Ikuti Blog ini

Jui Meng : Idealisme Politik Islam Membawa Kemakmuran Bagi Semua

Shah Alam, 28 Feb: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Chua Jui Meng meminta rakyat memilih pemimpin yang menganjurkan perjuangan berteraskan al-Quran dan Hadis kerana idealisme perjuangan politik Islam menekankan kebaikan untuk semua.

Tegasnya, walaupun terdapat perbezaan pendapat antara parti komponen Pakatan Rakyat, namun Pas, DAP dan PKR tidak memperjuangkan kepentingan kaum tertentu. Sebaliknya, Pakatan memperjuangkan hak semua kaum berlandaskan Perlembagaan.

"Saya 40 tahun dalam Barisan Nasional (Umno-BN), kita tidak begitu faham Islam. Tetapi sekarang kita bersama dengan Pas dan PKR, saya faham atas idealisme Islam itu yang nak membawa kemakmuran kepada semua," kata Jui Meng yang pernah menyandang jawatan Naib Presiden MCA.

"Dulu Umno tidak beritahu dan mengajar saya berkaitan al-Quran, Hadis dan lain-lain termasuk Menteri Agama," katanya dalam Wacana anjuran Sinar Harian yang bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Berpecah'.

Jelas beliau, perosalan adakah undi Melayu pecah tidak relevan kerana perkara pokok yang perlu ditumpukan adalah memastikan hak semua terbela meskipun terdapat perbedaan dari segi fikiran, prinsip dan idealisme.

"Bila saya masuk kampung Melayu semasa menjadi Menteri Kesihatan dulu, saya tengok ramai orang Melayu yang miskin. Dan, ada anak-anak Orang Asal saya diberitahu mereka sanggup meletakkan pasir bagi mengisi perut. Kita sepatutnya memusatkan kepentingan rakyat, bukan kroni," katanya.

Ideologi memperjuangkan hak semua kaum merupakan tunjang kepada dasar-dasar di dalam Buku Jingga Pakatan, katanya.

Jui Meng berkata keberkesanan Buku Jingga telah dibuktikan oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid yang memperkenalkan gaji minima RM1,500 kepada anak syarikat kerajaan negeri bermula tahun ini. -tvsnews


Mengundi wajib, sokong tegak Islam juga wajib

KUANTAN, 29 Feb: PAS Pahang mengalu-alukan kenyataan Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (kiri) hari ini bahawa tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) adalah wajib demi memilih sebuah kerajaan membela kesucian agama dan keamanan.


Ketua Penerangannya, Ustaz Suhaimi Saad (kanan) berkata, lanjutan daripada itu wajib juga memilih calon dan kumpulan yang memperjuangkan dan menegakkan Islam kerana barulah menepati kehendak kefarduan mengundi itu sendiri.

“PAS alu-alukan kenyataan Mufti Pahang itu bahkan itulah yang PAS perjelaskan selama ini.

“Cuma wajib juga bagi individu muslim supaya memilih calon yang tidak rasuah, tidak mengkhianati hak rakyat, tidak pecah amanah serta amar makruf nai mungkar kerana itulah ciri-ciri Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang hari ini bahawa warga negara yang layak mengundi adalah wajib berbuat demikian.

Seperti yang disebut melalui agensi berita Bernama, mufti itu berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

Tambahnya, pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

"Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Suhaimi berkata, dalam konteks sebuah negara yang majoritinya umat Islam sudah tentu kumpulan yang memperjuangkan Islam wajib diundi manakala pemimpinnya diangkat menjadi pemimpin negara.

“Jika dalam sebuah negara Islam bagaimana mahu dipilih pemimpin yang belum beramal sepenuhnya dengan hukum Islam seperi membiarkan isteri tidak menutup aurat, berkata bohong atau mengamalkan rasuah.

“Jadi jika dikaitkan pentingnya memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah, sudah tentu yang dilantik itu sendiri mestilah berkeperibadian muslim.

“Itu yang saya katakan mengundi wajib, memilih pemimpin yang memperjuang dan mengamalkan Islam juga wajib,” ujarnya. -Hrkh

Tuntutan Palsu: Mahkamah Dapati MP Sabak Bernam Bersalah

Shah Alam: Ahli Parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri hari ini didapati bersalah terhadap lapan pertuduhan tuntutan palsu yang berjumlah RM80,000, tiga tahun lalu.

Abdul Rahman, 46, didakwa melakukan kesalahan itu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar mewakili Barisan Nasional (BN).

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan bukti tanpa keraguan munasabah.

Selain itu, mahkamah turut mendapati pembantu Abdul Rahman, Rosli Busro, 43, bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dalam melakukan semua lapan kesalahan yang didakwa.

Hakim bagaimanapun bersetuju untuk menjatuhkan hukuman terhadap Abdul Rahman dan Rosli pada pukul 11 pagi esok.

Ini berikutan permintaan peguam bela mewakili kedua-dua tertuduh Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen yang mahukan sedikit masa untuk menyediakan mitigasi serta rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan.

Tuntutan palsu

Selaku ejen kerajaan Malaysia, Abdul Rahman didakwa dengan niat untuk memperdaya prinsipalnya dengan menggunakan surat Adun yang mengandungi butiran palsu membuat tuntutan ke atas program atau aktiviti yang sebenarnya tidak dilaksanakan.

Antaranya pembelian hadiah dan cenderamata serta penganjuran jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di kawasannya.

Beliau juga didakwa membuat tuntutan menggunakan butiran palsu mengenai Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT di Dun Sungai Air Tawar, Program Forum Perdana Peringkat Mukim Bagan Nakhoda Omar, program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru-guru Kemas serta Program Mesra Rakyat serta sambutan Maulud Nabi.

Semua tuntutan palsu itu membabitkan jumlah RM10,000 setiap satu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008 di Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa. Kes sebelum ini dibicarakan di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah Shah Alam. -FMT

Kasut Tak Lekang Dari Tangan Pemuda PERKASA Ini



Perkasa tunjuk kasut kerana 'kecewa' dengan Guan Eng

GEORGETOWN - Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya.

"Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan.

"Padahal, beliau sendiri sebagai Ketua Menteri belum menyelesaikan beberapa persoalan yang dikemukakan oleh beberapa badan bukan kerajaan melibatkan masalah penduduk negeri. Tetapi beliau lebih sibuk dengan hal yang berlaku di negeri lain," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau meluahkan kekecewaan ini berikutan keengganan Guan Eng memberi respons yang baik ketika meminta untuk berjumpanya bagi membincangkan hal berkaitan penduduk tempatan.

"Guan Eng cuba mengalihkan permintaan NGO dengan mendakwa kami adalah orang Umno, padahal beliau sendiri tahu bahawa kami adalah ahli Perkasa.

"Perkataan diungkap oleh Guan Eng mencetuskan kemarahan sehingga kami hilang sabar sebelum bertindak mengepung kereta beliau sambil menunjukkan kasut kepadanya," katanya. -SH





Begitu karenahnya kesamsengan pemuda Perkasa.

Tak lekang kasut dari tangannya.

Agaknya jika orang lain tak puashati dengan Perkasa, masing-masing tunjuk kasut kepadanya apamacam? -GB

Menjelang PRU13; Orang Cina Kena Ingat Peristiwa 1999

-Jangan Terpedaya Janji Manis BN
KUALA TERENGGANU
– Masyarakat Cina di negara ini amnya dan di negeri Terengganu khususnya diingatkan supaya tidak ‘termakan’ denganjanji-janji manis MCA dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, MCA telah menyelamatkan Umno dengan mengumpan janji kepada masyarakat Cina pada tahun 1999 yang menyebabkan BN kembali berkuasa.

Sedangkan, katanya, pada waktu itu, Umno telah kehilangan undi Melayu kerana protes ekoran gerakan reformasi dan isu pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“sebanyak 54% undi telah diraih oleh Barisan Alternatif waktu itu tetapi kerana termakan dengan janji manis MCA, masyarakat Cina telah memberi undi kepada Umno dan menyambung talian hayat BN,”katanya ketika ditemui

[Gambar - Chai Hing memberikan ang pow kepada massyarakat Cina Dungun dalam meraikan sambutan tahun Baru Cina ]

Namun, menurutnya, sebaik sahaja BN mendapat kuasa masyarakat Cina telah didakwa dengan pelbagai tuduhan dan dilemparkan dengan ‘gelar’ yang sangat hodoh dan perkauman.

Beliau berkata, Perdana Menteri ketika itu yang juga Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggil orang-orang Cina sebagai ekstrimis dan cauvinis sebaik menang pilihanraya ke 10 tahun 1999.

Mengulas kenyataan Pengerusi MCA Terengganu yang juga ADUN Bandar dan Exco negeri Terengganu, Chai Hing bekata, beliau tidak sepatutnya mengambil remeh dan sambil lewa masalah bangunan dan binaan yang sering runtuh di negeri ini.

Sebagai seorang bekas kontraktor binaan, Chai Hing menyifatkan kenyataan Dato’ Toh Chin Yau sebagai satu kenyataan yang ‘bodoh sombong’.

“sebagai seorang bekas kontraktor binaan, YB Toh tidak boleh memandang remeh dan sambil lewa kerana bangunan dan binaan yang runtuh itu melibatkan wang rakyat, wang pembayar cukai,

“ia satu kenyataan yang bodoh sombong oleh seorang bekas kontraktor binaan,”tegasnya.

Dato’ Toh Chin Yau, dilaporkan pada 21 Februari lalu menganggap kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh, adalah perkara biasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Terengganu Kali Ke 33, 2012 di Dewan Tuanku Abdul Rahman. -BO

DAP dedah lagi salah guna kuasa NFCorp


Lagi salah guna kuasa NFCorp – kali ini kesalahan melanggar Akta Syarikat – kerana memberi pinjaman kepada para pengarahnya serta syarikat-syarikat lain milik para pengarahnya secara tidak sah didedahkan.

NONESehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu menuntut supaya Peguam Negara bertindak segera ke atas NFCorp, bukan sahaja dalam kes pecah amanah (CBT) tetapi juga atas kesalahan melanggar Akta Syarikat.

Kataya, beliau, sebelum ini, telah mendedahkan bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta di antara kerajaan Malaysia dan NFCorp hanya boleh digunakan untuk menubuhkan dan menjalankan operasi Pusat Fidlot Nasional selaras dengan dasar kerajaan Malaysia untuk membangun, memupuk dan mempromosikan pengeluaran daging lembu.

Namun, Pua berkata, jelas bahawa wang pinjaman itu telah digunakan untuk tujuan selain daripada menternak lembu, dan kesalahan ini termasuk membeli kondominium mewah di Malaysia dan Singapura, serta membuat pelaburan dalam perniagaan di Singapura.

Menurutnya, pemilikan harta dan pelaburan berkenaan dengan pinjaman kerajaan tidak dibuat melalui NFCorp tetapi melalui pengarah-pengarah individu dalam syarikat.

NONE“Ini bermakna NFCorp telah meminjamkan wang dari kerajaan kepada pengarah-pengarah individu dalam syarikat atau terus kepada syarikat-syarikat yang mempunyai para pengarah yang sama dalam syarikat.

“Syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan para pengarah tersebut termasuklah Meatworks (Singapore) Pte Ltd yang tidak dimiliki oleh NFCorp tetapi dimiliki oleh pengarah-pengarah individu dalam NFCorp,” katanya dalam satu kenyataan, semalam dan disiarkan diportal Roketkini.

Menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, bukan sahaja penggunaan wang itu melanggar perjanjian pinjaman, ia juga dilarang melakukan pemberian pinjaman seumpama di bawah Akta Syarikat.

Katanya, Seksyen 133 dan 133A Akta Syarikat di bawah kategori “pinjaman-pinjaman yang dilarang” menjelaskan bahawa mana-mana syarikat tidak dibenarkan memberi pinjaman kepada pengarah syarikat atau syarikat yang dianggap berkaitan dengan syarikat tersebut, atau mewujudkan apa-apa jaminan berkaitan dengan pinjaman kepada pengarah berkenaan oleh orang lain.

NONEBeliau menjelaskan, dalam keadaan di mana sesetengah jenis pinjaman dibenarkan seperti pinjaman perumahan kepada pekerja dan bayaran awal (advance), ia hanya sah di sisi undang-undang jika para pemegang saham memberi kebenaran terlebih dahulu.

“Sudah jelas dalam kes ini bahawa tidak ada sebarang kebenaran diberikan daripada Kementerian Kewangan yang memegang saham utama (golden share) dalam NFCorp,” katanya. -M'kini

Saham Lynas menjunam selepas Himpunan Hijau

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Harga saham operator kilang rare-earth Lynas yang berpusat di Australia menjunam Isnin lalu akibat Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan dan bandar-bandar lain yang berkempen untuk kilangnya di Gebeng ditutup serta saman mencabar keputusan pemberian lesen operasi sementara (TOL) kepada Lynas Malaysia Sdn. Bhd.

Saham Lynas, yang disenaraikan di Australian Securities Exchange ditutup 4.65 peratus lebih rendah pada A$1.23 Isnin lalu selepas berita saman oleh 10 penduduk Gebeng mencabar keputusan pemberian lesen operasi sementara kepada Lynas Malaysia Sdn. Bhd.

Dalam permohonan itu, mereka memohon satu perintah certiorari supaya mahkamah membatalkan keputusan lembaga itu pada 30 Jan lalu, memberikan lesen operasi sementara kepada Lynas Malaysia untuk menjalankan operasi di tapak Loji Lynas Advanced, di Gebeng.

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) iaitu yang mengawal dan menyelia produksi, aplikasi dan penggunaan bahan tenaga atom dan radioaktif, Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan Lynas Malaysia Sdn Bhd telah dinamakan sebagai responden.

Awal bulan ini,  AELB telah memberikan lesen operasi sementara kepada Lynas untuk beroperasi di Gebeng walaupun dibantah keras oleh rakyat Malaysia. Akibat itu, harga saham naik mendadak ke A$1.59.

Walaupun ditentang hebat daripada penduduk sekitar dan rakyat Malaysia yang bimbang terhadap sisa radioaktif yang bakal ditinggalkannya, Lynas tetap yakin bahawa kilangnya di Malaysia tidak akan ditutup.

“Walaupun Lynas menghormati kebimbangan penduduk dan masyarakat tempatan, namun ia tidak percaya kepada dakwaan yang tidak berasas dalam saman tersebut. Lynas akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mempertahankan haknya seperti yang dituntut dalam saman tersebut,” kata syarikat itu yang dipetik daripada The Australian.

Tindakan kerajaan Malaysia untuk mengemukakan bantahan awal terhadap saman 10 wakil dari Gebeng semalam telah memberikan signal bahawa kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak akan mempertahankan Lynas.

Sejurus selepas Himpunan Hijau Ahad lalu, Najib bertegas mempertahankan Lynas dengan menyatakan bahawa “dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat.”

Ekoran bantahan kerajaan Malaysia, Mahkamah Tertinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini menetapkan 20 Mac untuk 10 penduduk Gebeng menjawab hujahan bantahan awal yang dikemukakan oleh kerajaan Najib.

Cara pelupusan bahan sisa radioaktif telah menjadi isu utama dalam bantahan kepada projek Lynas. Bulan lepas, Lynas telah membuat iklan di akhbar-akhbar tempatan untuk menyakinkan penduduk tempatan terhadap keselamatan kilangnya. -Hrkh

Siapa Artis Rocker Bersama Utz Azhar nii..??


Alhamdulillah..semoga brader Ali mendapat hidayah..Barangsiapa
kasih kepada Ulamak Akhirat maka Allah akan membukakan pintu
kebaikan baginya..

Kes Khalwat Dr. Badrul Amin - PR Lebih Telus Dari BN


Kes khalwat yang dikaitkan dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Badrul Amin Baharom kini bagaikan badai baru yang melanda parti itu dan juga Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Pelbagai cerita dan versi boleh diperolehi mengenai kes itu sama ada melalui media massa tradisional mahupun melalui media internet.

Meskipun kes tersebut masih dalam proses siasatan dan mengumpul bukti tetapi dari segi politiknya Pakatan Rakyat terutamanya PKR menerima tamparan paling hebat dan mungkin menjejaskan sedikit keyakinan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Rakyat yang selama ini sudah muak dengan cara pentadbiran UMNO dan BN dan mengharapkan sebuah kerajaan baru selepas PRU 13 dengan sandaran utama diharapkan kepada Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat yang diyakini mampu membawa nafas segar kepada negara dengan pengenalan ciri-ciri pentadbiran yang lebih baik, telus, mengutamakan rakyat, tidak rasuah serta tata kelola yang lebih meyakinkan, mungkin sedikit goyang dengan kes Badrul Amin ini.

Meskipun kes ini belum dibuktikan kesahihannya dan masih dalam proses siasatan sama ada akan dilakukan pendakwaan atau sebaliknya, hakikat yang nyata ialah wujudnya kecuaian di pihak Badrul Amin sendiri.

Sebagai seorang yang sudah matang dan berpendidikan agama pula, beliau sepatutnya boleh mengelakkan diri daripada terjebak dalam kes ini lebih awal lagi jika lebih berhati-hati dan tidak membiarkan dirinya terlalu terdedah kepada unsur-unsur syak wasangka serta fitnah.

Kalau pun terlalu ingin bertanggungjawab dalam menghulurkan bantuan serta menunjukkan sikap budiman sebagai seorang lelaki, Badrul Amin sepatutnya boleh mengelakkan daripada bertemu dengan bukan muhrim di waktu yang tidak sesuai seperti tengah malam atau awal pagi.

Begitu juga untuk menguruskan pendaftaran bilik hotel, beliau sepatutnya hanya menguruskan setakat di kaunter pendaftaran sahaja dan tidak terlajak sampai memasuki bilik hotel wanita yang bukan muhrim dan masih bersuami itu.

Bagaimanapun kerana kecuaian dan kealpaan dalam menjaga maruah diri, keluarga serta jemaah, Badrul Amin akhirnya terperangkap. Walaupun belum didakwa serta belum dibuktikan bersalah atau tidak, hakikatnya rasa malu dan aib sudah pun terhentak ke bahu beliau, keluarganya, PKR serta Pakatan Rakyat seluruhnya.

Dalam hal ini mujurlah Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor telah bertindak pantas menyelamatkan maruah parti dan gabungan pembangkang degan segera memberikan cuti sebulan kepada Badrul Amin untuk menyelesaikan masalahnya itu.

Sebagai Ketua Penerangan kerajaan Selangor dan penasihat agama kepada Menteri Besar Selangor, tugas Badrul Amin adalah penting bukan sahaja dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat tetapi juga memberi imej baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Tindakan Khalid yang segera mengarahkan Badrul Amin bercuti untuk menyelesaikan masalahnya itu adalah tindakan paling terpuji dan membuktikan ketelusan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan sesuatu isu yang melibatkan kepentingan parti dan rakyat. Dengan tindakan ini, rakyat sekurang-kurangnya tetap menaruh keyakinan dan kepercayaan bahawa Pakatan Rakyat tidak sesekali bersekongkol dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat. Tiada istilah melindungi atau mahu menutup kesalahan sesiapa saja disabitkan dengan sesuatu tuduhan yang melibatkan undang-undang.

Dalam kes Badrul Amin, pendirian Khalid dan Pakatan Rakyat adalah cukup jelas iaitu biarlah beliau diberi peluang membersihkan dirinya dan membuktikan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya. Jika didapati tidak bersalah kemudiannya, beliau boleh kembali berkhidmat dengan jawatan lamanya tetapi andainya didakwa dan terbukti bersalah, Pakatan Rakyat telah memberi isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa Badrul Amin seharusnyalah mengundur diri.

Tindakan pantas Khalid ini bukan sahaja berjaya menyelamatkan maruah Kerajaan Negeri Selangor yang begitu diidam-idamkan oleh Najib untuk dirampas dalam pilihanraya akan datang tetapi juga menyelamatkan imej Pakatan Rakyat di mata umum.

Sekurang-kurangnya dengan tindakan Khalid itu, Pakatan Rakyat telah membuktikan ia jauh lebih baik dan telus berbanding BN. Dalam kes lembu NFC misalnya, Najib dan Kerajaan BN masih teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap Shahrizat meskipun pelbagai bukti sudah didedahkan dan pihak polis sendiri sudah mencadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan undang-undang kerana pecah amanah diambil terhadap mereka yang terbabit.

Najib bukan sahaja masih menyimpan Shahrizat dalam kabinetnya tetapi cuti tiga minggu yang diberi kepada Shahrizat baru-baru ini pun hanya diambil setelah pelbagai bukti dan desakan dilakukan oleh pebagai pihak. Desakan agar Shahrizat berhenti atau diberhentikan daripada kabinet bukan saja datang daripada rakyat dan pembangkang tetapi juga daripada kalangan pimpinan UMNO sendiri. Namun Najib tetap tiada keberanian untuk bertindak.

Begitu juga dalam kes-kes lain yang melibatkan moral dan persepsi rakyat berkaitan pimpinan UMNO dan kerajaan, UMNO dan BN selalu berpegang kepada alasan klise dan lapuk iaitu seseorang tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Ini menjadikan ramai pimpinan UNMO dan kerajaan yang dituduh dan dikaitkan dengan pelbagai dakwaan tidak diambil apa-apa tindakan dan seolah-olah dilindungi pula.

Kadang-kadang dalam sesuatu kes yang didedahkan dan melibatkan pimpinan UMNO dan kerajaan, meskipun satu demi satu bukti ditunjukkan, kerapkali ia juga cuba ditutup dengan pelbagai helah dan alasan untuk mengelakkan pendakwaan seperti kes Jamil Khir dengan wang zakatnya serta beberapa kes rasuah dan salah laku yang melibatkan pemimpin-pemimpin lainnya.

Dalam hal ini, tindakan pantas Khalid dalam menangani kes Badrul Amin adalah paling tepat dan sekurang-kurangnya berjaya mengubah persepsi rakyat yang pada mulanya agak terjejas dengan kejadian itu. ~shahbudindotcom

Politik Trengganu - Panasss!!! Ku sangka 2 rupanyaaa 4?


Berita terkini dalam persiapan menghadapi pilihanraya, maklumat yang diberitahu kepada penulis bersumberkan YB Umno sendiri bahawa MB Terengganu sekarang iaitu Datuk Ahmad Said tiada dalam senarai calon Umno-BN untuk PRU-13.

PM sendiri tidak berkehendakkan Mat Said lagi. Kita pun sedia maklum bagaimana Mat Said telah menconteng arang ke muka Umno-BN dan kepimpinan mereka apabila krisis perlantikan MB Terengganu dahulu. Apatah lagi dengar-dengar khabar bahawa pihak istana sendiri pun sudah tidak berkenan dengan perangai dan sikap ‘cerdik do’oh lalu” MB sekarang.

Sejak rebahnya Derih Jusoh daripada kerusi empuk jawatan MB Terengganu maka bermulanya perang yang tidak berkesudahan antara Team Utara & Team Selatan ini. Dua group yang saling bertentangan dan saling bertewas. Ianya bukan rahsia lagi bahkan perbalahan ini secara terang-terangan dan tiada ubat untuk penyelesaian maupun ada kesudahannya. Ianya selesai depan wartawan maupun duduk dihadapan pimpinan. Datuk Mat Said dengan team veterannya dan Idris Jusoh dengan team barunya.

Baru-baru ni semasa PM Najib datang ke Marang, ingatkan sekadar nak bahagikan BR1M kepada rakyat tetapi rupanya untuk mengubat penyakit yang dah semakin membarah. Masing-masing team dah siap untuk cah keting masing-masing. Kita pakat-pakat tengoklah nanti. Bahkan dikatakan bahawa takkan berlaku p’raya melainkan Najib akan turun sekali ke Terengganu.

Dalam dok masing-masing memperkukuhkan kuku & taring masing-masing, timbul pulak 4 nama calon MB Terengganu yang baru. Sekarang ini bukan 2 team sahaja yang bertempur tetapi kini sudah berpecah 4 team. Masing-masing dok menaruh angan-angan bahawa merekalah bakal MB. Para YB2 iaitu Awang Tera - Kemaman, Yahya Khatib – Marang, Rahin Telok Pasu dan Razif Seberang Takir.


Masing-masing dok perkemas jentera. Kini amat rancak pertemuan demi pertemuan untuk mengukuhkan team masing-masing. Dahulu mereka takut untuk derhaka kepada PM… takut 'tulah' tetapi setelah contoh dan qudwah yang dibuat oleh Mat Said merampas jawatan MB dahulu, kini timbul keberanian bagi 4 orang ini menyingsing lengan.

Bab kata Ibrahim Pendek dalam penyamun tarbus... "Jom!.. Kita tengok sapa yang kenaaa" !!! itupun kalau BN boleh mengekalkan kuasa di Terengganu. Tetapi kalau benar nama Mat Said pun tak tersenarai, bagi pandangan penulis… takkan Mat Said nak biarkan sahaja. Lama mana perturunkan ilmu daripada harimau dan binatang yang buas-buas dari Zoo beliau di Kemaman. daripada berputih mata, baik bakar kapa sekali.

Pernah Idris jusoh nak menyingkirkan nama Mat Said dari menjadi calon akibatnya deris Jusoh yang terpelanting. Adakah kali ini Mat Said boleh memecahkan rekod kali ke-2? Adakah semua empat2 calon MB akan terpelanting dek Mat said… atau salah buat Umno-BN yang akan terpelanting dalam Pru-13 nanti.
sumber: ustsaifulbahri

8 Exco selamat angkat sumpah



ALOR SETAR, 28 Feb: Lapan orang Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari ini di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi exco dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Kedah apabila Tuanku Sultan Kedah kini menjadi Yang Dipertuan Agung.

Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Azizan berkata, beliau sedia melantik semula semua exco Kedah yang ada sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya semalam memaklumkan, Presiden PAS telah mengarahkan agar kesemua 10 Exco Kedah dipilih dan dilantik semula.

Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan).

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan).

Wanita Kes Dr.Badrulamin - Beliau Berkata: 'Fitnah, Saya Tak Khalwat'

Rompin - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.


“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti. -SH

Umno menipu sebagaimana Hasan Ali Berbohong

KUALA TERENGGANU – Umno Terengganu menipu seluruh rakyat Terengganu dengan menganjurkan dua program, Himpunan Sejuta Umat dan Bersatulah Ummah Untuk Selamatkan Aqidah, sekaligus memberi ruang kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Dato’ Dr Hassan Ali berbohong.

Menurut Pesuruhjaya PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada Sabtu 25 Februari sebenarnya bukanlah anjuran badan-badan NGO tetapi ia dianjurkan oleh beberapa Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Terengganu, Kuala Nerus  dan Marang.

Bahkan kata Haji Wahid, ia begitu jelas dengan kehadiran ramai pemimpin kanan Umno Terengganu termasuk Pengerusi Perhubungan Umno, Dato’ Seri Ahmad Said.

Hassan Ali pula dalam Himpunan itu telah berbohong dengan mendakwa PAS menyekat ahli dan penyokongnya menyertai program Himpun di Terengganu yang menjadi punca penyertaan orang ramai kurang memuaskan.   

“Saya menafikan yang kita (PAS) ada sekat atau arah ahli PAS supaya tidak menyertai program atau majlis Dr Hasan Ali. Kita tidak pernah buat kenyataan arah orang, sekat orang atau suruh.

“Siapa dia (Hasan) yang nak minta setiap ahli PAS datang ke program dia. Dia bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Itu terpulang kepada ahli dan penyokong PAS sendiri,” tegas haji Wahid yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Bowling Tertutup anjuran Nisa’ negeri Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini, 25 Februari lalu.

Umno sekali lagi menipu rakyat Terengganu apabila menganjurkan program Bersatulah Ummah Untuk Selamatkan Aqidah yang diadakan di Padang Astaka Chukai Kemaman pada hari yang sama.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat program tersebut adalah anjuran Umno Bahagian Kemaman, bukannya anjuran Badan-badan NGO Daerah Kemaman.

Ceramah Hassan ali bukan Pekida (NGO) yang anjur tetapi Umno Bahagian (Kemaman), dia orang kata Pekida, yang buat (adalah) Man Eon dan Rosli Pendek, Setiausaha Bahagian (Kemaman), bukan orang Pekida,”ujarnya Hj Hanafiah sambil menunjukkan pesanan ringkas yang diterimanya dari orang dalaman Umno.

Haji Hanafiah berkata deikian ketika ditemui selepas Majlis Bersama Mahasiswa yang dianjurkan oleh NGO Waris di Dusun Nyior Chukai pada malam 25 Februari.

Manakala Hassan Ali terus membohongi orang ramai dengan mendakwa beliau dipecat dari PAS kerana mahu memperjuangkan Islam dan tidak bersekongkol dengan teman-teman ‘parasit’ dalam PAS yang redha bekerjasama dengan DAP, yang menurutnya tidak mahu kepada Islam.

Tinjauan Skuad Buletinonline pada program tersebut, mendapati hanya kira-kira 5,000 orang yang hadir, walaupun Umno Bahagian Kemaman menyedikan berpuluh-puluh buah bas untuk mengangkut ahli-ahlinya.

Ia terlalu ‘meleset’ sebagaimana sasaran kehadiran yang diwar-warkan seramai 30,000 orang.

Manakala kehadiran dalam Himpunan di Kuala Terengganu tidaklebih dari 4,000 orang sahaja, walaupun Umno telah mengarahkan seluruh Jabatan dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendidikan yang mengerahkan kakitangannya supaya hadir. -BO


Himpunan Hijau 3.0 Tetap Diadakan Sebagai Respons Kepada Keangkuhan Najib

Himpunan Hijau 3.0 protes Lynas sah diadakan

SHAH ALAM - Penganjur Himpunan Hijau 2.0, yang membantah projek nadir bumi Lynas, menegaskan pihaknya sudah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan susulan ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengatakan bahawa operasi loji itu akan diteruskan.

"Akhirnya, kami menerima respons pertama daripada Perdana Menteri kita. Kami rasa bersemangat (dengan kenyataan beliau), tetapi malangnya, jawapan itu tidak seperti yang kami telah harapkan.

"Oleh itu, kami mengesahkan bahawa Himpunan Hijau 3.0 akan diteruskan,"
kata Pengerusi Himpunan Hujan 2.0, Wong Tack dalam satu kenyataan hari ini.

Himpunan Hijau 2.0 telah diadakan di padang MPK4, Kuantan semalam.

Dalam reaksi semalam, Najib berkata kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.

"Dan kita tidak akan beri 'lesen operasi' melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.

Semalam, penganjur memberi 24 jam kepada kerajaan pusat dan negeri akan mengambil pendirian membatalkan projek tersebut- SH


Protes hijau kuning pula dirancang selepas ini


Sehari selepas Himpunan Hijau 2.0, jawatankuasa penganjur mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan yang digelar 'Himpunan Hijau 3.0' akan diadakan kerana kegagalan kerajaan menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau 2.0 Wong Tack berkata Himpunan Hijau 3.0 tidak dapat dielakkan dan mereka sedang mempertimbangkan untuk bergabung dengan BERSIH 2.0 untuk mengadakan protes "hijau kuning".

Katanya, pihak mereka juga tidak puas hati dengan kenyataan oleh Datuk Seri Najib Razak yang berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi itu dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Wong semalam memberi Najib 24 jam bagi menutup loji pemprosesan sisa radioaktif itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Mengulas bantahan hampir 15,000 rakyat itu, Najib semalam berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

Tetapi setelah fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat, katanya, kerajaan mengeluarkan lesen operasi kepada Lynas dengan mengenakan syarat yang cukup ketat.

Antaranya, sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.
-mk

Najib Akui BN Buat Silap Di Selangor, Tetapi "Minta Nyawa" Rakyat Pilih BN Semula

Najib akui BN ada buat kesilapan di Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kerajaan BN ada membuat sedikit kesilapan pada masa dulu hingga menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong mereka.

Namun katanya, BN kini sudah insaf daripada kesilapan sebelum ini dan juga memohon maaf kepada rakyat di Selangor.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya dipetik Bernama pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.

Sehubungan itu, Najib juga dipetik Bernama sebagai berkata Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Dakwanya, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Bernama bagaimanapun tidak melaporkan sama ada Najib ada menyatakan kesilapan-kesilapan BN itu dan di bawah Menteri Besar manakah perkara itu berlaku.

Pada ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.

Sambil memanggil hadirin yang hadir sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.

"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib.

Menurut beliau, anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri,” katanya.

Najib juga mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.

Katanya semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lalu.

"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya. -mk

Mengaku buat salah, minta maaf, tapi nak harapkan rakyat terus undi BN di Selangor. Kan bingai punya statement.

Rakyat tidak akan memberi peluang kedua lagi kepada yang dah melakukan kesilapan yang selepas melakukan kesilapan berterusan mencari undi dengan menggunakan taktik-taktik yang tidak beretika dan tidak demokratik.

Kerajaan PR Selangor telah membuktikan keupayaan memerintah jauh lebih baik dari BN.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 secara umumnya telah berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan,” laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu dipetik.

Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada 2010.

Perbelanjaan mengurus pula menurun sejumlah RM382.56 juta menjadi RM1,447.26 juta, sekaligus menunjukkan perbelanjaan berhemat yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam laporan itu juga dinyatakan kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya.

“Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat dapat membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan kerajaan negeri,” laporan itu dipetik.


Justeru itu tiada sebab untuk rakyat untuk menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN di dalam pilihanraya akan datang ini. -GB

Nurul: Mata saya hampir lebam seperti papa


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong di ceramah di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti sudah mendapat mata lebam seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

NONEKatanya, serangan terhadapnya oleh lelaki dalam ceramah Pakatan Rakyat di Felda Lepar Hilir I pada malam itu hampir-hampir mengenainya

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

NONEPagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, "budak-budak muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan. -M'kini

Wartawan di Himpunan Hijau kena 8 jahitan di serang pencacai upahan Umno





penang lynas himpunan hijau 260212Malam tadi, Lim juga mengunjungi Chew di hospital dengan beberapa pemimpin DAP dan setiausaha akhbar beliau.

Ketika dihubungi Lim berkata beliau terharu kerana Chew membahayakan dirinya untuk melindunginya namun beliau kecewa dan kesal terhadap apa yang berlaku kepada wartawan itu.

Beliau juga membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyemai benih-benih kebencian berbentuk perkauman di kalangan rakyat di negara ini. Menurut Lim, beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi ini, untuk mengulas isu berkenaan.

"Saya juga telah arahkan setiausaha akhbar saya untuk memantau keadaan Chew. Jika beliau berasa pening atau tidak sihat, maka beliau mesti dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya.Wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh - Adam Chew, 29 - yang dibelasah semasa membuat liputan Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang, semalam, terpaksa memerlukan lapan jahitan akibat kecederaan di tangannya itu.

adam chew kwong wah jit poh journalist with blood on fingersPerhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan, semalam yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Seorang lagi petugas Kwong Wah - Lee Hong Chun, 25, pula dilaporkan dipukul dengan topi keledar semasa bertugas. Beliau hanya mengalami kecederaan kecil dengan kesan lebam di  kepalanya.

Chew (kanan), bagaimanapun, terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam selepas perhimpunan yang diadakan di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu disuraikan oleh pihak polis selepas diganggu oleh kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

Ketika dihubungi, Chew berkata kepalanya sedikit pening selepas dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang cuba untuk menghalang Himpunan Hijau  yang dihadiri lebih daripada 500 orang itu, termasuk oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONEKatnya, beliau akan berjumpa doktor sekali lagi hari ini kerana matanya mempunyai kesan seperti darah beku.

"Saya tidak boleh bekerja dan doktor memberi saya cuti sakit serta meminta saya untuk datang semula jika saya mengalami pening mana-mana," katanya kepada Malaysiakini.

Menceritakan pengalamannya itu, Chew berkata beliau ditugaskan membuat liputan perhimpunan solidariti Himpunan Hijau seperti yang diadakan di bandar-bandar lain di seluruh negara, seperti di Kuala Lumpur, Perak dan Kuantan.

"Kejadian berlaku apabila ketua menteri turun dari pentas selepas ucapannya untuk menyertai orang ramai.

adam chew kwong wah jit poh journalist fracas in penang himpunan hijau rally kick"Kumpulan pro-Lynas cuba mengganggu Lim tetapi kakitangan keselamatan mengepung dan mengekori rapat.

"Tetapi kumpulan itu berjaya untuk memecahkan ‘rantaian manusia’ yang dibuat itu dan saya juga cuba menghalang mereka daripada merapati ketua menteri," kata Chew.

Kumpulan berkenaan sebelum majlis bermula dilaporkan telah mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan  melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Walaupun membuat bising dan memprovokasi peserta, namun tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Mereka juga dikatakan cuba mengganggu ucapan yang disampaikan.

penang lynas himpunan hijau 260212Menurut Chew, kumpulan berkenaan selain menghamburkan kata-kata kesat, turut melemparkan kata-kata perkauman.

Namun apabila ditegur supaya tidak menimbulkan kata-kata perkauman yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini, kumpulan yang turut disertai oleh pemimpin Umno dan PERKASA itu mula menjadi berang.

"Kemudian mereka tarik tangan saya. Seorang daripada mereka memukul saya dengan topi keledar, dan lima rakannya juga memukul saya di kepala.

"Apa yang saya lakukan ialah cuma menghalang mereka daripada serang CM," katanya.

penang lynas himpunan hijau 260212Malam tadi, Lim juga mengunjungi Chew di hospital dengan beberapa pemimpin DAP dan setiausaha akhbar beliau.

Ketika dihubungi Lim berkata beliau terharu kerana Chew membahayakan dirinya untuk melindunginya namun beliau kecewa dan kesal terhadap apa yang berlaku kepada wartawan itu.

Beliau juga membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyemai benih-benih kebencian berbentuk perkauman di kalangan rakyat di negara ini. Menurut Lim, beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi ini, untuk mengulas isu berkenaan.

"Saya juga telah arahkan setiausaha akhbar saya untuk memantau keadaan Chew. Jika beliau berasa pening atau tidak sihat, maka beliau mesti dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya. -M'kini

Lagi gambar disini.

Pilihan raya? PAS sentiasa bersedia

Dengan pilihan raya umum ke-13 Malaysia diramalkan bakal diadakan tidak lama lagi, parti pembangkang di negara itu, termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini giat mengukuhkan jentera masing-masing. Minggu lalu, wartawan Berita Harian, Suhana A.Samat ( suhana@sph.com.sg) telah ke Kota Bharu
untuk mewawancara Musyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bagi mendapatkan pandangannya mengenai perkara itu. Apakah Kelantan akan kekal di tangan PAS? Apakah pula matlamat yang ditetapkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya mendatang. BH turut mencungkil personaliti ulama yang disegani ini. Ikuti laporan berikut

Datuk Nik Aziz kini gunakan Facebook untuk 'bersama' rakyat Kelantan SETIAP Jumaat, sebahagian Jalan Dato Pati di Kota Bharu, akan ditutup mulai 8.30 pagi.


Sebabnya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang lebih mesra dipanggil Tok Guru akan mengadakan ceramah agamanya.
Memandangkan Jumaat ialah hari cuti umum di Kelantan, berduyun-duyun rakyat Kota Bharu akan 'turun padang'.

Datuk Nik Aziz, yang biasanya bersarban putih dan memakai jubah, akan menyampaikan syarahannya dalam loghat Kelantan.
Ceramah itu sudah begitu sebati dengan penduduk setempat sejak negeri itu diperintah oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 1990.

Namun, apa yang kini ketara ialah tradisi juga boleh berubah dek perkembangan teknologi.
Jika dulu, mereka yang berada di kawasan luar bandar tidak berpeluang mendengar ceramah Datuk Nik Aziz, kini mereka boleh berbuat demikian secara langsung melalui laman Facebook Mursyidul Am PAS itu sendiri.
Melalui Facebook ini juga, para penduduk akan dimaklumkan jadual Datuk Nik Aziz serta acara yang dihadirinya.
Angin pembaharuan sudah dirasai di negeri Cik Siti Wan Kembang.

AURA TOK GURU

Kuliah Datuk Nik Aziz di 'Medan Ilmu' ini membuka jendela pengenalan bagi mereka yang ingin menjenguk kehidupan orang Kelantan.

Ia memberi sekilas gambaran mengapa Datuk Nik Aziz merupakan ikon PAS.
Berita Harian telah berpeluang mewawancara Datuk Nik Aziz minggu lalu di Pejabat Menteri Besar di Kota Bharu untuk lebih memahami mengapa beliau begitu dihormati ramai di Kelantan.
Dengan memulakan perbualan dengan Bismillah, pertuturan Datuk Nik Aziz sepanjang wawancara lembut tetapi tegas.

'Kuliah Jumaat ini sudah menjadi amalan, bekalan saya. Nabi Muhammad saw adalah orang yang menderma ilmu. Jadi, amalan yang paling baik ialah untuk menderma ilmu.

'Saya panggil ini 'kuliah senafas'. Kalau dapat beri kuliah lima atau 10 minit pun sudah cukup,' katanya.
Sebagai seorang ulama, Datuk Nik Aziz mempunyai ramai pengikut.
Tanya saja sesiapa saja di Kelantan, apa keistimewaan Datuk Nik Aziz dan ramai yang tidak akan teragak-agak memberikan pelbagai contoh.

'Rakyat Kelantan semua percaya yang Tok Guru seorang yang bebas daripada rasuah. PAS dapat bertahan di Kelantan sebab kita tidak boleh percayakan Umno,' kata seorang penduduk Kota Bharu, Haji Mat, kepada Berita Harian.

Gaya hidup Datuk Nik Aziz juga begitu sederhana.
Sejak menjadi Menteri Besar, beliau tidak menetap di kediaman rasminya di JKR 10.
Sebaliknya, beliau lebih senang tinggal di rumahnya sendiri di Kampong Pulau Melaka.
Sesiapa saja yang boleh memasuki pekarangan rumah Datuk Nik Aziz yang turut menempatkan sebuah masjid dan sebuah sekolah menengah.

Jika jadualnya mengizinkan, beliau juga akan hadir di majlis perkahwinan penduduk atau melawat jika ada kematian.
Datuk Nik Aziz sebab utama Kelantan masih berada di dalam tangan PAS.

PILIHAN RAYA UMUM (PRU) KE-13

Baru-baru ini, Datuk Nik Aziz mengesahkan beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin veteran PAS berusia 81 tahun ini mula bertanding sejak pilihan raya umum 1967.
Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar, dengan majoriti 4,249 undi.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia, bagaimanapun menyifatkan kesediaan Datuk Nik Aziz terus bertanding pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan beliau tidak memahami realiti bahawa beliau sudah uzur.

Akhbar itu mendakwa pemimpin itu masih 'ghairah untuk berkuasa' walaupun sudah memimpin Kelantan selama empat penggal atau lebih 21 tahun.
Ditanya Berita Harian mengenai tanggapan itu, Datuk Nik Aziz, berkata barang lama biasanya lebih berharga berbanding dengan yang baru.

Memberi contoh, beliau berkata:
'Mata cincin di jari pun batu. Serupa dengan batu kapur.

'Namun, batu kapur sebab ia baru, dibuat jalan raya. Batu permata sebab ia lama, ia jadi barang berharga.'
Ditanya sama ada beliau telah menetapkan tempoh untuk berundur, Datuk Nik Aziz berkata beliau:
'Saya berundur bila saya sendiri yang hendak (berundur). Kalau saya sendiri yang tidak tahan, itu boleh. Atau pun jika pimpinan PAS Kelantan sendiri minta saya undur.
'Kalau Umno suruh berundur, makin naik angin saya.'

Mengenai siapa penggantinya, Tok Guru, lebih selesa untuk berahsia.
'Tidak boleh sebut sekarang. Memang ada dalam kepala saya (siapa pengganti) tetapi tidak boleh sebut sekarang. Nanti bila saya nak mengundur, bolehlah,' katanya sambil ketawa kecil.

Dalam pilihan raya yang lalu, parti pembangkang mencatatkan kemenangan besar dengan mengekalkan kuasa di Kelantan dan merampas kuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Perak pula telah kembali semula di bawah BN, selepas beberapa anggota pembangkang lompat parti.
Selain di Kelantan, Menteri Besar Kedah juga dari PAS.

Ditanya sama ada PAS sudah bersedia bertanding dalam pilihan raya umum yang dibayangkan akan diadakan tidak lama lagi, Datuk Nik Aziz berkata:
'Orang Islam, dia bersiap setiap masa. Dia banyakkan bekalan kehidupan di akhirat - baik dalam hal ibadah, ekonomi dan hal politik.

'Oleh yang demikian, orang Islam yang faham agamanya, tidak ada masalah bertanding. PAS berada di jalan yang benar iaitu untuk menyambung kerja Nabi Muhammad saw.
'Pilihan raya nak mari, bila-bila pun, itu biasa saja.'

Menjelang pilihan raya 2008, beberapa pengamat politik menjangkakan itu merupakan penggal terakhir bagi Datuk Nik Aziz mengekalkan kuasa di Kelantan.
Ini memandangkan dalam Pilihan Raya 2004, PAS menang tipis dengan mendapat 23 kerusi DUN berbanding 22 kerusi yang dimenangi BN.

PAS mendapat lima kerusi Parlimen sementara BN mendapat sembilan.
Sebaliknya dalam PRU-12 itu, PAS menang besar di luar jangkaan, dengan mendapat 38 daripada 45 kerusia DUN sementara sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendapat satu kerusi.
BN hanya mendapat tujuh kerusi DUN.

Bagi kerusi Parlimen, PAS mendapat sembilan kerusi sementara PKR mendapat tiga.
Ini berbanding dua kerusi Parlimen yang dimenangi BN.
Apakah PAS yakin dapat mengekalkan kuasa di Kelantan dalam PRU-13 walaupun BN baru-baru ini memberi amaran mampu merampas semula negeri itu ?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib, baru-baru ini juga menarik perhatian berkata Kelantan merupakan negeri paling miskin di Malaysia.
Menurutnya, kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

'Insya-Allah, Kelantan kekal. Tiada sebab rakyat Kelantan tolak Islam,' kata Datuk Nik Aziz penuh yakin.
Keyakinan itu mungkin didorong oleh tindakan rakyat Kelantan menolak habuan projek pembangunan bernilai RM10 bilion ($4.1 bilion) di Kelantan yang dijanjikan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, jika BN menang dalam PRU-12.
'Kami yakin PAS itu adalah benar. 'Kalau demokrasi dijaga dengan baik, tidak ada sebab langsung orang Melayu dan rakyat bukan Islam tidak mengundi PAS.

'Keadaan Umno sekarang dengan Umno dulu serupa saja iaitu tidak membawa ajaran Nabi Muhammad saw.
'Mereka boleh buatlah apa pun sekali pembangunan, kami tidak tergugat kerana pembangunan itu bukan duit dia iaitu duit Umno tetapi duit rakyat, duit cukai.
'Apa susahnya? Kalau kami menguasai Malaysia, kami juga boleh membuat pembangunan,' tegas Datuk Nik Aziz.

AMBIL ALIH PUTRAJAYA

Apakah pula matlamat yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU-13 ?
Jawab Datuk Nik Aziz:

'Matlamat kami serupa iaitu bagi menyelamatkan undang-undang Allah di muka dunia - undang-undang dalam akidah, dalam ekonomi, sosial, dalam segala-galanya.'
Peluang PAS untuk mengukuhkan pengaruhnya di negeri-negeri lain dan merampas semula Terengganu yang jatuh ke tangan BN pada 2004, lantas dilihat sebagai cerah.

'Lebih-lebih lagi jika mereka dah lihat apa kita buat di Kelantan. Kami memimpin berdasar konsep Islam dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya. Dengan keadaan kami ditekan, dikepung empat penjuru pun tetapi kami boleh bergerak,' jelas Datuk Nik Aziz.

Beliau turut mengulangi tekad PR untuk mengambil alih Putrajaya.
'Islam agama Allah untuk manusia. Maka, tiada sebab kami tidak diberi peluang untuk memegang kuasa di peringkat Pusat.

'Untuk tidak pegang kuasa di peringkat pusat, maka kami cuai dengan Allah di akhirat kerana kami biarkan golongan sekular berkuasa di bumi Allah.
'Saya tidak suka perkataan merampas Putrajaya, sebaliknya saya lebih suka perkataan memimpin atau mengambil alih tampuk kerajaan.'

Menurut beliau, bantahan yang dianjurkan Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada tahun lalu didorong oleh kebencian rakyat terhadap Umno dan BN yang didakwa menyalahgunakan demokrasi.
'Kalau demokrasi dijaga dengan betul, kita tidak akan ada masalah. Sebagai contoh, bantahan Bersih, kenapa manusia beribu keluar berdemonstrasi walaupun ada gas pemedih mata?

'Sebabnya, mereka muak dan benci kepada Umno dan BN yang menyalahgunakan demokrasi.
'Mereka bawa 'pendatang' dari luar. Beri kad pengenalan pada orang luar setiap kali mengundi. Semua kerja ini, Islam tidak boleh terima, demonstrasi tidak boleh terima. Tetapi Umno, dengan rakus nafsunya, dia buat. Mana ada dalam demonstrasi, dibenarkan buat begitu ? Mana ada dalam Islam, diberi peluang buat manusia menipu?' tanya beliau.

PENAKATAN PAKATAN RAKYAT

Sejak kebelakangan ini, pelbagai spekulasi wujud tentang keutuhan Pakatan Rakyat, dengan apa yang berpendapat ia seakan retak menanti belah.

Ini lebih-lebih lagi selepas Datuk Nik Aziz meminta pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel, seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.

'Sehingga kini, saya tidak nampak Pakatan Rakyat berpecah. Itu kenyataan peribadi Anwar, bukan kenyataan parti. Parti lain, Anwar lain. Benda itu boleh selesai, tiada masalah,' kata Datuk Nik Aziz.
Ditanya mengenai pelbagai kontroversi lain yang mempalit Datuk Seri Anwar, termasuk tuduhan liwat, Datuk Nik Aziz, berkata:

'Saya tidak suka 'correct-correct' pasal individu. Saya tidak mahu bercakap masalah individu. Itu masalah parti dia. Kalau orang dia boleh terima, kenapa kita tidak boleh terima? Kita bergabung atas dasar parti.'
Sejak beberapa tahun lalu, PAS telah mempromosikan konsep Islam, tahaluf siyasi, kepada para pengikutnya iaitu bekerjasama dengan parti bukan Islam, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi mencapai matlamat yang sama dalam politik.

Menurut Datuk Nik Aziz, kerjasama dengan DAP juga tidak mengalami kegenjotan walaupun wujud perbezaan pendapat berkaitan perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.
'Kami bekerjasama dengan parti DAP kerana kami sama-sama menentang kezaliman, sama-sama nak keadilan.

'Berkaitan pelaksanaan hukum hudud, masalah itu kita boleh selesaikan. Kalau tidak setuju, tak apa. Adik beradik dan suami isteri pun bertengkar, itu biasa,' jelasnya.
Sedangkan lidah lagi tergigit.

Tsunami politik yang berlaku pada PRU-12 merupakan peringatan penting kepada mana-mana parti agar tidak mengambil sikap sambil lewa.
Lebih-lebih lagi dalam zaman Internet, Facebook dan blog, dengan setiap fitnah mahupun kebenaran mampu tersebar meluas.

PRU-13 bakal menguji sekali lagi keupayaan Datuk Nik Aziz untuk merapatkan saf dan memastikan semua jentera parti bergerak licin bagi memujuk pengundi agar tidak memangkah 'dacing' di kotak undi. -BO

Berita Gempar !!




Gempar! Injil berusia 1500 thn SAHKAN Muhammad Rasulullah !!

ALLAHUAKBAR..

Satu naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1500 telah ditemui di Turki...mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahwa Muhammad adalah sebagai RASUL yg akan datang selepasnya....!!

Kejadian ini benar2 telah menggemparkan pusat kristian dunia di Vatican, Rome.

NASKHAH injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad( Muhammad) saw...

sumber di petik dari sini

GAMBAR @ VIDEO HIMPUNAN HIJAU 2.0

Peserta-peserta perhimpunan sedang menyanyikan lagu "Suara Rakyat".







Antara gelagat peserta perhimpunan.


Pak Samad Said sedang baca puisi.


Hishamudin Rais,aktivis PSM sedang berucap.


Perarakan oleh peserta perhimpunan dengan laungan "Save Malaysia"


Penyokong MCA Turut Turun Menyatakan Sokongan Membantah Lynas... Orang UMNO Jer Yang Sokong Lynas...


Ribuan hadiri himpunan anti lynas. Tahniah rakyat Kuantan.


DSAI sedang berucap dan dalam ucapannya beliau berkata,bila Pakatan Rakyat jadi kerajaan selepas PRU 13,Pakatan Rakyat akan batalkan projek Lynas."Saya sudahkan mesej bantahan rakyat Malaysia kepada kerajaan Australia",katanya.



Ribuan yang hadir tenang mendengar ucapan dan sorakan semangat yang mendesak supaya Lynas ditutup dan dikuburkan buat selama-lamanya!




Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengetuai rombongan ahli yang berarak dari hadapan pasaraya Giant menuju ke padang sejauh 1.2 kilometer.






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .