Ikuti Blog ini

Kerajaan Feudral terus menerus sekular…MAS mengharamkan tudung



Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan untuk mengkaji sistem ekonomi Islam bagi menjana ekonomi negara. Ini juga kononnya dapat menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia cukup bersungguh untuk mengislamisasikan setiap agenda.

Penulis cukup memuji tindakan beliau walaupun agak terlambat. Malaysia mula ingin kembali kepada ekonomi Islam ketika mana dunia barat sudah mula meyakini kepada ekonomi Islam.

Tapi perlaksanaan masih tidak menyeluruh. Penulis memandang perlaksanaan Islam di Malaysia dilaksanakan berasaskan keuntungan. Oleh kerana dunia mula meyakini ekonomi Islam, barulah Malaysia mewar-warkan sistem ekonomi Islam untuk menarik Pelabur timur tengah ataupun dari negara umat Islam yang lain.

Kalau betul kerajaan Malaysia IKHLAS untuk kembali kepada Islam sepenuhnya, kenapa undang-undang ISA dikekalkan, kenapa Syllibus pendidikan masih belum diterapkan elemen agama, kenapa sistem bank negara masih meneruskan konsep riba, kenapa undang-undang Jenayah Islam tidak diluluskan. Yang terbaru penulis baru terdengar ialah kenapa pemakaian tudung kepada pekerja MAS tidak dibenarkan.?

Penulis ada terdengar melalui sumber yang sahih bahawa Syarikat MAS sampai sekarang masih tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pramugari kerana tudung ini tidak termasuk uniform pramugari. Tetapi dalam masa yang sama pramugari untuk membawa bakal haji dimestikan memakai tudung. Tudung hanya dibenarkan selepas selesai mendarat. Ini menandakan bahawa MAS masih lagi bersikap sekular.

Apabila penerbangan yang berkaitan agama diwajibkan pramugari bertudung, tetapi apabila untuk penerbangan biasa diharamkan bertudung. MAS merupakan syarikat Rangkaian Kerajaan (GLC). Sepatutnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mesti menunjukkan imej Islamik khususnya kepada pramugari.

Berkemungkinan kerajaan Malaysia memandang apabila pramugari bertudung akan mengurangkan pelancong luar untuk datang kerana bimbang dengan pengganas.

Sistem ekonomi Islam dilaksanakan adalah berkonsepkan keuntungan, bertudung diharamkan juga berkonsepkan keuntungan. Ini bermakna Malaysia hanya melaksanakan sesuatu perkara atas dasar penjanaan ekonomi bukan berdasarkan suruhan agama.

Memandang kemajuan ekonomi asas kepada pembinaan merupakan salah satu teori barat awal 90’an dahulu. Pandangan ini jelas bertentangan dengan konsep Islam yang menekankan soal pembinaan akhlak dan aqidah asas kepada pembinaan tamadun. Apabila akhlak terjana dengan baik, ekonomi akan lebih meningkat dengan sebab keyakinan pelabur terhadap sebarang pelaburan yang ditawarkan.

Kini, Barat mula meyakini pandangan Islam dan sudah mula diterapkan dalam asas pendidikan mereka.

Antara punca gejala sosial ialah apabila sistem pendidikan Islam tidak diterapkan. Pendidikan bukan hanya sekolah, tetapi media perlu memainkan peranan untuk menerapkan pendidikan Islam kepada masyarakat. Pendidikan bukan sekadar menganjurkan akademik, akademik Al-Quran dan rancangan motivasi atau kuliah agama. Tetapi pendidikan Islam dapat diterapkan dengan memgalakkan percambahan filem-filem bercorak islami.

Media sekarang begitu banyak menayangkan filem-filem seram, filem yang separa lucah seperti filem sepanyol, filem lawak terlampau bodoh dan sebagainya. Ini semua punca ke arah memperbodohkan masyarakat Malaysia.

Kesimpulannya ialah Kalau betul kerajaan Serius untuk melaksanakan agenda Islam dalam setiap urusan sesuai dengan pengisytiharan Malaysia sebuah negara Negara Islam. Pastikan semua tindakan kerajaan berteraskan kepada Al-Quran. Kalau tidak mampu, penulis merasakan PAS dan NGO Islam yang lain sedia memberikan kertas cadangan ataupun kerjasama bagaimana untuk melaksanakan Islam yang syumul dalam pemerintahan.

Harap kerajaan dapat bertindak segera kepada MAS supaya memberi kebenaran kepada pramugari untuk bertudung.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .