Ikuti Blog ini

Guan Eng umum tubuh SAR, kembalikan bantuan perkapita

http://buletinonline.net/images/Berita10/mdsaidbersamapakatan.jpg MB Terengganu, Dato’ Ahmad Said, dilihat begitu bermesra dengan ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng, MB Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ketika menunggu ketibaan PM untuk Mesyuarat Majlis Kewangan Kebangsaan di Putrajaya semalam.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.

"Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, " ujarnya.

Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.

Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.

"Bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya. Setelah berkuasa kita akan beri kembali, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Pemergian Pak Samad, kehilangan besar kepada negara - Wan Azizah


PETALING JAYA, 5 Sept - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pemergian tokoh wartawan, Tan Sri Abdul Samad Ismail (Pak Samad) sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Wan Azizah yang ditemui selepas menziarahi keluarga Allahyarham Pak Samad sebentar tadi turut menyatakan Pak Samad sebagai seorang tokoh dalam duani kewartawanan yang disegani.

Ujarnya lagi, Pak Samad terkenal dengan penulisannya ketika era kemerdekaan negara.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham Pak Samad ialah, veteran PAS, Subky Latiff dan bekas Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin (Zam); Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Pengerusi Bernama, Dato' Seri Annuar Zaini dan para wartawan dari pelbagai media.

ImageJenazah Allahyarham telah disembahyangkan di rumahnya dan kini sedang di bawa ke Masjid Kolej Islam Malaya sementara menanti untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Menurut laporan Bernama, Abdul Samad, 84, dimasukkan ke hospital sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.

Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.

Musa Hassan Lumpuh?



Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang menjalani pembedahan jantung baru2 ini di percayai lumpuh tangan kiri beliau dan tidak mampu lagi bertutur secara normal.

Sumber dimaklumkan, Musa 57 tahun kini berehat di rumah beliau setelah keluar dari IJN dan tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat. Beliau kini diberi rawatan rapi oleh doktor yang ditugaskan menjaganya sepanjang masa.

Musa di percayai akan mengambil masa yang lama untuk sembuh melalui rawatan fisioterapi dan kemungkinan besar kesihatan beliau tidak akan berfungsi sepenuhnya. Musa Hassan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara 19 Ogos lalu dan pulang ke kediaman beliau beberapa hari kemudian.

Timbalan Ketua Polis Negara, Ismail Omar dilaporkan berkata Musa sedang bercuti rehat tetapi tidak dinyatakan tempoh cuti yang diambil. Sekiranya beliau tidak lagi boleh menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Negara disebabkan masalah kesihatan timbalan beliau akan memangku jawatannya sehingga pengganti Musa dikenal pasti.

Musa bersara wajib daripada perkhidmatannya yang disertainya hampir 38 tahun lalu pada 13 september 2007 dan dilantik secara kontrak sebagai Ketua Polis Negara selama 2 tahun sehingga 13 September 2009.

Sumber : Suara Keadilan


Note: Seandai berita ini benar, maka benarlah firmanullah "Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa kecuali kepada perancangnya sendiri - Fathir : 43"

BN yang sedang nazak!

Jika BN itu boleh diumpamakan seperti seorang manusia nyatalah manusia itu kini sedang nazak di ambang maut.Usia seawal 50 an bukanlah terlalu tua namun disebabkan `cara hidup’ yang tidak sihat berbagai penyakit membarah hingga ke urat-sendinya.Rasuah,politik wang dan salahguna kuasa semakin kronik.Jika 20 tahun lepas mereka boleh lagi dirawat sebagai pesakit luar kini tidak lagi.Mereka barangkali sekali lagi memerlukan `jantung ‘baru untuk terus hidup!Jantung peninggalan Tun menjelang PRU 2004 dulu nyata bertahan sekejap saja dengan konsep hadharinya.2008 dipukul pula oleh rakyat.

Mengapa Tun kini merayu-rayu kepada ahli UMNO agar menyelamatkan UMNO `as while as’ menyelamatkan negara dari tangan yang beliau lantik sendiri.(Mstar)“ Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN.



MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.
”Apakah beliau fikir jika Pak Lah berundur Najib boleh menyelamatkan UMNO dari kehancuran?Apakah najib boleh menjadi `jantung’ baru dan menyambung hayat UMNO?Tidak!Jika satu organ yang rosak boleh dipotong bagi menyelamatkan seluruh badan,tapi UMNO sudah mereput hingga ke akar umbi.Jika dimesyuarat cawanganpun kerusi berterbangan apatah lagi diperingkat atasan.Pelik! apalagi yang diharapkan Tun dari UMNO .Adakah kerana sayangnya beliau pada UMNO hingga beliau tidak nampak ada parti lain yang boleh mengambil-alih fungsinya.?

Kerisauan Tun ini sebenarnya bersebab.16 september yang dijanjikan Anwar semakin hampir sementelah pelbagai peristiwa akhir-akhir ini seakan menjurus kepada berlakunya perubahan drastik dalam politik negara.Keengganan sebahagian MP Sabah dan Sarawak memeterai Akujanji,desas-desus ada parti komponen yang bakal beralih arah,insiden ketua Bahagian UMNO di Pulau Pinang,belanjawan gula-gula buat rakyat dan kemurahan hati kerajaan ingin menurunkan harga minyak buat kali kedua dalam masa sebulan seakan ada sorong tarik antara kerajaan dengan PR.

Pak Lah seakan cuba memujuk hati rakyat agar tidak bersetuju dengan peralihan ini.Dengan alasan BN mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya yang lalu bukanlah dalih terbaik.Ada pihak berpendapat jika tidak kerana peggunaan media dan jentera kerajaan yang keterlaluan BN sudah lama berkubur dalam PRU Mac lalu.

Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am Pas menyifatkan perubahan yang bakal berlaku itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya kerana dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah. "Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam. "Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit,".

Setiap yang hidup pasti akan mati begitu juga setiap yang bermula pasti akan berakhir dan UMNO tidak terkecuali daripada hukum alam ini.Antibodi `sekular’ mereka yang sudah luput tarikh gagal menjadi vaksin kepada kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih adil amanah.

Ramadhan bukan pesta berbelanja!

Sudah menjadi lumrah umat Islam di Malaysia kedatangan ramadhan disambut meriah dengan pengisian di masjid-masjid dan surau.Bagi yang jarang nampak di surau pun akan muncul seolah Terawih di surau itu yang ditunggu-tunggu.Itu satu perkembangan yang amat baik dan wajar diteruskan dibulan-bulan yang lain.

Tapi bukan di masjid dan surau saja yang meriah,di bazaar ramadhan tidak kurang hebatnya.Bagi peniaga barangkali ini peluang untuk menambah wang saku untuk keluarga.Eloklah tu.Bagi pembeli pula mungkin ingin mempelbagaikan sedikit juadah untuk berbuka,tak apalah.Namun apa yang penting bagi kita janganlah berlebihan dalam berbelanja.Tidak perlulah sampai lima atau enam jenis juadah yang dibeli untuk berbuka.Yang kebiasaannya akan banyak tersisa dan berlaku pembaziran.

Ramadhan adalah bulan tarbiyyah
bukan untuk menurut kehendak nafsu dalam berbelanja semata-mata kerana kita mampu.Cubalah kita fikir golongan fakir dan miskin yang barangkali tidak mampu untuk mendapatkan juadah sehebat kita setiap kali berbuka atau dihari-hari yang lain.Perlulah kita menginsafi agar kita saling bantu-membantu pada yang kurang mampu dalam hidup ini.

Kadang-kadang dalam masyrakat kita ini ataupun jiran-jiran kita sendiri sukar untuk meneruskan hidup kerana pada zahirnya mereka tenang dan ceria tapi dihati hanya Allah yang tahu.Mereka hanya boleh memandang orang lain berbelanja sedang mereka hidup sekadar mampu.

Itulah pentingnya kita mengambil berat pada jiran tetangga atau orang lain dan menyelami kesukaran mereka di bulan yang mulia ini.Rapatkan ukhwah sesama kita,cari dan bantulah saudara kita yang memerlukan daripada kita berbelanja mewah di bazaar ramadhan!

Selamat berpuasa!

Tokoh wartawan, Tan Sri A Samad Ismail meninggal dunia


Tokoh kewartawanan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang semalam kerana jangkitan paru-paru.

Menurut laporan Bernama, Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.

Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.

Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat, menurut menantunya Azmi Ansar.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .