Ikuti Blog ini

BUKIT GANTANG: Berbilang Kaum Hadiri Hi-Tea Wanita PR

Majlis Hitea Wanita Pakatan Rakyat telah diadakan dengan meriahnya bertempat di Simpang Halt pada jam 5 petang semalam.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli YB Wanita Pakatan Rakyat yang terdiri daripada YB Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali (Parlimen Titiwangsa-PAS), YB. Dr. Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja-PAS), YB. Siti Zailah Mohd Yusoff (Parlimen Rantau Panjang-PAS), YB. Mumtaz Mohd Nawi (Senator-PAS), YB. Zuraida Kamaruddin (Parlimen Ampang-PKR), YB Haniza Talha (Adun Taman Medan-PKR) dan pimpinan-pimpinan wanita Pakatan Rakyat. Turut hadir meraikan majlis tersebut adalah AJK Pas Pusat, Dato' Mustaffa Ali.

Majlis hitea wanita pakatan rakyat ini diadakan bersempena meraikan Hari Wanita sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. Dalam majlis itu juga, kempen kita bersaudara peringkat Parlimen Bukit Gantang telah dilancarkan dan disempurnakan oleh Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat.

Majlis dihadiri oleh lebih kurang 300 orang masyarakat setempat yang berbilang kaum terdiri daripada Melayu, Cina dan India sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat. Semua pengundi Bukit Gantang diseru agar memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam piliran raya kecil Bukit Gantang pada 7 April nanti.

Pelbagai acara menarik dihidangkan kepada masyarakat yang hadir, antaranya tarian singa, kompang dan selawat, tarian india dan cabutan bertuah di samping pelbagai menu turut dihidangkan. Majlis berakhir pada jam 6:30 petang.








Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .