Ikuti Blog ini

Rasuah dan Sogokan Punca Undi BN Meningkat.







http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/HariMengundiManekUraiPagi%20031.jpgKUALA TERENGGANU – PAS dengan tegas menyatakan, kehilangan undi sebanyak 1,287 berbanding yang diperolehi Pak Su Wei pada Mac tahun lalu, adalah disebabkan oleh rasuah dan sogokan wang serta janji-janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Ahli Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata demikian dalam sidang media sejurus pengumuman kemenangan PAS di buat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Walaupun menang dengan majoriti tipis 65 undi, beliau tetap berbangga dengan keteguhan pendirian dan keberanian warga Manek Urai menolak tawaran ‘anak emas kerajaan persekutuan’.

“Saya bangga dengan pengundi Manek Urai yang telah menunjukkan kekuatan menolak tawaran-tawaran (yang dijanjikan) BN,”katanya di pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra , Kuala Krai.(Gambar - Abe Uji melawat pusat mengundi)


Katanya, jentera BN telah mengagih-agihkan wang rasuah untuk membeli undi pada malam sebelum hari mengundi.

Dalam perkembangan berkaitan, kelmarin, Husam telah menggesa Timbalan Perdana Menteri menjelaskan apakah kandungan beg-beg yang dibawa oleh beliau dengan helikopter pada pagi itu dan juga hari penamaan calon 6 Julai lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/manekmenang.jpgSewaktu sidang media di Markaz Induk, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendedahkan pihaknya ada menerima laporan tentang ada operasi berjalan ditengah malam dari rumah ke rumah.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof berkata tidak perlu pengiraan semula dilakukan walaupun majority yang diperolehi PAS adalah kecil.

Katanya pengiraan semula hanya boleh dilakukakan sekiranya perbezaan undi kurang empat peratus dari jumlah keluar mengundi, bukannya dari jumlah keseluruhan pengundi.

Namun beliau berkata BN boleh mencabar keputusan itu dimahkamah sekiranya mahu berbuat demikian.(Gambar - Abe Uji di julang setelah diisytiharkan sebagai pemenang)

PRK manek Urai diadakan kerana penyandangnya Haji Ismail Yaacob (Pak Su Wei) meninggal dunia kerana sakit pada 22 Mei lalu.

Pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008, PAS yang di wakili Pak Su We mendapat 5,746 undi menewaskan calon BN yang mendapat 4,394 undi.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .