Ikuti Blog ini

Jenayah: Perundangan syariah perlu ambil tempat

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ekoran kes jenayah yang tidak berkesudahan, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa kerajaan pusat mula membincangkan secara serius perlaksanaan undang-undang syariah sebagai undang-undang alternatif di negara ini.
Ketuanya, Nasruddin Hassan berkara, kes jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh dan dibakar seakan menggambar sistem perundangan sivil yang sedia ada dilihat kurang berkesan bagi membendung aktiviti jenayah.

"Cadangan kami, iaitu perlaksanaan syariah Islam atau undang-undang jenayah syariah Islam sebagai alternatif bagi mengatasi jenayah yang semakin parah ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media petang tadi di Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat dewan itu hari ini.

Bagaimanapun katanya, rakyat seharusnya telebih dahulu diberi penjelasan berhubung keadilan perundangan Islam sebelum perlaksanaan dibuat sesuai dengan semangat demokrasi di tanah air.

Polis Jangan Terburu-Buru Selesaikan Kes Sosilawati, Takut Ada Yang Terlepas

Iya ke ni..jangan kerana terburu-buru, pembunuh sebenar tak dapat dihukum..

Siasatan kes pembunuhan Sosilawati dijangka selesai masa terdekat: KPN

GEORGETOWN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hari ini berkata siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

"Polis masih meneruskan siasatan (kes pembunuhan Sosilawati)...kita akan selesai tidak lama lagi," katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob sempena Hari Raya Aidilfitri di sini.

Semalam, pasukan forensik polis dilaporkan sekali lagi melawat ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Sosilawati, 47, pemandu Kamarudin Shansuddin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lalu, polis mengesahkan mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. – Bernama

MAHATHIR RAJA LAWAK ASTRO - MAHFUZ


ALOR SETAR, 25 Sept: Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara dianggap sebagai bahan jenaka dari seorang raja lawak Astro yang baru.

"Kenyataannya itu saya anggap sebagai kemunculan seorang raja lawak Astro baru dengan dailog jenaka dan bahan lawak yang mampu membuatkan orang ramai sama ada generasi baru atau lama ketawa hingga tidak kering gusi.

"Sesuai sangatlah dengan watak tuanya, beliau menggantikan pelawak-pelawak yang seusianya seperti Ibrahim Din, M. Zain dan 'ahli mesyuarat tingkap' lain yang telah tiada, dan kini tinggal Dr Mahathir seorang sahaja lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis yang ditemui pada majlis penyerahan tajaan FusionExcel International kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah, petang semalam.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, kuasa dan suara orang Melayu akan lenyap sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah negara ini pada masa pilihan raya akan datang.

Menurut Mahfuz, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang memerintah negara sejak 53 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka terbukti gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan sekaligus meletakkan kaum itu tertinggal jauh di belakang.

"Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi meminta kerajaan mendedahkan fakta dan kedudukan sebenar ekonomi orang Melayu yang tertinggal sejak negara merdeka dan ini bukti jelas orang Melayu jauh kebelakang apabila dari kalangan mereka sendiri yang mempersoalkannya.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 40 tahun lalu juga tidak berupaya memajukan orang Melayu dan ini menguatkan lagi hujah bahawa mereka gagal membela orang Melayu.

"Apakah Umno dan BN nak minta tambahan masa lagi 53 tahun atau 40 tahun untuk memajukan orang Melayu? Kuasa dan suara orang Melayu akan terus hilang kalau mereka diberi peluang lagi untuk memerintah negara," katanya.

JPJ Akan Kemukakan Cadangan Mansuh Saman Ekor Kepada Kabinet

Jeli - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhalusi cadangan memansuhkan saman ekor sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kata putus, kata Timbalan Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad.

Katanya, pihaknya sedar penguatkuasaan peraturan saman ekor itu boleh mengundang pelbagai kesulitan kepada pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan akibat disenaraihitamkan.

"Ini melibatkan dasar dan InsyaAllah cadangan itu akan dibawa oleh Ketua Pengarah JPJ (Datuk Solah Mat Hassan) kepada menteri berkenaan dan seterusnya kepada Kabinet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Menengah Batu Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Korporat dan Penyelidikan JPJ, Zairi Mat Ali dan Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim.

Pada majlis itu, kira-kira 200 peneroka berumur 45 tahun ke atas di jajahan Tanah Merah diberi kemudahan mendapatkan lesen memandu melalui ujian lisan.

Ismail berkata, kerajaan juga akan memperluaskan lagi program SKSJ ke seluruh negara, terutama di Sabah dan Sarawak kerana masih ramai penduduk kawasan luar bandar di negeri itu yang tidak memiliki lessen memandu.

Katanya, program itu yang dahulunya dikenali sebagai 'JPJ Bersama Rakyat' (JBR) diperkenalkan sejak 1990an bagi memberi kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar memperoleh lesen memandu.

Menurutnya, program itu akan ditetapkan sebanyak tiga kali setahun di setiap negeri dan mengikut keperluan kawasan pedalaman di sesebuah negeri itu, termasuk di Sabah dan Sarawak. -SH

Kenalpasti DUN Yang Akan Ditandingi

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita34/serahkunci.JPGMARANG – PAS sdah mengenalpasti dan membuat persiapan di kawasan-kawasan yang akan ditandinginya dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melancarkan Jentera Pilihanraya PAS pada Sabtu 18 September lalu.

“Di Sarawak, persiapan kita sekarang sudah masuk kepada tahap yang seterusya untuk Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, pada Sabtu yang lepas, yang berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Presiden telah melancarkan jentera pilihan raya Dewan Undangan negeri Sarawak (iaitu) .jentersa pas,

“Dimana ini (ia) telah dihadiri oleh semua wakil-wakil daripada kawasan-kawasan yang sudah pun kita (kenalpasti) kemungkinan untuk bertanding,’jelasnya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pembangunan Fasa Ke-2 Madrasah Darul Iman, disini semalam.

(Gambar - Ustaz Nasha menyerahkan replika kunci Mdrasah DarulIman kepada YDP Marang Haji Yahaya Ali, simbolik pelancaran pembangunan Fasa Ke-2 Madrasah tersebut). -BO

Darus Syifa mula operasi di Besut

BESUT, 25 Sept: Penduduk daerah ini dan sekitarnya yang berhajat kepada rawatan alternatif, khususnya perubatan Darus Syifa, kini tidak perlu lagi memandu jauh ke daerah lain.

Dengan beroperasinya Pusat Rawatan Darus Syifa Cawangan Besut di Kampung Renek, dekat sini, ia membuka peluang lebih selesa kepada mereka mendapatkan khidmat rawatan untuk berbagai permasalahan yang mereka hadapi.

“Memang tujuan utama operasi Pusat Rawatan Darus Syifa ini ialah untuk memberi peluang kepada semua anggota masyarakat supaya setiap mereka ada jalan merawat penyakit yang dihadapi, walau pun miskin dan tidak berkemampuan,” ujar Pengerusi Persatuan Perubatan Darus Syifa’ Cawangan Besut, Ustaz Omar Sidek.

Menurutnya, rawatan diberikan pihaknya adalah secara sukarela dan para pengunjung tidak perlu risaukan tentang sebarang caj tertentu untuk setiap rawatan. Sebaliknya mereka sekadar digalakkan menghulurkan sumbangan, juga secara sukarela dan ikhlas.

Sebab itu, beliau mempelawa anggota masyarakat yang menghadapi sebarang penyakit, terutama berkaitan dengan gangguan makhluk halus, agar mencuba rawatan yang disediakan pihaknya.

“Di sini kita merawat semua jenis penyakit, kecuali dua, tua dan mati. Selain dua itu insya Allah kita ikhtiar, sama ada rawatan secara fizikal mahu pun kerohanian,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Idulfitri di pusat berkenaan pagi ini.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 100 tetamu undangan. Antara mereka ialah Pengerusi Darus Syifa’ Cawangan Kota Bharu, Ustaz Zaki Ya, dan Pengurus Darus Syifa’ Cawangan Jeli, Ustaz Zakaria Abdul Ghani.

Pusat yang terletak di tepi jalan utama menghubungkan Jerteh-Kuala Terengganu ini dibuka pada setiap Sabtu antara jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Di situ Omar dibantu lapan perawat diketuai Ustaz Abdul Ghani Md Hassan.

Pasukan perawatnya terdiri daripada Ustaz Mohd Hafizan Alias, Ustaz Mohd Azman Ismail, Ustaz Ibrahim Mohd, Ustaz Zainodin Ismail, Ustaz Usoff Zakaria, Ustaz Omer Abdullah dan Ustaz Azhar.

Perubatan Darus Syifa adalah kaedah rawatan alternatif kepada perubatan moden yang semakin mendapat tempat di dalam masyarakat.

Jaringan khidmatnya ada di hampir seluruh negara dan berpusat di Bangi, Selangor di bawah kendalian dan pengawasan ulama terkenal tanahair, Datuk Dr Haron Din.

Pusat rawatan di Besut ini adalah cawangan ketiga di Terengganu selepas Kuala Ibai (Kuala Terengganu) dan Permaisuri (Setiu). Sejak mula beroperasi pada 26 Jun lalu, pusat itu menerima kunjungan antara 15 hingga 20 pesakit setiap minggu yang kebanyakannya sekitar daerah ini.

Selain itu, menurut Omar, pihaknya juga kerap turun ke lokasi tertentu atas permintaan anggota masyarakat.

“Ada kes-kes besar, umpamanya pesakit tak boleh di bawa mari (ke pusat rawatan), kita keluar ke tempat dia. Atau pun kes macam orang nak naik rumah baru, nak ‘pagar’ rumah, nak ‘bersihkan’ tapak kilang, misalnya, insya Allah dalam kes-kes macam tu kita turun ikhtiar di lokasi berkenaan,” jelasnya lagi.

Anggota masyarakat yang berminat mendapatkan khidmat pusat itu boleh menghubunginya (012-9880355) atau Ustaz Mohd Hafizan (017-9429527). -Hrkh

Eye On Malaysia: Projek Ali Rustam Yang Terbengkalai

Melaka - Kerajaan Negeri digesa supaya bertegas dengan syarikat pemilik Eye On Malaysia bagi mempercepatkan rundingan mengeluarkan buaian roda gergasi itu yang terbiar sejak tujuh bulan lalu.

Pandangan itu diutarakan orang ramai yang berpendapat, buaian roda gergasi itu kini bukan sahaja menjejaskan sektor pelancongan negeri, malah menyakitkan mata memandang apabila melihat persekitarannya yang tidak dijaga rapi.

Tinjauan Sinar Harian ini ke lokasi berkenaan yang terletak bersebelahan tapak projek Marina Melaka, di muara Sungai Melaka semalam mendapati ada kebenarannya.

Kawasan yang dahulunya dijaga rapi dengan landskap yang indah kini kelihatan seperti tapak pembinaan apabila sisa sampah dan kayu bertaburan di merata-rata.

Khemah niaga yang dahulunya tersergam indah kini semakin mereput sehingga hampir menyembah bumi.

Pemandangan landskap yang begitu indah sebelum ini kini ditumbuhi pokok-pokok liar di celah-celah longkang sehingga menyakitkan mata memandang.

Mohd Helmi Hassan, 27, berkata, kewujudan Eye On Malaysia kini boleh diibaratkan sebagai projek gajah putih yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada penduduk dan pengunjung di negeri ini.

“Saya harap, Kerajaan Negeri dapat bertegas dengan pemilik buaian roda gergasi supaya mereka segera memindahkannya kerana lebih lama ia dibiarkan, semakin ia menyakitkan mata.

“Semakin lama tempat ini terbiar, semakin ia mencemarkan produk pelancongan negeri sedangkan tapak itu mungkin boleh digantikan dengan produk-produk lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Tan, 42, berkata, dia menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk memindahkan Eye On Malaysia dan menggantikannya dengan buaian roda gergasi lebih besar dengan ketinggian 82 meter serta mempunyai 58 gondola.

Namun apa yang mengecewakannya, sehingga kini, masih tidak menampakkan apa-apa perkembangan positif sebaliknya tapak Eye On Malaysia terus terbiar tanpa penjagaan.

“Saya tengok, tapak Eye On Malaysia ini sangat strategik kerana terletak berhampiran dengan pesisir laut dan sabah hari ramai pendudukdan pengunjung datang ke sini.

“Saya yakin, buaian roda gergasi yang baru nanti akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan hasil pembangunan itu tentu akan membuatkan kawasan sekitarnya membangun dengan sendirinya,” katanya. -SH


Eye on M'sia: Belajar dari kesilapan, kata PAS

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam diingatkan supaya belajar dari kesilapan dahulu sebelum meneruskan cadangannya untuk membeli sebuah roda gergasi baru dari Cina yang berharga RM7 juta.

Ketua Penerangan PAS Bukit Katil Melaka, Yusof Wahab berkata kerajaan negeri sepatutnya belajar dari kesilapan dahulu di mana Eye On Malaysia yang dibawa dari Kuala Lumpur akhirnya terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan.

"Sudahlah ia membazirkan duit rakyat jutaan ringgit, kini Eye On Malaysia yang menjadi lambang kegagalan kerajaan negeri tambah menyakitkan mata rakyat Melaka. Apakah kerajaan Malaysia mahu mengulangi kesilapan lalu dengan membeli sebuah lagi Eye On baru?

"Eye on Malaysia yang terletak bersebelahan tapak projek Marina Melaka, di muara Sungai Melaka hari ini benar-benar berserabut dan mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut. Ia kini bagaikan tapak pembinaan usang dengan sisa sampah dan kayu bertaburan di sana sini." kata Yusof dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya membelanjakan wang jutaan ringgit berkenaan bagi program-program yang memberikan manfaat kepada rakyat seperti program mengatasi masalah banjir; program meningkatkan kesedaran Islam di kalangan rakyat; program pendidikan dan sebagainya.

Menyakitkan mata

Beliau juga kesal dengan sikap lepas tangan kerajaan negeri yang membiarkan kawasan Eye On Malaysia menjadi tidak terurus dan menyakitkan mata.

Semalam media melaporkan bahawa khemah peniaga yang di kawasan tersebut semakin mereput sehingga menunggu masa sahaja untuk menyembah bumi. Pokok-pokok tumbuh meliar di celah-celah longkang di sana-sini.

Yusof juga berkata Eye On Malaysia yang sejak dari mula lagi didakwa akan menjadi gajah putih benar-benar memahatkan rasa sakit dan pedih di hati rakyat kerana bukan sahaja duit rakyat hangus begitu sahaja malah kini menjadi 'biawak hidup' yang membebankan mata rakyat untuk melihatnya.

Pada 8 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan syarikat Belgium, Fitraco NV, yang membekalkan buaian gergasi 'Eye On Malaysia', memasuki satu kawasan di Melaka dan memindah keluar buaian itu.

Hadapi pelbagai masalah

Pada 15 Sept, 2009, Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap EOM dan MST Ad Suria Sdn Bhd selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang RM17 juta bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

MST adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007.

Roda itu telah dipindahkan dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ke muara Sungai Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.

Roda gergasi yang bertujuan untuk menarik perlancong ke negeri Melaka itu telah disita pada 7 Jan lalu dan operasinya terpaksa diberhentikan serta-merta. -mk

Mereka berjaya tipu Zambry Lanun, tapi Allah pelihara TG Nik Aziz



Sapa diorang ni? Lu pikir laa sendiri.....

Negeri Pakatan sertai sidang Malaysia-Thailand

HATYAI, THAILAND, 25 Sept: Penyertaan Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang dalam hubungan dua negara Malaysia dan Thailand, semalam jelas membuktikan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) diiktiraf oleh negara luar.

Persidangan Kali Pertama Lima Dasar dan Ekspo antara lima negeri dalam Malaysia iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis manakala Thailand diwakili empat wilayah Selatan, Yala, Pattani, Satun dan Songkla.

Kelantan diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Dr Nik Mazian Nik Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Ir Mustafa Salleh, Kedah diwakili oleh Exco negeri, Abd Ghani Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, Exco Perlis, Ahmad Bakri Datuk Ali dan Pegawai Khas Exco Perak, Noormah Ismail.

Perasmian persidangan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Trirong Suwankiri.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Penglibatan dalam Lima Dasar yang melibatkan lima sektor utama iaitu industri halal, pelancongan, perdagangan, logistik dan pelaburan antara negeri yang berjiran dengan Selatan Thailand boleh meningkatkan hubungan dua hala terutamanya dalam meningkatkan ekonomi.

Menurut Ir Mustaffa Salleh, persidangan itu amat berguna kepada kerajaan negeri dalam menarik pelabur di pelbagai bidang yang disenaraikan tersebut.

“Keadaan Kelantan yang begitu strategik dengan Selatan Thai akan memudahkan hubungan dua hala dalam menjayakan program ini dan secara kebetulannya adat budaya antara Kelantan dan Selatan Thai banyak persamaannya,” kata beliau.

Beliau juga berharap disebabkan ia melibatkan kedua-dua negara, kerajaan Pusat seharusnya mengambil beberapa langkah dalam menjayakan rumusan hasil daripada persidangan kali pertama ini.

“Insya Allah, saya berpendapat Kelantan akan bersedia melibatkan diri dalam pelbagai sektor yang dijadikan agenda penting persidangan ini kerana ia begitu baik demi peningkatan pembangunan ekonomi negeri,” ujarnya lagi.

Abdul Ghani Ahmad pula berpendapat persidangan dan ekspo yang diadakan buat pertama kali itu akan membuka peluang kepada kerajaan Kedah dan agensi swasta untuk memulakan perbincangan dua hala dalam bidang yang ditetapkan itu.

“Kedah akan bersedia untuk melibatkan diri demi pembangunan Kedah dan Selatan Thailand boleh menjadi rakan dalam memajukan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Abd Ghani juga berharap walaupun penglibatan tiga negeri dalam Pakatan Rakyat dalam persidangan itu, ia tidak boleh dijadikan alasan oleh pusat untuk mengabaikan demi menjaga hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

“Kita tengok dalam banyak bidang yang kerajaan pusat harus memberi tumpuan seperti penarikan pelabur dari Thailand, pelancongan dan juga logistik, ia amat diperlukan dalam meningkatkan pembangunan di kawasan utara negara kita,” kata beliau lagi.

Bagi Abdul Malik Kassim, penyertaan dalam persidangan dan pameran itu tidak akan mencapai hala tuju sekiranya hubungan kerajaan Malaysia dan Thailand tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang sudah berlarutan seperti pengenaan duti ke atas penggunaan pelabuhan yang menjadi persinggahan kepada kepada kapal antarabangsa.

“Walaupun masih banyak yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak, Pulau Pinang akan tetap memberi kerjasama dalam menjayakan program ini dan kita akan menekankan dalam sektor industri halal dan pelancongan kerana di Pulau Pinang juga menjadi tumpuan utama pelanconga n dari Thailand,” kata beliau. -Hrkh

Video : Biadab !!!! Quran Dibakar Di Utara England



LONDON - Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.

Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.

Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.

Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.

Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.

Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain.Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.

Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya.

Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.

Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh. - Agensi

Parti Baru Sarawak, PERS Ingin Sertai Pakatan..Makin Kecutlah BN Sarawak Lepas Ni

Dilaporkan bahawa parti baru, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) ingin sangat-sangat sertai Pakatan Rakyat. Bahkan jika PR enggan terima mereka, mereka akan masuk bertanding tiga penjuru dengan PR dan BN.

Apalagi PR, buatlah perancangan.. Kalau nampak berpotensi, terimalah parti ini. Tapi kena siasat dulu, mana tahu kalau parti ini ditaja oleh BN. Bila dah menang dengan PR, tiba-tiba melompat pula ke BN..kot-kotlah..janganlah biarkan katak beranak 2 kali, macam yang Ibrahim Ali buat tuh..

Parti politik baru Sarawak ingin sertai pakatan pembangkang

SIBU, 24 Sept – Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS), parti terbaru yang akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik, mengulangi lagi hasratnya untuk menyertai Pakatan Rakyat negeri.

Presiden penaja Salleh Mahli, seorang ahli perniagaan berkata sebuah pakatan pembangkang yang bersatu akan mampu untuk memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada pihan raya negeri akan datang. Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada mangsa kebakaran kaum Penan di penempatan Long Luar dan and Long Kajang di pedalaman daerah Belaga di Bahagian Kapit, katanya parti itu telah memaklumkan

Bagaimanapun pemimpin PR belum lagi memberikan jawapan, mungkin mereka ragu-ragu bahawa PERS adalah parti tajaan BN, tambahnya.

Pada majlis itu seorang paderi yang kini menjadi aktivis sosial Micheal Jok menerima cek sumbangan itu yang diadakan di rumah panjang Iban Rh.Sudan di Naman dekat sini.

Salleh juga menyampaikan sumbangan kepada seorang wakil penduduk Orang Ulu, Uma Balui, Labuway, Nahajalay di daerah itu untuk membina sebuah kolam rawatan air untuk bekalan air mereka.

Katanya PERS akan bertanding dalam 30 kerusi pada pilihan raya akan datang jika parti itu diterima masuk ke dalam PR manakala 41 kerusi lain akan ditandingi oleh parti lain dalam pakatan itu.

"Tetapi jika mereka sekali lagi tidak menerima kita, kita akan bertanding dalam semua 71 kerusi," katanya ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang hanya akan berpihak kepada BN.

Mengenai PERS, beliau berkata jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftarannya menjelang pilihan raya akan datang, parti itu akan meletakkan calonnya sebagai calon bebas.

Salleh berkata PERS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi khasnya penduduk luar bandar dengan menggalakkan mereka menanam pokok Jatropha yang mempunyai potensi sangat baik dalam ekonomi. – Bernama

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .