Ikuti Blog ini

ISA: Teresa Kok dibebaskan

Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.

Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

teresa kok released from isa 190908 11Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya Kok Kim Tong Pong Seh Kwon (foto kanan), peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi (foto bawah).

DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.

Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.

teresa kok released from isa 190908 05Beliau antara tiga orang yang ditahan minggu lalu bawah kontroversi itu selepas penangkapan editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.

Teresa, yang juga ahli Parlimen Seputeh, ditangkap kira-kira jam 11.15 malam Jumaat lalu ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

teresa kok released from isa 190908 10Menurut pemimpin utama DAP Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya.

Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya.

Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata Teresa dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan siasatan dan tiada lagi sebab-sebab untuk terus menahannya.

"Selepas penangkapan dan siasatan dijalankan, polis berpuas hati bahawa tiada lagi sebab untuk meneruskan penahanan lanjut dan memutuskan untuk membebaskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ahli politik popular itu ditahan di hadapan pintu masuk kondominium Pearl Tower, OG Height, Jalan Awan Cina, Kuala Lumpurpada 12 September selepas disyaki terlibat dalam perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan negara.



Dr M: Pak Lah tak mampu urus kewangan

Pertukaran portfolia antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, merupakan satu pengakuan yang Abdullah tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop," katanya.

Semalam, Abdullah mengumumkan Najib mengambil alih jawatan menteri kewangan manakala beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan.

Namun begitu, kata Dr Mahathir, negara akan menghadapi saat kritikal dalam ekonominya ekoran apa yang berlaku di Amerika Syarikat, terutama kes muflis Lehman Brothers dan langkah menyelamatkan syarikat insurans AIG membabitkan AS$85 bilion.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya malam tadi, beliau mengingatkan bahawa Najib akan disalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik.

Ditanya sama ada pertukaran portfolio itu akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam Umno, Dr Mahathir menjawab secara sinis.

mahathir  chedet blog website event 180908 02"Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun," kata mantan timbalan perdana menteri itu.

Mengenai penahanan ISA, mantan Perdana Menter itu berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.




Jom Adakan Persidangan Khas Parlimen, Kalau Berani!!!


--- KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA ---

PETALING JAYA, MALAYSIA, 18 SEPTEMBER 2008


Hari ini pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri meminta beliau untuk mengadakan satu persidangan khas Parlimen Malaysia bagi membincangkan usul “Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan terhadap YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau” dan persidangan tersebut perlu dilaksanakan tidak lewat dari hari Selasa 23 September 2008.

Gesaan untuk mengadakan persidangan tersebut selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa. Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif.

Tindakan YAB Perdana Menteri untuk bermain-main dengan istilah serta bahasa yang terkandung di dalam surat kami yang pertama, hanya memperlihatkan kepada rakyat jawapan yang tidak matang. Hasrat pertemuan yang dinyatakan di dalam surat tersebut sangat jelas, iaitu untuk membincangkan hala tuju kepimpinan negara- dengan mengambil kira kedudukan dan posisi beliau, kami telah mengambil satu jalan yang berhemah.

Saya mendapati komen Perdana Menteri terhadap saya sewaktu sidang media semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai terutamanya selepas penangkapan beberapa individu di bawah ISA pada hari Jumaat lepas.

Beliau telah mencampur-adukkan isu yang sebenar, iaitu isu demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang dengan isu keselamatan negara. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengganggu serta menahan ahli politik yang berseberangan dengan parti pemerintah merupakan satu pelanggaran undang-undang yang nyata. Penggunaannya yang berterusan pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan memburukkan lagi suasana politik semasa.

Perdana Menteri ternyata mengabaikan kedaulatan undang-undang dan sanggup untuk melanggar batas-batas Kuasa Eksekutif yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat menampakkan sikap seorang diktator yang degil untuk terus berkuasa dan menghampakan harapan rakyat.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang masih berada di tampuk kekuasaan dan sebagai bekas Menteri Kewangan, kami akan memastikan beliau bertanggungjawab terhadap situasi politik semasa dan salah urus ekonomi negara. Tuduhan beliau bahawa saya yang menyebabkan kedudukan ekonomi negara tergugat sangat tidak berasas.

Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8 Mac 2008.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

19.09.2008




TAHNIAH TOK PA..


Tahniah kepada Tok Pa kerana menunjukkan ciri-ciri kepimpinan Islam sebenar yang perlu dicontohi oleh semua pimpinan PAS yang lain.Tok Pa telah menerima teguran daripada TGNA dengan cara yang terbuka dan begitu berlapang dada.Bukan semua pimpinan yang sudah mempunyai jawatan yang tinggi bahkan pengaruh yang besar sanggup untuk berbuat demikian kerana ego yang tinggi.

Katanya:"Jadi apa sebab Tok Guru tegur saya itu saya fahamlah. Dan selepas itu saya ambil sikap tidak jawab Tok Guru. Saya sebagai anak, Tok Guru boleh panggil saya pada bila-bila masa sahaja."Jadi saya terus terang apabila keluar dalam Harakah kata Tok Guru tegur saya itu sebenarnya saya sudah menghantar mesej kepada Setiausaha Politiknya, Haji Annual Bakri Haron."Saya kata sampaikan terima kasih saya kepada Tok Guru. Jadi rasanya ada sesuatu yang Tok Guru tegur saya dan saya sendiri rasa tidak jelas. Jadi hari ini jelaslah," katanya kepada media selepas pertemuan dengan Menteri Kelantan di JKR 10, hari ini.

Pengakuan yang dikeluarkan oleh Tok Pa secara terbuka dalam harakah daily sedikit pun tidak menjatuhkan ketokohan dan kredebiliti beliau, apa lagi menunjukkan beliau berada di tempat yang salah, kerana semua tahu realitinya yang berlaku pada 16 sept lalu, tiada sebarang perubahan kerajaan seperti mana yang beliau dakwa bersama dengan hujjah-hujjah beliau.Tetapi sifat kerendahan hati beliau itu sebenarnya menunjukkan keberibadian seorang pemimpin yang tinggi nilai jatidiri dan akhlaknya.

Bukan ramai pemimpin yang ada hari ini boleh mengaku kesilapan yang dilakukan termasuk Amwar Ibrahim sendiri sehingga kini tidak pernah membuat pengakuan terbuka atas kesilapan yang dilakukan semasa beliau di dalam UMNO dahulu yang lantang mengutuk TGNA, TGFN, TGHA serta ramai lagi pimpinan PAS yang lain apa lagi membuat kenyataan memohon kemaafan secara terbuka.

Kami juga percaya Tok Pa juga tidak berniat untuk melanggari dasar mu'tamar PAS yang lalu dan bersetuju dengan pendirian PAS kerjasama dalam Pakatan, cuma beliau melontarkan pandangan peribadi beliau tentang perubahan kerajaan pada 16 sept lalu sahaja.Soalnya pada tarikh bukan pada perubah atau tidak berdasarkan pengalamasn politik beliau.

Beliau sebenarnya menyokong dasar kearah perlunya menumbangkan UMNO dan BN dan menegakkan kerajaan Islam Pakatan Rakyat yang disepakati dalam mu'tamar yang lepas.

Kami ahli PAS akan terus berada di bawah pimpinan kami dan terus memberikan wala' dan patuh yang sepenuhnya kepada Presiden TGHA dan TGNA dalam memastikan kerlansungan perjuangan Islam di Malysia.. TAKBIR!!!

Senarai Ahli Parlimen BN yang akan melompat sudah dibincang dalam PAS

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

ahmad awang pas information chief 100605Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC


Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

"Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

hashim jasinManakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.


Syed Azidi ditahan reman.

KOTA BHARU - Penulis bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapat perintah penahanan reman. Beliau direman dua hari bermula rabu.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan. Syed Azidi kelihatan tersenyum ketika keluar dari mahkamah kira-kira jam 1.15 tengahari dengan kedua-dua tangan bergari.

Turut kelihatan di mahkamah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang juga anggota Exco kerajaan negeri. Image

Selain itu, isterinya, Bariah Ishak, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan beberapa rakan lain.

Syed Azidi ditahan di rumahnya petang semalam setelah didatangi beberapa anggota polis berpakaian biasa sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Difahamkan beliau ditahan berdasarkan artikel disiarkan dalam blognya kickdefella.worldpress.com yang dipercayai berbaur hasutan.

Beliau bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Korporat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Husam berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan peguam sekiranya Syed Azidi dibawa ke Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan kepada perkembangan itu, beliau berkata, kerajaan BN kini berada dalam gelisah sehingga ada wartawan dan penulis blog ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan.

"Saya yakin ini adalah tindakan mahu menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan langkah ini digunakan untuk menakut-nakutkan blogger.

Image"Sedangkan dalam isu penahanan Teresa, azan dimanipulasikan media pro Barisan Nasional, namun mereka tidak diambil sebarang tindakan, sebaliknya Teresa pula ditahan di bawah ISA," ujar beliau.

Beliau juga berkata, Malaysia akan dicap melanggar perjanjian dunia berkenaan dasar langit terbuka.

"Saya berpendapat penulis blog boleh disiasat secara lebih elok dan mereka akan memberi kerjasama sekiranya diminta pihak berkuasa tanpa perlu mengunakan cara yang lebih keras kerana ia boleh mencemarkan imej negara.

"Sikap toleransi yang lebih luas sepatutnya diamalkan kerajaan di saat berlakunya kekalutan sekarang," katanya.


PM enggan adakan sidang tergempar, Abdullah penakut



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menunjukan ketakutan beliau terhadap ahli-ahli Parlimen berikutan keengganan beliau mengadakan sidang tegempar Parlimen pada 23 September ini seperti yang diminta Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai hal ini, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyifatkan Abdullah sebagai penakut untuk berdepan kenyataan dan hanya berani untuk menafikan.

“Abdullah menunjukan sifat penakutnya untuk berdepan kenyataan.kalau Abdullah tidak percaya tentang jumlah Ahli Parlimen yang kami ada, beliau sepatutnya berani adakan sidang tergempar,”kata Tian Chua.

Petang tadi, Ahli Parlimen Sungai Petani, telah mewakili Pakatan Rakyat untuk mengutuskan surat kepada Abdullah Badawi bagi mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dijalankan.

Walaubagaimanapun, dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Abdullah berkata tidak ada keperluan untuk adakan sidang tergempar.

“Saya tidak lihat apa perlunya untuk memanggil sidang khas di Parlimen,”kata Abdullah di Menara Dato Onn petang tadi.

Sebelum itu, Anwar dalam sidang medianya menuntut agar sidang khas diadakan atau beliau akan memilih jalan lain bagi memastikan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat.

“Jika permintaan tersebut ditolak, kami pemimpin Pakatan akan berbincang segera untuk mengambil pilihan lain,” katanya di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya.

Katanya, sekiranya Abdullah tidak percaya dengan jumlah Ahli Parlimen, beliau mencabar Perdana Menteri diadakan sidang tergempar dan menurutnya lagi, majoriti ahli Parlimen sudah bersama Pakatan Rakyat

“Kamu lihat dalam sidang Parlimen nanti jika tidak percaya,” katanya.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .