Ikuti Blog ini

Saya sudah bertaubat - Part 2 - video inside




IBLIS TIDAK SUKA MELIHAT FOTO INI

Mengapa foto ini tidak disiarkan? Ini adalah kerana Iblis tidak suka melihat foto ini.

BETAPA jahat dan busuk serta Munafiknya mereka yang sengaja membawa kisah buruk calon Dato' Zaid. Dato' Zaid dengan jujur, berani dan insaf mengaku bahawa dahulunya ketika berada di dalam Umno bukan manusia yang bersih seperti Malaikat. Bahkan, tiada manusia yang boleh menjadi Malaikat suci dan bersih dari dosa. Cuma, manusia itu lebih mulia di sisi Allah apabila bertaubat dari melakukan dosa-dosa terdahulu.

Apabila seseorang manusia itu mengakui kesilapannya dan ingin menuju ke jalan yang benar, menjadi kewajipan kita membantu serta membimbingnya bukan mengutuk dan mancaci apatah lagi membuat fitnah yang berlebihan. Apakah kita ingin mengambil alih kerja Syaitan dan Iblis yang tidak suka manusia itu bertaubat?

Biar beribu foto yang disiarkan, biar beribu kisah aib yang dihebahkan dari mulut-mulut Syaitan dan Iblis ini yang dibantu oleh media berlidah Syaitan dan Iblis laknatullah, kita wajib membantu seorang insan ini yang mahu kembali ke pangkal jalan. Saya terharu dengan sokongan PAS kepada Dato' Zaid dan ini menggambarkan bahawa PAS akan sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang sanggup berubah ke arah jalan agama. InsyaAllah, semakin kuat Syaitan dan Iblis ini menjaja keburukan Dato' Zaid, pasti Allah akan bersamanya.

Seandainya Dato' Zaid tewas sekalipun, beliau tetap menang di sisi Allah kerana orang yang menang itu sebenarnya adalah mereka yang sanggup meninggalkan dosa-dosa terdahulu. Bagaimana pula dengan puak mereka? Apakah mereka telah berubah?
wfauzdin.blogspot.com

75,000 Generasi Kedua Bakal Mendapat 10 Ekar Tanah

http://buletinonline.net/images/stories/berita24/M2U00946_WMV%20V9_0001.jpgHULU SELANGOR – Nasib Generasi Kedua Felda akan dibela sekiranya Pakatan rakyat diberikan mandat, menang dalam pilihanraya ke 13 dan mentadbir Putrajaya.

Seramai 79,000 orang generasi kedua Felda akan diberikan hak tanah 10 ekar setiap seorang dengan rancangan pengambilan semula tanah-tanah milik Felda oleh kerajaan negeri.

”Saya nak sebut malam ini, antara perjuangan Anak ialah, menuntut kalau Pakatan Rakyat menang, kita minta supaya Felda Plantation yang menjadi anak syarikat Felda dimansuhkan supaya diberi anak-anak peneroka,”kata Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman

Beliau berkata demikian kerana penubuhan Felda Plantation, yang menjalankan perniagaan, adalah bercanggah dengan dasar yang disebut oleh Bekas Perdana Menteri Tun Abul Razak Hussein pada 27 April, 1960.

Katanya, Tun Razak menegaskan Felda adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mengeluarkan orang-orang Melayu dari kancah kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Oleh itu katanya, menurut dasar yang dibentangkan oleh Tun Razak Felda hanya bertindak sebagai agen pengurusan semata, dan ia bukan satu badan perniagaan.

”Saya dah sebut dengan kawan-kawan yang memerintah negeri Selangor, termasuk baru-baru ini saya sudah berbincang dengan Ustaz Azizan Razak Menteri Besar Kedah,

”kalau ini sudah jelas terma-termanya, kenapa tidak kerajaan negeri mengambil semula ladang-ladang Felda ini yang berjumlah 367,000 hektar,”jelasnya ketika berucap di Medan Niaga Sungai Tengi, disini, semalam.

Kemudian, katanya, tanah-tanah tersebut akan diberikan kepada anak-anak peneroka, yang akan mendapat keluasan 10 ekar setiap seorang.-BO

Halili Keluar PKR Dan Tuhan Maha Kaya.

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:

"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.

"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.

Sebab masuk Umno

Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."

Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.

Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.

Tak syak lagi inilah orang yang dimaksudkan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semalam iaitu seorang pemimpin kanan PKR akan menjadi katak yang melompat keluar parti hari ini.

Sungguh hebat UMNO BN memainkan peranan menggunakan brokernya, Bekas Setiausaha Agong PKR, Sallehuddin Hashim.

Kumpulan manusia species katak ini sanggup menggadaikan maruah, sanggup menjatuhkan parti yang disertainya dan yang nyata mereka tidak mempunyai prinsip perjuangan, lantaran itu tidak pernah gusar dan bimbang untuk menelan apa juga umpan yang diberikan kepadanya.

Dan bersyukur kepada Allah, kerana Halili tidak dicalonkan di Hulu Selangor. Kalau dicalonkan kemudian tiba-tiba isytihar keluar parti lagi parah PKR/PR dibuatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia Maha Tahu Halili tak boleh dipercaya. -GB

Pembiak Katak Tahu Akan Ada Katak Bakal Melompat Hari Ini


Pijak katak adikkkk

Semakin jelas bahawa ahli-ahli parlimen dan ADUN dari Pakatan Rakyat yang keluar parti telah dibeli dn diatur sedemikian rupa oleh UMNO.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi bahawa seorang lagi pemimpin tertinggi PKR akan meninggalkan parti hari ini membuktikan bahawa UMNO telah tahu terlebih awal mengenainya dan ia tidak lain telah diaturkan sendiri oleh UMNO BN.

Muhyiddin dilaporkan oleh The Malaysian Insider berkata demikian semasa ceramah di Kampung Sungai Masin di satu majlis di situ.

“Hari ini, Ketua Pemuda AMK Shah Alam keluar parti... .

“Esok, saya dengar, seorang pemimpin kanan akan tinggalkan parti itu,” katanya.

Muhyiddin walau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut namun menambah ia akan menyebabkan satu "letupan besar" di dalam parti berkenaan.

Ramai pemerhati politik berpendapat bahawa ia telah merupakan satu taktik UMNI BN untuk melakukan "pembelian" wakil rakyat dari PR seperti yang dilakukan oleh Najib (waktu itu TPM) kepada Perdana Menteri waktu itu (Abdullah Ahmad Badawi) yang melaporkan akan wujud mereka yang melompat parti di Perak.

Mereka ialah ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang yang menyebabkan akhirnya Perak jatuh ke tangan BN.

Modus operandi yang sama dilakukan sepanjang masa selepas PRU 2008 yang sehingga kini beberapa wakil rakyat PKR telah berjaya diumpan dan mengisytiharkan diri mereka keluar parti.

Bagi Pakatan Rakyat, sekalipun hal tersebut kemungkinan boleh menjejaskan reputasi parti, namun dari sudut sokongan rakyat, fenomena lompat parti berkenaan tidak sedikit pun menjejaskan sokongan rakyat terhadap PR kerana tidak ada seorang pun wakil rakyat yang melompat itu berani menyahut cabaran untuk mengosongkan kerusi dan bertanding semula bagi menguji tindakan mereka samada diterima oleh rakyat atau pun tidak.

Malah kesemua yang melompat telah menerima kutukan dan cemuhan rakyat terutama dari para pengundi di kawasan mereka.

Bgai yang melompat pula mereka telah bersedia menanggung risiko itu kerana habuan yang mereka perolehi menyebabkan mereka sudah tidak hiirau samada akan bertanding lagi atau pun tidak di dalam PRU yang akan datang.

Menjelaskan bahawa katak-katak ini adalah para pejuang perut dan kocek masing-masing, yang tidak tahan diuji serta mempunyai kepentingan-kepentingan peribadi dan golongan sebegini memang wajar dan layak dibersihkan daripada PR. -GB

Kekuatan PAS Meningkat 5 Kali Ganda

http://buletinonline.net/images/stories/berita24/PenamaanCalonPRKHuluSelangor%20083.jpgHULU SELANGOR – Jentera pembantu dari PAS Terengganu akan memberikan penumpuan secara bersungguh-sungguh bagi merubah para pengundi di Felda Sungai Tengi disini.

Walaupun sudah diketahui, Felda merupakan merupakan ‘tali hayat’ kepada Umno dan Barisan Nasional, namun perubahan-perubahan politik yang sedang melanda, sentiasa memberikan peluang untuk suatu kemungkinan.

Ketua Kontinjen Jentera PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Gerakkerja Jentera PAS Terengganu dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P094 Hulu Selangor.

Katanya, Kekuatan PAS di Felda Sungai Tengi telah meningkat lima kali ganda sejak negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Walaupun pengundi di kawasan Felda menjadi sebagai tali hayat Umno dan Barisan Nasional, tetapi saya yakin perubahan-perubahan politik yang berlaku apa saja kemungkin boleh ber
laku,

"saya difahamkan pada 2008 kita hanya ada 50 orang ahli, sejak negeri Selangor di perintah Pakatan Rakyat, ia meningkat kepada 300 orang,"katanya. -BO


Pengalaman Zaid akan menangkan Pakatan Rakyat

HULU SELANGOR : Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) berpendapat pengalaman luas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim sudah cukup memberikan peluang kemenangan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.

Beliau ketika diminta mengulas kelebihan yang ada pada calon taruhan PR berkata, Zaid seorang yang tahu selok belok pentadbiran negara dan juga permasalahan yang sering membelenggu rakyat.

"Saya melihat petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat bawahan.

"Pengalaman beliau (Zaid) menjadi menteri, mengurus sebuah syarikat guaman terbesar di Malaysia, akan membantu memenangkan beliau, membantu Pakatan Rakyat di Parlimen dan memperkukuh Pakatan Rakyat mendepani politik mendatang," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi PKR itu.

Mengulas pertandingan empat penjuru pula, Nasharuddin berkata, Zaid dilihat paling menonjol kebolehannya manakala penyertaan dua calon bebas tidak sedikitpun menggugat kedudukan Zaid sebagai calon terbaik pilihan rakyat Hulu Selangor.

"Saya tidak melihat ada sebarang kekuatan pada calon bebas kerana rakyat tahu mereka ini tidak punya sebarang dokongan dan asas untuk membantu rakyat dan membela nasib mereka," katanya lagi.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datuk Zaid Ibrahim, P.Kamalanathan (BN), dan dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah. - Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .