Ikuti Blog ini

Dr M: Pak Lah tak mampu urus kewangan

Pertukaran portfolia antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, merupakan satu pengakuan yang Abdullah tidak boleh menguruskan Kementerian Kewangan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tetapi sebenarnya tak ada apa-apa kerana selama ini pun ia diuruskan oleh (Menteri Kewangan 11), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop," katanya.

Semalam, Abdullah mengumumkan Najib mengambil alih jawatan menteri kewangan manakala beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan.

Namun begitu, kata Dr Mahathir, negara akan menghadapi saat kritikal dalam ekonominya ekoran apa yang berlaku di Amerika Syarikat, terutama kes muflis Lehman Brothers dan langkah menyelamatkan syarikat insurans AIG membabitkan AS$85 bilion.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya malam tadi, beliau mengingatkan bahawa Najib akan disalahkan jika beliau tidak menguruskan ekonomi dengan baik.

Ditanya sama ada pertukaran portfolio itu akan mengurangkan sebahagian tekanan terhadap Abdullah dalam Umno, Dr Mahathir menjawab secara sinis.

mahathir  chedet blog website event 180908 02"Saya tak rasa beliau merasa apa-apa tekanan pun," kata mantan timbalan perdana menteri itu.

Mengenai penahanan ISA, mantan Perdana Menter itu berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .