Belum  mula penamaan calon, UMNO/BN sudah mula acara rasuah penduduk Felda  dengan memberi tapak tanah kira-kira 500 lot tanah kepada Generasi Kedua  Felda Johor. Usaha itu menunjukkan tindakkan yang cuba merasuah  penduduk. Mengapa pemberian tanah ini disaat pilihan raya kecil bermula?
Harga 1 lot tanah itu bernilai  kira-kira RM17,000 dengan nilai keseluruhan RM8.5 juta bagi menyediakan  prasarana tersebut. Selain itu peruntukkan RM1.6 bilion akan  dibelanjakan oleh Felda pada tahun ini atas nama membangunkan masyarakat  peneroka di seluruh negara. Mengapa tiba-tiba umumkan demikian? sebelum  ini tidak pula kecoh pasal peneroka?
Ini juga merupakan gula-gula  yang ditabur kepada rakyat disaat kerajaan UMNO/BN tersentak dengan apa  yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari mereka.  Mereka cuba memperkudakan masyarakat Felda dengan menaburkan duit untuk  meraih undi biar pun belum bermula kempen untuk mengundi.
UMNO/BN cuba untuk mengalihkan  perhatian masyarakat Felda dengan mengatakan bahawa BN jugalah yang  dapat mengubah hidup mereka dan tindakan mereka ini lebih kepada  khurafat. Bagi BN, merekalah yang memberi nafas baru kepada Felda.
Boleh kita katakan kepada BN. BN  sanggup buat apa sahaja asalkan rakyat menyokong mereka. Bagi mereka,  tiada Tuhan mereka tidak kisah asalkan ada UMNO/BN. Itulah yang cuba  ditanam oleh UMO/BN. Mereka menyempitkan pemikiran warga Felda dan  memperbodohkan golongan Felda semat-mata untuk mengaut keuntungan  semata-mata.
 

 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
