Ikuti Blog ini

Kontroversi: Misteri Kehilangan Dua ADUN PKR, Hamid Albar Kata Mereka Itu Pergi Bersiar-Siar !! Patutlah Hari Ini Mereka Baru Balik Dari Pahang

Bangangnya Menteri UMNO yang bernama Syed Hamid Albar bila mengulas isu kehilangan dua Exco ADUN PKR Perak dalam media arus perdana hari ini. Tergamak beliau mengatakan yang Anwar tersilap mengatakan kedua-duanya "hilang" sedangkan menurut beliau mungkin kedua-dua orang Wakil Rakyat itu "bersiar-siar" agaknya.


Bebal punya Hamid Albar, tergamak beliau mengatakan yang ADUN terbabit bersiar-siar dalam keadaan isu panas dan seluruh rakyat Perak mencari ke manakah hilangnya mereka. Bahkan keluarga ADUN terbabit juga dalam usaha untuk membuat laporan polis atas kehilangan berkenaan sebenarnya. Sepatutnya, jika mereka mahu bersiar-siar macam Hamid Albar sekali pun bukankah lebih "afdal" memaklumkan kepada keluarga terdekat dan mengambil cuti rasmi.


Anehnya dua ADUN itu melaporkan mereka sakit dan mengambil cuti (MC). Tetapi, kenapa ia tidak dimaklumkan kepada YAB Menteri Besar Perak tentang hal ini. Bukankah semua orang sedang sibuk dan kecoh dengan kehilangan mereka. Masakan mereka tidak membuka telefom bimbit dan tidak mampu menghantar sebarang SMS menyatakan di mana mereka berada ketika kekecohan sedang berlaku. Kini bila surat perletakkan jawatan di"proceed" barulah mereka muncul dan menafikan mereka hilang. Baghal punya dua Wakil Rakyat PKR ini !!


Sementara itu dalam Sidang Media Khas mereka hari ini, Firdaus Baharudin, yang mendakwa beliau sebagai pembantu khas kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, wakil rakyat itu tidak hadir pada sidang media itu kerana kurang sihat.


Bagaimanapun beliau dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur
. Aneh bukan, mereka tidak sihat dan mengambil MC tetapi dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur. Apa makna semua ini. Maka benarlah telahan Hamid Albar yang kedua-dua ADUN terbabit memang pergi bersiar-siar rupanya.


Lokasinya ialah di negeri Pahang, atau lebih tepat lagi mereka melawat Bandar Di Raja Pekan sambil menjamu selera dan makan-makan di rumah Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak di sini agaknya. Ini bermakna, memang sah apa yang dilaporkan sebelum ini bahawa ada individu yang terlihat kelibat kedua-dua ADUN berkenaan bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah Ahli Parlimen Pekan itu.


Soalnya di sini, apa yang mereka buat sebenarnya? Tidak lain tidak bukan mereka sebenarnya sedang berunding untuk masuk UMNO dan bakal ditawarkan habuan RM10 juta setiap seorang. Namun, akibat kelicikan pimpinan Pakatan Rakyat dan tekanan dari Khairy Jamaluddin yang akan membawa keluar korninya dari UMNO jika Najib berbuat demikian, maka akhirnya hasrat itu ditangguhkan dulu. Kini "nasi sudah menjadi bubur", surat perletakkan sudah diserahkan kepada SPR dan dibawa untuk makluman Sultan Perak. Mungkin nama dua ADUN terbabit hanya akan tinggal sejarah agaknya.


[Inilah dia pemandangan pintu masuk ke Istana Tuanku Sultan Pahang di Bandar Pekan yang cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan itu. Mungkinkah kedua-dua ADUN PKR Perak terbabit juga sempat singgah ke sini sebelum pergi ke rumah Najib Razak. Namun, sayang seribu kali sayang mereka tidak sempat balik untuk Sidang Media di Kuala Lumpur hari ini gara-gara Najib tidak menaja tiket kapal terbang akibat kelewatan mereka melompat parti. Kini terpaksalah mereka memandu sendiri dari Pekan ke Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dengan hati yang terluka dan sengsara. Simpati benar melihat kedua mereka itu].


MB maklumkan tiga perkara kepada Sultan Perak


IPOH, 2 Feb: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin hanya bertemu dengan Baginda Sultan Perak selama 10 minit sahaja pagi tadi bagi memaklumkan situasi yang berlaku di Perak sekarang.

"MB mengadakan pertemuan itu untuk memaklumkan tiga perkara iaitu situasi politik semasa di Perak, surat perletaan jawatan dua Adun dan kemungkinan pilihan raya kecil di negeri ini.

"Apabila Tuanku melihat surat perletakan jawatan kedua-dua Adun itu, saya difahamkan Tuanku berkata, kalau macam ini kena ada pilihan rayalah," beritahu Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Politik MB Perak.

Misbah berkata demikian ketika ditanya apa yang diperkatakan antara MB Perak dengan Tuanku Sultan Perak dalam pertemuan mereka berdua pagi tadi.

Kata Misbah, MB Perak sudah beberapa hari memohon untuk menghadap Sultan dan diberitahu perkenan itu ketika MB sedang menyertai Syarahan Eksekutif yang diberikan oleh Datuk Dr Haron Din di Pejabat SUK Perak.

"Dia terus pergi ke istana dan keluar semula selepas 10 minit sahaja bertemu," kata Misbah.

Sebelum pertemuan itu, Tuanku Sultan bertemu dengan bekas MB Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Ketika ditanya, kenapa pertemuan itu ringkas sahaja, Misbah berkata "Tak tahulah tetapi biasanya pertemuan mingguan sebelum mesyuarat Exco kerajaan negeri yang panjang. Ini pertemuan untuk memaklumkan perkara tertentu sahaja."

Tengahari tadi pula, MB Perak makan tengahari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman rasminya Residensi Menteri Besar Perak. Turut serta adalah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

"Selepas makan itu, MB berbincang secara empat mata dengan Datuk Seri Anwar lebih setengah jam," beritahu Misbah


Speaker Perak umum kekosongan tidak boleh dicabar

PETALING JAYA: Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi - Changkat Jering dan Behrang - yang akan membuka laluan untuk pilihan raya kecil - adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tindakan ADUN terbabit, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu.

Kata beliau, surat perletakan jawatan tersebut sah walaupun tidak bertarikh semasa ditandatangani memandangkan kedua-dua mereka mengetahui kandungan dan kesan yang akan mereka hadapi jika menandatangani surat itu.

“Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut.

“Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dimaklumkan tentang kekosongan kedua-dua kerusi itu oleh Speaker DUN pukul 8 pagi tadi.

“Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri.

“Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), baru mereka nak melatah,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin semalam yang mahu mencabar Speaker kerana mengumumkan kekosongan yang wujud berdasarkan surat peletakan jawatan yang diterima daripada dua ADUN terbabit di Ipoh pukul 5.45 petang semalam.

Jamaluddin berkata, peletakan jawatan tersebut merupakan satu pembohongan kerana surat letak jawatan yang dimaksudkan Sivakumar itu sebenarnya telah ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR termasuk beliau dan Mohd Osman pada 8 Mac lalu kerana kerajaan negeri bimbang mereka akan menyertai BN.

Katanya, surat itu telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya mereka telah meletak jawatan.

Jamaluddin dan Mohd Osman sebelum itu dilaporkan telah hilang dan tidak dapat dihubungi dalam tempoh lima hari minggu lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, tindakan mereka menghilangkan diri itu dengan sendirinya telah menyebabkan hujah-hujah termasuk dakwaan bahawa perletakan jawatan tersebut adalah satu pembohongan dengan sendirinya tidak boleh lagi diguna pakai.

“Ini bukan zaman darurat sehingga menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi.

“Pada saya, hujah-hujah mereka sudah terlambat… lainlah jika mereka tidak menghilangkan diri, mungkin apa yang dipertahankan mereka boleh diambil kira,” katanya.


Kenyatan Terkini : Kerajaan Perak makin kukuh .

Apabila DYMM Tuanku Sultan Perak memperkenankan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin untuk mengadap sekitar jam 10 pagi tadi sesungguhnya situasi ini menggambarkan kepada pengamal undang-undang yang sedia ada di negara dan negeri ini pasti akan merujuk kepada DYMM Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara.

Setiap dokumen yang dikemukakan kepada DYMM Tuanku dalam hal yang berkaitan dengan perletakan jawatan ADUN Behrang dan Changkat Jering adalah sesuatu yang pasti tidak boleh melanggar konvensyen dan amalan undang-undang yang sedia ada kerana Baginda sangat arif atas sifatnya sebagai bekas seorang Hakim Negara..

"Patik sebagai rakyat yang berada di bawah payung Kerajaan DYMM Tuanku tersangat yakin dengan kearifan DYMM Tuan Sultan dalam masalah ini."

Kerana itu setelah YAB Menteri besar Perak mengemukakan dokumen dan memberi penjelasan yang dikehendaki oleh DYMM Tuanku pagi tadi dan semuanya diperkenan oleh Tuanku bererti Kerajaan Pakatan Rakyat adalah terbukti kukuh malah lebih kukuh setelah timbul isu yang hangat diperkatan ini.

Kenyataan Pengerusi BBC Perak.
MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin melambaikan tangan kepada wartawan ketika keluar dari Istana Kinta, selepas mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah Ipoh, hari ini. Mohamad Nizar dipercayai memaklumkan baginda mengenai perkembangan semasa politik negeri itu khususnya berkaitan desas-desus perletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN berkenaan kini menghadapi tuduhan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah.

SASTERAWAN NEGARA DI MARKAZ TARBIAH MELEWAR: SATU SEJARAH

Oleh Ustaz Haji Idris bin Ahmad
 Sejarah bagi Markaz Tarbiah Taman Melewar kerana 1hb Feb 2009 Ahad malam Isnin telah dikunjungi oleh Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said. Beliau hadir bersama dengan Jawatankuasa Bertindak Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris anjuran Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan.

Turut berceramah pada malam itu ialah Tuan Haji Mohd Sabu (Naib Presiden Pas), Hanifa Maidin (Ajk Pas Pusat), Tuan Haji Mohd Nor Mohammad (Pesuruhjaya WP), Prof Dr Shahrir Mohd Zin (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Masnuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris), Prof Dr Abdullah Hassan (UPSI) dan saya sebagai pengerusi majlis.


Sejarah juga pada malam itu kehadiran orang melimpah keluar dewan Markaz tarbiah, kerana kebiasaannya kalau ceramah yang bersifat akademik seperti begini kehadiran hanya dalam lingkungan 200 orang sahaja. Ini satu perkembangan yang baru dalam politik Malaysia yang sudah mula sedar dan semangat untuk tolak BN masih membara.

Inilah pertama kali saya dapat bertemu dengan beliau secara dekat, selama ini saya hanya membaca karangan beliau sahaja sewaktu di alam persekolahan dalam pelajaran sastera. Betapa sayu malam itu beliau turut mendeklamasikan sajak “Aku seorang tua”. Isinya amat menyayatkan hati bagaimana bahayanya satu bangsa dan negara apabila bahasa ibunda di ketepikan.


Daripada hujah tokoh-tokoh akademik yang hebat pada malam itu dengan fakta dan kajian, memang wajib kerajaan kena ubah dasar ini kepada bahasa ibunda.

Kenapa pemimpin kerajaan pekak badak sampai tidak mahu dengar rayuan dan bantahan daripada golongan ini. Kalau pihak pembangkang bantah adalah munasahabah kerajaan tidak mahu terima. Sedangkan ini adalah suara hati daripada mereka yang kebanyakan tidak berpolitik dan tahu tentang bahayanya dasar ini.


Rujuklah semula dasar ini tanpa takut kepada bayang Tun Dr Mahathir, dia bukan ada kuasa lagi. Kalau dasar ini dibuat dengan tergesa-gesa tanpa kajian kenapa sekarang kerajaan tidak berani kembali kepada bahasa ibunda dengan segera setelah kajian dan pandangan yang diluahkan oleh golongan cerdik pandai ini. Ini perlu ada keberanian macam Tun Dr Mahathir yang berani buat walaupun ada tentangan.


Kita tahu bahawa dasar yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian, ia hanya dibincang dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno sahaja. Mereka yang zero IQ inilah yang meluluskan dasar yang mengorbankan pendidikan anak-anak kita pada masa depan. Sedangkan waktu kerajaan hendak melaksanakan sepenuhnya bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Universiti pada tahun 1984 dibuat dengan kajian yang lama. Kenapa apabila dasar ini hendak ditukar ia dibuat seperti masak mee maggi sahaja.


Pastinya projek ini hanya untuk mengkayakan kroni kerana telah memakan duit rakyat sebanyak 2.1B untuk ICT sahaja. Siapa yang bolot projek ini, tepuk dada tanya Tun Dr Mahathir.



Perlu ditegaskan bahawa jawatankuasa ini bukan menentang bahasa Inggeris, yang ditentang ialah Metematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris.

Kalau golongan sasterawan negara dan tokoh akademik sudah beranai turun ke padang bersama rakayat untuk menentang dasar ini, maka ini adalah satu perkembangan yang cukup baik. Maka satu perubahan lanskap politik negara akan berubah dan mempercepatkan kita menghantar UMNO/BN ke sakaratul maut.



Maka Pas yang daripada dulu lagi kita menentang dasar ini akan membantu 200 peratus jawatankuasa ini. Ayuh jangan lupa kita turun ke himpunan 100 ribu pada 7hb Mac 2009 untuk menghantar memo kepada Yang Dipertuan Agong sebagai payung rakyat. Kita berjanji kalau Pakatan Rakyat diberikan mandat maka kita akan ubah balik dasar ini selepas PRU 13 insyaAllah.

A Samad Said buat julung kali jejaki kaki ke Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, menyokong Kempen Himpunan 100,000 Rakyat Bantah PPSMI

Malam tadi Naib Presiden Pas, Mohamd Sabu menggamatkan Dewan Markas Tarbiah Taman Melewar dengan memberi pantun khas kepada Sasterawan Negara seperti berikut:

Bukan pujangga bukan fatwa
sambil mengarang di bawah titi
janggut putih bukannya tua
itulah orang terus berbakti

Culik: Najib Terlibat Secara lansung!

Datuk Seri Anwar hari ini mendakwa Timbalan perdana Menteri terlibat secara lansung di dalam drama kehilangan dua exco PKR Perak sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, menurut berita terbaru MSTAR, dua ADUN yang dikatakan akan membuat sidang media khas petang ini tidak muncul sebaliknya, pegawai khas bagi salah seorang menafikan wakil rakyat berkenaan TELAH meletakkan jawatan.

ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu pula membuat laporan polis di Shah Alam tengah hari tadi.

Firdaus Baharudin, yang mendakwa beliau sebagai pembantu khas kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, wakil rakyat itu tidak hadir pada sidang media itu kerana kurang sihat.

Bagaimanapun beliau dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur.

Ulasan Datuk Seri Anwar mengenai episod terbaru

Pertama, babak kehilangan menggerunkan kerana mengingatkan tragedi Altantuya dan detektif Bala yang ada kaitannya dengan tokoh yang sama. Dalam babak terbaru ini, Datuk Seri Najib terlibat secara langsung! Malah dalam ucapan menyambut kemenangan calon PAS Kuala Terengganu, saya telah menjangka tindakan lebih ganas oleh pimpinan UMNO-BN. Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bedakan dengan pendirian Datuk Nasa di Bota!

Kedua, PM Datuk Seri Abdullah kongkalikong mengalu-alukan kehadhiran mereka kedalam UMNO walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut!

Ketiga, apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu? Datuk Seri Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua ADUN tersebut.

Akhirulkalam, kita yakin inshaallah dengan suara rakyat. Jentera kita harus bersedia bertarung di gelanggang Perak.

'Najib janji RM50 juta untuk lompat parti'

fauzi muda pkr perakKetua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujukkan supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak memberi sebarang komitmen.

perak pkr pc fauzi muda pc statutory declaration 010209 02 Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang konkrit untuk menyokong dakwaannya itu, tetapi Fauzi sebaliknya mencabar Najib - yang juga timbalan perdana menteri - menafikan dakwaannya itu.

Ketika membaca akuan bersumpah setebal tiga muka surat itu dalam satu sidang akhbar di Ipoh pagi ini, Fauzi berkata, seorang kawannya, Sulaimen Mansor - seorang ahli biasa Umno - telah menjemputnya ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan pada 11 Mac 2008.

Tarikh itu merupakan tiga hari selepas pilihanraya umum yang menyaksikan Barisan Nasional kalah di Perak dan gabungan Pakatan menubuhkan kerajaan negeri, dengan majoriti tipis lima kerusi.

Bagaimanapun, Suleiman membawa Fauzi menemui tiga lelaki "termasuk timbalan menteri pertahanan, Datuk Zainal Abidin di plaza tol Jalan Duta.

"Selepas itu, saya dibawa bertemu (Datuk Seri) Najib Razak di kediamannya di Putrajaya di mana beliau cuba memujuk saya supaya melobi bagi mendapatkan dua Adun PR melompat menyertai BN," dakwa Fauzi.


Duit Lesap Jawatan Terlepas….

padan muka aku... yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran... orang tiada maruah sememangnya akan  rugi

padan muka aku... yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran... orang tiada maruah sememangnya akan rugi

Kasihan, Dua Exco ADUN PKR Perak Bakal Kehilangan Ganjaran Jutaan Ringgit Akibat Surat Perletakkan Jawatan Mereka Itu Kelmarin

Nampaknya senario politik Perak semakin bertambah panas sekarang. Ini berikutan penafian kedua-dua Exco ADUN PKR bahawa mereka sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri petang semalam. Bahkan, kedua-dua ADUN terbabit tiba-tiba berbicara soal saman pula. Anehnya mereka sebenarnya yang memulakan, kini mereka pula takut berhadapan dengan kenyataan. Amatlah wajar sekali jika mereka sudah tidak yakin dan hilang kepercayaan kepada PKR maka mereka harus berbuat demikian.


Tindakan meletakkan jawatan adalah satu langkah bijak demi maruah mereka yang memang sudah tercalar sekarang ini. Namun langkah menafikan dan masih mengatakan mereka tidak pernah keluar parti, jadi calon bebas atau pun menyertai UMNO. Dalam hal ini Pakatan Rakyat dilihat lebih bijak sekarang. Kedua-dua ADUN terbabit kini seolah-olah terperangkap dek permainan politik mereka sendiri.


Khabarnya mereka ditawarkan ganjaran RM10 juta jika menyertai UMNO. Bahkan Jamaluddin sendiri dipercayai pernah menghubungi isteri Datuk Nasaruddin Hashim (ADUN Bota) agar menasihatkan suaminya kembali semula ke UMNO. Kononnya selain ganjaran kemewahan, Datuk Nasa juga akan ditawarkan jawatan sebagan Menteri Besar Perak sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditumbangkan nanti.


Namun, tindakan pantas Kerajaan Negeri Perak yang menerima surat perletakkan jawatan kedua-dua ADUN terbabit sudah pasti akan menyebabkan saham mereka turun. Ini akan merugikan kedua-dua “petualang rakyat” terbabit. Mereka yang sudah mengimpikan kemewahan jika bersama UMNO dan Barisan Nasional kini bakal kehilangan segala-gala yang dijanjikan sekiranya sah perletakkan jawatan itu diterima.


UMNO sebenarnya amat mengharapkan mereka “melompat parti” bagi mengukuhkan lagi kerusi BN dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Kini Pakatan Rakyat mempunyai 32 kerusi DUN, manakalan BN hanya 27 kerusi. Jika kedua-duanya melompat ke BN maka kerusi mereka akan bertambah menjadi 29 dan Pakatan Rakyat tinggal 30 iaitu perbezaan hanya satu kerusi lagi. Ini memudahkan UMNO dan BN untuk membeli satu ada dua orang lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk bersama mereka.


Percaturan merampas Perak digagalkan setelah Datuk Nasaruddin bertindak menyertai PKR minggu lalu. Jika tidak sudah pasti segala yang dirancang pasti membuahkan hasilnya. Namun takdir penetu segalanya, kini kedua-dua ADUN itu bakal menjadi “hampas” setelah kehilangan jawatan. Pilihanraya kecil terpaksa diadakan semula dalam tempoh 60 hari dari sekarang. UMNO amat takut dengan pilihanraya kecil kerana tidak yakin mereka boleh menang, tambahan pula majoriti undi yang diperolehi PKR dalam pilihanraya Umum Mac 2008 lalu melebihi satu ribu undi. Inilah yang menggusarkan mereka sebenarnya.


5 hari hilang, masih nak jadi ADUN?



Pemimpin kepada rakyat …. duduk sama rakyat, dengar masalah rakyat, hati pun kena terbuka dengan rakyat. Kalau dah hilang sampai 5 hari … ape ke jadahnye?

Masih ada hati nak jadi wakil rakyat?
Weyyyy … cukup la …

“Saya dan Mohd. Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti, calon Bebas pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai Umno,” kata Jamaluddin.


Seorang suami tinggalkan isteri dan anak tanpa pesan dan alasan mengikut kehendak sendiri … masih nak ngaku suami? mana nak sorok muka.!!






Anwar tempelak PM 'kongkalikong'

anwar ibrahim abdullah badawi smilingPKR menempelak perdana menteri yang mengalu-alukan penyertaan dua exco kerajaan Perak bersama BN dengan alasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menganggap usaha lompat parti sebagai "tidak bermoral."


"Perdana menteri kongkalikong mengalu-alukan kehadiran mereka ke dalam Umno walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut," kata penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.


Ketua pembangkang juga menyifatkan kehilangan beberapa hari dua wakil rakyatnya itu Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu dalam usaha menyertai BN sebagai "menggerunkan" kerana penggerak utamanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.


"Apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu?


"Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tersebut," kata Anwar lagi di blognya sebentar tadi.


Beliau mengadakan pertemuan dengan baki semua enam wakil rakyat PKR Perak termasuk Adun Bota, Datuk Nasaruddin yang melompat menyertai parti itu pada 25 Januari.


"Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai," katanya.



Anwar berkata beliau telah menjangka "tindakan lebih ganas" oleh pimpinan Umno terhadap Pakatan Rakyat dalam ucapannya di Terengganu menyambut kemenangan calon PAS Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut pertengahan bulan ini.


"Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bezakan dengan pendirian Nasha di Bota!" katanya lagi.


MB Mengadap DYMM Sultan, Speaker telah maklum kepada SPR.

IPOH, 2 Feb : -YAB Menteri Besar Perak telah diterima mengadap oleh DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan kira-kira jam 10 pagi tadi di istana Kinta di sini. Menteri Besar terpaksa bergegas ke Istana dan meninggalkan Majlis Perhimpunan Bulanan Ezecutive Talk di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan

Difahamkan Ir. Nizar telah menunjukkan semua dokumen berkaitan dengan pengosongan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering kepada DYMM Tuanku.

Dalam Perkembangan lain pada awal pagi tadi Speaker Kerajaan negeri dengan peruntukan yang ada telah menfakskan surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya mengenai peletakan jawatan dua ADUN tersebut.




Medan Politik Perak Yang Bergelora – Timbalan Speaker Nafi Lompat, Najib Buat-buat Tak Tahu

http://buletinonline.net/images/stories/berita/perakbergelora1.gif
Kuala Terengganu – Misteri 'kehilangan' mengejut timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Fong telah mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan beliau melompat menyertai MCA.


Spekulasi tentang Hee, 46, yang merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) DAP bagi kerusi Jelapang semakin hebat apabila beliau juga tidak hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin pagi semalam.

Justeru, pelbagai pihak termasuk media telah berusaha untuk menghubungi beliau melalui telefon bimbitnya tetapi tidak berjaya.

Debaran semakin kencang apabila dimaklumkan Hee akan menghadiri satu majlis anjuran MCA di Ipoh, malam tadi

Bagaimanapun, akhirnya misteri mengenai kehilangan Hee terungkai apabila pemimpin partinya berjaya menghubungi beliau lewat semalam.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, Hee telah menyatakan iltizam bahawa beliau tetapi menyokong DAP dan Pakatan Rakyat.

Ngeh Koo Ham mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Hee dapat dihubungi dan Adun Jelapang itu tidak melompat parti.

MCA Tidak Terima Wakil Rakyat Parti Lain

Dalam perkembangan yang sama, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menegaskan tidak akan menerima wakil rakyat daripada parti lain yang ‘melompat’ berhasrat menyertai parti itu.

Beliau berkata MCA tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana wakil rakyat daripada apa-apa parti dalam usaha memujuk mereka menyertai parti itu.

"MCA merupakan sebuah parti yang ditubuhkan untuk masyarakat Tionghua di negara ini dan hanya menerima individu yang tidak pernah menganggotai mana-mana parti politik.

"Saya hanya menghadiri satu majlis sahaja malam ini dan tidak ada pertemuan lain...desas-desus yang mengatakan saya akan bertemu dengan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) DAP Perak adalah tidak benar," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Malam Mesra Media MCA Perak di sini malam ini.

Katanya yang dipetik agensi Bernama, beliau juga tidak pernah bertemu dengan mana-mana Adun DAP sebelum ini.

Ong diminta mengulas khabar angin yang bertiup kencang di sini bahawa MCA sedang memujuk seorang Adun DAP untuk menyertai parti itu dan perbincangan mengenainya telah diadakan sejak dua minggu lepas.

ADUN Tidak Dapat Di Hubungi 24 Jam, Dianggap Berhasrat Letak Jawatan

Mengulas perkembangan politik Perak yang bergelora, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mana-mana ADUN DAP Perak yang tidak dapat dihubungi dalam tempoh 24 jam dianggap berhasrat meletakkan jawatan mereka sebagai ADUN.

Beliau berkata demikian kepada wartawan sebelum menghadiri Sambutan Kebudayaan dan Warisan, Tahun Baru Cina 2009, di Tapak Warisan Georgetown semalam.

“Berhubung dengan perkembangan di negeri Perak, dimana ia mempunyai kaitan dengan DAP, saya sukacitanya mengumumkan mana-mana ADUN DAP yang tidak dapat dihubungi lebih dari 24 jam, akan dianggap sebagai mempunyai keinginan untuk melepaskan jawatan mereka sebagai ADUN,”tegasnya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, enggan mengulas apabila ditanya lanjut perkara berkenaan.

Najib Buat-buat Tak Tahu

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu berapa ramai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Rakyat (PR) di Perak yang akan menyertai Barisan Nasional (BN), namun berkata “ia akan berlaku”.

"Saya tidak tahu, kita akan lihat," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beberapa ADUN PR akan menyertai BN.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pentas Studio Pengadunan Digital Perbadanan Filem Nasional (Finas) di Kompleks Merdeka Studio di sini malam ini.

Awal hari ini, Abdullah memberitahu pemberita bahawa beberapa wakil rakyat PR di Perak akan menyertai BN.

"InsyaAllah, ia akan berlaku. (Kita akan) terima mereka kerana ini pilihan mereka dan mereka mahu menyertai kita dalam perjuangan... ia akan merupakan satu pengalaman baru untuk mereka dan membenarkan mereka berpeluang untuk berkhidmat melalui BN," kata Abdullah




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .