Beliau berkata ini menunjukkan betapa Umno-BN amat terdesak untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor, walaupun pada bulan Ramadhan.

"Saya cukup terkejut apabila mendapat panggilan daripada wartawan Sinar Harian petang Sabtu bertanyakan samada saya akan hadir ke Asia Cafe untuk membuat kunjungan muhibbah dan seterusnyamengedarkan bir kepada tetamu. Malah Hannah Yeoh (Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya) menalipon saya memberitahu SB (anggota polis Cawangan Khas) menghubungi beliau bertanya samada saya akan hadir ke majlis itu.

"Ini jelas satu fitnah telah disebarkan oleh pihak tertentu terhadap saya, malahan saya tidak tahu pun di mana Asia Cafe ini," tegas Khalid.

Kata beliau, tindakan ini adalah satu petanda Umno-BN telah kehilangan idea untuk menentang Pakatan Rakyat di Selangor secara intelektual dan terpaksa menggunakan taktik jijik seperti ini.

"Umno-BN sedar rakyat semakin menolak mereka kerana salahguna kuasa, penyelewengan dan amalan rasuah. Jadi mereka tidak berani untuk mengatakan mereka lebih baik daripda Pakatan Rakyat tetapi cuba nak pengaruhi rakyat dengan memfitnah Pakatan Rakyat pun sama teruk seperti mereka.

"Masyarakat sudah sedar bahawa Umno-BN sakit dengan isu rasuah dan sebagainya, maka tindakan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan bagi mereka di mata rakyat," ujar beliau.

Menyentuh mengenai kerjasama erat PAS-DAP, Khalid berkata satu ketika dahulu Umno-BN mengutuk dan mengatakan tidak mungkin kedua parti itu dapat bekerjasama tetapi sangkaan mereka terbukti salah apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditubuhkan atas gabungan KEADILAN, PAS dan DAP.

"Umno-BN sudah keliru dengan matlamat mereka di Selangor. Ada ketikanya mereka mengutuk DAP kerana mahukan undi Melayu tetapi pada masa yang sama mengutuk PAS kerana mahukan undi kaum Cina. Tindakan bercelaru begini jelas petanda Umno-BN akan terpaksa menghadapi tentangan yang jauh lebih hebat pada pilihan raya umum ke-13 nanti," kata beliau lagi.
Oleh Frederick Luccas

PAS: 'Hero pasir' - Noh Omar tak berani kokok lagi

Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar kini tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) berkata, perkara itu juga disebabkan permohonan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.

"Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan (seperti didakwa) oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan (bekas menteri besar) Datuk Seri Khir Toyo.

"Kita mengharapkan kalau boleh SPRM boleh buka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor," katanya.

Pada 21 Ogos lalu, Khalid mengumumkan SPRM dan KSSB bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas - dianggotai wakil kedua-dua pihak - bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana mengambil pendekatan itu "supaya SPRM lebih bebas memantau operasi KSSB" dan mengesan sekiranya ada prosedur yang membuka ruang kepada rasuah.

"PAS berpandangan tindakan ini menunjukan betapa serius kerajaan Pakatan yang hendak memastikan khazanah bumi Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum.

"Selama ini industri pasir merupakan lubuk emas untuk kroni Umno. Kesannya yang kaya (hanyalah) kroni, manakala negeri dan rakyat makan lumpur," katanya.

Menurut Idris lagi, apabila industri pasir distruktur semula selepas Pakatan memerintah, kutipan royalti semasa jauh mengatasi zaman pemerintahan BN sebelum ini. -M'kini

Save Palestine.




" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin.

Lipat gandakan doa ini, kirim kepada 7 rakan anda yg lain. Maka 7x7x7x7x7x7x7=823543 x 7 = 5.8 juta orang akan berdoa. Insyallah ! Bantu lah mereka dengan doa ini. Pengorbanan orang yg sedang baca ini, berjanji akan menyebarkan kepada seluruh umat islam. ini tidak sebanding dengan penderitaan mereka.

Awang Adek cetek kefahaman - Husam Musa




Bayar zakat guna dinar – Dato’ Husam

HUKUM ISLAM DI DALAM UMNO ADA 2 KATEGORI


http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/THHpsvKl-pI/AAAAAAAAD40/Zr7ezGRLovk/s1600/2010-08-23_112137.jpg

Kepada orang Pakatan hukumnya lain. kepada orang UMNO BN hukumnya lain. Begitu juga undang-undang di Malaysia, satu undang-undang untuk pemimpin dan satu undang-undang untuk rakyat bawahan. Undang-undang untuk penyokong kerajaan lain, undang-undang untuk pembangkang lain..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam kenyataan akhbar baru-baru ini -menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tuan Mufti kata, tak kena pada tempatnya.. Ini juga membuatkan kita kurang faham..Apakah niat yang murni dan pengucapan yang begitu baik tak sesuai dilafazkan dalam masjid? atau dalam khutbah sekali pun??

Bagaimana pula dengan kes yang satu ini... Bertarikh 23 April 2010 dua hari sebelum PRK Hulu Selangor, dimana imam UMNO, pemimpin dan penyokong-penyokong UMNO berdoa di masjid untuk Kamalanathan calun BN bukan Islam. Majlis tersebut lengkap dengan solat hajat dan bacaan yasin lagi!! ... semata-mata untuk kemenangan Si Kamal..... Boleh pulak !. Tak haram kah ? ......... Jangan lah cuba nak mengelirukan rakyat. Rakyat boleh berfikir.

Ulamak UMNO di Jabatan Perdana Menteri kenapa tak bersuara dalam isu ini? Dah bisukah? atau dah hilang telor?. Ulamak muda UMNO pun sama ! Kenapa senyap menikus?
-Penulis Tamu - rahim othman.

Malaysia Dihina, Polis Malaysia Perlu Bertanggungjawab

Kedutaan M'sia dilempar najis, bendera dipijak

Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.

Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu. -Bernama


Indonesia Hantar Nota Diplomatik Bantah Insiden Di Bintan

Indonesia Rabu menghantar nota diplomatik kepada Malaysia bagi membantah penahanan tiga pegawai lautnya oleh Polis Marin Malaysia pada Jumaat lepas.

Menteri Luar Dr Marty Natalegawa berkata nota bantahan itu menyatakan pendirian tegas Indonesia bahawa Malaysia telah melakukan pelanggaran terhadap integritinya kerana kejadian itu berlaku dalam wilayah Indonesia.

"Kami sangat prihatin kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Kami tidak dapat menerima perlakuan terhadap pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Nota diplomatik itu diserahkan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan di Kementerian Luar Indonesia di sini pagi ini.

Dalam kejadian Jumaat malam itu, para pegawai penguatkuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada mulanya telah menahan tujuh nelayan Malaysia yang didakwa menceroboh kawasan perairan Indonesia tetapi Polis Marin Malaysia pula dilaporkan menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian itu dengan dakwaan mereka menceroboh perairan Malaysia.

Kejadian dilaporkan berlaku di perbatasan perairan Malaysia dan Indonesia sekitar Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia.

Natalegawa berkata Indonesia telah memastikan bahawa kejadian penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia berlaku dalam wilayah Indonesia berdasarkan peta nombor 349 tahun 2009.

Kementerian Luar Indonesia sebelum ini dikritik hebat di sini terutamanya ahli politik dan pemerhati politik kerana tidak memperlihatkan ketegasannya dalam menangani insiden itu, lebih-lebih lagi apabila tiga orang pegawai kerajaan negara itu telah ditahan oleh polis Malaysia.

Natalegawa berkata pihaknya mengambil sedikit masa sebelum menghantar nota diplomatik itu kerana mengambil sikap berhati-hati terutamanya dalam menentukan bahawa insiden itu berlaku dalam wilayah Indonesia.

Sebelum ini, katanya, Kementerian Luar Indonesia telah menyuarakan protes keprihatinan dan pendiriannya berhubung insiden itu kepada Malaysia.

Natalegawa berkata Indonesia berharap perundingan perbatasan perairan negara dapat segera diadakan dengan Malaysia bagi mengelak insiden seumpama di Pulau Bintan itu daripada terus berlaku. -BERNAMA

Pakatan kutuk keras 'simbah cat di surau'

KUALA LUMPUR : Insiden sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban yang disimbah cat merah pagi tadi mendapat kecaman hebat dari banyak pemimpin Pakatan Rakyat.

Melalui sesawang sosial Twitter, didapati Anthony Loke Siew Fook, Ketua Belia DAP Nasional paling awal mengutuk tindakan tidak demokratik tersebut.

"Sebuah surau di Pulai Taman Impian, Temiag Seremban itu disimbah dengan cat merah pagi tadi, gila!"

"Sangat menghinakan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu apabila menyerang tempat ibadah, khususnya surau pada bulan Ramadhan yang suci," ujarnya yang juga Adun Rasah seperti dipetik dari http://twitter.com/anthonyloke.

Lim Kit Siang, Penasihat DAP kemudiannya mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya mengutuk aktiviti vandalisme tersebut.

"Semua rakyat Malaysia mesti mengutuk vendalisme dengan menggunakan cat merah di surau baru Taman Impian Pulai Temiah Seremban," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dari http://twitter.com/limkitsiang.

Menurut Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pula, perbuatan tersebut semata-mata mahu membangkitkan sentimen agama dan perkauman.

"Surau di seremban disimbah caj dan dibaling botol arak!! Ini kerja orang nak bangkitkan sentimen agama/kaum.." ujar beliau dari http://twitter.com/chegubard.

Beliau juga menyifatkan perbuatan itu menguntungkan parti-parti perkauman di tanah air.

"...mereka tak henti cuba bakar sentimen kaum/agama. Parti kaum yang untung!!" siulnya lagi di Twitter.

Manakala Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS kemudiannya didapati turut senada dengan CheguBard, iaitu mendakwa pemimpin Umno BN acap kali meniupkan sentimen perkauman belakangan ini.

"Pemimpin Umno/BN terlalu mainkan sentimen perkauman sejak akhir-akhir ini dan boleh jejaskan keharmonian kaum," ujarnya seperti dipetik dari http://twitter.com/dato_mustafaali.

Lanjutan itu, beliau turut mempersoal motif permainan politik Umno BN itu.

"Apa motif?" siulnya lagi di Twitter.

Melihat pada siulan para pemimpin Pakatan Rakyat terbabit, didapati mereka masing-masing menganggap insiden itu berpunca oleh amalan politik perkauman yang sempit. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .