Ikuti Blog ini

Rakyat Sarawak perlu pilih ‘Negara Berkebajikan’ PAS jika mahu keluar dari kemiskinan

WarkahDaily -- Jalannya orang dah tunjuk, cuma tunggu kemahuan sahaja bagi rakyat Sarawak keluar dari paras kemiskinan dan diskriminasi yang dirasai sejak turun temurun di bawah pemerintah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Buka mata tanya hati, apa yang sudah kita dapat semenjak 50 tahun lebih kita merdeka dan berada di bawah pemerintahan kerajaan BN selain hanya retorik semata-mata. Padahal masih ramai rakyat Sarawak yang belum merasai kemudahan air dan letrik dengan sempurna di rumah-rumah mereka. Jadi apa nak bangga sangat dengan BN.

Rakyat Sarawak harus sedar, mereka ada pilihan di depan mata mereka untuk berubah jika mahu keluar dari kepompong kemiskinan dan tekanan hidup di bawah kerajaan BN sekarang.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Pemuda PAS Sarawak hari ini berkata konsep Negara Berkebajikan yang dianjurkan oleh parti Islam itu mampu untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada kepompong kemiskinan dan diskriminasi.

Ketua Pemuda PAS negeri itu, Mohammad Arifiriazul bin Paijo berkata demikian dalam kenyataan balasnya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam laporan The Borneo Post baru-baru ini yang mempertikaikan kewibawaan parti Islam itu di Sarawak.

Namun begitu, Arifiriazulbin berkata, PAS telah berjaya mentadbir urus Kedah dan Kelantan membalas kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Jaafar yang berkata “kita tidak boleh bergantung kepada PAS untuk menjaga kebajikan rakyat.”

“Data yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) oleh Pejabat Perdana Menteri telah membuktikan Kelantan mempunyai kadar kemiskinan hanya pada 4.8 peratus, berbanding Sarawak sebanyak 5.3 peratus.

“Walaupun Kedah menunjukkan jumlah sama seperti Sarawak, 5.3 peratus, pada 2009, kerajaan negeri PAS ini hanya mempunyai kadar 0.8 peratus kumpulan miskin tegar, sedangkan Sarawak menunjukkan 1.0 peratus,” tambahnya.

Pemimpin PAS ini turut menegaskan Kelantan telah membuktikan negeri berkenaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 25 peratus dari 1989 kepada 2009 sedangkan Sarawak hanya mampu mencapai 16 peratus untuk tempoh sama."

Tambahnya, tuduhan yang dibuat oleh Pembantu Menteri Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyatakan PAS mengalakkan ketidak bersatuan kaum di negeri itu tidak berasas.

“Apa yang dibuat oleh PAS dan penyokongnya adalah untuk bersama-sama menolak rasuah dan ketidakadilan yang dilakukan BN sejak 50 tahun dahulu,” tegas Arifiriazul.

PAS bukan bercakap kosong semata-mata, malahan terbukti depan mata di Kelantan dan Kedah yang kini diperintah PAS bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Belanja Sakan Di Australia, Raja Rezza Dipergunakan Untuk Buat Penafian

Festival Fesyen Islam: Rosmah tak 'belanja sakan'

Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata, Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa.

Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Datuk Raja Rezza berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.

Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia."

Raja Rezza, yang ketika ini berada di luar negara untuk mempromosikan Festival Fesyen Islam berkata bahawa beliau sedih kerana “aktiviti positif seumpama itu telah dimanipulasi secara negatif".

Kapp dalam satu kenyataan medianya, minggu lalu berkata, isteri Perdana Menteri dan rombonganya, termasuk Raja Rezza, telah melawat kedainya dan membuat pelbagai pembelian.

Pereka fesyen kelahiran Afrika Selatan itu mengulas isu berkenaan berikutan laporan akhbar yang mendakwa Rosmah selaku penaung Festival Fesyen Islam telah berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga A$100,000 membeli pakaian di kedainya.

Pembelian itu buat kali pertama didedahkan dalam akhbar terkemuka Australia Sydney Morning Herald, oleh wartawan Andrew Hornery (kiri) dalam kolumnya yang melaporkan bahawa Kapp berkata beliau diterbangkan ke Malaysia dengan ‘pakaian contoh’ untuk Rosmah sebelum menyiapkan 61 pesanan yang lain.

Hornery juga melaporkan bahawa Rosmah dan Najib menginap di penthouse Hotel Darling, yang menelan belanja kira-kira A$20,000 semalam semasa percutian peribadi mereka di negara itu.

Kapp juga dilaporkan mengunjungi penthouse hotel berkenaan pada malam sebelum Tahun Baru untuk menunjukkan contoh kain kepada Rosmah.

Rosmah mendakwa laporan itu "tidak benar" dan seganja "dibesar-besarkan".

Bagaimanapun Hornery dan wartawan fesyen Patty Huntington, yang menulis di blog Frockwriter tetap mempertahankan laporan mereka. -mk


Jika sebelum ini, wartawan Australia diminta untuk membuat penafian tentang laporan di dalam kes perbelanjaan di Sydney, namun kali ini Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) dipergunakan untuk melakukan penafian tersebut.

Katakanlah benar 61 helai pakaian yang dibeli Rosmah adalah untuk stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London, bagaimana pula dengan penginapan di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling? Bagaimana Raja Rezza nak belit tentang hal tersebut?

Mungkin terdesak kerana pilihanraya semakin hampir, penafian tersebut terpaksa dilakukan sekalipun tidak memenuhi permintaan orangramai supaya Rosmah menyaman wartawan Australia yang dituduh memfitnah beliau.

Semua orang tahu tabiat dan gelagat Rosmah. Justeru hukum kebenaran tidak dapat ditolak dengan membodohkan orangramai melalui penafian sedemikian.

Sebelum ini GB sudah mengulas


Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.

Razak Baginda sudah dekati Islam ...


Subky Abdul Latif,-Harakah.

KATA Tan Sri Abdullah Kok Lanas dalam tulisannya bahawa Dr. Abd Razak Baginda mengaku bahawa dia sedang mendekati politik Islam dan agama Islam.
Alhamdulillah.

Ia mengingatkan saya kepada Almarhum Tan Sri Nordin Saufee, pengasas dan pengarah ISIS yang pertama.

Dalam satu majlis Hari Kemerdekaan Amerika, Tan Sri Nordin sengaja memberitahu saya bahawa dia sedang mempelajari dan mendalami Islam.

Suatu yang baik, penghargaan saya kepadanya.

Dia tidak sekadar menyampaikan maklumat itu saja, bahkan cuba meyakinkan saya bahawa dia beliau bersungguh mendekati Islam. Saya tidak tahu mengapa dia sampaikan perkara itu kepada saya dan adakah dia buat begitu juga dengan orang lain.

Saya gembira dengan perkembangannya itu. Tetapi saya tidak bertanya, siapa gurunya? Guru amat penting bagi setiap penuntut Islam. Mestilah guru itu ulama yang diakui masyarakat tentang ilmunya, ibadatnya dan muamalatnya. Bukan saja dia mesti berguru kepada tok guru yang betul tetapi ilmu yang dipelajarinya itu mesti diredai oleh tok guru itu.

Tidak sempurna mengajinya sekadar membuat penyelidikan dan kajian tanpa guru kerana mengaji tanpa guru sama seperti mengaji pada seteru Adam a.s.

Kalau guru itu sekadar ulama muda UMNO, ia seperti tidak mengaji.

Kalau orang bertanya, siapa pula saya? Guru saya ialah Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dan sekalian ulama PAS.

Maka kita boleh menghargai perkembangan Dr. Razak Baginda itu tanpa melupakan namanya telah dikaitkan dalam skandal seks dan pembunuhan Altantuya. Dia telah dibebaskan oleh mahkamah, tetapi mahkamah Malaysia adalah tidak berwibawa.

Apakah maklumat baru tentangnya akan dapat membebaskannya dari pembabitannya dengan pembelian kapal selam dan pesawat pejuang Sukoi dari Rusia dengan keuntungan sekitar setengah bilion dan hubungannya dengan kes Altantuya?

Jika dia bukan seorang Islam sebelum pembabitannya itu, apabila dia memeluk Islam maka dia adalah ibarat bayi yang baru lahir bebas dari sebarang dosa. Itu dari segi Islam tetapi dari sudut undang-undang dunia, entahlah. Apabila dia dibabitkan sebagai seorang Islam, maka pembabitan barunya dalam Islam tidak menjadikan dia sesuci bayi yang baru lahir.

Tetapi langkahnya mendalami ilmu Islam sebagai addin dan menghayatinya boleh membawanya menjadi seorang yang soleh dan dapat membersihkan dirinya dari sebarang keterlanjurannya. Syaratnya dia mesti melalui syarat taubat yang ditentukan oleh Islam yang sedang dipelajarinya itu.

Setiap orang Islam mesti mengalu-alu dan menggalakkannya untuk membuat kerja yang baik itu. Jangan pula ada prasangka kepadanya kerana dia sedang dan hendak membuat kerja yang baik.

Insya Allah ilmu Islam yang diperolehinya nanti dapat memberinya jalan yang betul bagi menyelesaikan segala masalah yang berlalu bagi menjalani hidup yang baru.

Cabarannya adalah besar. Dia mesti bersedia menjadi saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam dalam skandal besar yang ada sekarang. Tanpa ilmu Islam yang secukupnya tiada sesiapa sedia menjadi saksi yang jujur.

Razak Baginda dipercaya sudah berada di landasan yang betul, apabila dia mula mempelajari ilmu Islam termasuk politiknya.

Politik Islam yang paling releven sepanjang seabad lalu ialah yang diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau pula telah memahami segala yang disarankan oleh Jamaluddin Al-Afghani, Muhamad Abduh dan lain-lain. Razak kena dekati semua rangkaian gerakan Islam di seluruh dunia sekarang yang asas masing-masing bertolak dari Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hassan al-Banna itu.

Mengkaji dan mempelajari saja tidak cukup tanpa menyertai dan melibatkan diri. Para orientalis juga mempelajari Islam dari guru-gurunya sendiri. Bila ilmunya tidak menjadikannya Islam, maka ilmu Islamnya menjadi mereka bertambah sesat. Sebelum orientalis mempelajari Islam, ia sudah sesat. Apabila ia menguasai ilmu Islam, ia bertambah sesat dan menyesatkan.

Justeru itu Dr. Razak cari jalan berguru dengan tokoh seperti Yusuf Qardawi dan sekutu-sekutunya yang ramai di England, di Mesir dan lain-lain.

Kalau balik ke Malaysia bagi mendalami politik Islam, Dr. Razak wajar berdamping dengan Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi. Mereka sendiri ahttp://www.blogger.com/img/blank.gifdalah sebahagian dari politik Islam kerana mereka terlibat secara langsang. Mereka tua dalam politik Islam.

Tetapi kalau berguru dengan ulama muda UMNO, politik Islak tidak mengiktraf mereka terlibat dalam politik Islam. Pertama mereka bukan pemimpin, bahkan pegawai penyelidik Islam. Mereka tidak dapat mentransformai Najib dan UMNO, tetapi mereka pula ditransformasi oleh Najib.

Saya boleh bersangka baik kepada Razak.

Komen Alhusseyn : Dia sepatutnya jadi saksi dalam rayuan kes Sirul dan Azilah pada 10 Februari ini.
 Lihat di sini

Sham Kamikaze Terus Berdakwah Walaupun Dikutuk & Dicerca

Kangar: “Saya rela dikutuk rakan dan orang ramai, namun aktiviti berdakwah akan terus dijalankan kerana itu yang saya mahu lakukan sekarang ini,” kata Shamril Mohd Salleh, 36, atau dikenali Sham Kamikaze yang sedia maklum ada pihak memandang serong ke atasnya.

Katanya, walaupun setiap masa ada saja cemuhan dilemparkan, dia menganggap ia sebagai satu cabaran yang menguatkan usahanya itu.

Menurutnya, perubahan dilakukannya mungkin tidak boleh diterima sesetengah pihak, namun ia secara langsung memberi gambaran bahawa mereka peka kepada perubahannya itu.

“Sehingga hari ini, belum ada yang tampil menyatakan rasa tidak gemar atau mencemuh saya secara berdepan, namun perkara itu saya tahu daripada rakan serta medium lain.

Gambar: Sham Kamikaze bersama TG Hadi Awang di dalam satu majlis.

“Saya tidak memandangnya sebagai sesuatu yang serius, namun sedikit sebanyak menguatkan diri saya bagi menghadapi semua ini,” katanya selepas ditemui pada Forum Dakwah Era Siber anjuran Pejabat Mufti Perlis, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas lebih setahun berubah, dia kini lebih tenang dan memenuhi masa hariannya dengan jemputan berceramah.

Sham berkata, dia yang sebelum ini tidak begitu rapat dengan artis lain, kini lebih mudah didekati, malah semakin rapat dengan kebanyakan artis lain termasuk mereka yang sudah berubah seperti Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, atau Wardina.

“Saya hanya berkongsi pengalaman dan menceritakan apa yang saya pelajari dan tidak berasa kekok kerana saya bukan ustaz agama, mereka mereka tidak mengharapkan saya menjawab semua soalan diajukan,” katanya. -hm



VIDEO BERKAITAN
Pengalaman Sham Kamikaze Terima Hidayah
 
 

Undur diri: Apa maksud Presiden PAS

GOMBAK : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, adalah menjadi tanggungjawab kepada pemimpin senior PAS untuk memberi ruang kepada pelapis baru bertanding di dalam pilihan raya.

Ketika diminta memperjelaskan laporan media kononnya beliau tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Abdul Hadi berkata perkara itu adalah biasa kerana akhlak seorang muslim yang baik adalah tidak meminta jawatan.

"Memang dalam perjuangan ini kena bagi kepada pelapis-pelapis, kita dalam PAS memang begitu. Kita tak boleh berlumba nak jadi ketua, kita kena berlumba untuk berkhidmat.

"Tapi terpulang kepada ahli-ahli parti jemaah kita. Kalau tak ada orang, kita wajib ke hadapan, begitu kaedahnya," jelasnya ketika menjawab pertanyaan peserta Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang akan berundur dari bertanding pada PRU-13 nanti.

Laporan itu sekaligus mencetuskan polemik sehingga rakan Pakatan Rakyat lain termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan agar Abdul Hadi tidak bertindak demikian.

Terbaru, hari ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menyatakan rasa tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Hadi itu.

Katanya, Abdul Hadi, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.

Pemimpin dan media Umno pula terus mengambil kesempatan seolah-olah memberi gambaran kononnya Presiden PAS itu 'merajuk'.

"Kalau kita lihat di Tunisia, yang menonjolnya Rashid Ghannushi (Parti Nahdah), bila pilihan raya Ghannushi tak jadi calon," jelas presiden PAS itu membuat perbandingan.

Abdul Hadi telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selama tujuh penggal bermula tahun 1982 dan ahli parlimen selama empat penggal serta Ketua Pembangkang di parlimen.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004 selepas PAS menang pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999.

"Inilah adab dalam parti kita, sebab itu kita berbeza dengan Umno," jelas Abdul Hadi. -Hrkh


Kempen 'Sayang Najib'- BN Sudah Gelabah

Kempen 'Sayang Najib' dilancarkan oleh dua kumpulan, Murid-Murid Persatuan Dewa Kuan Seng Teoh Kong dan Kelab Belia Graduan 1 Malaysia, hari ini dengan matlamat untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada penduduk di bandar raya ini terutamanya kepada bukan Melayu.

Menurut mereka, Najib telah membawa usaha untuk cuba memenangi semula sokongan masyarakat Cina dan India, yang telah meninggalkan BN pada Pilihan Raya 2008 yang membawa kepada prestasi terburuk Bn dalam pilihan raya yang pernah diadakan.

Kempen Yang Sia-Sia

Kempen ini dianggap oleh Rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai satu lagi usaha memperbodohkan Rakyat oleh kerajaan UmnoBn.

Najib terpalit dengan satu siri skandal yang melibatkan ahli-ahli Kabinet, terutama kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat, yang telah mencalarkan usaha Najib.

Dan juga satu-satunya cara bagi Najib untuk memenangi hati bukan Melayu adalah menghentikan sikap perkauman, menghentikan rasuah yang berleluasa seperti NFC, kontrak pertahanan, menghentikan pemberian imbuhan untuk memenangi undi yang menggunakan wang rakyat, menjalankan pilihan raya yang adil, memberhentikan jurang kaum, berhenti memanipulasi jentera Kerajaan dan lain-lain yang amat menjijikkan kepada rakyat biasa.  Barulah bukan Melayu akan menghormati Najib dan akan mengundi untuk dia!  Tetapi itulah yang paling mustahil perkara yang akan dilakukan oleh Najib.

Tanggapan semua rakyat Malaysia adalah beliau tidak dapat mengawal isterinya sendiri dan dianggap sebagai pemimpin yang sangat lemah… sehinggakan beliau menunjukkan sikap flip flop dalam kes perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mana mahkamah mendapati anwar tidak bersalah, tetapi Peguam Negara membuat rayuan yang memalukan.  Oleh itu, apa yang boleh rakyat biasa harapkan daripada Najib???

Rakyat mahukan perdebatan dengan Anwar Ibrahim diadakan bagi menilai hujah-hujah dan pandangan yang selama ini Rakyat masih tercari-cari jawapan yang terbaik dari kedua-dua pemimpin.

Rakyat juga akan sentiasa ingat orang-orang yang tidak memohon maaf kerana cuba untuk menghunus keris dengan darah Cina, memanggil Cina pendatang, balik Cina (baca sini) dan dalam keadaan hina Najib membiarkan bintang porno Chua Soi Lek menjalankan propaganda-propaganda liar yang membangkitkan keresahan Rakyat.

Janganlah perbodohkan Rakyat lagi dengan propaganda-propaganda murahan yang dapat ditangkis sendiri oleh Rakyat di negara ini.

Harga Gula Dunia Turun, Tambahan Subsidi Gula Sebenarnya Untuk Apa?

Subsidi gula: Rakyat diperbodohkan, kata Pua

DAP membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.

"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob.

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Puah dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung. -mk

GB dapat merasakan seperti ada sesuatu yang lain di belakang pengumuman subsidi gula tersebut.

Nak membenarkan tokeh gula menaikkan harga seperti yang dijanjikan tidak boleh dilaksanakan kini kerana pilihanraya semakin hampir. Kerajaan tahu rakyat akan mendidih marah.

Sementelah pula, dana pilihanraya untuk UMNO BN perlu dicari.

Bodohkan rakyat dengan menyatakan harga gula dunia meningkat dan kononnya kerajaan terpaksa "tambah subsidi".
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .