Ikuti Blog ini

YAB IR DATO' SERI HJ MOHAMMAH NIZAR JAMALUDDIN CALON PAS PARLIMEN BUKIT GANTANG...!




Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dari PAS, malam tadi diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Ia diumumkan di padang Taman Kota Jaya di Simpang di sini kira-kira 10.50 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya memegang amanah jawatankuasa yang memutuskan nama beliau (Nizar)," kata beliau.



CALON PAS / PAKATAN RAKYAT P059 BUKIT GANTANG


KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT...!!




ALLAHU AKBAR...!


ALLAHU AKBAR...!


ALLAHU AKBAR...!




KDN Gantung Harakah, Suara Keadilan Satu Tindakan Bacul

Banyak pihak hari ini menyelar tindakan kerajaan yang menggantung permit dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan.

Tindakan itu dilihat sebagai satu usaha terdesak UMNO-BN yang sekarang sudah kehabisan modal untuk menjawab segala kepincangan parti kerajaan terhadap pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini.

Suara Keadilan menerima surat daripada KDN tengah hari tadi manakala Harakah pukul 4.55 petang menerusi faks.

Harakah yang menerima surat tunjuk sebab 26 Februari lalu dikatakan melanggar tiga perkara iaitu menyiarkan kandungan isu-isu semasa, menjual secara umum kepada bukan ahli dan tidak menyerahkan salinan setiap edisi tepat pada masa yang ditetapkan.

Harakah diterbitkan dua kali seminggu manakala Suara Keadilan pula setiap minggu.

Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan penggantungan tersebut.

"Memang benar kami (KDN) telah menggantung lesen kedua-dua akhbar itu (Harakah dan Suara Keadilan) berkuat kuasa hari ini.

"Kami bukan ingin menyekat kebebasan akhbar di negara ini tapi mereka (Harakah dan Suara Keadilan) masih lagi menerbitkan berita-berita yang tidak benar dan berunsur hasutan," kata beliau.

Kedua-dua akhbar berkenaan dikenakan tindakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata surat penggantungan itu telah diterima di ibu pejabat parti itu tengah hari tadi.

"Kita terima surat penggantungan dari KDN hari ini. Namun tiada sebarang sebab dikemukakan," katanya.

Tegasnya, tindakan tersebut jelas bermotifkan politik.

"Ini satu serangan kepada kami (PKR), nampak sangat mereka (Barisan Nasional) menggunakan kuasa yang mereka ada untuk menyekat kebebasan akhbar di negara ini.

"Mengapa tindakan menggantung Suara Keadilan dilakukan menjelang pemilihan Umno dan tiga pilihan raya kecil yang akan berlangsung 7 April ini?Kenapa tidak dari tahun lalu lagi?," katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau yang juga ADUN kawasan Batu berkata, BN takut maklumat tentang kelemahan serta kerapuhan dalam parti itu dipaparkan oleh media alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah.

"Mereka takut mengenai kelemahan pemimpin dipaparkan akan menunjukkan kerapuhan BN. Jadi mereka ambil jalan mudah dengan menyekat pengedaran akhbar parti pembangkang supaya makluma ini tidak sampai kepada orang ramai," katanya.

Seorang pensyarah di sebuah universti tempatan hari ini menganggap tindakan KDN tersebut akan hanya menimbulkan kemarahan rakyat yang selama ini hanya mempunyai beberapa akhbar alternatif untuk mendapatkan berita disampin akhbar-akhbar arus perdana.

"Langkah kerajaan menggantung permit akhbar kepunyaan pembangkang jelas menunjukkan percubaan untuk menjadikan rakyat negaranya bodoh, tidak kritikal dan seterusnya mewujudkan golongan rakyat yang berminda beku dan ini adalah penghakisan terhadap nilai-nilai demokrasi yang menjamin penyebaran maklumat serta perbincangan sehat," jelasnya.

Rakyat umumnya melihat tindakan kerajaan yang menggantung permit harakah dan Suara Keadilan sebagai langkah kerajaan UMNO-BN menghalang parti berkenaan menyampaikan maklumat kepada penduduk dan rakyat negara ini terutama menjelang kempen pilihanraya di tiga tempat 7 April ini.

"Namun, tindakan Syed Hamid pasti gagal. Rakyat akan lebih bersimpati dan akan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat," kata seorang ketua cawangan PKR di sini hari ini.

"Syed Hamid akan bertanding di dalam pemilihan UMNO untuk jawatan naib presiden. Beliau ketandusan isu. Beliau mengharapkan tindakannya ini akan mendapat sokongan ahli UMNO dan beliau mengharapkan tindakannya menggantung Harakah dan Suara Keadilan mampu memberikan undi sokongan kepadanya di dalam pemilihan UMNO nanti," tambahnya.

"Tindakan beliau juga sebenarnya memperlihatkan kerajaan terlalu takut dengan isu-isu yang banyak tidak dapat dijawab oleh mereka. Akhirnya mereka menuduh akhbar tersebut menghasut dan menggunakan kuasa untuk pancung akhbar itu supaya hujjah pembangkang tidak dapat disampaikan kepada rakyat," katanya lagi.



Bekas MP calon PKR di Batang Ai


jawah gerangBekas ahli parlimen Lubok Antu yang tidak asing lagi, Jawah Gerang menggalas cabaran PKR menentang BN dalam pilihanraya kecil DUN Batang Ai yang akan berlangsung 7 April ini.


Selain Engkilili, kerusi negeri itu satu daripada dua DUN parlimen Lubok Antu.


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam lawatan ke kawasan itu semalam, mengumumkan nama Jawah di lapangan terbang Kuching sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pagi ini.

Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat di Pusat Tarbiah PAS Trong



IKRAR PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat telah berlangsung di Pusat Tarbiah PAS Trong. Majlis bermula sekitar jam 5.30 petang dimulakan dengan ucapan Mustapha - Pengarah Pemuda yang juga Timb. Ketua Pemuda PAS Perak Turut berucap ialah Ketua Pemuda DAP YB Anthony bersama Ketua Pemuda PKR- Samsul Iskandar. Majlis yang sepatutnya bermula jam 3.00 petang terpaksa ditunda. Kebetulan berdepan markaz PAS Trong , berlangsung majlis UMNO sebelumnya di dewan orang ramai.

Majlis Perlancaran Gerak Kerja Pemuda di lancarkan oleh Ust Nasaruddin Tantawi mewakili YB Salehuddin Ayub yang terpaksa bergegas ke Johor kerana ayahnya dalam keadan tidak stabil setelah terlibat dengan kemalangan. Kemuncak Majlis ialah Ikrar Pemuda untuk berkerja memenangkan calon Pakatan Rakyat yang akan diwakili oleh PAS. YB Anthony mewakili pemuda DAP telah menyerahkan bendera sebagi tanda sokongan DAP kepada calon PAS.


TANDA BERSAMA





IKRAR BERSAMA UNTUK MENCURAH MASA , TENAGA DAN NYAWA UNTUK KEMENANGAN CALON PR



NASARUDDIN PENUH BERSEMANGAT MENGINGATKAN TENTANG KEMENANGAN KONSTANTINOPLE OLEH MUHAMMAD AL FATEH AGAR DIJADIKAN SEMANGAT PEMUDA


UST KAMAL, SABKI ANTARA PEMIMPIN PEMUDA PUSAT YANG BERSAMA.


YB ANTHONY MEMBERI KOMITMEN PEMUDA DAP UNTUK BERSAMA SEPANJANG KEMPEN. BELIAU ANTARA YANG BERJANJI MEMBERI KOMITMEN SEMINGGU MEMBANTU BKT GANTANG SELEPAS PENAMAAN CALON.


ANTARA PETUGAS TAMBUN YANG BERSAMA HIMPUNAN PEMUDA.



BUKIT GANTANG: Berbilang Kaum Hadiri Hi-Tea Wanita PR

Majlis Hitea Wanita Pakatan Rakyat telah diadakan dengan meriahnya bertempat di Simpang Halt pada jam 5 petang semalam.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli YB Wanita Pakatan Rakyat yang terdiri daripada YB Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali (Parlimen Titiwangsa-PAS), YB. Dr. Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja-PAS), YB. Siti Zailah Mohd Yusoff (Parlimen Rantau Panjang-PAS), YB. Mumtaz Mohd Nawi (Senator-PAS), YB. Zuraida Kamaruddin (Parlimen Ampang-PKR), YB Haniza Talha (Adun Taman Medan-PKR) dan pimpinan-pimpinan wanita Pakatan Rakyat. Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah AJK Pas Pusat, Dato' Mustaffa Ali.

Majlis hitea wanita pakatan rakyat ini diadakan bersempena meraikan Hari Wanita sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. Dalam majlis itu juga, kempen kita bersaudara peringkat Parlimen Bukit Gantang telah dilancarkan dan disempurnakan oleh Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat.

Majlis dihadiri oleh lebih kurang 300 orang masyarakat setempat yang berbilang kaum terdiri daripada Melayu, Cina dan India sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat. Semua pengundi Bukit Gantang diseru agar memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam piliran raya kecil Bukit Gantang pada 7 April nanti.

Pelbagai acara menarik dihidangkan kepada masyarakat yang hadir, antaranya tarian singa, kompang dan selawat, tarian india dan cabutan bertuah di samping pelbagai menu turut dihidangkan. Majlis berakhir pada jam 6:30 petang.








Anak Perak di perantauan janji akan pulang sokong calon PAS



GOMBAK : Lebih 2,000 anak-anak Perak di perantauan menyertai para pemimpin utama PAS hari ini dan berjanji akan memastikan calon PAS di Bukit Gantang menang dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Yang berada di pentas adalah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mar, Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya Ustaz Ahmad Awang, Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaludin, bekas timbalan presiden PAS Ustaz Hassan Shukri, penulis Subky Latif dan juga anggota Parlimen Titiwangsa yang pernah bertanding di Bukit Gantang 2004 lalu, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Turut berada di pentas adalah Presiden Anak Perak Di Perantauan, Ahmad Idzhan Ahmad.

Mereka berkumpul di majlis taklimat khas dan dialog serta pelancaran Tabung Anak Perak Di Perantauan sempena Pilihan raya kecil Bukit Gantang di Markas PAS , Taman Melewar.

Di dalam majlis itu, Nik Aziz menyeru anak Perak supaya turun beramai-ramai untuk mengundi serta memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang nanti.

Menurut beliau, Umno kini sedang bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Bukit Gantang dan akan berusaha walau apa cara pun.

Dalam ucapannya juga, Nik Aziz menjelaskan bahawa rasuah kini adalah merupakan bala kepada parti Umno.

Melihat kepada situasi politik yang melanda, beliau menambah bahawa kini Umno kian terhimpit dan menjadikan pengamal rasuah sebagai pemimpin mereka.

Ini merupakan satu episod terdesak yang mana membabitkan ramai pemimpin Umno yang terlibat di dalam rasuah.

Walaupun mereka secara terang terlibat di dalam rasuah, namun mereka masih dipilih, katanya.

Nizar yang turut berucap di majlis itu menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh krisis yang berlaku di Perak baru-baru ini dan yakin beliau dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan negeri Perak yang sah.



Bagaimana mengira bilangan peserta Himpunan 100,000 GMP

Ramai rakan bertanya bagaimana kita mengetahui berapa ramai yang berhimpun. Seorang jurutera dalam GMP memberi tahu, begini caranya.

Pertama lihat dengan rapi kepadatan himpunan.

Berapa padat!

Berapa padat!

Berapa panjang ...

Berapa panjang ...

Berhampiran kampung Atap

Berhampiran kampung Atap

Lagi ...

Lagi ...

Dari Masjid Negara ke Istana Negara

Dari Masjid Negara ke Istana Negara


Kemudian buat andaian:


Jikalau ada 25 orang dalam satu baris.
Dan jikalau jarak setiap satu baris adalah 1 meter.
Ada 1000 meter dalam satu kilometer.


Oleh sebab itu dalam satu kilometer dianggarkan ada 25X1000 = 25,000 orang.


Jikalau ada 4 kilometer, maka dianggarkan ada 25,000 orang X 4 kilometer, iaitu 100,000 orang.


Ini cuma anggaran! Mungkin lebih.




‘Debaran’ di Padang Taman Kota Jaya Malam ini, 23 Mac

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/siapacalon.gifKuala Terengganu – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan kehadirannya ke Majlis Perisyhtiharan Calon bagi Pilihanraya Kecil P.059 Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan di Padang Taman Kota Jaya, Simpang.

Pegawai Khasnya, Zaihan Daud berkata demikian ketika ditemui Buletinonline di pejabat Perhubungan PAS Terengganu, semalam.

Menurutnya wakil-wakil dari parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR juga telah mengesahkan kehadiran mereka.


“Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengesahkan akan turut berucap dalam majlis itu,”katanya.

Azmin akan menggantikan Penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dimaklumkan akan berada di Kuching, Sarawak sejak pagi Isnin.


Koordinator Media PKR, Ginie Lim berkata Anwar akan mengumumkan calon PKR yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Batang Ai di sebuah hotel, di Kuching pada jam 9.30 pagi, Isnin (hari ini). (Gambar - Peta lokasi Padang Taman Kota Jaya)

Dalam pada itu, spekulasi bertiup kencang menjangkakan, Ahli Jawatankuasa PAS Ustaz Idris Ahmad menjadi pilihan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.

"Idris dilihat sebagai calon paling sesuai bagi PAS dan Pakatan Rakyat bertanding di Bukit Gantang disebabkan beberapa faktor termasuk kerana beliau merupakan anak tempatan," kata satu sumber kepada akhbar Internet mStar Online.
http://buletinonline.net/images/stories/berita2/lokasiisytiharcalon.jpg

Ustaz Idris, 45, adalah lulusan pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, juga merupakan bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS.


Beliau pernah mengajar di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) dan Instititut Teknologi Ibnu Sina beberapa tahun lalu.

Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jering pada tahun 1997.

Ketua UPU Permatang Aur DUN Changkat Jering, Ismail Kamarudin amat berharap pimpinan Pakatan Rakyat bersepakat memilih Ustaz Idris sebagai calon.

“Ustaz (Idris) adalah anak kelahiran Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang, ayahnya terkenal dengan panggilan Tok Guru Haji Ahmad Sungai Petai,”kata Ismail.


Sumber PAS Kawasan Bukit Gantang memberitahu, Ustaz Idris adalah antara empat nama terakhir yang telah dikemukakan oleh PAS Perak kepada PAS pusat minggu lalu.

Selain Idris, nama yang turut disebutkan ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad sendiri, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Haji Asmuni Awi dan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.


Bagaimanapun Ustaz Ahmad dan Hj Asmuni dikatakan telah menolak tawaran tersebut.


Namun demikian, siapa pun calon yang akan diumumkan malam ini, Isnin 23 Mac, adalah bergantung kepada keputusan mesyuarat yang akan di adakan di Markas PAS Bukit Gantang, Air Kuning, pada jam 2.30 petang, hari ini.






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .