Ikuti Blog ini

Penjelasan Speaker DUN Selangor isu DUN Pelabuhan Klang



Apabila Noh Omar Memutarbelitkan Kenyataan !!!

Assalamualaikum Wbr,

Gambar Noh Omar di suatu majlis lain.

Aku ingin memetik kata-kata Noh Omar akan Persidangan DUN Tergempar Negeri Selangor yang akan diadakan Isnin ini, 24hb Januari seperti di bawah.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, partinya telah mengarahkan wakil rakyatnya agar menghadiri sidang kali ini memandangkan Sultan Selangor telah pun memberi perkenan baginda bagi membolehkan pertemuan minggu depan diadakan.

Umno mengadakan mesyuarat di sini hari ini.
Bagaimanapun kata Noh, perkenan itu tidak harus dianggap Sultan Selangor bersetuju agar perlembagaan negeri dipinda.

Noh mendakwa Ketua Setiausaha Negara sentiasa mendapatkan perkenan diraja sebelum memutuskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini menjadi kemelut sehingga mencetuskan krisis perlembagaan.

Noh juga berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati Sultan dengan menolak perkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Nampak tak di sini bagaimana Noh Omar memutarbelitkan kenyataan. Pada awal ayatnya...perkenan itu tidak harus dianggap Sultan Selangor bersetuju agar perlembagaan negeri dipinda.

Kemudian di akhir ayatnya ...lain pula perginya "Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati Sultan dengan menolak perkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri."

Hahahaha....Kan dah kantoi !! Kalau perkenan Sultan itu tidak membawa maksud yang Sultan Setuju......maka Tindakan Menteri Besar Selangor menolak perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi....bukanlah tidak menghormati Sultan...kerana Sultan belum tentu setuju dengan perlantikkan Khusrin yang dikemukakan oleh Ketua Setiausaha Negara. Tak gitu Noh Omar ??? Apa yang ko nak cakapkan lagi.....???

Sebenarnya UMNO Selangor dah serba salah.....nak hadir ke...tak hadir??....arghhh...hadir ajer laaa. Nak sokong ke tak sokong pinda perlembagaan ini??.....heeeee.......

Ditelan (sokong) mati emak....diluah (tolak) mati bapak.

Kalau UMNO Selangor termasuklah Noh Omar ini sokong Pindaan ini...maka ianya bermaksud....UMNO Selangor memang menghormati Sultan kerana mengembalikan kuasa yang hilang kepada Sultan dalam melantik SUK Selangor. TETAPI HARUS DIINGAT...Jika UMNO Selangor MENOLAK pindaan ini bermakna UMNO SELANGOR DAN NOH OMAR SERTA ADUN atau Semua YB-YB UMNO di Selangor sememangnya PENDERHAKA kepada SULTAN SELANGOR.

Tahu.........nak buat apa kepada Penderhaka-Penderhaka Sultan ???
Ini bukan sistem Feudal.....macam dulu-dulu.
Jangan undi dan sokong YB-YB UMNO ini dalam Pilihanraya yang akan datang. Kerana merekalah Sultan yang merupakan Ketuanan Melayu...tidak mempunyai Kuasa. -Panglima 7

Apa yang kita rakyat malaysia dapat sempena lawatan RM ..???

Ingin kita ketahui apa yang menyedih kan rakyat malaysia apa yang dikatakan lebih sudu dari kuah, berikutan
lawatan RM iatu Rosmah Mansor ke luar negara .. Adakah ia mewakili mana-mana menteri sumber wanita atau ia sendiri bertaraf menteri atau PM.???

Rosmah tidak risau dengan pengkritik


MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu. - Bernama

Lagi Chua Soi Lek menghina ISLAM..

"Jangan undi Normala, kerana bekas guru itu tak akan melawat tokong Cina, sama seperti Presiden PKR, DS Wan Azizah hanya akan berjabat tangan sekiranya dia memakai sarong tangan ..."

Antara Punca Gobala Meracau ..!!



ALOR SETAR – Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan didakwa terpaksa mengambil pendekatan menentang parti disebabkan bimbang kedudukannya sebagai wakil rakyat bakal terjejas berikutan kes mahkamah yang sedang dihadapinya ketika ini.

Seorang pemimpin kanan PKR Kedah mendakwa, Gobalakrishnan yang didapati mengaku salah terhadap pertuduhan menghalang tugas polis dan dihukum denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang tahun lalu bimbang permohonan yang dibuat di Mahkamah Rayuan ditolak berikutan pernah melakukan perbuatan serupa pada 2007.

Menurutnya, peluang Mahkamah Rayuan menerima permohonannya dianggap tipis dan Gobalakrishnan kini terpaksa menentang parti bagi membolehkan beliau mengekalkan kepentingannya sekiranya bertindak melompat parti.

“Bagi saya, Gobi (Gobalakrishnan) membuat kesilapan apabila mengaku salah di atas pertuduhan ke atasnya kerana ianya membatasi peluang beliau untuk mengemukakan rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan.

“Mungkin beliau sudah berasa tidak selamat berada di kerusi Parlimen yang diduduki, Gobi terpaksa menyerang parti bagi membolehkan beliau tidak berputih mata dengan melompat parti sekiranya rayuannya ditolak,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini.

Pemimpin kanan PKR negeri yang enggan dikenali itu turut mendedahkan Gobalakrishnan adalah antara pengikut setia Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim dan tidak menolak kemungkinan bakal mengikut jejak langkah bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu tidak lama lagi.

“Semua ahli PKR sudah maklum Gobalakrishnan adalah orang kanan Zaid dan tindakan beliau lantang mengkritik parti sudah dapat diduga.

“Segalanya bergantung kepada keputusan Mahkamah Rayuan dan sekiranya rayuannya ditolak, kemungkinan beliau keluar parti adalah 80 peratus,” katanya.

Ditanya sama ada ketiadaan Gobalakrishnan akan melemahkan jentera PKR Kedah bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, pemimpin kanan PKR Kedah menegaskan parti itu kini di bawah proses pemutihan.

“Kita tidak memerlukan pemimpin yang meletakkan kepentingan diri mendahului kepentingan parti,” katanya.

Sebelum ini, Gobalakrishnan yang juga bekas Ketua Cabang Padang Serai, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, selepas didapati bersalah menghalang tugas polis dan menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Padang Serai jika Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.

Gobalakrishnan, 50, didapati bersalah menghalang tugas seorang anggota polis, Cif Inspektor V Salavanan pada sambutan Thaipusam di Jalan Utama, Georgetown, kira-kira jam 12.20 tengah hari pada 29 Januari 2002.

Gobalakrishnan yang ditahan di lokap mahkamah selepas hukuman dijatuhkan, membayar denda itu di pejabat Pendaftar Mahkamah petang semalam bagi membolehkan beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

Demo Interlok Thaipusam: Sembilan Hindraf Ditangkap

Kuala Lumpur - Sembilan lelaki ditahan kerana cuba menimbulkan kekacauan dengan memaparkan poster bertulis 'Haramkan Interlok' ketika sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini.

Gambar: SEKUMPULAN lelaki yang memakai baju T berwarna oren dan mempunyai tulisan HINDRAF mempamerkan poster protes pada sambutan perayaan Thaipusam hari ini, di Kuil Batu Caves, Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dalam kejadian pada pukul 10.10 pagi itu, kesemua lelaki yang memakai baju T berwarna oren dan mempunyai tulisan Hindraf itu cuba mempamerkan tiga poster kepada orang awam.

"Ketika polis hendak menghalang kesemua mereka yang berumur antara 18 hingga 46 tahun itu, mereka merempuh polis menyebabkan mereka ditangkap.

"Kami turut merampas kesemua poster itu untuk simpanan bukti kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lapan daripada mereka berasal dari Selangor manakala seorang lagi dari Ipoh, Perak.

Siasatan juga mendapati tiga daripada mereka mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, katanya.

Beliau turut berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Mereka kini ditahan di Balai Polis Selayang.

Tun Hisan berkata, dari Isnin hingga hari ini, tiada kejadian jenayah dilapor di kawasan tumpuan sambutan perayaan bagi penganut agama Hindu itu kecuali kekacauan yang dileraikan polis itu.

Dilaporkan kira-kira 1.3 juta pengunjung dan penganut agama Hindu tempatan dan luar negara membanjiri perkarangan kawasan berkenaan sejak Isnin lepas.

Seramai 1,200 polis ditugaskan mengawal keselamatan di kawasan itu termasuk laluan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi memastikan kelancaran trafik dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini. -Bernama

Vote for Normala Sudirman!




Terkini : Adun Merliman (BN) Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan Gambar) meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut.

Awas Pemfitnah Paling Merbahaya Berkeliaran Di Tenang - Shoot Him!!!

Find this guy, shoot him!!!
Mungkin orang Umno ingat perangai orang Pas sama dengan perangai orang Umno, maka tidak hairanlah segala sangkaan mereka seperti kes zina, khalwat, korup dan seumpamanya turut diamalkan oleh orang Pas.

Imaginasi yang tidak terkawal membuatkan mereka meracau dengan fitnah-fitnah jahat seperti orang yang tidak beriman dan tidak percayakan adanya pengadilan di padang mahsyar kelak.

Awas orang dalam gambar yang dipamerkan di atas, orang ini berleluasa menaburkan fitnah tidak berasas kepada ramai pimpinan Pas. Mungkin perbuatannya direstui oleh ramai pengikut setia Umno sebab itulah dia mendapat tempat dihati para pembaca dunia blog.

Pemimpin Umno Labis Layak Bertanding Melawan Cikgu Mala.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/malalawanazhar.gifAkhirnya UMNO/BN mengumumkan calon mereka untuk PRK NO5, DUN Tenang En Mohd Azhar Ibrahim yang juga ADO di Daerah Rengit.

Desas desus di Labis mengatakan yang Azhar tidak tersenarai pun sebagai bakal-bakal calon top 5 yang dikemukakan kepada Dato Seri Najib. Ada yang kata nama beliau tidak tersenarai langsung. Walaupun bapanya pernah menjadi ADUN Tenang dan kemudian dilantik sebagai Senator
Apabila PAS meletakkan Cikgu Mala, maka ramai menjangka Haslinda, Ketua Wanita UMNO Labis yang akan bertanding.

Malah dengar cerita yang beliau juga sudah turun padang menganjurkan pelbagai program dengan pengundi. Ramai lagi baris pimpinan UMNO Labis yang disebut-sebut dan saya memang tak ambil pusing siapa yang mereka letak.

Jentera HalWa tetap akan bekerja berhabisan untuk memenangkan Cikgu Mala.

Dengar khabar juga apabila Cikgu Mala diumumkan sebagai calon PAS, semua pimpinan lelaki UMNO Labis dengan sendirinya tertolak kerana setiap seorang tidak ada sokongan solid kerana kononnya semuanya "tercalar imej" dan pihak lawan akan mendedahkan kelemahan dan kecacatan mereka sebagai calon.

Hanya orang UMNO Labis@Tenang sahaja yang tahu tercalar kerana apa. Tapi ketua wanita UMNO pun nampaknya tidak setanding Cikgu Mala. Keyakinan UMNO luntur walaupun dilubuk mereka sendiri yang sepatutnya mereka menang dengan mudah.

Kalau 60% dikatakan menyokong UMNO/BN, adatnya siapa sahaja yang diletakkan UMNO/BN sebagai calon pasti menang. PAS dikatakan mempunyai harapan tersangat tipis
.
Akhirnya mereka mengemukakan Azhar kerana Azhar dikatakan BERSIH dan agak rapat dengan orang bukan Melayu.

Malu besar UMNO Labis terpaksa ambil kakitangan kerajaan sebagai calon. UMNO bahagian ada, Wanita ada, Puteri ada, Pemuda pun ada… dok tak dok ambil mantan bendahari UMNO Labis (?). Pimpinan mereka dianggap TIDAK BERSIH.

Khabarnya juga Azhar agak keberatan untuk menjadi calon. Lebih selesa menjadi ADO. Gaji lumayan dan tidak perlu melayan rakyat dan ahli UMNO yang semua tahu hanya faham bahasa “fulus dan habuan”.

Hebat penangan Cikgu Mala yang sudah 13 tahun berkecimpung sebagai pendidik dan begitu prihatin dengan nasib masyarakat. Anak peneroka FELDA pula tu.

*** Dr Mariah melapor dari DUN Tenang

Umno akui kejayaan PAS


KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Tuan Guru berkata, walaupun kenyataan Isa berupa sindiran, namun sebenarnya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap konsep Islam telah berlaku dan membuktikan PAS telah berjaya membawa kebenaran agama itu pada golongan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan ‘kita’ (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam.

Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina.

Kata Tuan Guru lagi, perkembangan itu membuktikan kejayaan PAS sendiri dalam membentuk hubungan setia kawan dengan anggota parti lain.

“Tak semestinya masuk Islam, terima konsep atau dasarnya pun sudah cukup, tapi kalau nak menerima Islam lagi baik. Apa lagi Islam sampai di negara China lebih awal di Tanah Melayu,” ujarnya.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, sekiranya perkataan yang dikeluarkan dari mulut Isa Samad lahir dari hatinya yang tulus iaitu ‘orang muslim tak faham Islam’, memang wajar sekali dengan apa yang berlaku sekarang di mana orang Melayu Islam menerima perjuangan sekular BN.

“Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Tan Sri Isa itu membuktikan orang Melayu hanya beragama Islam pada adat, tetapi tidak tahu untuk menjadi orang muslim yang sebenar,” ujarnya.

Tambahnya, kerana tidak faham itu menyebabkan kecelaruan sering berlaku dalam masyarakat.

Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada mereka.

“Yang jadi masaalahnya Umno ni buat masjid tahu, tetapi untuk menerima penceramah di situ kena tapis, kena pohon kebenaran,” ujarnya. - Hrkh

Banyak Sangat Makan Duit Haram.. Itu Yang Bebal Sangat Tu..

Adun Pelabuhan Klang: ‘Saya sendiri tak faham . . .’

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.

Badrul Hisham yang dihubungi berkata beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

“Macam mana kata saya tidak hadir selama enam bulan, saya sendiri tidak faham . . . apa yang pasti saya tidak hadir kerana tidak sihat itupun pada bulan November sahaja,” katanya di sini hari ini.


Dipetik Bernama, beliau mendakwa telah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim termasuk memberikan surat pengesahan doktor.

Badrul Hisham yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menyerahkan kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada untuk menerima alasan Teng atau sebaliknya.

Badrul Hisham berkata beliau hanya mengetahui mengenai kekosongan kerusi yang disandangnya itu melalui berita di televisyen petang ini.

“Saya kini berada di Shah Alam dan belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu, sebarang maklumat lanjut saya akan panggil untuk sidang media,” katanya.

Teng dalam satu sidang media hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, 50, memenangi kerusi DUN itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang.

Pada 30 April lepas, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Janda Baik, Pahang.

Khalid Derhaka Kerana Ingin Kembalikan Kuasa Sultan - Bangang Betul Noh Omar

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menurut YB Saari Sugib,"Kalau ikutkan memang ada dikalangan ADUN BN yang berjanji akan mengundi pindaan tersebut,tetapi telah di beri amaran keras oleh YB Noh Omar dan barang siapa yang didapati mengundi maka pada PRU kelak nama mereka tidak akan dicalonkan kembali."katanya. Di sini


Sidang DUN: Jangan Salaherti Sultan Selangor Menyokong Mana-mana Pihak

SHAH ALAM, 19 Jan (Bernama) -- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Rabu bertitah bahawa tindakan baginda menandatangani proklamasi memanggil mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada 24 Jan ini jangan disalahertikan bahawa baginda menyokong mana-mana pihak.

"Beta telah menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat Dewan Negeri di bawah sub-peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri yang ditetapkan pada 24 Januari 2011," titah baginda dalam satu perutusan yang dikeluarkan hari ini.

Sultan Selangor bertitah proklamasi itu ditandatangani baginda selaras dengan kuasa dan tanggungjawab baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Baginda juga berharap agar mesyuarat dewan pada kali ini dapat dijalankan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

"Janganlah hendaknya perjalanan kuasa Beta menandatangani proklamasi ini disalahertikan bahawa Beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah Beta diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-mana pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab," titah Sultan Selangor.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar yang berasingan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda telah menerima draf pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan baginda telah meneliti cadangan pindaan itu.

"Walaubagaimanapun baginda menyerahkan kepada kebijaksanaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menilai sama ada pindaan tersebut wajar diterima untuk diluluskan ataupun tidak," kata Mohamad Munir.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini mencadangkan Perkara 52 Undang-undang Kerajaan Negeri dipinda bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar di dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri.

-- BERNAMA

BELUMPUN HARI PENAMAAN CALON,CIKGU MALA SUDAH DISERANG KIRI DAN KANAN

Hari penamaan calon masih berbaki tiga hari dan Umno hanya akan mengumumkan calon mereka hari ini.Tatkala Umno masih berteka-teki dalam soal calon,sama ada mencalonkan calon lelaki ataupun wanita,Pas sudah terkehadapan dalam meletakkan calon muslimat di Dun Tenang iaitu Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala.

Khabar angin di pihak Umno menampakkan lobi-melobi yang kuat terhadap dua nama calon iaitu wakil wanita iaitu Ketua Wanita Bahagian Labis,Haslinda Salleh selain nama ADO bagi Daerah Kecil Rengit,Azhar Ibrahim. Selain dua nama tersebut,nama Timbalan Ketua Umno Labis,Rusdin Mahmud dan Naib Ketuanya Hashim Daud turut diperkatakan orang untuk menjadi calon Umno di kerusi tersebut.Apapun,dalam masa beberapa jam sahaja daripada sekarang,lawan kepada calon Pas bakal terjawab di Tenang.

Apapun,Pas sebenarnya mempunyai kelebihan dalam tempoh berkempen kerana calonnya mempunyai masa yang lebih lama untuk berkempen semenjak namanya diumumkan Ahad lepas.Masuk hari ini,sudah tiga hari Cikgu Mala turun menemui para pengundi di Dun Tenang.Cikgu Mala yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Johor merupakan seorang anak peneroka tempatan selain mempunyai auranya yang tersendiri serta disenangi oleh pelbagai latarbelakang pengundi.Sepanjang dua hari tempoh berkempen secara tidak rasmi,Cikgu Mala telah berkunjung dari rumah ke rumah,dari kedai ke kedai untuk mengagihkan buah limau kepada mereka yang dijumpainya terutamanya golongan wanita di Dun Tenang.

Pada hari pertama kempen tidak rasminya Isnin lalu,Cikgu Mala yang tampil berjubah merah mempunyai personaliti yang menyenangkan semua pihak tetapi masih menjaga batas-batas seorang muslimah dalam Islam. Beliau bersama beberapa orang wakil muslimat Pas dan Ketua Wanita DAP,Chong Eng telah mengadakan sesi berkenalan di kawasan tumpuan ramai di kawasan Bandar Labis termasuk di pasar,pasar tani,kedai dan restoran.






Semalam pula,pada Hari Selasa,beliau menyambung semula kempen tidak rasminya di sekitar pekan dan di kawasan Felda termasuk menziarahi jenazah Allayarham Abdul Latif Subhi bin Mohd Din,Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang.


Kehadiran beliau semestinya memberi kesedaran kepada pengundi di kawasan Felda akan keperibadian calon Pas tersebut dalam berkhidmat.Tatkala hampir kesemua pemimpin Umno di Tenang meraikan Najib di Chemplak,para petugas Pas Pahang mengambil tanggungjawab menyempurnakan jenazah arwah.Lebih memilukan,Najib langsung tidak mengambil kesempatan untuk menziarahi arwah yang merupakan pejuang Umno di Tenang.Malah,Imam bertugas di masjid juga tidak dapat menunaikan kewajipannya menguruskan jenazah apabila terpaksa meraikan kedatangan Najib di Dun Tenang.Oleh itu,secara moralnya Pas telahpun menang di Dun Tenang kali ini.
Berbalik kepada isu yang ingin dibincangkan dalam artikel kali ini,kelihatannya Cikgu Mala bakal menghadapi usaha-usaha sabotaj tertentu daripada pihak tertentu dalam pilihanraya kali ini.

Pertamanya,suami beliau telah menghadapi arahan berpindah ke Johor Bahru serta merta dalam masa 24 jam selepas Cikgu Mala diumumkan sebagai calon Pas.Tindakan itu kononnya adalah disebabkan oleh ketidakbolehan suaminya yang juga seorang guru di Tenang tidak boleh mengawal isterinya daripada menyokong Pas.Walaubagaimanapun,isu ini reda setelah bantahan umum berlaku terhadap Pengarah Pelajaran Johor yang nyata lebih Umno daripada seorang Umno.
Keduanya pula, pihak saraf BN sedang mengatur strategi memburukkan imej Islam yang dibawa oleh beliau. Apa yang dimaksudkan ialah semasa calon berkenaan mengunjungi tempat awam termasuk pasar perhentian bas, lawatan rumah ke rumah dan sebagainya, dari kalangan yang ramai tersebut akan ada seorang atau beberapa orang lelaki yang sudah tentu bukan muhrim, berebut menghulurkan tangan untuk bersalam.
Mereka juga menyediakan kamera dan media seperti TV3 dan RTM untuk merakamkan peristiwa itu. Walau apapun reaksi Cikgu Mala terhadap lelaki-lelaki ini, pihak media akan memutar belit isu ini bagi mengelirukan pengundi dan orang ramai. Gambar itu bakal diulang tayang bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap bakal calon Pas ini.
Semua petugas Pas terutama muslimat, diingatkan agar berhati-hati dengan provokasi pihak BN yang sanggup berbuat apa sahaja. Mereka begitu terdesak dalam usaha memenangi kerusi Tenang yang sememangnya dilihat sebagai kubu kuat mereka.
Setakat ini,fitnah tersebut masih berjaya dielak oleh Cikgu Mala.Ternyata dalam tempoh beliau bertemu dengan penduduk setempat,beliau masih berjaya mengelak untuk bersalaman dengan mana-mana lelaki dan pertemuannya dengan mana-mana lelaki sentiasa diiringi oleh suami dan wakil muslimat.Syabas,Cikgu Mala.
ditemani suami

Gaya tangannya ketika memberi buah
kepada lelaki untuk mengelakkan berjabat salam

sentiasa ditemani ketika bertemu
pengundi lelaki
Selain itu,usaha-usaha memburukkan Cikgu Mala di internet juga turut berlaku terutamanya oleh pejuang maya tegar Umno di internet.Mereka kelihatannya sanggup menyamakan Cikgu Mala sebagai Amina Wadud, wanita yang menjadi Imam di Amerika Syarikat semata-mata kerana Pas mencalonkan seorang wanita sebagai calon.



Mereka menganggap Cikgu Mala
tidak kenang budi

Sesungguhnya calon Pas di Dun Tenang,Cikgu Normala Sudirman mempunyai auranya yang tersendiri sebagai seorang calon di Dun Tenang.Pas mungkin tewas dalam pilihanraya kecil kali ini,tetapi Pas mungkin akan mampu membina asas yang kukuh untuk maju di Johor pada masa yang akan datang.

Cabaran Debat: Laporan Bernama Mengelirukan, Anwar tetap mahu berdebat dengan Najib isu rakyat!



Cabaran Debat: Laporan Bernama Mengelirukan

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato’ Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.




Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul “SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG” – ANWAR.

ANWAR IBRAHIM


DI bawah adalah surat rasmi jemputan debat Anwar Ibrahim kepada Najib Razak..sila klik untuk besarkan image..


Fitnah Adun Selinsing bakal keluar PAS

Blogger Umno ni memang CELAKA. Saja-saja suka-suka buat fitnah. Tujuannya tak lain melainkan nak naikkan hits. Memang cara mudah. Buat tajuk sensasi macam tu, tentu punya ramai yang akan melawat blog walaupun isi dalam tu bertaraf sampah, malah lebih busuk dari sampah.

Blogger TaipingMali tulis dalam blog dia:
YB adalah Adun Pas yang bakal keluar parti tidak lama lagi. Desas desus bertiup kencang di Bagan Serai. Ini adalah kerana isteri baru beliau seorang janda berusia 40 tahun adalah orang Umno. Hj Husin sentiasa bersama dengan isterinya ke majlis-majlis rasmi. Isterinya adalah pengikut kuat Umno dan difahamkan dia tidak menyertai Pas sebalik berusaha untuk membawa suaminya keluar dari Pas. - TaipingMali
Blogger Umno kebanyakkannya memang macam tu. Depa jenih tulis saja apa-apa yang rasa nak tulis. Buat andaian sendiri dan tulis dalam blog, walaupun andaian tu cukup lemah dan tanpa sebarang bukti. Nak bagi sedap lagi, mencarut la sapa-sapa yang patut, meneru puak-puak Umno masuk baca.

Tapi yang BANGANGnya TaipingMali ni, dia ingat semua pemimpin PAS macam pemimpin Umno kut, takut bini. Kalau pemimpin Umno takut bini aku memang tak heran pasai mungkin depa menghayati sungguh-saungguh selogan yang pernah dipopularkan oleh Dr. Mahathir satu masa dulu, "Kepimpinan Melalui Teladan."

Kalau betul macam ramai yang kata yang Najib takut kat bini dia, apa nak heran kalau pemimpin Umno pun takut kat bini. Tapi yang aku herannya, takkan dia nak kaitkan kaitkan penyakit tu kat pemimpin PAS pulak, tak sesuai langsung.

YB Husin Din, Adun Selingsing dah pun jawab dalam blog dia:
YB Husin menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan tersebut dan memaklumkan bahawa isteri beliau telahpun menjadi ahli PAS dan akan membawa mertua beliau untuk menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Ini bukanlah masanya untuk memikirkan keluar parti kerana jika betul ianya benar, kenapa tidak YB menerima tawaran wang ringit kerana YB pernah menerima tawaran RM 5 juta untuk bersama-sama UmNO ketika baru memenangi pilihanraya ke12 yang lalu.Ini jelas bahawa,isu YB Selinsing akan menyertai UmNo hanyalah propaganda UmNo sendiri untuk meraih simpati pengundi bagi menghadapi PRU 13. - Adun Selinsing
Lagi satu yang aku mushkilnya, masa isu "baiah talak tiga" hangat dulu, geng depa jugak yang tulis Adun-adun PAS ni sebenarnya teringin nak lompat parti tapi takut pasai ada "baiah talak tiga" tu. (aku pernah baca tapi tak ingat kat blog mana, cari tak jumpa lagi)

Takkan masa tu Adun ni takut masa ni dia boleh jadi berani pulak. Dah tentu la masa ni lagi Adun tu takut nak lompat pasai pasai kalau lompat masa ni dengan isteri baru tu pun tercerai automatik kalau dia lompat.

BANGANG punya blogger Umno. Andaian langsung tak boleh pakai. Dah la hari tu ajak debat lepas tu dia sendiri tak berani. Dah la PENAKUT, BANGANG pulak tu, kesian aku kat anak-anak murid dia ni...

Sumber gambar: Adun Gunung Semanggol

Lari lintang-pukang diserbu khalwat

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0120/Kosmo/Negara/ne_07.1.jpg

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
berita@kosmo.com.my

DUA gadis yang ditahan bersama dua lelaki disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kampung Lak Lok di Besut kelmarin.

BESUT - Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan kekasih masing-masing apabila rumah yang mereka jadikan sarang maksiat dan penagihan dadah di Kampung Lak Lok di sini diserbu sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Besut kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 2.40 petang itu, seorang daripada lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah untuk bersembunyi manakala rakannya yang berusia 29 tahun pula naik ke atas bumbung rumah tersebut.

Bagaimanapun, usaha kedua-dua lelaki itu untuk bersembunyi memakan diri apabila seorang suspek yang bersembunyi di atas bumbung terjatuh selepas atap yang dipijaknya pecah.

Selain suspek yang terjatuh itu dicekup, penguat kuasa dari pejabat agama itu turut menahan suspek yang bersembunyi di atas siling rumah dan dua gadis yang masing-masing berusia 17 tahun.

Rakyat teruja nak lihat Anwar 'demam' lepas debat

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Mohd Suhaimi Abdul Aziz mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak, supaya menerima pelawaan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai ‘Janji 100 hari Pakatan Rakyat’.

Dalam nada yang sinis, Suhaimi berkata, beliau percaya Perdana Menteri sepertimana yang dinyatakan baru-baru ini, mempunyai maklumat yang lengkap dan mampu berhadapan dengan hujah Ketua Pembangkang itu.

“Beliau (Najib) mempunyai ramai pegawai-pegawai khas, Jabatan dan Unit yang mampu memberikan input penting dalam perdebatan ini dan kami percaya di akhir debat nanti, akan ada seseorang yang demam’ sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Menurut Suhaimi, debat itu penting supaya rakyat boleh menilai hujah dan fakta yang dilontarkan antara beliau selaku Perdana Menteri yang mewakili kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

“Kami merasakan rakyat berhak mengetahui apakah kandungan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam buku Jingga benar-benar realistik ataupun retorik semata-mata. Perdana Menteri pula boleh mengemukakan hujah balas dengan mengemukakan apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh pembangkang selama ini terhadap rakyat,” kata Suhaimi dalam kenyataan media.

Tambahnya lagi, sepatutnya Perdana Menteri memandang isu perdebatan sesuatu yang baik kerana ia adalah amalan biasa di negara-negara maju bagi membuktikan siapa yang mampu memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

“Dengan perdebatan secara akademik, sihat, bernas, terbuka dan matang akan mampu membentuk budaya pemikiran positif dari kalangan rakyat Malaysia. Lagipun isu ini adalah penting yang melibatkan kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi turut membidas akhbar dan media kerajaan kerana tidak mampu memberikan jawapan tepat mengenai isu ini sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah diberikan ruang dan peluang bagi menjelaskan janji mereka.

Menurutnya lagi, perdebatan antara kedua tokoh negara ini bakal menjadi mercu tanda negara yang mengamalkan demokrasi yang sihat. Ia bakal memahat sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri mampu berhadapan dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat dan negaranya.

“Rakyat pula akan mengenang dan menghormati Perdana Menteri Malaysia sebagai PM yang paling ‘gentleman’, berjiwa rakyat, tidak beretorik, dan berjiwa besar sekiranya penerima pelawaan debat ini,” katanya.

AG Ada Agenda Selamatkan Si Buta Yang Tak Tertongkat Itu?

Dr Khir: Peguam negara arah saya diam

Dr Mohd Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam, setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke Dr Khir didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.

Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Sementara itu, menulis di blognya hari ini, Dr Mohd Khir berkata, buat masa ini beliau tidak akan menjawab kenyataan Faekah kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kesnya yang akan dibicarakan Jun nanti.

"Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya," katanya.

faekah husin selangor khir toyo 020810Dr Mohd Khir juga mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti yang didakwa Faekah.

"Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri," katanya.

"Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor."

Sehubungan itu, ADUN Sungai Panjang itu menyifatkan "serangan" daripada pejabat menteri besar padanya saya kali ini "tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta."

"Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan," sindirnya lagi dalam artikel berjudul 'Menyerang Si Buta yang Tidak Bertongkat'. -mk

Reading between the lines.

Apakah ada agenda tersembunyi Peguam Negara untuk menyelamatkan Khir Toyo dengan mengarahkannya supaya berdiam ekoran pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini?

Apakah dakwaan di mahkamah sebelum ini terhadap Khir hanya satu lagi "wayang"?

GB dah ulas sebelum ini, petikan:

Dakwa lepas lu dilepaskan jugak.

Alasan penghakiman nanti: tiada kes prima facie, atau pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi atau macam-macam lagi...

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman
Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris

dan ramai lagi.


Mana ada kes pemimpin UMNO yang pernah dihukum kerana rasuah oleh mahkamah walapun dah berpuloh diseret? -GB

Rasuah Secara "Tenang" Di Tenang

Belum mula penamaan calon, UMNO/BN sudah mula acara rasuah penduduk Felda dengan memberi tapak tanah kira-kira 500 lot tanah kepada Generasi Kedua Felda Johor. Usaha itu menunjukkan tindakkan yang cuba merasuah penduduk. Mengapa pemberian tanah ini disaat pilihan raya kecil bermula?

Harga 1 lot tanah itu bernilai kira-kira RM17,000 dengan nilai keseluruhan RM8.5 juta bagi menyediakan prasarana tersebut. Selain itu peruntukkan RM1.6 bilion akan dibelanjakan oleh Felda pada tahun ini atas nama membangunkan masyarakat peneroka di seluruh negara. Mengapa tiba-tiba umumkan demikian? sebelum ini tidak pula kecoh pasal peneroka?

Ini juga merupakan gula-gula yang ditabur kepada rakyat disaat kerajaan UMNO/BN tersentak dengan apa yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari mereka. Mereka cuba memperkudakan masyarakat Felda dengan menaburkan duit untuk meraih undi biar pun belum bermula kempen untuk mengundi.

UMNO/BN cuba untuk mengalihkan perhatian masyarakat Felda dengan mengatakan bahawa BN jugalah yang dapat mengubah hidup mereka dan tindakan mereka ini lebih kepada khurafat. Bagi BN, merekalah yang memberi nafas baru kepada Felda.

Boleh kita katakan kepada BN. BN sanggup buat apa sahaja asalkan rakyat menyokong mereka. Bagi mereka, tiada Tuhan mereka tidak kisah asalkan ada UMNO/BN. Itulah yang cuba ditanam oleh UMO/BN. Mereka menyempitkan pemikiran warga Felda dan memperbodohkan golongan Felda semat-mata untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Akhirnya Sekolah Agama Bertapak Di Putrajaya

1. Pemuda Putrajaya ingin mengucapkan tahniah diatas desakan dan usaha yang dilakukan oleh semua pihak termasuk PAS Kawasan dan Persatuan-persatuan penduduk di Putrajaya, maka Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama Putrajaya telah beropeasi bermula 1hb Januari yang lepas.

Sekolah Rendah Agama Putrajaya telah beroperasi sepenuhnya bangunan sendiri di Presint 9. Manakala, Sekolah Menengah Agama Putrajaya pula hanya beroperasi dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaaan Presint 11 (2).

Sesi pertama yang bermula pada 1hb Januari, hanya mengambil pelajar baru dari tingkatan satu dan hanya menghadkan kepada 3 kelas sahaja dengan seramai 15 orang kakitangan termasuk kakitangan am.

2. Pemuda Putrajaya melihat usaha ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda Pilihanraya Umum akan datang semakin hampir. Ini juga di lihat usaha terdesak daripada UMNO-BN bagi menghadapi Piliharaya Umum akan datang.

Ini kerana, tidak terdapat suatu perancangan teliti telah dilakukan oleh Tengku Adnan, selaku ahli Parlimen Putrajaya dan PihakPerbadanan Putrajaya bagi merealisasikan kewujudkan sekolah terbabit terutamanya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Malah menurut matlumat yang diperolehi, tiada suatu kawasan pun yang telah diwarta sebagai tapak untuk Sekolah tersebut.

3. Pemuda Putrajaya juga melihat usaha di atas hanyalah bersifat politik dan bukanlah bertujuan bagi melahirkan modal insan yang memahami Islam sebagai Ad-deen dan bukanlah bertujuan membentuk generasi muda Putrajaya yang mentaati Agama. Ini dapat dilihat dengan jelas kepada program Tahunan Belia yang diadakan di Putarajaya yang jauh tersasar dari kehendak Islam.

4. Pemuda Putrajaya juga melihat, bahawa usaha untuk mengadakan Sekolah tersebut lahir dari desakan yang pernah dikemukakan oleh PAS Kawasan disamping desakan yang diwujudkan oleh persatuan-persatuan penduduk di Putrajaya. Pemuda Putrajaya juga berkeyakinan penuh, bahawa pelan mewujudkan tapak kekal Sekolah Menengah Agama Putrajaya masih belum diputuskan lagi dan ini sudah pasti akan mengambil masa yang lebih lama, sebagaimana desakan yang pernah dikemukana terhadap Sekolah Rendah Agama.

5. Desakan untuk mengadakan Sekolah Agama Rakyat di Putrajaya telah diperjuangkan oleh PAS Kawasan Putrajaya semenjak tahun 2004 lagi, walau bagaimanapun, projek pecah tanah dan perlancaran hanya dilaksanakan selepas pilihanraya 2008 dan pengambilan pelajarnya hanya dapat dilaksanakan pada tahun ini, iaitu tahun di mana semua pihak menjangkakan Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung.

6. Kenyataan di atas dikuatkan lagi dengan kenyataan yang pernah disebut Tengku Adnan di dalam mesyuarat Perbandanan dan pertemuan dengan Ketua-ketua Blok dan Persatuan Penduduk. Pada tahun 2004, ketika mula-mula diutarakan tuntutan penduduk, beliau pernah menyatakan, bahawa dengan kehadiran Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Agama akan menjatuhkan imej Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Bertaraf Dunia. Pandangan sedemikian dilihat seolah-olah menghina Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

7. Walau bagaimanapun, Pemuda Putrajaya mengharapkan dengan ada Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, perkembangan Islam di Putrajaya akan dapat disebarluaskan kepada seluruh penduduk Putrajaya. Di samping itu juga, diharapkan agar memberi kesan yang baik kepada pendidikan Islam dan masa depan umat Islam disamping menangkis pandangan negatif kepada terhadap Islam

WAN ASRUL AFENDI MUHAMMAD
Ketua
Dewan Pemuda PAS Putrajaya

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .