Ikuti Blog ini

Letak satu calon elak pecah undi - Anwar


DATUK Seri Anwar Ibrahim mahu Pakatan Rakyat meletakkan seorang calon sahaja bagi menentang calon Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang supaya dapat menyatukan semua parti utama dalam gabungan pembangkang di Sabah dan Sarawak. Ekoran penggunaaan formula yang digunapakai PKR, DAP dan PAS, ia membolehkan gabungan pembangkang di Semenanjung mencapai kejayaan besar dalam pilihanraya umum lepas.
"Di Sabah dan Sarawak, memang ada calon (daripada pakatan) yang bersaing sesama sendiri yang mengakibatkan perpecahan undi untuk parti pembangkang. "Inilah yang kita mahu elakkan," katanya selepas merasmikan pusat khidmat masyarakat untuk kawasan Kota Kinabalu di Jalan Damai, Luyang malam tadi. Menyentuh tentang Parti Maju Sabah (SAPP) kata Anwar, usaha mempelawa Parti Maju Sabah (SAPP), yang keluar daripada BN baru-baru ini, untuk menyertai Pakatan Rakyat sedang dibuat dan mengakui beliau sudah menemui presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.
"Apa yang penting, kita mahu wujudkan pakatan pembangkang yang kuat di Sabah dan Sarawak seperti yang diperlihatkan oleh Pakatan Rakyat di semenanjung pada pilihanraya Mac lepas," katanya. Ketua Pembangkang itu menambah, PKR akan tetap meletakkan calon bertanding bagi merebut kerusi Pensiangan pada pilihanraya kecil Parlimen Pensiangan.
{Sejak Pakatan menguasai 5 negeri di Semenanjung pada pRU ke-12 lalu nampaknya angin tersebut semakin bertiup kencang ke Malaysia Timur pula. Di Sarawak pun dah nyata rakyatnya sudah bosan dengan gelagat janji manis BN selama ini. Kalau tak masakan lebih 12,000 rakyatnya tiba-tiba condong menyokong gabungan pembangkang terutama PKR.}



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .