Ikuti Blog ini

Kerajaan Feudral terus menerus sekular…MAS mengharamkan tudung



Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan untuk mengkaji sistem ekonomi Islam bagi menjana ekonomi negara. Ini juga kononnya dapat menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia cukup bersungguh untuk mengislamisasikan setiap agenda.

Penulis cukup memuji tindakan beliau walaupun agak terlambat. Malaysia mula ingin kembali kepada ekonomi Islam ketika mana dunia barat sudah mula meyakini kepada ekonomi Islam.

Tapi perlaksanaan masih tidak menyeluruh. Penulis memandang perlaksanaan Islam di Malaysia dilaksanakan berasaskan keuntungan. Oleh kerana dunia mula meyakini ekonomi Islam, barulah Malaysia mewar-warkan sistem ekonomi Islam untuk menarik Pelabur timur tengah ataupun dari negara umat Islam yang lain.

Kalau betul kerajaan Malaysia IKHLAS untuk kembali kepada Islam sepenuhnya, kenapa undang-undang ISA dikekalkan, kenapa Syllibus pendidikan masih belum diterapkan elemen agama, kenapa sistem bank negara masih meneruskan konsep riba, kenapa undang-undang Jenayah Islam tidak diluluskan. Yang terbaru penulis baru terdengar ialah kenapa pemakaian tudung kepada pekerja MAS tidak dibenarkan.?

Penulis ada terdengar melalui sumber yang sahih bahawa Syarikat MAS sampai sekarang masih tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pramugari kerana tudung ini tidak termasuk uniform pramugari. Tetapi dalam masa yang sama pramugari untuk membawa bakal haji dimestikan memakai tudung. Tudung hanya dibenarkan selepas selesai mendarat. Ini menandakan bahawa MAS masih lagi bersikap sekular.

Apabila penerbangan yang berkaitan agama diwajibkan pramugari bertudung, tetapi apabila untuk penerbangan biasa diharamkan bertudung. MAS merupakan syarikat Rangkaian Kerajaan (GLC). Sepatutnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mesti menunjukkan imej Islamik khususnya kepada pramugari.

Berkemungkinan kerajaan Malaysia memandang apabila pramugari bertudung akan mengurangkan pelancong luar untuk datang kerana bimbang dengan pengganas.

Sistem ekonomi Islam dilaksanakan adalah berkonsepkan keuntungan, bertudung diharamkan juga berkonsepkan keuntungan. Ini bermakna Malaysia hanya melaksanakan sesuatu perkara atas dasar penjanaan ekonomi bukan berdasarkan suruhan agama.

Memandang kemajuan ekonomi asas kepada pembinaan merupakan salah satu teori barat awal 90’an dahulu. Pandangan ini jelas bertentangan dengan konsep Islam yang menekankan soal pembinaan akhlak dan aqidah asas kepada pembinaan tamadun. Apabila akhlak terjana dengan baik, ekonomi akan lebih meningkat dengan sebab keyakinan pelabur terhadap sebarang pelaburan yang ditawarkan.

Kini, Barat mula meyakini pandangan Islam dan sudah mula diterapkan dalam asas pendidikan mereka.

Antara punca gejala sosial ialah apabila sistem pendidikan Islam tidak diterapkan. Pendidikan bukan hanya sekolah, tetapi media perlu memainkan peranan untuk menerapkan pendidikan Islam kepada masyarakat. Pendidikan bukan sekadar menganjurkan akademik, akademik Al-Quran dan rancangan motivasi atau kuliah agama. Tetapi pendidikan Islam dapat diterapkan dengan memgalakkan percambahan filem-filem bercorak islami.

Media sekarang begitu banyak menayangkan filem-filem seram, filem yang separa lucah seperti filem sepanyol, filem lawak terlampau bodoh dan sebagainya. Ini semua punca ke arah memperbodohkan masyarakat Malaysia.

Kesimpulannya ialah Kalau betul kerajaan Serius untuk melaksanakan agenda Islam dalam setiap urusan sesuai dengan pengisytiharan Malaysia sebuah negara Negara Islam. Pastikan semua tindakan kerajaan berteraskan kepada Al-Quran. Kalau tidak mampu, penulis merasakan PAS dan NGO Islam yang lain sedia memberikan kertas cadangan ataupun kerjasama bagaimana untuk melaksanakan Islam yang syumul dalam pemerintahan.

Harap kerajaan dapat bertindak segera kepada MAS supaya memberi kebenaran kepada pramugari untuk bertudung.


Rafidah kecewa Shahrizat mencabarnya


Tan Sri Rafidah Aziz hari ini melahirkan kekecewaannya kerana pelan
peralihan kuasa ditolak selepas tiga bulan ia diumumkannya, dan naibnya sendiri mencabarnya walaupun berjanji enggan berbuat demikian.

"Semenjak tarikh itu tiada sesiapa dalam exco, atau di luar, yang telah mempertikaikannya.

"Bahkan Datuk Seri Shahrizat (Jalil) sendiri, sama ada antara empat mata, dalam exco, dan dalam sidang media, telah berkali-kali menegaskan:

a) bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan ketua walaupun
dicalonkan,
b) beliau patuh kepada pelan peralihan,
c) beliau patuh kepada nasihat pemimpin-pemimpin besar parti,
d) bahkan beliau telah menyatakan bahawa 'kata akan dikota' dan 'my word is my honour.' (semuanya telah disiar dalam media)," katanya.

Dalam kenyataan 10 halaman, ketua Wanita Umno turut mengumumkan untuk mempertahankan jawatan pada pemilihan parti Mac depan - berdepan dengan cabaran naibnya Shahrizat.


PEMIMPIN BN KENA CONTOHI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT




Dalam riuh rendah negara dengan isu rasuah atau politik wang yang berlaku dalam Umno yang semakin menjadi-jadi, sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat memberi petanda bahawa kegawatan yang berlaku dalam negara masih boleh diselamatkan dengan memberi ruang dan peluang Pakatan Rakyat memerintah negara.

Kisah sikap berhemah dan berjimat cermat pemimpin Pakatan Rakyat bukan cerita baru. Sebelum ini kita didedahkan dengan sikap YAB Dato Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat yang tidak mengambil sesen pun elaun rumah dan elaun keraian selama 18 tahun menerajui Kelantan. sebaliknya duit itu diserahkan kepada kerajaan negeri untuk dimanafaatkan dan dinikmati oleh rakyat. Bayangkan selama 18 tahun dengan jumlah yang mungkin menjangkau jutaan ringgit elaun yang tidak dituntut sudah pasti ramai rakyat terutama golongan miskin yang dapat mendapat faedahnya.

Kita juga didedahkan dengan sikap jimat cermat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam menggunakan duit rakyat yang berazam menjadikan kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai panduan.
SEMOGA IMPIAN MENJADI KENYATAAN
Hari ini kita didedahkan dengan sikap yang patut menjadi amalan dan ikutan pemimpin BN lain seperti yang ditunjukkan oleh YAB Datuk Seri Azizan Razak.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.

Potongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana "(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan".

Ini tidak, nak potong elaun menteri dan timbalan menteri 10% pun riuh rendah seluruh negara. Ibarat ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Sebaliknya apa yang diambil sama ada secara sah atau pun sebaliknya tidak pula diheboh-hebohkan.

Berita dan maklumat terdapat 10 orang ahli parlimen BN yang membuat tuntutan hampir RM 1 juta seorang seperti yang didedahkan di parlimen kelmarin menjadi bukti betapa buas dan rakusnya pemimpin BN menggunakan wang rakyat sesuka hati. Ini baru satu jumlah yang sangat kecil berbanding dengan pembaziran dan penyelewengan yang sering dikaitkan dengan pemimpin BN yang lain.


MINYAK : Rakyat yang beri SUBSIDI pada KERAJAAN

Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter

KUALA LUMPUR - Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifly Ahmad bersetuju dengan fakta bahawa rakyat membayar harga minyak pada kadar RM2 seliter ini dengan turut membayar cukai kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika mencelah dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Parlimen pagi semalam.

Mengulas lanjut perkara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat itu, Dr Dzulkifly menyatakan, penyelididkan yang dibuat PAS mendapati rakyat sebenarnya tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan untuk menanggung harga minyak.

"Satu tong minyak mentah yang ada 159 liter tergantung kepada convertion ratio nya menunjukkan samada kita guna minyak mentah pada harga USD 60 atau USD 70 satu tong,

"Kedua-dua nya menunjukan harga pada pam (stesen minyak), kalau diambil kira USD 60 setong harga di pam ialah RM1.32 sen seliter, kalau harga ambil USD 70 setong maknanya RM1.64 sen seliter," katanya.

Kini harga minyak berada pada sekitar USD 60 hingga USD 70 setong, justeru kata Dr Dzulkifly menyatakan kerajaan tidak lagi beri subsidi kepada rakyat.

Sebaliknya pada harga minyak di pam seliter RM2.00 yang diumumkan kerajaan hari ini makanya rakyat lah yang membayar cukai kepada kerajaan, katanya.

Dalam jawapannya, Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui hakikat yang dinyatakan Dr Dzulkifly bahawa harga minyak pada harga pam hari ini menyebabkan rakyat membayar cukai.

Ujar Shahrir, apapun yang dilakukan dalam perkiraana ia harus dimasukkan margin, seperti mana sebenarnya pada 17 November bila kita buat perkiraan harga purata mengikut USD 63.1 dan harga tanpa subsidi dalam RM1.62,

"Saya dah maklumkan, dan sebenarnya juga pada Oktober dua minggu pertama harga pada peringkat USD85.48 dan dua minggu akhir Oktober ialah pada 76.45 USD.

"Kalau kita lihat Oktober sahaja harga tanpa subsidi RM2.26 sen, ini bermakna harga komersil,. dan ketika itu dalam Oktober kita turunkan pada RM 2.15 sen," jelas Shahrir.

Menurut Shahrir pada September harga tanpa subdsidi ialah pada RM2.77 sen tetapi harga di pam 2.45 sen sementara pada Ogos RM 2.85 sen namun kerajaan turunkan kepada RM2.55 sen.

Ujar Shahrir lagi, bagi bulan Ogos, September dan Oktober harga yang di pam ialah lebih rendah daripada harga komersil.

Dalam keadaan itu kerajaan memberikan subsidi yang dijanjikan di bawah skim penstrukturan semula subsidi, katanya.

Tetapi pada bulan Oktober harga minyak turun dengan cepat, subsidi yang ditawar kerajaan untuk petrol sahaja telah kurang daripada RM344 juta Spetember kepada RM15 juta.



Wanita UMNO: Sah, Shahrizat Tanding Ketua, Maka Rafidah Bakal Menangis Lagi Akhirnya !!


PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan beliau akan bertanding menentang ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan. Shahrizat melalui kenyataan dua perenggannya semalam mengesahkan bahawa beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan itu. "Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan," katanya dalam kenyataan tersebut. Sementara itu, Rafidah ketika diminta mengulas tentang keputusan Shahrizat itu memberitahu bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan hari ini.

"Kenyataan saya esok,"
katanya menerusi jawapan SMS yang dikirim sebentar tadi. Keputusan beliau itu sekaligus melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan. Dengan keputusan itu juga bermakna Shahrizat akan memberi laluan kepada satu-satunya saingan beliau bagi jawatan Naib Ketua iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang. Kamilia sebelum ini telah berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno. Rafidah buat pertama kali mengumumkan pelan peralihan kuasa itu pada Ogos lalu dan mesyuarat exco Wanita Umno pada minggu lalu mengambil keputusan menyokong pelan itu dan menolak gesaan Shahrizat yang dibuatnya sehari sebelum mesyuarat itu agar pelan berkenaan diselaras dengan pelan peralihan Umno induk.

Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan. Pelan peralihan itu juga dianggap oleh ramai pihak sebagai tidak logik kerana jika Shahrizat mengambil alih jawatan daripada Rafidah pada Jun mengikut pelan itu, beliau akan hanya menjadi pemangku Ketua Wanita sehingga pemilihan Umno yang diadakan tiga tahun selepas Mac depan. Sebilangan Wanita bahagian juga mula bersuara menolak peralihan kuasa tersebut dan menyifatkan ia bukan kehendak akar umbi. Bagi jawatan Ketua Wanita Umno, Rafidah mendapat 117 pencalonan manakala Shahrizat 73. Sementara bagi jawatan Naib Ketua pula, Shahrizat menerima 113 pencalonan dan Kamilia 54 pencalonan. Rafidah telah menerajui Wanita Umno sejak 1984 kecuali untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman. Bagaimanapun, beliau memenangi semula jawatan itu daripada Dr Siti Zaharah pada pemilihan 2000.

[Nampaknya keputusan yang dibuat oleh Shahrizat itu bakal menjadi satu tamparan hebat buat Rafidah Aziz. Beliau yang masih mengintai jawatan Ketua Wanita UMNO dan hanya akan melepaskan jawatan menerusi pelan peralihan itu bakal ditentang oleh kroninya sendiri. Inilah politik namanya, kawan menjadi lawan. Apakah Rafidah akan menangis lagi mengeluarkan air mata seperti ketika Mahathir umumkan perletakkan jawatannya dulu. Namun, kini terbukti Rafidah harus terima hakikat bahawa zamannya sudah berakhir. Beliau sepatutnya mengundur diri dan memberi kemenangan percuma kepada Shahrizat. Bayangkan jika beliau masih menang, apakah jawatan itu akan dikosongkan? Atau beliau akan terus bertakhta dan kembali ke kabinet zaman Najib Razak nanti?. Inilah agaknya yang ditunggu, kerana beliau tahu Mahathir sudah pasti akan menariknya ke dalam jika Najib berkuasa nanti].


Anak bulan sudah ada




KUALA LUMPUR: Tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Qurban ditetapkan pada petang Khamis, 27 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah 1429 Hijrah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan semalam.

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tarikh Hari Raya Korban akan diisytiharkan pada malam itu t melalui radio dan televisyen. - Bernama

banyak dah aku bagi bulan kat hangpa...teropong la elok-elok....




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .