Ikuti Blog ini

Isu MB Perak: Timbulkan rasa benci kedalam hati rakyat - TG Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat di negara ini melawan keputusan mahkamah yang memutuskan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah baru-baru ini.

Menurut beliau, sikap melawan keputusan mahkamah itu boleh dilaksanakan dengan usaha menanam rasa benci ke dalam hati rakyat walau tanpa protes melalui aksi demonstrasi dan perhimpunan-perhimpunan yang biasa diadakan sebelum ini.

"Dalam perkembangan baru-baru ini, umpamanya, mahkamah memutuskan untuk merestui kepenggunaan kalimah Allah, lalu hal itu ditentang habis-habisan oleh pihak-pihak tertentu.

"Mereka mengadakan bermacam-macam demonstrasi, lengkap dengan gambar dan kata-kata bagi mempertikai keputusan mahkamah itu. Ini suatu perkara baharu di Malaysia. Ini berlaku kerana, yang buat keputusan begini bukan sebarang orang, tapi orang kenamaan," kata beliau.

Oleh yang demikian, kata TG Nik Abdul Aziz, keputusan yang dibuat oleh mahkamah, iaitu memberi peluang kepada Zambry sebagai menteri besar ini, boleh dilawan oleh seluruh rakyat walaupun mereka tidak melawannya secara demonstrasi.

"Cara menentang keputusan mahkamah ini ialah dengan cara sentiasa berusaha menimbulkan rasa benci ke dalam hati rakyat. Ini kerana, kemenangan ke atas Menteri Besar yang baru ini bukanlah melalui pilihan raya, tetapi melalui rampasan kuasa.

"Dan hal rampasan kuasa ini, bukan kita nampak sangat daripada kehendak orang yang melompat itu. Kerana waktu dahulu, mereka dipimpin bersama oleh ketua parti. Nampak sangat, sama ada wujudnya unsur rasuah atau paksaan dan tekanan.

"Oleh yang demikian, saya minta daripada rakyat, supaya protes walaupun tidak dengan cara demonstrasi, tetapi proteslah dengan cara benci. Dalam Islam, ada nas al-Qur'an yang meminta kita menimbulkan rasa benci terhadap kekufuran dan kerja fasiq (jahat)," tambah beliau lagi.

TG Nik Abdul Aziz berkata, kerja-kerja merampas kuasa di Perak ini tergolong dalam kerja-kerja kefasikan (kejahatan) yang patut dibenci manusia seluruhnya.

"Manakala, pihak yang melompat ini pula sudah pecah amanah. Mereka telah diberi kepercayaan oleh para pengundinya, lalu mereka pecah amanah. Dan, kita berdukacita kerana sikap pecah amanah ini akan berlaku lagi, insya Allah, kerana mereka semakin galak dengan kerja-kerja jahat ini.

"Maka, semakin banyaklah timbul huru-hara dalam Malaysia sekiranya hal ini berlaku lagi," kata beliau.

Cepat Humbankan Utusan - Azmin Ali.

Mari bankrapkan Utusan.” Itulah seruan Naib Presiden Parti Keadilan (PKR), Mohamed Azmin Ali pada ceramah Selamatkan Malaysia semalam.

Azmin mengajak semua masyarakat akar umbi termasuk rakyat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor korporat dan swasta di negeri Pakatan Rakyat supaya memboikot dan menghentikan langganan terhadap Utusan Malaysia.

"Saya nak rumuskan, dalam ucapan pada malam ini. Saya nak menjaga orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia. Kita kena buat keputusan yang penting pd mlm ni saya nak mencadangkan kpd rakyat Selayang, rakyat Gombak, rakyat Selangor dan rakyat Malaysia. Setuju atau tidak kita lancarkan kempen bankrapkan Utusan Malaysia,"katanya.

Azmin berkata demikian dalam ucapannya di sesi penerangan ‘Selamatkan Malaysia’, semalam.

Hal ini disebabkan tindakan Utusan Malaysia yang sering menyiarkan berita, gambar dan artikel yang memprovokasi keharmonian antara kaum dan memperburukkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, Utusan Malaysia tidak memajukan langsung bangsa Melayu malahan meruncingkan lagi masalah perhubungan mereka dengan bangsa lain.

"Utusan Malaysia sebenarnya memperlekehkan dan memperbodohkan orang melayu dalam negara ini. Lagi cepat kita humban utusan malaysia, lagi cerdik orang melayu dalam negara kita," katanya. -TVS




Adik Presiden PAS meninggal dunia

KUALA TERENGGANU, 12 Feb: Adik Presiden PAS, Hajah Aishah Awang, 58, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, jam 7.28 malam ini.

Beliau yang mengalami penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung sejak beberapa tahun lalu sering berulang-alik ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan susulan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di sisi adindanya itu ketika menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah allahyarhamuha akan dibawa pulang ke rumah Tuan Guru Abdul Hadi malam ini juga.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Rusila sekitar jam 9.00 pagi esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rusila.

Semasa hayat, allahyarhamuha pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

RASULULLAH AJAR HORMATI RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang menegaskan :

  • Rasulullah s.a.w. bukan sahaja tidak pernah memaksa masyarakat bukan Islam menganut Islam, malah mengajar umat Islam supaya menghormati rumah-rumah ibadat masyarakat bukan Islam.
  • Hikmah di sebalik suruhan tersebut bertujuan menunjukkan nilai keadilan Islam untuk umatnya dan masyarakat bukan Islam.
  • PAS dari awal bertegas mengutuk pengeboman beberapa gereja dan surau yang dipercayai umum dilakukan oleh pihak tertentu berbangsa Melayu.
  • Walaupun Islam tidak menghalang masyarakat bukan Islam menyebut kalimah ‘Allah’, namun Islam menggalakkan manusia supaya beriman kepada Allah.
  • Islam meletakkan keimanan yang sebenar kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa dan sama sekali tidak menghalang manusia yang tidak beriman kepada Allah dari menyebut nama Allah, bahkan Islam menggalakkan manusia belajar mengesakan Allah
  • Masyarakat bukan Islam mesti diajak beriman kepada Allah dan memeluk Islam secara fitrah kerana naluri fitrah manusia sebenarnya serasi dengan Islam.
  • Fitrah itu iaitu naluri manusia percaya kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa, yang menjadikan langit dan bumi, Allah yang menenangkan jiwa manusia, sama ada Islam atau bukan Islam.
Oleh kerana Islam itu agama fitrah dan jiwa (serta) akal manusia pun secara fitrah pun terima wujudnya Tuhan yang Maha Esa mencipta alam ini, maka manusia yang ada fitrah perlu diajak beriman kepada Allah dan memeluk Islam.

Mat Sabu - Persamaan Politik UMNO & Politik JAKUN..!!

from TVceramah

Kibar bendera K’tan Mac ini; bantah wang ehsan - Gagar.

Bersempena hari keputeraan Sultan Kelantan dan sepanjang Mac depan, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menyeru semua rakyat Kelantan mengibarkan bendera negeri itu sebagai bantahan ke atas wang ehsan tajaan Barisan Nasional.

"Berikutan keprihatinan ramai rakyat Kelantan kepada tuntutan royalti petroleum, kami mohon rakyat Kelantan tidak kira di mana mereka berada untuk mengibarkan bendera negeri ini di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac depan," demikian kata Pengerusi Gegar Dr Abdul Halim Yusof dalam suatu kenyataan media baru-baru ini.

Tambah beliau, tindakan mengibarkan bendera Kelantan itu bertujuan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap usaha bersama rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti petroleum seperti mana perjanjian 1975 yang telah dimeterai.

"Tindakan itu juga menandakan sokongan rakyat Kelantan untuk mendokong semangat Persekutuan Malaysia; dan Kelantan sebagai negeri di bawah Persekutuan; justeru ia hendaklah diberikan hak-haknya menurut Perlembagaan, undang-undang dan perjanjian yang telah termerai itu," kata beliau lagi.

Selain itu, tambah Dr Abdul Halim, tindakan mengibarkan bendera tersebut adalah sebagai lambang kepada sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan.

"Bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan yang akan menjelang tidak lama lagi, rakyat Kelantan boleh menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada kepada Sultan dengan tindakan tersebut.

"Gegar menyeru seluruh rakyat negeri Kelantan agar terus berdoa kepada Allah s.w.t supaya mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan rahmah inayahNya kepada Sultan Kelantan," kata beliau lagi. erapakatan

Kedah Sejahtera untuk semua kaum


ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah sentiasa mengamalkan polisi terbuka untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa sejajar dengan cogan kata “Kedah Sejahtera”.


Berucap merasmikan Karnival Tahun Baru Cina di Pekan Cina, Alor Setar, Menteri Besar Kedah berkata, Pekan Cina dan Pekan Melayu suatu masa dahulu merupakan tempat yang unik bagi masyarakat Alor Setar khususnya. Pekan Cina yang terletak sebelah-menyebelah dengan Pekan Melayu menjadi simbolik keharmonian kaum sejak dahulu lagi.

Menurutnya, Pekan Cina yang terletak di persisiran Tanjung Chali mempunyai potensi untuk dipertingkatkan menjadi satu tapak pelancongan yang menarik di Kedah, suasana yang meriah seperti malam Karnival ini patut dijadikan titik permulaan untuk mengembalikan kegemilangan Pekan Cina dan Pekan Melayu yang suram ketika ini.



“Segala aktiviti yang bercirikan kebudayaan, kesenian dan warisan akan dilangsungkan di kawasan ini demi mengimbau nostalgia serta membolehkan generasi muda terus menghayati sejarah Pekan Cina dan Pekan Melayu yang menjadi titik permulaan perkembangan Bandar Alor Setar,” katanya.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri Kedah akan berusaha untuk menghidupkan semula kawasan ini. Selain itu, kerajaan negeri akan menerima segala cadangan dan kerjasama untuk meningkatkan kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong.



Menurutnya, beliau mahu lihat rakyat yang berada di bawah pimpinannya hidup aman damai dan saling menghormati antara satu sama lain kerana perkara ini adalah penting untuk semua rakyat mencapai nikmat yang dapat dimiliki hasil daripada semangat harmoni dan kerjasama yang ditunjukkan.

Selain itu juga, pihak kerajaan peka dengan kehendak masyarakat Cina melalui pelbagai saluran khususnya melalui Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang merupakan NGO terbesar yang mewakili kaum Cina di negeri ini.


“Sempena Karnival Tahun Baru Cina ini, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukkan wang dan memberi kerjasama kepada pihak Dewan Perhimpunan Cina Kedah untuk penganjuran acara-acara besar yang dapat memberi kebaikan kepada segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Sekitar Ceramah Perdana "Fitnah ke-2" Bersama DSAI

Gambar dan video Sekitar Ceramah Perdana "Fitnah ke-2" Bersama DSAI
di Dewan sri siantan , jln sg tua Bt Caves..

turut serta dalam program tersebut ialah
Y.B Datuk seri Nizar Jamaluddin
Y.B Azmin Ali
Y.B Xavier Jeyakumar
Y.B William Leong
Y.B Amirudin Shari
Y.B Gobind Deo Singh
Ust Salehuddin
dan ramai lagi





S/U Kerja UMNO Buat Ucapan Rasis Di London

Setiausaha kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh (gambar) dengan keras menafikan dakwaan seorang pelajar Malaysia bahawa beliau ada menggunakan kata-kata rasis pada majlis Kelab Umno di London beberapa hari lalu.

Rauf mengetuai delegasi ke London untuk menemui ahli-ahli parti dalam satu pertemuan tertutup awal minggu ini di mana seorang pelajar Malaysia, Ahmad Naim Mazlan mendakwa beliau memanggil bukan Melayu sebagai “bangsa asing” yang menginjak-injak orang Melayu di “Tanah Melayu”.

Dalam surat yang dihantar kepada The Malaysian Insider, pelajar jurusan kewangan dan perakaunan itu mendakwa ada mendengar Rauf sebagai berkata: “Jangan biarkan bangsa asing pijak kepala kita.”

Bagaimanapun Rauf menafikan membuat kenyataan sedemikian dengan menekankan ia merupakan sesi tertutup dan tiada pihak luar yang harus mendengar apa yang dibincangkan.

Ini adalah sesi tertutup... ia tidak benar kerana apa yang dikatakan ialah orang Melayu mesti kekalkan kuasa dalam usaha untuk memperoleh penghormatan daripada Cina dan kaum-kaum lain,” kata Rauf kepada The Malaysian Insider dalam temu bual melalui telefon.

Kata beliau, pertemuan itu merupakan majlis parti bagi Kelab Umno dan bukan forum publik dianjurkan oleh Jabatan Pelajar Malaysia.

“Saya merasakan pelajar berkenaan tersilap dengar, bahasa (Malaysia) dia tidak baik,” katanya.

Pelajar itu mendakwa dia mendengar Rauf dan “seorang Exco Pemuda Umno” turut mempertahankan kenyataan rasis dibuat oleh bekas pembantu khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar.

Nasir telah melepaskan jawatan itu pada hari yang sama dia didakwa mengeluarkan kenyataan berkenaan pada majlis Rapat 1 Malaysia di Melaka awal bulan ini.

Saya tidak menyokong Nasir Safar sama sekali. Saya hanya menyokong apa yang dia kata.

“Biar saya kata begini — ada forum yang sesuai untuk bercakap mengenai kepentingan orang Melayu dan apa yang Nasir Safar kata tidak betul, bercakap mengenai itu di tempat awam,” katanya.

Rauf menambah Umno merupakan sebuah parti orang Melayu dan oleh itu menjadi amalan diterima baginya untuk bercakap mengenai “kepentingan orang Melayu”. -MI


Tembelang busuk UMNO semakin pecah. Jika Nasir Safar telah diarahkan meletakkan jawatannya ekoran ucpannya yang rasis. kini Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh mempamirkan wajah-wajah UMNO yang sebenar: bahawa mereka adalah kelompok manusia rasis yang kerisnya melintang di dalam hati sekalipun di luarnya memakai pakaian 1Malaysia.

Beliau lantas menafikan, tetapi menyatakan itu pertemuan tertutup. Bererti, kononnya di dalam pertemuan tertutup boleh cakap apa saja? Boleh maki apa saja? Boleh belasah apa saja?

Paling aneh pengakuannya sendiri:

Saya tidak menyokong Nasir Safar sama sekali. Saya hanya menyokong apa yang dia kata.

Apa yang Nasir cakap? Nasir kata orang India datang sini sebagai peminta sedekah, orang Cina datang jual body.

Jadi apa yang Nasir kata itulah yang disokong oleh Rauf.

Jika tindakan ke atas Nasir juga sepatutnya dikenakan ke atas Rauf Jusoh. Amacam Datuk Seri Perdana Menteri?

Jika tidak percayalah, slogan 1Malaysia jelas satu slogan retorika semata-mata dan akan pasti tersungkur buat selama-lamanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .