Ikuti Blog ini

Pelancaran 'Tentera Merah' Lembah Pantai meriah, 1,000 orang hadir

KUALA LUMPUR, 22 Nov - Sejarah sekali ditempa buat julung kalinya apabila Majlis Pelancaran Unit Amal Gen-2 kawasan Lembah Pantai mendapat sambutan yang cukup meriah dan begitu menggalakkan daripada orang ramai yang begitu menghargai peranan pasukan yang kenali sebagai 'Tentera Merah' itu.

Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur 21 November (semalam) menjadi saksi kepada kehadiran kira-kira 1,000 orang yang hadir memenuhi ruang Dewan Utama untuk melihat dengan sendiri, pasukan 'tentera merah' yang segak bergaya, dengan baju seragam siap siaga dalam perbarisan tabik hormat. Image

Dua jam sebelum pelancaran tersebut kira-kira jam 8.00 malam, sejumlah 50 anggota unit amal Lembah Pantai sudah berada di luar kawasan Markaz, membuat latihan terakhir kawat sambil menantikan ketibaan tokoh yang tidak asing lagi Naib Presiden PAS Mohamad Sabu merasmikan pelancaran tersebut sekaligus menyampaikan ceramah Perdananya.

Di luar markaz, kiri kanan jalan sepanjang hampir satu sesetengah kilometer penuh dengan jualan dan perniagaan yang sentiasa menyemarakkan lagi suasana sekitar Markaz Taman Melewar tatkala ada saja aktiviti ceramah atau majlis yang dianjurkan PAS.

Walaupun tidak sehebat era sebelum pilihan raya 2008,'reformasi' 1999, namun persekitarannya masih 'hidup' dengan kehadiran orang ramai yang masih tidak putus-putus memberi sokongan kepada perjuangan PAS dan rakan seangkatannya dalam Pakatan Rakyat. Image

Dalam dewan kira-kira jam 10.30 malam sejurus selepas ucapan alu-aluan oleh Yang diPertua PAS kawasan Lembah Pantai Ustaz Azhar Yaakob beserta Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim, hadirin dipersembahkan dengan Tayangan Video Unit Amal disusuli pula perarakan masuk dan perbarisan Unit Amal dan pemakaian beret sekaligus bacaan ikrar secara berpasukan.Turut hadir sama Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad.

Lebih menarik dewan turut kelihatan barisan depan beberapa tetamu dan orang ramai yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang turut berminat dengan pelancaran Unit Amal tersebut.

Paling mengagumkan, seorang lelaki tua berusia 60-an berkerusi roda datang bersendirian semata-mata untuk melihat sendiri perasmian dan memberi sokongan kepada pasukan yang mendapat jolokan 'tentera merah' sewaktu membantu mangsa banjir besar yang melanda Johor sekitar tahun 2006 dan 2007 lalu. Image

Mohamad Sabu dalam perasmian mahu pasukan tersebut meneruskan visi sebagai pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang cemerlang yang menjadi pilihan generasi baru berteraskan Islam.

Beliau mahu misi unit amal iaitu berkhidmat secara sukarela untuk membangun semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berdasarkan Islam menjadi teras dan prinsip utama yang mesti diteruskan oleh pasukan Tentera Merah.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .