Ikuti Blog ini

MUQAYYAM JABATAN AMAL NEGERI SELANGOR









SEPANG : Jabatan Amal Negeri Selangor telah berjaya menganjurkan Muqayyam selama dua hari bermula dari malam 30 Jul hingga 1 Ogos 2010 bertempat di perkampungan Orang Asli di Bagan Lalang. Seramai 63 peserta termasuk beberapa pelajar turut terlibat dalam perkhemahan kali ini. Laluan ke tempat perkhemahan ini hanya boleh diakses melalui kenderaan pacuan empat roda sahaja jika melalui jalan darat atau melalui bot jika melalui perairan. Perasmian Muqayam ini telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah.

Aktiviti bermula dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Bin Sabu dan diikuti dengan latihan asas kawad.
Pelbagai aktiviti riadah turut diadakan seperti flying fox, larian meredah hutan, menyusuri pantai dan latihan kecemasan ketika berada di perairan. Peserta-peserta telah diberi pendedahan tentang apakah bentuk tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi kecemasan di laut atau perairian samada dalam situasi bersendirian atau berkumpulan.

Sesuai dengan slogan dan asas Jabatan Amal, program ini juga turut melibatkan program memberi bantuan barangan keperluan kepada masyarakat Orang-orang Asal. Jawatankuasa Dewan Muslimat Kawasan Sepang turut berganding bahu dalam program ini dimana seramai 20 keluarga masyarakat Kaum Asal telah menerima manfaat dari program ini. Upacara penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Turut hadir, Dr. Sufian, Sdr Johari, Pengarah Jabatan Amal Pusat dan Sdr Mohd Zad, Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Pusat,

Lagi gambar2 Muqayyam dalam facebook Jabatan Amal Selangor di sini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .