Ikuti Blog ini

Pantun Manek Urai

Tuan Aziz Tuan Mat
Putih mata kecundang akhirnya
Keputusan SPR sudah muktamad
BN sedih pedih dan kecewa

Tuakeh Jambatan balik awal
Sudah tahu BN kalah
Penyokong BN sukar dikawal
Buat provokasi cari balah

Tok Stopa ubat hati
Dakwa BN menang moral
Dah kalah jangan tak reti
Jangan ditanya jangan disoal

Rohani Majid Datuk Ramzi
Suka hati Tuan Aziz KO
Duit diberi tabur janji
Pangkah PAS tolak Umno

Taukeh Jambatan naik helikopter
Dari Kota Bharu ke Kuala Krai
Pimpinan Umno bergaduh bergeser
Akhirnya kecundang di Manek Urai

Duit banyak bagi rasuah
Seribu seorang Umno tak pelik
Taukeh Jambatan malu kalah
Ditertawakan ayam dan juga itik

Rasuah sudah ugut pun sudah
Janji ditabur memancing undi
Lepas PRU 6 kali kalah
Sedar dan insaf perbaiki diri

Abe Uji jadi ADUN
Kerja kuat tak henti-henti
Rasuah dan janji sudah diadun
Rakyat tolak malunya diri

Zulkepli Omar geli hati
Melihat Tuan Aziz berputih mata
Azzizudin Hussein tidak simpati
Rohani Majid gembira dan tertawa

Tuan Aziz terkedu dan sedih
Tewas dengan undi tipis
Hati remuk dan juga pedih
Tenaga lemah pitih pun habis

Pembangunan projek mee segera
Melimpah ruah tanpa batasan
BN berpolitik cara lama
Sudah ‘expired’ dan ketinggalan zaman

Taukeh Jambatan rasa kempunan
Harapkan Tuan Aziz jadi ADUN
Ugut dan janji jadi mainan
Politik lama tidak bertamadun

Bila nak insaf dan juga sedar
Politik BN ketinggalan zaman
Hari-hari bercakap besar
Buat salah tak makan saman

Ramai polis dan juga tentera
Nasib baik tiada kapal selam
Rasuah dan janji jadi senjata
Tak kira halal tak kira haram

Dari awal sudah dijangka
BN kalah tak tahu angka
Malu dan segan mereka berdua
Najib dan Rosmah tak nampak muka

Pengundi Manek Urai cerdik bistari
Tidak termakan rasuah dan janji
Lain kali jumpa lagi
Harap BN insaf dan sedar diri.


Posted by SOFI WAHAB



TG Nik Aziz: Rasuah, punca PAS menang tipis di N.041



Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno BN memperbodoh rakyat Manek Urai dengan janji pembangunan serta rasuah




Ustaz Azizan gemparkan Kedah dengan minyak




Ekonomi negeri kedah melonjak apabila The Merapoh Oil Refinery,akan membuka kilang penapis minyak di Merapo Yan dengan kapasiti penapisan sebanyak 350 000 tong sehari.

Kijang akan dbina oleh Merapoh Resorses Corp dan juga pelabur antarabangsa ini akan memproses minyak yang diimport dari Timur Tengah. Ianya akan diproses di Kedah dan di eksport ke China.

Syarikat minyak National China bersetuju untuk import 200 000 sehari selama 20 tahun. Disamping kerajaan Kedah berharap dapat pelaburan sebanyak Rm 80 billion.

Buat MB Ustaz Azizan, saya ucapkan tahniah! Anda semua adalah pembela rakyat. Berita ini juga buat umno/bn semakin merapu dan demam selsema babi!

PRK MU: Video Pengakuan UMNO Bagi Wang

…………………………………………………………………………………………………………

Peristiwa ini berlaku lebih kurang 1 jam sebelum kejadian membaling batu dan botol oleh kedua-dua belah pihak yang mencederakan beberapa orang penyokong PAS dan UMNO..


Saya sempat juga memanggil Perisik Rakyat untuk merakam beberapa keping gambar sebagai bukti yang pada waktu itu beliau sedang merakam gambar di hadapan sek keb Perial yang jaraknya lebih kurang 200m dari tempat kejadian.


Di bawah ini adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam oleh Perisik Rakyat…

Gambar diatas ialah gambar yang diambil semasa beberapa petugas Pilihanraya N-41, MAFREL dan juga NGO yang terlibat dalam pemantauan PRK N-41 menyerbu sebuah rumah yang disyaki dijadikan lokasi mengagihkan sogokan wang oleh UMNgOk/Barisan Nasiyonal…


Aku yakin para pembaca yang menyokong UMNgOk/Barisan Nasiyonal bising kononnya tak de bukti… gambar macam ni bukan bukti…




Selepas habis 'umpan' pengundi Manek Urai tinggalkan Umno




http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/manekmenang.jpgKOTA BHARU - "Manek Urai terletak di kawasan yang diterajui Kesedar. Kenapa pula disyarat kepada pengundi bila menang baru nak buat jambatan.


"Paksa rakyat, bohong rakyat tak habis-habis tipu. Tengok apa yang berlaku terhadap jambatan Sultan Yahya kedua telah dilakukan upacara pecah tanah dua tahun lalu, namun sampai sekarang tak siap," kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga berkata, begitu juga janji mahu membina sistem pengairan bagi mengelakkan berlaku banjir kilat di bandar Pasir Mas, namun sekarang projek itu hanya separuh siap.

Katanya, janji itu dibuat semasa kempen pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir pada 2005.

"Sekiranya projek yang hanya memakan belanja kecil belum disiapkan sepenuhnya, inikan pula perbelanjaan untuk membuat jambatan baru RM7 juta di Manek Urai," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.



Beliau juga berkata, rakyat di Manek Urai perlu mengetahui peruntukan sebanyak itu tidak mampu untuk menyiapkan sebuah jambatan baru seperti dijanjikan pemimpin Umno.

Kata beliau disebabkan terpengaruh dengan segala janji-janji tersebut majoriti PAS pada pilihan raya kecil semalam menurun.

"Ia bukan bererti rakyat semakin menerima Umno sebaliknya perkara itu berlaku kerana penipuan, ugutan, rasuah dan berbagai lagi.

"Umno telah menjadikan 'najis rasuah' mengugut serta mempengaruhi pengundi demi untuk meraih kemenangan. Namun misi mereka masih gagal," ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, peningkatan undi Umno melalui cara itu dianggap haram di mana kedua-dua pihak iaitu pemberi dan penerima rasuah akan mendapat balasan api neraka di akhirat nanti.

Katanya, pemberian rasuah boleh menyekat percambahan pemikiran manusia untuk bertindak secara normal.

Oleh itu beliau yang Mursyidul Am PAS berkata, Umno tidak boleh mendabik dada dengan majoriti kecil yang dimenangi calon PAS.

Menurutnya juga Umno cuba menyuburkan budaya rasuah bukan sahaja dalam pilihan raya sebaliknya ketika perhimpunan agung parti itu seperti dilaporkan dalam media massa.

Beberapa hari menjelang pilihan raya di Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berjanji akan membina jambatan baru sekiranya BN menang pilihan raya kecil itu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, walaupun saluran dua dan tiga berubah di mana telah memihak kepada BN, namun ia dianggap bersifat sementara kerana ada umpan.

"Kalau pemimpin Umno sendiri rasuah, bagaimana mereka boleh berjanji kepada rakyat untuk menghapuskan rasuah di negara ini," ujarnya.

Analisis Manek Urai : PAS Hanya Merosot 399 undi Sahaja!




PETUGAS pilihanraya dari parti PAS yang mahu dikenali sebagai Pok Ya 61, menurunkan bendera di jambatan yang menghubungkan antara Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru selepas Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai.

Ketika artikel ini ditulis, keputusan rasmi pilihanraya kecil N41 Dun Manek Urai baru sahaja diumumkan PAS berjaya mempertahankan Manek Urai dengan majoriti tipis 64 undi. PAS dikatakan mendapat undi sebanyak 5347 manakala BN pula 5283. Dengan perbezaan undi yang begitu kecil, BN dijangka akan membuat tuntutan agar kiraan semula dilakukan.

Apapun, jika PAS berjaya memenangi Manek Urai sekalipun, dengan majoriti yang lebih kecil itu akan menjadi modal bagi UMNO dan BN menjaja ke seluruh dunia bahawa mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat. Orang Melayu kembali bersama-sama dengan BN, itu kata mereka barangkali.

Namun, perlu diingat bahawa di dalam pilihanraya yang lepas, PAS berjaya memperolehi 5746 undi melalui almarhum Poksu Wei. Ini bermakna pada pilihanraya kecil ini PAS hanya merosot undinya hanya sekitar 399 undi sahaja. Benar, undi BN meningkat dengan mendadak, tetapi pengundi yang memilih PAS masih tegar tidak berganjak. Undi BN boleh saja meningkat dengan peningkatan jumlah keluar mengundi yang melepasi sasaran SPR, apa saja boleh berlaku dengan sejarah BN yang penuh dengan tipu muslihat.

Jika BN cerdik, penurunan undi sebanyak 399 undi di pihak PAS itu bukanlah satu kejayaan besar bagi BN. Bagaimanapun, di tengah-tengah kemelut dan mood rakyat yang memberikan kekalahan berturut-turut kepada BN, kejayaan ini bagi BN mungkin merupakan sedikit suntikan semangat. Tetapi secara jujur, BN boleh berfikir dengan waras, padankah dengan segala janji manis dari seluruh jeneral-jeneral BN berkampung di Manek Urai, hanya 399 undi sahaja berjaya ditarik dari PAS?

Untuk PAS, sekalipun menang dengan jumlah undi yang masih selesa, ia bukanlah tiket untuk menarik nafas lega. Kenapa pengundi muda rata-ratanya menolak PAS? Apakah kehendak mereka yang tidak dilayan dengan sempurna oleh kepimpinan? Kita melihat undi golongan penyokong tegar tidak berubah, menandakan isu ’kerajaan perpaduan’ yang dimainkan oleh UMNO/BN tidak berkesan. Lantas, PAS perlu membuat muhasabah dan pemeriksaan dalaman yang benar-benar telus ke arah memastikan Kelantan terus kekal di bawah penguasaan PAS di masa-masa akan datang.

Apapun, tahniah Abe Uji. Tahniah para petugas PAS. Allahuakbar!



Manek Urai: UMNO Menang, PAS Pertahankan Kerusi


Result_0026

Sebahagian daripada penyokong PAS yang mula berkumpul sejak 5.30 petang di pusat penjumlahan undi.

UMNO BN menang 1287 undi dari majoriti PAS 2008 dan PAS pertahankan DUN Manek Urai dengan 65 undi. Begitulah senario malam tadi. Para penyokong PAS tiba di pusat penjumlahan undi seawal 5.30 petang dan masing-masing penuh yakin untuk menang dengan majoriti 2,000 undi. Bagaimanapun, apabila hari semakin senja, semangat penyokong PAS semakin malap dihujani oleh kekeliruan yang mula tersebar. Walaupun tiada siapa mahu percaya PAS boleh tewas di Manek Urai, tetapi hakikat bahawa UMNO mendapat lebih undi di 5 daripada 9 daerah mengundi merupakan satu mimpi ngeri menjadi nyata.


Akhirnya setelah lebih dua jam di dalam kekeliruan, lebih 5,000 orang penyokong PAS yang berkumpul di hadapan Pusat Penjumlahan Undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai akhirnya menerima keputusan kemenangan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dengan rasa kecundang.


Manek Urai dimenangi oleh PAS, dan laungan selawat keatas Rasullullah semakin kuat kedengaran cuma nadanya bukan nada kejayaan.


Beberapa hari yang akan datang, banyak perbualan dikedai-kedai kopi akan berkisar kepada bagaimana PAS boleh kehilangan sebegitu banyak undi? Jawapan yang sudah pasti ialah janji demi janji dan wang ringgit Kerajaan Persekutuan yang ditaburkan kepada mereka yang sudi menerimanya. Persoalannya, bukankah janji dan wang ringgit adalah modus operandi tetap UMNO BN dalam setiap pilihanraya, kecil atau umum. Persoalannya juga bukankah PAS telah berdepan dengan masalah ini sekelian lamanya.


Saya secara peribadi menerima keputusan ini dengan gembira kerana saya merasakan sebelum ini PAS boleh tewas di Manek Urai tetapi disebalik apa yang diperkatakan, dilakukan dan diusahakan oleh sesetengah pemimpin UMNO, saya masih rasakan UMNO tidak bersatu untuk menang di Manek Urai.


65 harus menjadi angka yang amat berharga bagi PAS Kelantan di dalam berhadapan dengan minggu, bulan dan tahun yang akan datang sebelum berlaku lagi pilihanraya kecil di Kelantan atau pilihanraya umum ke 13.

Result_0032

Peti-peti undi terawal tiba di Pusat Penjumlahan Undi dari daerah Mengundi Manek Urai Baru di mana tidak menyebelahi PAS

Result_0047

Para penyokong masih penuh yakin akan menang besar

Result_0077

Lagi peti-peti undi dari Daerah Mengundi di mana BN menewaskan PAS – Manek Urai Lama

Result_0092

Peti-peti Undi dari Chucoh Puteri yang akhirnya memeterai kemenangan bagi PAS

Result_0116

Peti-peti undi terakhir

Result_0127

Keliru dan tidak percaya, suasana di luar Pusat Penjumlahan Undi menjelang jam 8 malam

Result_0159

Para penyokong PAS cuba memujuk pemandu sebuah kenderaan SPR Johor yang tidak diiringi Polis dan agen pilihanraya supaya tidak membawa kereta itu yang membawa dua beg besar dan sebiji buah durian dari masuk ke pusat penjumlahan undi ketika saat-saat genting mengatakan keputusan semasa menunjukkan PAS nyawa-nyawa ikan. Kejadian ini berlaku satu jam selepas peti undi terakhir diiringi masuk dan laluan ke pusat penjumlahan telah tidak lagi di kawal polis.

Result_0163

Keputusan tidak rasmi mula tersebar bahawa PAS menang dengan majoriti amat tipis.

Result_0164

Rasmi, PAS menang majoriti 65 undi




Detik-detik manis kemenangan.....




MOHD. Fauzi Abdullah (dua dari kiri) bersama pemimpin-pemimpin PAS selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai malam tadi.







ALLAHUAKBAR.........ALHAMDULLILAH..............

Rasuah dan Sogokan Punca Undi BN Meningkat.







http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/HariMengundiManekUraiPagi%20031.jpgKUALA TERENGGANU – PAS dengan tegas menyatakan, kehilangan undi sebanyak 1,287 berbanding yang diperolehi Pak Su Wei pada Mac tahun lalu, adalah disebabkan oleh rasuah dan sogokan wang serta janji-janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Ahli Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata demikian dalam sidang media sejurus pengumuman kemenangan PAS di buat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Walaupun menang dengan majoriti tipis 65 undi, beliau tetap berbangga dengan keteguhan pendirian dan keberanian warga Manek Urai menolak tawaran ‘anak emas kerajaan persekutuan’.

“Saya bangga dengan pengundi Manek Urai yang telah menunjukkan kekuatan menolak tawaran-tawaran (yang dijanjikan) BN,”katanya di pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra , Kuala Krai.(Gambar - Abe Uji melawat pusat mengundi)


Katanya, jentera BN telah mengagih-agihkan wang rasuah untuk membeli undi pada malam sebelum hari mengundi.

Dalam perkembangan berkaitan, kelmarin, Husam telah menggesa Timbalan Perdana Menteri menjelaskan apakah kandungan beg-beg yang dibawa oleh beliau dengan helikopter pada pagi itu dan juga hari penamaan calon 6 Julai lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/manekmenang.jpgSewaktu sidang media di Markaz Induk, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendedahkan pihaknya ada menerima laporan tentang ada operasi berjalan ditengah malam dari rumah ke rumah.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof berkata tidak perlu pengiraan semula dilakukan walaupun majority yang diperolehi PAS adalah kecil.

Katanya pengiraan semula hanya boleh dilakukakan sekiranya perbezaan undi kurang empat peratus dari jumlah keluar mengundi, bukannya dari jumlah keseluruhan pengundi.

Namun beliau berkata BN boleh mencabar keputusan itu dimahkamah sekiranya mahu berbuat demikian.(Gambar - Abe Uji di julang setelah diisytiharkan sebagai pemenang)

PRK manek Urai diadakan kerana penyandangnya Haji Ismail Yaacob (Pak Su Wei) meninggal dunia kerana sakit pada 22 Mei lalu.

Pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008, PAS yang di wakili Pak Su We mendapat 5,746 undi menewaskan calon BN yang mendapat 4,394 undi.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .