Ikuti Blog ini

Ajar BN-Umno di peti undi - Sasterawan Negara

KUALA LUMPUR -Rakyat disaran menggunakan 'bahasa undi' untuk mengajar pimpinan Melayu yang 'membunuh' bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.


Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.


Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.


"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.


"Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," tegasnya.


Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini.


Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.


"Dia (Umno) selalu memperkecilkan angkatan (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.


"Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa," ujarnya.


Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.


Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara membunuh bahasa dan bangsa sendiri.


"Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.


"Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.


"Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya,"jelasnya.


Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.


"Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.


"Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri," jelasnya.


Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan hassan Ramli dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat.


Nizar Jelaskan Perkembangan di hadapan Rakyat Kedah




Pokok Sena 28 Feb- Hampir 20,000 membanjiri perkarangan KOMPLEK PAS POKOK SENA, Jln Langgar, Alor Setar semalam, sempena Program CERAMAH PERDANA & PENUTUP EKSPO PERTANIAN DAN PRODUK HALAL 2009.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena Merangkap Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Hj. Mahfuz Omar yang menerangkan keadaan politik semasa Kedah yang mana telah terjadi satu tohmahan kepada salah seorang dari Exco Kerajaan Negeri Kedah Sekarang, menurut beliau hal yang dikatakan pihak tertentu adalah semata-mata polemik politik semata-mata.

Ceramah selepas itu diteruskan lagi dengan penjelasan politik semasa negeri Perak oleh Menteri Besar Perak yang sah disisi undang-undang serta perlembagaan itu YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin yang mana beliau menerangkan pada hadirin bahawa beliau menyanjung tinggi insitusi diraja Perak.

Pada majlis tersebut juga sisaksikan para hadirin penyerahan borang keahlian Pas oleh bekas penyokong UMNO kawasan Pokok Sena, yang mana wakil dari 182 orang ahli baru terbabit menyerahkan borang keahlian PAS kepada Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hj. Husam Musa.

Ceramah diakhiri oleh Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hj. Husam Musa yang menyentuh perihal yang berlaku dengan fenomena politik semasa Negara sekarang.



Sekitar Majlis Pengkebumian Ibunda Mertua Dato Seri Nizar dan Ibunda Datin Seri fatimah Taat

Awal tengahari hari tadi berlangsung upacara pengkebumian Bonda kepada Datin Seri Fatimah Taat dan Ibu Mertua kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam (28hb. Februari, 2009) di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Datuk, Tapah, Perak Darul Ridzuan.

Jenazah dibawa ke Masjid Tapah untuk disembahyangkan lebih kurang jam 11:15 pagi dan YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar telah mengimamkan solat jenazah.


Kelihatan ramai sahabat-sahabat, rakan-rakan, penyokong-penyokong dan teman-teman seperjuangan hadir untuk memberi penghormatan terakhir dan menyampaikan ucapan takziah kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah atas pemergian Allahyarhamah.

Antara yang hadir ialah Mustafa Ali, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Zul, Saudara Idham Lim, Ustaz Norazli dan Saudara Misbahul Munir.



Pasangan yang tabah, YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah Taat.



YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar mengimamkan solat jenazah.



Mengamimkan doa selepas solat jenazah.



Ketika jenazah sedang diturunkan kedalam liang lahad.



Menyempurnakan bacaan talkin.



Penghormatan terakhir.



Jenazah Allahyarhamah disemadikan disebelah pusara suaminya Taat bin Haji Abdul Rahman yang terlebih dahulu meninggalkan mereka pada 4hb. November, 1974.

Al-Fatihah...


PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan memanggil menteri besar dan menteri besar kudeta untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Selain Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir, lapor Bernama.

Katanya, PAC yang mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh kelmarin memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan pelantikan tiga penasihat menteri besar kudeta dan ketua penerangan kerajaan negeri.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Canning itu berkata PAC mempersoal pelantikan Datuk Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S Veerasingam (penasihat hal ehwal masyarakat India) dan Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz sebagai penasihat hal ehwal agama serta pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai ketua penerangan kerajaan Perak.

Beliau berkata pelantikan itu dianggap luar biasa dan membabitkan penggunaan sejumlah wang yang besar kerana ia memerlukan pembayaran gaji atau elaun tertentu yang sememangnya menggunakan wang kerajaan negeri.

PAC perlukan penjelasan

"Oleh itu, timbul persoalan yang memerlukan penjelasan daripada pihak berkenaan iaitu apakah dasar undang-undang yang diguna dalam pelantikan itu, rasional dan tujuan pelantikan serta emolumen yang dibayar termasuk gaji, elaun dan kemudahan lain yang disediakan," katanya.

Wong yang juga Setiausaha Publisiti DAP Perak dan Setiausaha kelab penyokong Kerajaan pakatan Rakyat Perak berkata PAC turut mempersoal manfaat daripada pelantikan itu kerana dua daripada mereka iaitu Chang dan Veerasingam bukan Adun, manakala kelayakan dua wakil rakyat iaitu Mohd Najmuddin dan Hamdi sebagai anggota pentadbiran negeri adalah diragui.

"PAC juga akan menuntut penjelasan berhubung kedudukan Zambry dan Mohammad Nizar sebagai menteri besar serta barisan exco masing-masing pada mesyuarat khas itu," katanya.

Beliau berkata dalam keadaan krisis politik sekarang PAC perlu mengambil berat dan memastikan barisan exco mana harus dibayar gaji dan elaun serta kemudahan lain seperti yang diperuntukkan undang-undang.

Wong berkata jika keadaan memerlukan, PAC juga akan memanggil Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim bagi memberi penjelasan mengenai perkara yang sama.

"Notis pemberitahuan berhubung mesyuarat itu akan dikeluarkan Setiausaha PAC yang juga bertindak sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri," katanya.



Tuduhan Pemuda Umno Kedah tidak berasas - Azizan


MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (foto) berkata, Pergerakan Pemuda Umno perlu lebih profesional dalam berhadapan dengan isu surat layang yang mendakwa berlaku penghinaan terhadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata perkara tersebut amat mendukacitakan kerana tuduhan yang dianggap tidak berasas itu dibuat semata-mata berdasarkan isi kandungan surat layang yang tidak diketahui dari mana dan siapa pengirimnya.

"Mungkin dia (Pemuda) yang buat surat itu sendiri dan lagipun ramai pihak dah terima surat layang, tapi saya tak faham kenapa yang di Kedah nih yang depa (mereka) heboh sangat," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Dialog Industri dan Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional, peringkat negeri di Alor Star.

Sementara itu, Anggota Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar kira-kira jam 9 malam tadi berhubung isu berkenaan.

Amiruddin yang bertindak sebagai wakil kerajaan negeri, berkata tindakan itu diambil supaya siasatan dilakukan terhadap kenyataan Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat yang mendakwa menerima surat layang mengandungi dialog antara seorang Exco dan pegawai kanan kerajaan menghina Sultan yang telah dipos ke rumahya 23 Februari lalu.

Jika benar dakwaan surat layang kini semakin menjadi-jadi ke seluruh pelusuk Kedah, tindakan Ustaz Azizan mengambil sikap tak kisah memang kena masanya. Andai dilayan sangat nescaya tidak mustahil Kedah akan menuruti apa yang berlaku di Perak. Selepas berjaya mengosongkan kerusi Bukit Selambau, kini muncul pula surat layang penghinaan terhadap Tuanku Sultan Kedah.

Entahlah apa pula yang akan dicanang atau strategi selepas ini untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Hampir pasti, segala bentuk strategi yang diatur sudah dirancang dengan penuh teliti. Jadi, kepada Azizan dan barisan exconya berwaspadalah selalu dan tidak sesekali terjebak dengan permainan kotor yang tentunya ramai sudah menduga siapa dalang disebalik semua ini.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .