Ikuti Blog ini

Keputusan PRK Galas & Batu Sapi


Dikemaskinikn sentiasa. Sila refresh setiap 10 minit

Keputusan Pilihanraya kecil Galas Dan Batu Sapi

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangkakan keputusan rasmi pilihan raya kecil DUN Galas akan diumumkan sebelum jam 8 malam ini.

Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik Gua Musang hari ini, beliau turut menjangkakan peratusan sebenar keluar mengundi sehingga 82 peratus.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan peratusan yang diterima setakat ini sehingga 78 peratus tanpa jumlah daripada empat peti undi Orang Asli.


GALAS:

Allah dah tunjukkan mengenai kekalahan PAS/PR melalui ayat-ayat manzurahNya:

1) Eletrik Terputus Di Parlimen, Petanda "Kegelapan"
2) Isu Helikopter: Seperti Ada Perancangan Untuk BN Menang Majoriti Besar Di Galas
3) Ada coklat berulat
4) Tiang Gol Padang Pilihanraya Juga Akan Patah (updated)
5) Pejabat PAS Terbakar

Mengenai no.4, tiang gol patah, yang GB tafsirkan beberapa penipuan di dalam pilihanraya akibat SPR yang mengubah posisi tiang gol seperti penggunaan helikopter, menyerang wang zakat dan wang tambang PAS tapi membiarkan habuan RM250 yang diedarkan BN, sehingga tiang gol yang dialih-alihkan dan itu telah menyebabkan seorang pemantau pilihanraya(pegawai seranta) meninggal dunia selepas muntah darah hari ini. Dah pun GB ramalkan sebelum ini.


Hari ini "tiang gol" yang sentiasa di alih-alihkan oleh SPR pula untuk memberikan kemenangan kepada BN di dalam setiap kali padang pilihanraya akan patah juga dan ada yang terkorban disebabkannya!


Muhasabah Awwal:

Selain penipuan dan seumpamanya seperti yang GB telah nyatakan di dalam artikel-artikel di atas, dari sudut introspeksinya pula:

1) Pimpinan PAS tidak pro-aktif lagi semenjak masing-masing telah menang pilihanraya. Lebih banyak utamakan kuasa dan kekayaan diri. Malah ada yang memusuhi blogger. Tak pandang orang miskin dan orang marhain macam GB lagi. Ada yang dah takut untuk berdemo dan sebagainya.

2) Pemuda PAS sewaktu Ijtima Tarbawi menyisihkan golongan yang dituduhnya "erdogan". Hanya mengutamakan satu kelompok dalam parti. Atas pentas semasa perasmian cuma ternampak TG Hadi, Tuan Ibrahim, Abu Bakar Chik...

3) Muslimat dengan Briged Muslimat gagal. Gadis belasan tahun belum pandai untuk menerima seruan dari muslimat bertudung labuh. Puteri UMNO berjaya menyerang dan memikat gadis-gadis di Galas. Ini kenyataan.

4) Pemilihan PKR ada kesan. Selain dari PKR tidak membatalkan pemilihannya di musim kempen pilihanraya, Masyarakat Cina menolak kepimpinan Anwar dalam PR dan PKR. Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang PR menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu. Menolak Anwar yang dilihat terlalu berpihak kepada Azmin yang bagi mereka Azmin adalah waris ketuanan Melayu di dalam PKR. Zaid, sebagai calon liberal dalam PKR dihentam oleh Anwar. Kekalahan Shamsul Bahrin (pengurus kempen Azmin) di Port Dickson adalah bukti. Undi yang tinggi diperolehi oleh Tian Chua dan Gobala sbg calon Naib Presiden juga mengesahkannya. GB dah ulas di sini.

5) PAS perlu perbanyakkan aktiviti peningkatan ilmu pengurusan, ekonomi dan sebagainya. Perlu berlapang dada dengan krtikan dari golongan ilmuan. Ini tidak, Prof Dr Abd Aziz Bari kritik pun dibelasahnya balik. Apalah mentaliti kita terlalu sempit. Jangan hadkan welstanchaung hanya kepada kelompok "kita-kita" sahaja.

6) Banyak lagi...
**********************************************

KEPUTUSAN RASMI
PAS : 4134 BN 5324.
Majoriti : 1190


KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
PAS 3048, BN 3864. Majoriti 816

KEPUTUSAN TIDAK RASMI:
BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi.
PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi

7.15pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai.

Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pilihan raya umum lalu.


7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.

6.55pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1,250 undi manakala PAS memperolehi 1,258 undi.

6.45pm
Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi.

6.27pm BN mendahului di Galas dengan 114 undi di Kampung Batu Papan.


BATU SAPI

6.47pm

Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051
Yong Teck Lee (SAPP) - 1018
Ansari Abdullah (PKR) -1,709
Undi rosak - 420

6.45pm:

Linda Tsen (BN-PBS) - 3,226
Yong Teck Lee (SAPP) - 814
Ansari Abdullah (PKR) -1,269
Undi rosak - 420

6.40pm:

Linda Tsen (BN-PBS) - 2614
Yong Teck Lee (SAPP) - 622
Ansari Abdullah (PKR) -931
Undi rosak - 410

6.34pm Keputusan tidak rasmi

Linda Tsen (BN-PBS) - 1496
Yong Teck Lee (SAPP) - 422
Ansari Abdullah (PKR) -752
Undi rosak - 394

6.30pm: Keputusan tidak rasmi (3 saluran)

Linda Tsen (BN-PBS) - 514
Yong Teck Lee (SAPP) - 156
Ansari Abdullah (PKR) - 208

6.25pm: Keputusan tidak rasmi (2 saluran)

Linda Tsen (BN-PBS) - 266
Yong Teck Lee (SAPP) - 94
Ansari Abdullah (PKR) - 177

5.28pm: Keputusan tidak rasmi

Tronglit (pusat pengundi majoriti Bumiputera Islam) yang berakhir jam 3 petang:

Saluran 1:
Linda Tsen - 153
Yong Teck Lee - 14
Ansari Abdullah - 4

Lintas Lansung Dua PRK : Galas Dan Batu Sapi

Dikemaskinikan sentiasa. Refresh setiap 10 minit.

Lintas Lansung Dua Pilihanraya Kecil. DUN Galas Dan Parlimen Batu Sapi.

Di Galas - pilihan raya kecil yang disusuli dengan kemenangan sulung Kelantan menjulang Piala Malaysia Sabtu lalu, pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan menunaikan tanggungjawab untuk memlilih wakil rakyat baru bagi mengisi kekosongan ekoran kematian Che Hashim Sulaima meninggal dunia 27 September lepas.

PAS menganggap ia penting untuk mengekalkannya manakala BN pula mengamanahkan tugas rampas kerusi itu pada bahu Ketua Umno Gua Musang dan Ahli Parlimennya Tengku Razaleigh Hamzah.

Sementara itu, pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi menyaksikan saingan antara BN, calon PKR dan SAPP.


Cakap-cakap sudah mula kedengaran bahawa BN akan keciciran kerusi ini apabila keputusan diumumkan malam ini meskipun ia memperoleh kemenangan majoriti besar dua tahun lalu.

Kombinasi undi SAPP dan PKR dikatakan akan mengatasi populariti BN di Batu Sapi.

GALAS:


6.00pm Peratusan keluar mengundi di Galas menghampiri 80 peratus manakala di Batu Sapi, Sabah pula sekitar 61.47 peratus.

Ia mirip prestasi peratusan keluar mengundi pada 8 Mac 2008.

Maklumat diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peratusan keluar mengundi di Galas mencapai 77.73 peratus atau 8,980 orang.

Ia tidak termasuk status di pusat pengundian Pos Brooke, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Bihai dan Ladoi yang melibatkan Orang Asli.


5.30pm Bagi 4 peti undi Orang Asal iaitu daerah Belatim, Balar, Ladoi dan Bihai, kesemua peti berkenaan sudah tiba di tempat penjumlahan pukul 2.15 petang tadi.

Jumlah yang keluar mengundi di daerah berkenaan tidak dapat diketahui kerana menurut Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas, tiada talian telefon di kawasan tersebut.

5.30pm Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid berkata SPR akan mula mengumumkan keputusan bagi sebanyak 177 pengundi pos diikuti keputusan bagi empat peti undi Orang Asli.


5.10pm Pengiraan undi akan bermula lagi sejam setengah.

5.00pm Masa mengundi tamat.

4.55pm: Di Sek Keb Tengku Indra Petra 1 kelihatan penyokong kedua-dua parti masih setia menunggu sehingga pusat membuang undi ditutup pada jam 5 petang ini.

4.45pm Kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi dijangka mencapai peratusan keluar mengundi yang direkodkan pada 8 Mac 2008 berdasarkan prestasi setakat 4 petang tadi.

4.41pm Sehingga jam 4.30 petang, 64.5 peratus pengundi sudah keluar membuang undi di Sek Men Keb tg Indra Petra. Perayu undi UMNO-BN makin berkurangan meskipun masa pengundian berbaki tidak sampai setengah jam manakala perayu undi PAS setia menunggu sehingga ke saat-saat akhir pengundian.

4.28pm Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

Peratusan ini tidak termasuk pusat pengundian di pos Brooke, Belatim, Balar, Bihar dan Ladoi.

3.57pm Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.

3.40pm Penyokong kedua-dua belah parti kelihatan kepenatan tetapi penyokong PAS masih bersemangat dan sanggup menunggu hingga masa tamat sesi membuang undi pada pukul 5 petang ini

3.38pm Sebanyak 76.23 peratus telah keluar mengundi setakat jam 3 petang tadi

3.33pm Sek Keb Gua Musang, Gua Musang Lama berada dalam keadan terkawal. penyokong berselawat dan bertakbir dan tiada kekecohan dilaporkan.


3.24pm Di Sungai Terah, 400 pengundi masih belum keluar mengundi, lapor beberapa penduduk setempat. Insiden ini tidak diketahui puncanya dan dikhuatiri mereka takut untuk keluar mengundi.

2.30pm: Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abd Rahman sedang mengadakan sidang media di pusat operasi PAS.

Beliau memohon SPR menjelaskan tiga kes berkaitan kertas undi yang tidak dicetak logo parti, dan hanya ada nama sahaja. Malah paling teruk, salah satu darinya mempunyai logo BN tapi tiada logo PAS.

Ulasan GB: Perlu ada tindakan susulan selepas ini terutama dari pucuk pimpinan parti dan juga ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat.

2.16pm TGNA berasa amat berdukacita dengan pengurusan SPR yang tidak telus, kertas undi tiada lambang parti yang bertanding. Apa maknanya? Bersama ini disertakan laporan Polis pengundi yang terima kertas undi tanpa lambang parti yang bertanding. Sila klik gambar sebelah untuk pembesaran.

Sidang akhbar khas diadakan mengenai isu ini. Blog GB telah pun menyiarkan hal ini pagi tadi. Ia berlaku di dua UPU iaitu UPU Sg. terah dan UPU Bandar Baru.

Petikan:

11.55 am Tembelang SPR pecah. Wujud penipuan kertas undi oleh SPR di 2 Pusat Mengundi - UPU Sg Terah & UPU Bandar Baru - kertas undi tidak mempunyai lambang parti yg mengelirukan pengundi. Dalam proses laporan polis sekarang. SPR pasti akan bagi pelbagai alasan.


2.31pm Sidang Akhbar Khas PAS akan diadakan di Bilik Operasi Pilihan Raya PAS, 8301 Wisma Sri Galas sebentar lagi

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

1.50pm: Suasana sekitar tempat pembuangan undi mula lengang. Kedua dua penyokong juga makin berkurangan.


1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

1.00pm: 4 pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ditutup pada 1 tengah hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

4 pusat pengundian yang ditutup itu ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar atas faktor semua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter.

12.50pm: lebih 300 orang pengundi luar kini sedang berkumpul di Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati sedang mendaftar nama untuk mengambil wang pulang mengundi. Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Beberapa orang yang ditemui mengesahkan menerima RM250 seorang.


12.38pm YB Fatah Mahmud dan YB Zaki turut hadir di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

Turut kelihatan Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yaacob, YB Zaki Ibrahim, YB Nasaruddin Md Isa dan Dr Mariah di pusat pengundian Sek Men Keb Tg Indra Putra.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi.


12.00pm Yang boleh membimbangkan PAS kini ialah undi masyarakat orang asli. Kebanyakannya telah datang dengan berbaju merah - pakaian rasmi UMNO BN di PRK Galas. Mereka seperti mengikut arahan pihak tertentu.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.


11.55 am
Tembelang SPR pecah. Wujud penipuan kertas undi oleh SPR di 2 Pusat Mengundi - UPU Sg Terah & UPU Bandar Baru - kertas undi tidak mempunyai lambang parti yg mengelirukan pengundi. Dalam proses laporan polis sekarang.

11.50am: Seorang anggota polis menyifatkan suasana pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai sebagai paling aman.

Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sini. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.


11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).


11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.31am: Cuaca di Galas mulai cerah. Dijangka pengundi lebih ramai keluar sesi petang ini.

"Orang tak ramai lagi pagi ni sebab orang sini keje sendiri pagi ni, petang ramai la ni," kata seorang pengundi di sini.

11.30am Setakat ini belum ada laporan dari mana-mana pihak tentang ke mana Ku Li sebagai pengarah jentera operasi pilihanraya UMNO-BN menghilang?

11.20am Penyokong PAS terus menaikkan banner untuk menjawab tuduhan-tuduhan UMNO BN mengenai isu wang zakat kepada muaallaf.

UMNO BN yang terang-terangan memberi rasuah dipejamkan mata sedangkan TGNA menghulurkan zakat kepada orang Asli yang baru memeluk agama Islam dituduh sebagai sogokan.

Hal ini telah GB ulas di SINI.

11.10am Penyokong PAS masih setia dan terus berusaha untuk meraih sokongan untuk calon PAS.

11.00am: Pondok panas PAS di kawasan luar SK Seri Wangi penung dengan pengundi yang mahu mendapatkan maklumat pengundian.

10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.

10.56am Di Pusat Pengundian Sek Men Indra Putra Gua Musang, YB Dr Siti Mariah melaporkan - Suhakam telah mendirikan khemah dan pusat aduan ramai bagi mengawasi perjalanan pilihanraya kali supa dijalankan dengan telus dan adil. Baguslah mereka datang dan teruskan ditempat lain, kita mahu keadilan ditegakkan dan ada lah tempat mengadu.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli iaitu Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi.

10.45am Ketika para petugas PAS sibuk menjalankan tugas mereka di Galas dan Batu Sapi, tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut pula terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Dilaporkan kebakaran itu tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh Bomba dan Penyelamat.

Berita ini memeranjatkan dan GB amat hairan dengan kejadian tersebut. Apakah ...

Walau apapun berita mengenai kebakaran ini akan dikemaskini dan diulas kemudian.

10.15am Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

10.14am Di Sg Terah, Naib Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.31am Isteri calon PAS bergambar bersama penyokong PAS di Kg Pulai.

Bernama pula melaporkan adanya pergaduhan kononnya dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, didakwa sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.

Walaubagaimana pun laporan Bernama yang sentiasa senget sebelah itu tidak akan dipercayai oeh rakyat kerana ternyata di dalam manpa-mana PRK penyokong UMNO BN yang keterlaluan.

10.30am Kelihatan TGNA diwawancara oleh stesyen TV Astro Awani sebentar tadi. Beliau menyeru semua penyokong supaya tidak terlibat dengan sebarang percubaan provokasi. "PAS sudah membuktikan yang kita bukan parti yang buat kacau. Kita bergerak secara 'wasata' (tepat)".

10.20am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

10.12am Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad melawat pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

Kiri kanan jalan menuju ke pusat pembuangan undi para penyokong mengibarkan banner. Antaranya muslimat memegang poster "Minyak Naik Lagi?"

Calon PAS tiba di pusat pengundian Sek Keb Lepan Jaya, Lepan Tupai. Di sini jalanraya agak sesak memandangkan bentuk muka bumi yang berbukit. Walaupun kabus yang tebal di kawasan ini memberi kesejukan, namun suasana penyokong di sini lebih hangat berbanding di pusat-pusat pengundian lain.

10.10am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

10.06 am Masyarakat Tionghua turut bersama menyambut pengundi dengan memegang bendera dan poster calon PAS di Galas

10.04am: Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".

10.02am: Berlaku sedikit kekecohan di sini apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

10.00am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.

9.55 am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asl

9.53 am Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Calon PAS dan isteri berada di Kg. Pulai. Di Sek Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang cawangan Pulai ini hanya ada satu saluran sahaja.

9.49 am Calon sudah sampai di pusat pengundia Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya, Lepan Tupai dengan diiringi oleh Tuan Guru Dato Bentara Setia, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Dato' Anuar Tan. Suasana peraih undi dan penyokong masih terkawal.

9.47 am Calon PAS yakin kemenangan berpihak kepada parti Islam, Insya Allah.

Beliau ketika diusik oleh pengundi tentang kesihatannya berkata, "Alhamdulillah, saya sudah semakin kurus sekarang," jawabnya sambil tersenyum.

9.27 am Calon PAS sudah tiba ke pusat pengundian Sek Keb Seri Wangi. Suasana terkawal walaupun terdapat sedikit perang mulut antara kedua-dua penyokong.

Calon BN Abdul Aziz juga tiba di Sek Keb Seri Wangi.

9.20 am Bilangan penyokong PAS mendahului penyokong UMNO. Mereka datang daripada segenap pelosok negeri dan mula membanjiri pintu masuk pusat-pusat pengundian. Masing-masing dengan baju, topi, payung dan pakaian berlogo PAS. Kebanjiran penyokong dengan laungan takbir dan aksesori ini memeriahkan suasana pilihanraya

9.15 am Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam.

Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak.

"PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

9.06 am Penyokong Umno membuat kecoh di hadapan Sek Tg Indera Petra dengan kata-kata provokasi. Penyokong PAS melaungkan takbir dan ada pihak cuba meleraikan keadaan

9.01 am Cuaca mendung hari ini tidak membataskan perjalanan calon melawat pusat-pusat pengundian. Sekarang ini calon sudah calon PAS sudah tiba di Sekolah Tengku Indera Petra dan menegur sapa pengundi-pengundi di sana. Keikhlasan beliau berjabat tangan dan memesrai rakyat disenangi olah ramai pihak. Tiada pertengkaran dilaporkan di sana sehingga kini.

8.46 am Isteri calon, Puan Zainab Jalar baru selesai membuang undi dengan ditemani oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed di Sek Jenis Kebangsaan (C) Gua Musang, Kg Bharu.

8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

8.26 am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25 am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS

8.10 am: Calon bersama Menteri Besar beredar dari pusat pembuangan undi di sini dan akan ke Sek Cina di Kampung Baru.

7.55 am: Tok Guru Nik Aziz dan Dr Zul sudah sampai di Sungai Terah. Berhenti di Masjid Sg Terah bersebelah dengan Sek Keb Tg Mohd Faqry Petra untuk menunaikan solat Hajat

7.40 am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dijangka melawat tempat pembuangan undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

Turut serta menemaninya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


BATU SAPI

10.24am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tiba dengan diiringi oleh Ketua Menteri, Sabah, Datuk Seri Musa Aman, di SMK Agama.

Beliau bergegas meninggalkan pusat itu dan dijadual mengadakan sidang media di ibu pejabat polis di Sandakan pada jam 1 petang nanti.

10.29am: Jumlah keluar mengundi sehingga jam 10 pagi adalah 23.05 peratus atau 5,897 orang.

10.03am: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SMK Agama di Taman Mawar dengan pegawainya untuk memantau perkembangan di pusat pengundian.

9.56am: Calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin tiba di perhentian pertamanya diSMK Agama di Taman Mawar, dengan diiringi naib presiden PBS, Dr Yee Moh Chai dan ADUN Sekong Samsudin Yahya.

Dengan tenang, Tsen yang dikerumuni wartawan berkata dia berpuas hati dengan jumlah pengundi yang keluar.

"Ini membawa balik kenangan lama apabila saya mengiringi mendiang suami saya melawat pusat pengundian,” katanya.

9.24am: Presiden Sapp yang juga calon Batu Sapi, Datuk Yong Teck Lee berkata beliau optimistik dengan peluangnya pada pilihan raya hari ini.

"Keputusan dijangka sengit tapi saya yakin (akan menang).”

Yong membidas BN dan Pakatan Rakyat yang didakwanya menakut-nakutkan pengundi dengan jerita slogan mereka serta kibaran bendera parti.

"Ini bukan budaya di sini. Jika pengundi dijerit, ini akan menakutkan mereka,” katanya.

9.40 am Berlaku kesesakan jalan raya di sepanjang Jalan Batu Sapi, menuju ke pusat pengundian. Ia akibat kenderaan termasuk bas mini yang digunakan bagi menurunkan pengundi. Pihak polis sibuk mengarahkan lalu lintas di beberapa persimpangan tetapi keadaan masih belum pulih.

9.35 am Pengundi-pengundi tiba untuk membuang undi pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Segaliud, Sandakan, pagi ini

9.30 am Keadaan cuaca cerah dan pasukan keselamatan di tempatkan di luar perkarangan tempat mengundi bagi memastikan tiada keadaan tidak diingini berlaku.

8.41 am Yong Teck Lee tiba kawasan pengundian pertama di SMK Agama Taman Mawar. Beliau, seperti pencabarnya Linda Tsen Thau Lin dan and Ansari Abdullah, bukan pemilih di kawasan tersebut.

Cuaca baik mengiringi pemilih bagi membuat keputusan di 12 pusat pembuangan undi DUN bawah parlimen Sandakan, Sabah.

Kesesakan jalan raya mula berlaku di depan pusat pengundian SMK agama di Taman Mawar apabila pemilih bula bergerak.

Bagi DUN ini, berlaku pertembungan tiga penjuru antara calob Linda Tsen Thau Lin (BN), Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR)

Daripada 12 pusat pengundian, dua akan ditutup lebih awal - satu pada jam 3 petang dan satu lagi pada jam 4 petang - disebabkan jumlah pemilih yang kecil di kawasan tersebut. Semua peti undi lain ditutup pada jam 5 petang.

Sebelas sekolah dipilih sebagai tempat pengundian manakala sebuah lagi perpustakaan daerah digunakan.

Update Galas : Sah undi Umno ke PAS

Sepenuhnya di sini.

Ada diantara mereka yang keluar dari perjuangan yang terkinja-kinja dan tidak bermaruah ini kepada perjuangan yang lebih bermatlamat dan menuju jalan Allah.

Seperti yang ditunjukkan oleh Muslimat PAS ini, rupanya gaya, ketenangan dan displin anda diperhatikan juga oleh Puteri Umno yang kini memberikan 2 undi (termasuk suami) Confirm kepada PAS. Jalan menuju kemenangan.

Video : Suasana di Galas pagi ini..



Berikut pula adalah rakaman Video.. khas buat penyokong Pakatan Rakyat yang tidak dapat menghadirkan diri ke Galas...



Kesemua rakaman video adalah hasil usaha murni Tuan Panzer UO yang kini berada di sana.. semoga usahanya diberkati Allah..





LIVE FROM GALAS AND BATU SAPI


Pejabat Agung PAS terbakar

Tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Menurut HarakahDaily, kebakaran itu bagaimanapun, tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Ketika ini, kebanyakan petugas dan kakitangan pejabat PAS dilaporkan berada di Galas, Gua Musang dan juga di Batu Sapi, Sandakan untuk pengundian pilihan raya kecil hari ini.

Ceramah Terakhir Di Perkampungan Cina Kg. Pulai PRK Galas

Malam tadi ceramah terakhir pemimpin pakatan rakyat di Kg. Pulai, turut berceramah 2 Adun DAP P.Pinang, Adun Bahau dan Adun dari Pahang serta Timbalan dan Naib Pengurusi DAP Pahang.

SONY DSCgambar siang semalam di kg pulai Pos Pas bersebelahan dengan Tokong Cina di Kg. Pulai

SONY DSCDengan alasan membaiki TNB, lampu jalan di kampung ini bergelap dan sekali blackout line tempat ceramah, hujan lebat tak ramai yang hadir, di samping itu Umno BN mengangkut orang Cina di sini ke majlis jamuan teh percuma di Bandar Lu Musang.

KOTAK UNDI ORANG ASLI MAU DI BAWA LARI

GUA MUSANG — PAS menyerahkan surat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang ini berhubung keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli — yang mempunyai 942 pengundi — tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.

Surat bantahan itu diserahkan wakil calon PAS pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas Abdullah Hussein kira-kira pukul 3 petang tadi.

Turut hadir peguam Asmuni Awi dan surat tersebut diserahkan kepada Penolong Pegawai Pengurus Muhammad Yusof Hassan.

PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad manakala Barisan Nasional (BN) memilih Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff pada pilihan raya kecil Galas.

“Saya selaku wakil pilihan raya kepada Dr Zul (Zulkefli) dengan ini membantah dan menuntut supaya pengiraan undi bagi undi yang dibuang di kesemua pusat mengundi hendaklah dilakukan atau dikira di tempat di mana undi-undi itu dibuang,” kata Abdullah selepas menyerahkan surat bantahan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini.

Ejen calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menyerahkan surat bantahan proses kira undi Orang Asli kepada SPR di Gua Musang petang tadi. – Gambar oleh Choo Choy May
Dalam surat bantahan itu, menurut Abdullah, pihaknya tidak nampak kewajaran mengapa pengiraan undi itu tidak dapat dilakukan di pusat-pusat di mana undi-undi tersebut dibuang.

“Jumlah pemilih di kesemua Daerah Mengundi yang terlibat terlalu kecil jumlahnya iaitu antara 160 hingga 278 orang. Oleh itu masa yang diperlukan untuk proses pengiraan adalah pendek iaitu kurang dari dua jam termasuk proses pengiraan semula.

“Waktu mengundi di kesemua Daerah Mengundi tersebut ditutup jauh lebih awal iaitu pukul 1 tengah hari berbanding pusat-pusat mengundi lain.

“Oleh itu proses pengiraan boleh dilakukan seawal 1.30 tengah hari dan selesai selewat-lewatnya pukul 3 petang.

“Oleh itu tidak timbul masalah kelewatan untuk membawa keputusan tersebut dan kertas-kertas undi yang telah dikira ke pusat penjumlahan oleh kerana proses pengiraan telah selesai,” katanya.

Malah Abdullah berkata sekiranya kertas-kertas undi dibawa keluar dengan helikopter untuk pengiraan kaedah yang sama boleh digunakan untuk membawa keluar keputusan dan kertas undi yang telah dikira.

“Membawa keluar kertas undi untuk pengiraan di tempat lain dari pusat-pusat membuang undi akan menimbulkan kesukaran kepada ejen pengiraan calon.

“Intergriti pihak SPR sendiri akan tercalar kerana beberapa kontroversi yang akan timbul sekiranya pengiraan undi tersebut dilakukan di tempat lain selain dari pusat mengundi,” katanya.

Awal pagi ini Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata pihaknya mempunyai kuasa dalam menentukan tempat mengira undi sama ada di pusat-pusat pengundian ataupun di tempat lain termasuk pusat penjumlahan undi jika difikirkan perlu dalam kes-kes khas.

Sambil menasihatkan mana-mana pihak tidak bimbang, Noordin berkata, langkah sedemikian diambil dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Sehubungan itu, SPR memberi jaminan kepada PAS bahawa tiada penipuan akan berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi DUN Galas membabitkan empat kawasan Orang Asli yang didakwa PAS semalam.

“SPR mempunyai kuasa untuk tentukan macam mana nak kira kertas undi.

“Dalam isu Orang Asli ini, kita bawa balik ke pusat penjumlahan kertas undi selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk cuaca.

“Kalau cuaca sekarang yang tidak menentu dan hujan, kalau kira di sana, bila masa baru kita akan balik ke sini. Bukankah ia akan lebih melambatkan?” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

Petang semalam, PAS menggesa SPR mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.

Malah Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata SPR tidak mempunyai sebarang alasan untuk membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli.

“Apa halangan kalau ia dikira di sana? Saya tidak nampak apa halangannya pun.

“Kalau dibawa dengan helikopter kita syaki hal-hal diingini akan berlaku. Lagipun peti undi di sana tutup pukul 1 tengah hari, bukan banyak pun nak kira.

“Alasan yang diberikan SPR itu amat diragui,” kata Halim pada sidang media Markas Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di sini pagi tadi.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Penduduk India ikrar pertahan PAS di Galas

GUA MUSANG : Impian Umno merampas semula Dun Galas dianggap menemui jalan buntu apabila masyarakat bukan Islam kini semakin berani menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Malah Umno dan MIC dikatakan hanya mampu mempertahankan tidak sampai suku daripada 185 jumlah pengundi di kalangan kaum India.

Sokongan terbuka dapat dilihat apabila sebahagian besar penduduk India yang tinggal di Taman Bunga Tropika mendirikan pos di tepi jalan menghala ke Kuala Betis.

Pos tersebut didirikan pada hari penamaan calon. Dan setiap malam selepas balik dari kerja mereka berkumpul beramai-ramai. Pos terbabit dilengkapkan dengan lampu kelip-kelip dan spot light.

Sebelum ini, kira-kira 200 penduduk India diraikan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa sempena menyambut Hari Deepavali, 5 November ini.

Kehadiran Husam bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman disambut penduduk India di taman perumahan tersebut.

Hadir sama Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan Pegawai Penerangan Urusetia, Tharuman a/l Arjunan.

Pada majlis itu penduduk India yang hadir berikrar mengekalkan kemenangan PAS di Dun berkenaan sebagai hadiah sempena Hari Deepavali.

“Kita akan merayakan kemenangan ini bersama-sama, tidak ada sebab kita perlu menolak kerajaan PAS setelah pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan negeri untuk kami,” ujar seorang penduduk, P. Rathakrishnan.

Ketika ditemui beliau mengaku Allahyarham Chek Hashim Sulaima banyak berjasa kepada penduduk di Dun Galas.

Seorang lagi penduduk, P Parasuraman mengakui kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat India.

Pada majlis itu juga seramai 140 warga emas diraikan sempena program di ambang Deepavali. Mereka menerima hamper disampaikan Husam. Selain itu mereka turut dijamu BBQ.

Sementara itu di majlis berasingan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Dun Galas begitu unik kerana mempunyai empat bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asal.

Berucap pada ceramah di Padang Bola, Bandar Baharu malam tadi katanya, melalui gabungan empat bangsa itu peluang cerah rakyat Dun Galas bagi mencipta sejarah baru politik negara.

“Moral politik di Galas membawa makna yang besar kepada rakyat di negara ini untuk merubah pentadbiran negara pada pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Turut hadir pada ceramah tersebut Ketua Menteri Melaka, Lim Guan Eng dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .