Akhirnya UMNO/BN mengumumkan calon mereka untuk PRK NO5, DUN Tenang En Mohd Azhar Ibrahim yang juga ADO di Daerah Rengit.
Desas  desus di Labis mengatakan yang Azhar tidak tersenarai pun sebagai  bakal-bakal calon top 5 yang dikemukakan kepada Dato Seri Najib. Ada  yang kata nama beliau tidak tersenarai langsung. Walaupun bapanya pernah  menjadi ADUN Tenang dan kemudian dilantik sebagai Senator
Apabila PAS meletakkan Cikgu Mala, maka ramai menjangka Haslinda, Ketua Wanita UMNO Labis yang akan bertanding.
Malah  dengar cerita yang beliau juga sudah turun padang menganjurkan pelbagai  program dengan pengundi. Ramai lagi baris pimpinan UMNO Labis yang  disebut-sebut dan saya memang tak ambil pusing siapa yang mereka letak.
Jentera HalWa tetap akan bekerja berhabisan untuk memenangkan Cikgu Mala. Dengar  khabar juga apabila Cikgu Mala diumumkan sebagai calon PAS, semua  pimpinan lelaki UMNO Labis dengan sendirinya tertolak kerana setiap  seorang tidak ada sokongan solid kerana kononnya semuanya "tercalar  imej" dan pihak lawan akan mendedahkan kelemahan dan kecacatan mereka  sebagai calon.
Dengar  khabar juga apabila Cikgu Mala diumumkan sebagai calon PAS, semua  pimpinan lelaki UMNO Labis dengan sendirinya tertolak kerana setiap  seorang tidak ada sokongan solid kerana kononnya semuanya "tercalar  imej" dan pihak lawan akan mendedahkan kelemahan dan kecacatan mereka  sebagai calon.
Hanya orang UMNO Labis@Tenang sahaja yang tahu  tercalar kerana apa. Tapi ketua wanita UMNO pun nampaknya tidak  setanding Cikgu Mala. Keyakinan UMNO luntur walaupun dilubuk mereka  sendiri yang sepatutnya mereka menang dengan mudah.
Kalau 60%  dikatakan menyokong UMNO/BN, adatnya siapa sahaja yang diletakkan  UMNO/BN sebagai calon pasti menang. PAS dikatakan mempunyai harapan  tersangat tipis
.
Akhirnya mereka mengemukakan Azhar kerana Azhar dikatakan BERSIH dan agak rapat dengan orang bukan Melayu.
Malu  besar UMNO Labis terpaksa ambil kakitangan kerajaan sebagai calon. UMNO  bahagian ada, Wanita ada, Puteri ada, Pemuda pun ada… dok tak dok ambil  mantan bendahari UMNO Labis (?). Pimpinan mereka dianggap TIDAK BERSIH. 
Khabarnya juga Azhar agak keberatan untuk menjadi calon. Lebih  selesa menjadi ADO. Gaji lumayan dan tidak perlu melayan rakyat dan ahli  UMNO yang semua tahu hanya faham bahasa “fulus dan habuan”.
Hebat  penangan Cikgu Mala yang sudah 13 tahun berkecimpung sebagai pendidik  dan begitu prihatin dengan nasib masyarakat. Anak peneroka FELDA pula  tu.
*** Dr Mariah melapor dari DUN Tenang
 

 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
