Ikuti Blog ini

Disebalik 'Krisis Air Selangor'; Ada Udang 'Besar' DiSebalik Batu!

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/elize.JPGKEMAMAN - Tindakan demi tindakan yang diambil oleh kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang negeri Selangor yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Disebalik kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang kononnya memberi amaran, Lembah Kelang akan menghadapi krisis air, sebenarnya didedahkan oleh Cik Elizabeth Wong yang disifatkannya sebagai 'ada udang disebalik batu'

"Kita juga diserang tentang isu air. Kononnya, di negeri Selangor kita tak ada air. Sungai tidak mengalir. Empangan dah kosong. Dah kering. Paip pecah dan sebagainya,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penerangan Isu Semasa, dekat sini, semalam, Sabtu 31 Julai.

Menurut Elizabeth, kenyataan menakut-nakutkan dan mengugut rakyat oleh kerajaan pusat itu adalah bertujuan untuk memaksa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tunduk dan melangsungkan projek bekalan air dari Pahang ke Selangor.

Sedang apa yang berlaku sebenarnya, ada 'kroni' Umno/BN yang mahu mengaut untung jutaan ringgit wang rakyat dari perlaksanaan projek tersebut.

"Mereka sedang, kerajaan persekutuan sedang memaksa kita (kerajaan Selangor) untuk menghabiskan, menjalankan projek pengaliran air dari Pahang ke Selangor. Saya ingin ceritakan serba sedikit tentang projek ini, Projek Pahang-Selangor, ibarat air dibawa dari Pahang ke Selangor.

"bila ianya, projek ini dibentangkan, harganya atau kosnya RM3 bilion. Masa itu, (tahun) 2001. projek ini, pada awalnya ada dua empangan di Pahang. Lepas mereka siasat, buat kajian dan sebagainya, mereka potong, mereka keluarkan satu empangan. Tetapi kosnya telah naik sampai RM 9 bilion.

"Satu empangan, RM9 bilion. dua empangan, RM3 bilion. Ini adalah matematik Umno/BN,"kata Wong menerangkan kedudukan sebenarnya 'isu air Selangor.

Sedang menurut Wong lagi, projek tersebut sebenarnya belum mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan Kajian Impaknya terhadap alam sekitar dipersoalkan.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan negeri Selangor telah bertindak untuk menangguhkan dahulu projek tersebut

"Sebab itu, mereka paksa kita, paksa kerajaan negeri Selangor, cepat-cepat habiskan projek dan sebagainya. Tapi kita kata nanti, ada masalah besar. Apabila mereka pecah tanah, yang EIA (Kajian Alam Sekitar), iaitu satu dokumen yang mengandungi kajian tentang alam sekitar dan sebagainya. Itu belum diluluskan.

"Tapi mereka terus pecah tanah. Lepas itu, mereka buat paip dan sebagainya, mereka korek tanah, masuk hutan dan sebagainya. Air sungai kita pun semua dah teruk. Kampung-kampung yang berdekatan dengan hutan, di Hulu Langat, banjir. Oleh sebab itu, kita stop. Kita kata tunggu. Biar kita kaji, apa yang sedang berlaku,"tegas Wong.

Katanya, 'udang disebalik batu' yang menghalang rundingan penstrukturan air antara kerajaan pusat dengan syarikat-syarikat swasta adalah 'orang dari Cabang (PKR) Hulu Selangor, yang mahukan 'laba' berbilion ringgit.

"Di sebalik batu tu, memang ada udang besar. Besar udang ni. Dia adalah benda lain, dari cabang hulu Selangor. Pada masa ini, kita ada satu rundingan antara kerajaan pusat dengan syarikat-syarikat swasta dan juga kerajaan negeri Selangor tentang penstrukturan air.

"hampir satu setengah tahun, masih tak siap, kenapa? Udang besar ini yang menjadi penghalang. Dia nak billion-bilion ringgit. Tetapi dia tidak mahu keluar dari industri air. Dia masih nak mengawal, dia nak control syarikat air yang baru di negeri Selangor,"jelasnya.

Elizabeth yang pernah dilanda 'kontroversi' akibat kehidupan peribadinya diserang, menganggap serangan kerajaan pusat, Umno dan BN tidak menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Bahkan, katanya, ia satu petunjuk bahawa apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor adalah benar dan terbaik untuk rakyatnya.

"Tak apa (kita diserang), kita memang boleh tahan. Setiap hari kita boleh diserang, tetapi kita rasa seronok. Ha, beza kan. Orang tak suka diserang tapi di Selangor kita 'no problem' kerana kita rasa kalau kita diserang sebegitu oleh puak-puak Umno/BN, ini (ia) bermaksud kita sedang membuat kerja yang amat bagus, yang terbaik untuk penduduk-penduduk atau warga negeri Selangor,"katanya

Turut hadir dalam majlis diatas adalah Penolong Setiausaha PASD Terengganu, Haji Hanafiah Mat, merangkap Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .