Ikuti Blog ini

Kerjasama Pakatan Rakyat dipertingkat lagi � Mursyidul Am


PAS tidak akan merubah jalinan dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuk KeADIlan dan DAP, malah mempertingkatkan lagi kerjasama sedia ada.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS tetap akan meneruskan kerjasama dengan KeADILan, biar pun pemimpin parti itu cuba dikaitkan dengan isu liwat.

Menurutnya pihak lawan cuba mengeruhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat dengan melemparkan pelbagai tuduhan.

Kata beliau Malaysia pernah dilabelkan sebagai sebuah negara Islam, namun kejadian jenayah semakin menjadi-jadi.

�Bahkan istilah liwat disebut secara terbuka walau pun perkara itu belum pasti berlaku, namun acap kali disebut pemimpin kerajaan. Orang berkenaan sebenarnya tidak ada tokoh untuk menjadi ahli agama,� katanya di sini.

Beliau juga berkata, Umno, MCA dan MIC pun bergolak sesama mereka biar pun sudah lama berada dalam satu pakatan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyarankan sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) mengajar pelbagai bahasa.

Menurutnya, pengajaran pelbagai bahasa penting bagi melengkapkan lagi usaha dakwah.

�Seboleh-bolehnya di sekolah Yik diajar bahasa-bahasa yang menjadi pertuturan rakyat di negara ini termasuk bahasa Inggeris, Tamil dan Cina.

�Dengan cara itu kita dapat menangkis tuduhan negatif terhadap Islam,� katanya

Program sirah TV3 "karut" - Dr. Asri



Program sejarah nabi yang disiarkan TV3 "dibaluti kekarutan", dakwa mufti Perlis hari ini - meneruskan sikap beraninya menegur secara terbuka pihak-pihak yang dianggapnya tidak menepati ajaran Islam.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau telah menerima beberapa aduan berhubung kandungan program Hidayah di stesen televisyen swasta itu tetapi enggan mengulas kerana tidak pernah menontonnya.

"Ternyata apa yang menjadi kegusaran banyak pihak itu benar. Ustazah berkenaan telah menceritakan tentang nabi Isa tanpa berdasarkan sumber-sumber yang sahih.

"Bahkan kisah itu dibaluti dengan kekarutan yang amat sangat," katanya, mengulas slot sirah dalam program itu yang ditontonnya semalam.

Program itu disiarkan semalam selama setengah jam mulai 6.30 pagi.

Menurut Mohd Asri di blognya hari ini, penceramah menyatakan bahawa ibu baginda rasul Maryam wafat sebelum nabi itu dan "mengemukakan kisah yang tiada sumber yang sah daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih."

"Bahkan (kisah itu) bertentangan juga dengan Bible," katanya.

"Kemungkinan besar beliau mengutip kisah ini daripada laman web Syiah sempena perayaan 'mengingati kewafatan Maryam' yang diraikan oleh Syiah Imamiyyah," kata mufti muda itu, seorang lulusan dalam bidang pengajian hadis.

Usul Undi Tidak Percaya Ditolak.



Macam yang dah kita jangka...Usul undi tidak percaya akhirnya ditolak untuk dibahaskan di Parlimen hari ni.

Sebagai bantahan atas penolakan usul undi tidak percaya tersebut semua MP Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan Dewan Rakyat serta merta.

Maka berjoget lambaklah para MP-MP UMNO/BN buat sementara waktu kerana apa yang ada pada 14 Julai ialah - MP UMNO/BN yang 100% berkepentingan dalam KERAjaan akan terus menjawat-jawatan masing-masing sehingga tarikh yang tidak kita tahu....

Teka-teki pertama apa ada pada 14 Julai sudah terjawab bagi pihak Pakatan Rakyat & penyokong-penyokongnya namun jangan kita lupa akan desas-desus yag mengatakan jika langkah undi tidak percaya ditolak di Parlimen hari ini maka Tsunami ke 2 akan berlaku sebagai langkah ke 2 menafikan KERAjaan BN yang dipimpin oleh Pak Lah.

Lebih tepat lagi kalau kita katakan penolakan Pak Lah sebagai PM akan terus berlaku selepas ini mengikut rancangan ke 2.

Apa rancangan ke 2 tu?

Mengikut maklumat yang kita semua tau...jika usul undi tidak percaya ditolak dalam Parlimen, para MP-MP BN yang tidak bersetuju dengan pimpinan Pak Lah yang lemah dan bongkak akan mengambil langkah lompat parti atau mengisytihar keluar dari BN seperti yang dipersetujui dalam rundingan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.

Jadi...peringatan buat KERAjaan BN & penyokong Pak Lah khasnya...joget lambak anda hanya iklan penyedap hati buat sementara.kita akan lihat macam mana langkah joget MP BN pro Pak Lah seandainya Tsunami seterusnya berlaku & apa agaknya akal KERAjaan BN Pak Lah nak buat untuk menangani krisis yang bakal berlaku selepas ini...

Buat Pakatan Rakyat...jangan berputus asa...yakin bahawa kita tidak bergantung pada 1 pintu sahaja untuk ke tempat tujuan.masih banyak jalan yang ada cuma kesabaran yang tinggi harus ditanam dalam diri.

Parlimen hilang kebebasan














KL hari ini jem disebabkan sekatan jalan raya yang di buat oleh pasukan Polis. Terutamanya jalan menuju ke parlimen jer dah ada 5 sekatan. Umpama nak menyekat penjenayah yang sangat menakutkan. Dawai-dawai di pasang seperti perang akan berlaku di negara kita.

Kelmarin, Nazri Aziz mengumumkan kawalan keselamatan akan dibuat kerana ada maklumat mengatakan bahawa demonstrasi besar-besaran menyokong usul tidak percaya kepada Pak Lah akan diadakan pada hari ini. Tidak ada orang dibenarkan masuk kecuali ahli parlimen dan petugas-petugas parlimen.

Tapi tidak kelihatan sebarang demo ataupun kekacauan pada hari ini. Cuma kelihatan segerombolan wartawan yang disekat daripada memasuki kawasan parlimen berada beberapa meter daripada kawasan parlimen. Parti-parti pakatan rakyat tidak pernah mengarahkan ahlinya untuk turun berdemo hari ini.

Apa kah sebenar motif kerajaan merancang semua ini, tidak kita ketahui. Adakah sekadar ingin menakut-nakutkan rakyat jika peralihan kuasa dari parti pemerintah kepada parti pembangkang?? Ye ada kemungkinan. Supaya rakyat tengok hanya BN saja yang boleh memerintah selama-lamanya. Sehingga mereka lupa ada kuasa yang jauh maha hebat daripada apa yang mereka !!!

Ia juga hanya menampakkan kelemahan dan kebodohan pasukan Polis. Polis yang tiada otak dan fikiran lagak robot bodoh yang dikawal. Bayangkanlah jika negara tiba-tiba diserang oleh kuasa lain, mampukah polis-polis bodoh ini menjaga keselamatan negara.??

Yang pastinya juga parlimen di negara kita sekarang ini sudah hilang kebebasannya. Parlimen yang menjadi simbol kebebasan rakyat sudah tidak mampu untuk membawa aspirasi rakyat selagi golongan gila kuasa memegang tampuk pemerintahan seperti sekarang ini.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .