1. Pemuda Putrajaya ingin mengucapkan  tahniah diatas desakan dan usaha yang dilakukan oleh semua pihak  termasuk PAS Kawasan dan Persatuan-persatuan penduduk di Putrajaya, maka  Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama Putrajaya telah  beropeasi bermula 1hb Januari yang lepas. 
Sekolah Rendah Agama  Putrajaya telah beroperasi sepenuhnya bangunan sendiri di Presint 9.  Manakala, Sekolah Menengah Agama Putrajaya pula hanya beroperasi dengan  menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaaan Presint 11 (2).     
Sesi pertama yang bermula pada 1hb  Januari, hanya mengambil pelajar baru dari tingkatan satu dan hanya  menghadkan kepada 3 kelas sahaja dengan seramai 15 orang kakitangan  termasuk kakitangan am.2.  Pemuda Putrajaya melihat usaha ini adalah sebahagian daripada  tanda-tanda Pilihanraya Umum akan datang semakin hampir. Ini juga di  lihat usaha terdesak daripada UMNO-BN bagi menghadapi Piliharaya Umum  akan datang.
Ini kerana, tidak terdapat suatu  perancangan teliti telah dilakukan oleh Tengku Adnan, selaku ahli  Parlimen Putrajaya dan PihakPerbadanan Putrajaya bagi merealisasikan  kewujudkan sekolah terbabit terutamanya Sekolah Menengah Kebangsaan  Agama Putrajaya. Malah menurut matlumat yang diperolehi, tiada suatu  kawasan pun yang telah diwarta sebagai tapak untuk Sekolah tersebut.
3.  Pemuda Putrajaya juga melihat usaha di atas hanyalah bersifat politik  dan bukanlah bertujuan bagi melahirkan modal insan yang memahami Islam  sebagai Ad-deen dan bukanlah bertujuan membentuk generasi muda Putrajaya  yang mentaati Agama. Ini dapat dilihat dengan jelas kepada program  Tahunan Belia yang diadakan di Putarajaya yang jauh tersasar dari  kehendak Islam.
4. Pemuda Putrajaya juga melihat, bahawa usaha  untuk mengadakan Sekolah tersebut lahir dari desakan yang pernah  dikemukakan oleh PAS Kawasan disamping desakan yang diwujudkan oleh  persatuan-persatuan penduduk di Putrajaya. Pemuda Putrajaya juga  berkeyakinan penuh, bahawa pelan mewujudkan tapak kekal Sekolah Menengah  Agama Putrajaya masih belum diputuskan lagi dan ini sudah pasti akan  mengambil masa yang lebih lama, sebagaimana desakan yang pernah  dikemukana terhadap Sekolah Rendah Agama.
5. Desakan untuk  mengadakan Sekolah Agama Rakyat di Putrajaya telah diperjuangkan oleh  PAS Kawasan Putrajaya semenjak tahun 2004 lagi, walau bagaimanapun,  projek pecah tanah dan perlancaran hanya dilaksanakan selepas  pilihanraya 2008 dan pengambilan pelajarnya hanya dapat dilaksanakan  pada tahun ini, iaitu tahun di mana semua pihak menjangkakan Pilihanraya  Umum ke 13 akan berlangsung.
6. Kenyataan di atas dikuatkan lagi  dengan kenyataan yang pernah disebut Tengku Adnan di dalam mesyuarat  Perbandanan dan pertemuan dengan Ketua-ketua Blok dan Persatuan  Penduduk.  Pada tahun 2004, ketika mula-mula diutarakan tuntutan  penduduk, beliau pernah menyatakan, bahawa dengan kehadiran Sekolah  Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Agama akan menjatuhkan imej Putrajaya  sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Bertaraf Dunia. Pandangan sedemikian  dilihat seolah-olah menghina Agama Islam sebagai agama rasmi  Persekutuan.
7. Walau bagaimanapun, Pemuda Putrajaya mengharapkan  dengan ada Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,  perkembangan Islam di Putrajaya akan dapat disebarluaskan kepada seluruh  penduduk Putrajaya. Di samping itu juga, diharapkan agar memberi kesan  yang baik kepada pendidikan Islam dan masa depan umat Islam disamping  menangkis pandangan negatif kepada terhadap Islam
WAN ASRUL AFENDI MUHAMMAD
Ketua
Dewan Pemuda PAS Putrajaya
 

 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
