video tangkapan....TANGKAAAAAPPPP, TANGKAAAAAPPP
Ikuti Blog ini
CUKUP 50 tahun!! video keganasan polis ,Isnin, Ogos 02, 2010 at 2.8.10,
video tangkapan....TANGKAAAAAPPPP, TANGKAAAAAPPP
Hati-Hati lah Kamu Wahai Saiful.... , at 2.8.10,
Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat bersama gadis berusia 22 tahun di Melaka dan beliau mengaku berzina depan hakim syariah dan dihukum enam bulan penjara.
Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahwa beliau tidak terlibat dalam konspirasi); tidak terpilih menjadi ketua UMNO bahagian Gopeng hingga menyebabkan Dr. Mahathir campurtangan untuk membolehkan Aziz menjadi ketua. .
Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.
Rahim Noor ----------> Bekas ketua polis pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.
Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut.
Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!
Daim Zainuddin ----- -> Kini hilang dari arus politik perdana, anak didik korporatnya seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli kini menghadapi masalah kewangan dan bisnes
Dr Ristina Majid------> seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.
Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.
Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan 'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.
p/s : artikel ini diambil dari blog ikut suka aku
Kredibilit Saiful Hanyir, Kes Liwat 2 Wajar Digugurkan. , at 2.8.10,
Perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan berikutan permohonan ketua pembangkang itu untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya dengan alasan seorang timbalan pendakwa raya dalam pasukan pendakwaan dikatakan mempunyai hubungan dengan saksi utama kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 Ogos depan untuk mendengar permohonan itu.
Peguam utama Anwar -- Karpal Singh -- yang sebelum ini cuti sakit selama 15 hari sehingga menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan sementara, hadir hari ini.
Katanya, timbalan pendakwa raya itu, Farah Azlina Latif dan pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan "seharusnya mengemukakan afidavit berasingan" bagi menjawab dakwaan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. yang mereka mempunyai 'hubungan romantis”.
"Pihak pendakwaan tidak mengesahkan hubungan itu mahupun menafikannya. Berdasarkan ini, kami yakin wujudnya hubungan dan terpulang kepada mereka untuk menafikan dakwaan itu,” katanya di luar mahkamah.
Menurut Karpal, seluruh imej pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, kini tercemar kerana dakwaan itu.
Karpal berkata Farah Azlina telah melanggar Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi manakala Mohd Saiful pula telah melanggar Seksyen 8(2) akta yang sama.
Walaupun mengikut jadual, Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur sepatutnya memberi keterangan dan disoal balas, namun 'hubungan romantis' berkenaan mencuri tumpuan.
Peguam Anwar mendesak hakim supaya membuang kes ini berdasarkan dakwaan hubungan berkenaan.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail Isnin lalu memutuskan Farah Azlina digugurkan dari pasukan pendakwaan agar 'hubungan romantisnya' tidak akan menjejaskan kes itu.
Faraf Azlina juga telah dipindahkan dari bahagian pendakwaan, pejabat peguam negara.
Perbicaraan hari ini dimulakan dengan Karpal memfail permohonan supaya pendakwaan terhadap ketua pembangkang itu digugurkan.
Bagaimanapun, ketua pendakwa raya membantah permohonan berkenaan tetapi bersetuju supaya kes itu ditangguh seketika.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju untuk mendengar permohonan Karpal tetapi disebabkan peguam belum bersedia, perbicaraan ditangguh seketika.
Selepas perbicaraan ditangguhkan, Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur ini.
Kedua-dua mereka didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.
Kehadiran Anwar di mahkamah pada jam 9 pagi ini diiringi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR termasuk, Saifuddin Nasution dan Dr Xavier Jeyakumar.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat. -mk
Anwar buat aduan polis terhadap Saiful, Farah langgar OSA
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan tuduhan liwat, pagi ini membuat laporan polis terhadap saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif, yang didakwa menjalani hubungan romantis, di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Dalam laporan yang dibuat di balai polis Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pukul 11 pagi tadi, Anwar mendakwa Saiful dan Farah Azlina telah melanggari Seksyen 8(1) dan Seksyen 8(2) akta itu. -TMI
Sungai Raksasa Ke-6 Terbesar Dunia Ditemui Di Dasar Laut Hitam , at 2.8.10,
Sainstis dari Leeds University mengarahkan kapal selam robot untuk meneliti dan menandai dasar laut berdekatan Turki di mana sungai itu ditemui. Ianya seperti sungai biasa, namun ia juga menpunyai saliran, anak sungai, dataran banjir, aliran deras air serta air terjun.
Sungai yang ditemui di dasar Laut Hitam, memiliki kedalaman 115 kaki dan lebarnya lebih dari setengah kilometer. Jika ia berada di daratan, para saintis akan memperakui ia adalah sungai ke-6 terbesar di dunia dengan mengambil kira jumlah air yang mengalir. Aliran airnya 350 kali lebih besar dari Sungai Thames di Britain. Seterusnya....
MUQAYYAM JABATAN AMAL NEGERI SELANGOR , at 2.8.10,
SEPANG : Jabatan Amal Negeri Selangor telah berjaya menganjurkan Muqayyam selama dua hari bermula dari malam 30 Jul hingga 1 Ogos 2010 bertempat di perkampungan Orang Asli di Bagan Lalang. Seramai 63 peserta termasuk beberapa pelajar turut terlibat dalam perkhemahan kali ini. Laluan ke tempat perkhemahan ini hanya boleh diakses melalui kenderaan pacuan empat roda sahaja jika melalui jalan darat atau melalui bot jika melalui perairan. Perasmian Muqayam ini telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah.
Aktiviti bermula dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Bin Sabu dan diikuti dengan latihan asas kawad. Pelbagai aktiviti riadah turut diadakan seperti flying fox, larian meredah hutan, menyusuri pantai dan latihan kecemasan ketika berada di perairan. Peserta-peserta telah diberi pendedahan tentang apakah bentuk tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi kecemasan di laut atau perairian samada dalam situasi bersendirian atau berkumpulan.
Sesuai dengan slogan dan asas Jabatan Amal, program ini juga turut melibatkan program memberi bantuan barangan keperluan kepada masyarakat Orang-orang Asal. Jawatankuasa Dewan Muslimat Kawasan Sepang turut berganding bahu dalam program ini dimana seramai 20 keluarga masyarakat Kaum Asal telah menerima manfaat dari program ini. Upacara penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Turut hadir, Dr. Sufian, Sdr Johari, Pengarah Jabatan Amal Pusat dan Sdr Mohd Zad, Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Pusat,
Lagi gambar2 Muqayyam dalam facebook Jabatan Amal Selangor di sini
Polis perlu jaga keselamatan negara, bukan Umno , at 2.8.10,
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: PAS berharap polis menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno dan bertindaklah secara profesional dengan memberikan keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan Umno BN.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menegaskan pihaknya membantah sikap primitif dan tidak bertamadun polis yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini.
Beliau merujuk kepada tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit, Batu Pahat pada 31 Julai di mana polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.
Sekurang-kurang-kurangnya sembilan orang ditangkap yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita di mana polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.
Pada Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak, seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis pada 1 Ogos manakala pada sebelah malamnya, pada himpunan menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 29 orang ditangkap, 21 lelaki dan 8 perempuan.
Wartawan Harakah dan Harakahdaily di Kota Bharu juga turut ditahan semasa bertugas membuat liputan himpunan membantah ISA di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke-IV malam tadi.
“PAS sungguh kecewa terhadap tindakan yang dilakukan oleh polis, ketika kadar jenayah meningkat, buang anak menjadi-jadi. Manakala pihak polis sanggup memerah otak untuk menyekat rakyat mendapat maklumat yang sebenar,” ujar Idris dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, adalah tidak adil ketika media elektronik kerajaan BN memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menjelaskan cerita yang sebenar.
PAS, ujarnya yakin tindakan itu sebagai satu usaha Umno kerana parti perkauman Melayu itu sudah berada penghujung hayat, lantaran apa yang dikhabarkan oleh Umno, rakyat tidak percaya.
Menurutnya lagi, maka satu jalan sahaja yang ada kepada mereka ialah menggunakan kuasa dengan mengarahkan pihak polis mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat.
“PAS yakin tindakan yang dibuat oleh polis bukan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan Umno BN, dan yang paling kita bimbang moral dan imej polis akan tercalar di mata rakyat.
“Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat Pusat, kesemua mereka yang bertindak secara tidak profesional akan dihadapkan ke pengadilan,” tegasnya.-Hrkh
"Mengapa penyokong pro-ISA tidak ditahan polis?" , at 2.8.10,
Ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia, Choo Chon Kai, yang bercakap di luar balai polis Jelutong pada jam 12.30 pagi selepas dibebaskan berkata kumpulan yang mendakwa sebagai 'penyokong pro-ISA' itu bukan sahaja 'biadap dan kasar' tetapi cuba mengapi-apikan orang ramai agar terjerumus dengan keganasan.
Malangnya, Choo berkata polis bukan sahaja gagal bertindak terhadap kumpulan berkenaan tetapi menangkap beliau dan rakan-rakannya yang berhimpun secara aman.
“Malangnya, polis juga bertindak dengan cara yang sama ketika cuba memaksa rakyat yang berhimpun secara aman bersurai,” tambahnya.
Choo juga mempersoalkan mengapa Malaysia masih mengekalkan undang-undang yang diwarisi oleh penajajah Inggeris, meskipun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 53 tahun.
Pada kejadian malam semalam, jumlaah mereka yang berhimpun dianggarkan sekitar 100 orang berbanding 180 anggota polis yang dikerahkan ke lokasi. Mereka cuma diberikan masa lima minit untuk bersurai atau menghadapi kemungkinan ditangkap. -M'kini
Upacara anti-ISA dihalang polis, 29 ditangkap , at 2.8.10,
Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di beberapa tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.
Menurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan.
Di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku.
Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!” manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut
Di Ipoh, anggota polis bertindak menutup Dataran Majlis Bandaraya Ipoh dan melarang orang ramai memasuki kawasan tersebut. Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.
Di Pulau Pinang pula, anggota polis sebelum ini telah menampak notis - yang ditandatangani oleh OCPD George Town, Penolong Pesuruhjaya Gan Kong Meng - di sekitar Sudut Pidato di Georgetown, melarang sebarang perhimpunan haram diadakan di kawasan itu.
Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.
Sekurang-kurangnya lima orang telahpun ditangkap temasuk pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin.
Selain Ibrahim dan Badrul Hisham, turut ditahan dan dibawa ke balai polis daerah Petaling Jaya ialah Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Ng Yap Hwa dan Wei Lee.
Siti Kasim dari Majlis Peguam berkata ini adalah kali pertama beliau melihat polis bertindak ganas, sehingga bertindak menangkap orang ramai walaupun mereka masuk ke sebuah pusat membelibelah.
Pada sekitar jam 9:15 malam, polis menghentikan tindakan menyurai dan menangkap.
Dalam sidang akhbar sejurus selepas itu, ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam mengadakan perhimpunan malam ini.
"Tidak ada permit polis yang dipohon," katanya.
Beliau juga berkata pihak penganjur mendakwa telah mendapat permit daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
"Tetapi MBPJ bukan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit tersebut," katanya sambil menambah MBPJ seharusnya tahu perkara itu.
Beliau juga mempertahankan tindakan polis kerana peserta perhimpunan itu enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai.
"Kita telah meminta mereka bersurai, tetapi mereka enggan dan masuk ke dalam Amcorp Mall," katanya.
Arjunaidi berkata apabila keluar, mereka mengkritik dan mencabar polis yang kemudiannya menangkap mereka.
Menuutnya, seramai 25 orang dewsa - enam wanita dan 19 lelaki - ditahan kerana menyertai perhimpunan haram.
Katanya, walaupun terdapat kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, tetapi tidak ada yang ditahan.
Di Pulau Pinang, empat orang ditangkap termasuk Choo Choon Kai dan Kris Khaira dari PSM.
Seorang lagi - Darshan Singh - ditangkap kemudiannya. Manakala yang keempat ditangkap ialah Ong Jing Cheng dari Suaram. -M'kini.
Disebalik 'Krisis Air Selangor'; Ada Udang 'Besar' DiSebalik Batu! , at 2.8.10,
KEMAMAN - Tindakan demi tindakan yang diambil oleh kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang negeri Selangor yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Disebalik kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang kononnya memberi amaran, Lembah Kelang akan menghadapi krisis air, sebenarnya didedahkan oleh Cik Elizabeth Wong yang disifatkannya sebagai 'ada udang disebalik batu'
"Kita juga diserang tentang isu air. Kononnya, di negeri Selangor kita tak ada air. Sungai tidak mengalir. Empangan dah kosong. Dah kering. Paip pecah dan sebagainya,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penerangan Isu Semasa, dekat sini, semalam, Sabtu 31 Julai.
Menurut Elizabeth, kenyataan menakut-nakutkan dan mengugut rakyat oleh kerajaan pusat itu adalah bertujuan untuk memaksa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tunduk dan melangsungkan projek bekalan air dari Pahang ke Selangor.
Sedang apa yang berlaku sebenarnya, ada 'kroni' Umno/BN yang mahu mengaut untung jutaan ringgit wang rakyat dari perlaksanaan projek tersebut.
"Mereka sedang, kerajaan persekutuan sedang memaksa kita (kerajaan Selangor) untuk menghabiskan, menjalankan projek pengaliran air dari Pahang ke Selangor. Saya ingin ceritakan serba sedikit tentang projek ini, Projek Pahang-Selangor, ibarat air dibawa dari Pahang ke Selangor.
"bila ianya, projek ini dibentangkan, harganya atau kosnya RM3 bilion. Masa itu, (tahun) 2001. projek ini, pada awalnya ada dua empangan di Pahang. Lepas mereka siasat, buat kajian dan sebagainya, mereka potong, mereka keluarkan satu empangan. Tetapi kosnya telah naik sampai RM 9 bilion.
"Satu empangan, RM9 bilion. dua empangan, RM3 bilion. Ini adalah matematik Umno/BN,"kata Wong menerangkan kedudukan sebenarnya 'isu air Selangor.
Sedang menurut Wong lagi, projek tersebut sebenarnya belum mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan Kajian Impaknya terhadap alam sekitar dipersoalkan.
Oleh yang demikian, katanya, kerajaan negeri Selangor telah bertindak untuk menangguhkan dahulu projek tersebut
"Sebab itu, mereka paksa kita, paksa kerajaan negeri Selangor, cepat-cepat habiskan projek dan sebagainya. Tapi kita kata nanti, ada masalah besar. Apabila mereka pecah tanah, yang EIA (Kajian Alam Sekitar), iaitu satu dokumen yang mengandungi kajian tentang alam sekitar dan sebagainya. Itu belum diluluskan.
"Tapi mereka terus pecah tanah. Lepas itu, mereka buat paip dan sebagainya, mereka korek tanah, masuk hutan dan sebagainya. Air sungai kita pun semua dah teruk. Kampung-kampung yang berdekatan dengan hutan, di Hulu Langat, banjir. Oleh sebab itu, kita stop. Kita kata tunggu. Biar kita kaji, apa yang sedang berlaku,"tegas Wong.
Katanya, 'udang disebalik batu' yang menghalang rundingan penstrukturan air antara kerajaan pusat dengan syarikat-syarikat swasta adalah 'orang dari Cabang (PKR) Hulu Selangor, yang mahukan 'laba' berbilion ringgit.
"Di sebalik batu tu, memang ada udang besar. Besar udang ni. Dia adalah benda lain, dari cabang hulu Selangor. Pada masa ini, kita ada satu rundingan antara kerajaan pusat dengan syarikat-syarikat swasta dan juga kerajaan negeri Selangor tentang penstrukturan air.
"hampir satu setengah tahun, masih tak siap, kenapa? Udang besar ini yang menjadi penghalang. Dia nak billion-bilion ringgit. Tetapi dia tidak mahu keluar dari industri air. Dia masih nak mengawal, dia nak control syarikat air yang baru di negeri Selangor,"jelasnya.
Elizabeth yang pernah dilanda 'kontroversi' akibat kehidupan peribadinya diserang, menganggap serangan kerajaan pusat, Umno dan BN tidak menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Bahkan, katanya, ia satu petunjuk bahawa apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor adalah benar dan terbaik untuk rakyatnya.
"Tak apa (kita diserang), kita memang boleh tahan. Setiap hari kita boleh diserang, tetapi kita rasa seronok. Ha, beza kan. Orang tak suka diserang tapi di Selangor kita 'no problem' kerana kita rasa kalau kita diserang sebegitu oleh puak-puak Umno/BN, ini (ia) bermaksud kita sedang membuat kerja yang amat bagus, yang terbaik untuk penduduk-penduduk atau warga negeri Selangor,"katanya
Turut hadir dalam majlis diatas adalah Penolong Setiausaha PASD Terengganu, Haji Hanafiah Mat, merangkap Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai. -BO
Himpunan Felcra 18 ditangkap, ceramah penutup dibatalkan. , at 2.8.10,
Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah. Semuanya masih berada di Balai Polis berkenaan dimana 15 orang daripadanya sedang diambil keterangan dan 3 daripadanya ditahan kerana dituduh membawa senjataa tajam,, demikian saya menerima pengesahan dari Hj. Azidin, Pengarah MTD Kampung Gajah sebentar tadi.
Menurut maklumat yang diberi, senjata tajam yang dimaksudkan ialah pisau kecil untuk memoton buah-buahan yang dibawa oleh 3 orang yang ditangkap itu.
Tangkapan rambang di luar kawasan itu dibuat sewaktu peguam Wan Rohaimi Wan Daud membentangkan kertasnya sebagaimana yang dijadualkan.Wan Rohaimi adalah peguam yang memenangkan kes saman Felda oleh para peneroka Kemahang 3.
Sementara itu wseorang anggota Unit Amal Perak, sdr. Azuan Ismail dalam sms nya sebentar tadi mengesahkan peguan Hj. Asmuni Awi yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Perak sudah tiba di Balai Polis berkenaan untuk memberi bantuan guaman.
Pihak penganjur juga terpaksa membatalkan ceramah penutup seperti yang dijadualkan berlangsung pada malam ini. Mengikut rencananya Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang bersama Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin akan menyampaikan ucapannya.
Lebih 1000 orang tetap bergerak dan berkumpul dikawasan program walaupun dianggarkan lebih dari 200 orang pasukan keselamatan termasuk FRU mengepung kawasan berkenaan.
" Kita terpaksa membatalkan ceramah pada malam ini kerana mengikut maklumat pasukan keselamatan akan menggempur ceramah kita pada malam ini dan demi untuk keselamatan untuk pemimpin kita,ceramah kita batalkan" jelas seorang petugas semasa dihubungi sebentar tadi.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Gendang PRU13 mula dipalu ! , at 2.8.10,
Sejak itu, beberapa kali melakukan lawatan-lawatan politik ke negeri Sarawak dengan memberikan “gula-gula pilihanraya”. Ramai pemerhati politik menjangkakan bahawa pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti akan diadakan serentak dengan pilihanraya Negeri Sarawak bagi menjimatkan kewangan negara. Sarawak menjadi tumpuan parti-parti Pakatan Rakyat (PR).
Dalam keadaan yang sedikit terdesak, UMNO dan BN mula mendekati semula guru-guru yang menjadi tonggak kepada perjuangan UMNO sejak awal lagi. Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan melibatkan diri dalam politik, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Bagi tujuan itu, Mohd. Sidek berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
Sebelum ini, Peraturan 21(2) menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.
Langkah ini akan menjadikan guru-guru kumpulan A terpaksa aktif semula dalam politik dalam politik parti-parti pro kerajaan untuk peningkatan kerjaya mereka dalam bidang pendidikan. Mana mungkin Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran untuk membenarkan guru-guru aktif dalam parti-parti tidak pro kerajaan.
Berikutan pengumuman tersebut, ia membolehkan kira-kira 190,000 guru berijazah di seluruh negara terlibat dalam politik. Disebabkan institusi sekolah dan guru-guru dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. wajarkah guru-guru ini dibenarkan berpolitik semasa berkhidmat?
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terus menyokong langkah ini dan dilaporkan berkata, adalah sesuatu yang positif apabila semakin ramai golongan pendidik berminat menyertai politik seperti mana sekarang kerana ia membantu mewujudkan lebih ramai pemimpin pelapis pada masa akan datang dalam menyuburkan budaya politik rasional kerana golongan pendidik adalah individu yang mempunyai wibawa dan pendidikan yang diperlukan seseorang pemimpin. Golongan pendidik seperti pengetua dan guru besar diperlukan untuk menyumbang pandangan dan idea memajukan Negara.
Sementara Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi sama ada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan, kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini.
Sekarang ini pun, sekolah-sekolah telah pun dijadikan tempat mesyuarat-mesyuarat parti-parti politik tertentu. Dengan kebenaran ini, makain rancaklah sekolah-sekolah dijadikan tempat persidangan parti-parti politik. Pendekatan serampang dua mata oleh kerajaan ini akan menjadikan institusi pendidikan terutama sekolah-sekolah menjadi medan politik semula.
Dalam keadaan belum dibenarkan lagi guru-guru berpolitik, Pejabat Pelajaran Daerah di Terengganu telah mengambil langkah pro aktif dengan “memaksa” guru-guru hadir ke mesyuarat perwakilan Umno. Sebagai contoh, mengikut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, selain dari cerita empat orang Adun Umno dalam Bahagian Setiu yang tidak hadir dalam Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Setiu, ada lagi cerita lain yang menarik. Mereka terpaksa mengerah dan mengarahkan guru-guru sekolah untuk hadir mesyuarat itu. Setiap sekolah diminta (wajib) menghantar lima hingga 20 orang ke mesyuarat itu.
Jelas bahawa Umno Terengganu sudah hilang sokongan, pemimpin utama di peringkat Bahagianpun boleh boikot mesyuarat perwakilan mereka yang penting. Bagaimanapun Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selalu menegaskan bahawa krisis kepimpinan Umno di negeri ini sudah selesai. Tetapi insiden terbaru ini, jelas menggambarkan kepada kita bahawa perpecahan dalaman Umno semakin parah.
Manakala Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Harun Taib, PAS akan mengejar Umno/BN bagi membuktikan salah laku pemimpin Umno/BN ‘hingga ke lubang cacing’. Menurutnya, banyak isu-isu salah laku dalam pentadbiran yang tidak dianggap salah oleh pemimpin Umno/BN seperti ketidak telusan dan ketidakadilan yang dianggap perkara biasa oeh pemimpin Umno/BN.
Beliau dilaporkan dalam Buletin Online berkata, “Kita (PAS Terengganu) ada isu-isu yang boleh menggugat dan boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional negeri Terengganu tapi isu ini kita simpan buat sementara waktu untuk kita dedahkan (bila) sampai masanya,” katanya dalam sidang media khas sempena pelancaran kursus Akademi Latihan dan Kepimpinan Negeri Terengganu (ALIM) di Kuala Ibai, dekat sini semalam, 24 Julai.
sumber : http://kalamperantau.wordpress.com