Ikuti Blog ini

Isu Air: Kekejaman Kerajaan Setan Terhadap Kelantan


Untuk pengetahuan, antara punca masalah air yang timbul di kelantan ialah penafian hak Bantuan Peruntukan dari Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri, ia diberikan selepas 13 tahun PAS mentadbir Kelantan, dan itupun dalam bentuk pinjaman sebanyak RM600 juta.

Berbeza dengan Negeri-Negeri Barisan Nasional, di Johor, bukan pinjaman yang diberikan, sebaliknya Johor menerima geran sebanyak 2 billion. Geran adalah secara percuma dan tidak perlu dibayar balik sebagaimana pinjaman yang diberi pada kerajaan negeri Kelantan. Dalam bantuan penuh inipun, masalah air tetap berlaku di Negeri Barisan Nasional.orang2 bodoh memang nak kena lempang... -asrol

Lagi kawasan Felda di Pahang tiada air di hari raya

Hamba Allah, Terengganu,

Saya pulang berhari raya di daerah Bera baru baru ini iaitu di kawasan Felda Bukit Mendi dan Felda Bukit Puchong juga tiada air paip pada sehari sebelum hari raya hingga hari raya pertama dan kedua.

Hasrat untuk bercuti selama 5 hari di Felda Bukit Mendi terpaksa dipendekkan kepada 3 hari sahaja berikutan tiada air paip.

Masalah ini sudah lama berlaku sejak saya berkahwin pada 1990 masalah ini tidak diatasi oleh kerajaan. 2 hari tidak dapat mandi, membasuh dan sebagainya.
-HD



Yang ini pencacai setan yang cuba menipu:

Syaitan: Dr Haron Din sanggah Dr Mahathir


SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  wartawan  hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”. -Hrkh

(Eksklusif) Ikhlas Untuk UMNO / BARISAN NASIONAL BN - Ustaz Azhar Idrus



SOALAN

Saya orang biru ,orang hijau sokmo kata saya sesat minta penjelasan kut mana saya sesat.

JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS

Manusia sesat bukan pada warna dan bukan atas lambang , ada orang marah sangat tengok bulan bintang, gitu juga orang Pas marah sangat pada warna biru, sedangkan warna biru warna Allah warna langit.

"Barang siapa yang tak mahu mengikut perentah Allah dan Rasul maka sesungguhnya dia telah pun sesat sangat terang" Allah dan Rasul suruh buat sesuatu tetapi manusia ingkar ,contoh dalam perlembagaan Malaysia menyebut tidak akan melaksanakan hukum Quran dan Hadis kerana mahu ikut undang Lord Reid [undang undang manusia].

Bila kita ikut undang2 manuisa dan ingkar undang undang Allah maka manusia akan sesat, situ sahaja, asas agama pun dan sesat maka cabang cabang yang lain pun habis sesat berlaka.

Contoh kerajaan membenarkan judi dan arak, sepatutnya kerajaan yang memerentah harus menolak amalan syaitan, tetapi kerajaan yang ada sekarang telah membuat tempat orang untuk berjudi [Genting] dan kilang arak.

Kerajaan yang menbenarkan arak dan judi atau kerajaan yang membenar kerja kerja syaitan maka kerajaan itu Syaitan.Siapa yang suka kerajaan syaitan maka dia pun syaitan, tak kira di mana mana pun di Mongolia atau Jepun ini umum bukan di tuju pada kerajaan Malaysia je.

Duit punya pasal kita sanggup bersama Syaitan dalam kesesatan. Jadi kita kena dakwah kepada pemimpin yang ada sekarang agar kembali ke pangkal jalan, kerana Tuhan kita satu nabi kita satu jangan marah la itu sahaja..

NGERI- LALUAN YANG DIPERBUAT DARIPADA KACA DI GUNUNG TIANMEN


http://4.bp.blogspot.com/-sa_I-PW9LpI/T2QrUqyz6eI/AAAAAAAAI48/yWTcB03W9_E/s1600/Glass%2BSkywalk%2Bin%2BTianmen%2BMountain%2B%25281%2529.jpg

Untuk melalui laluan kaca dengan ketebalan 2.5 inci dan lebar 3 kaki ini, pengunjung perlu menyarungkan kasut mereka dengan kain yang disediakan khas mungkin untuk mengelakkan kerosakan pada laluan tersebut.


http://3.bp.blogspot.com/-7lxBXGBmMcs/T2Qr5uUe6oI/AAAAAAAAI5s/EZ2nIVNnW-Q/s1600/Glass%2BSkywalk%2Bin%2BTianmen%2BMountain%2B%25282%2529.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-ELGfMOsNrJE/T2Qr44bxyGI/AAAAAAAAI5I/NFMvSsaElAU/s1600/Glass%2BSkywalk%2Bin%2BTianmen%2BMountain%2B%25283%2529.jpg

SUMBER

EDISI CAPATI: Cara UMNO-BN Menyambut Janji Ditepati

Bagi meramaikan hadirin yang menyertai ‘Himpunan Janji Ditepati’ sempena sambutan hari kemerdekaan ke 55 ini, berbagai cara digunakan kerajaan UMNO/BN. Selain dari ribuan SMS yang dihantar secara rawak kepada nombor HP yang pemiliknya diyakini berada disekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor.. kerahan tenaga juga dilakukan.

Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan. Satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang. “T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta,” kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti. “Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan.”  Peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari.

Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kerajaan UMNO/BN. 

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa semua Pegawai dan Kakitangan DBKL adalah dikerahkan untuk hadir ke ‘Himpunan Janji Ditepati’ sempena sambutan hari kemerdekaan ke 55 ini.

Kehadiran anda adalah diwajibkan dan akan direkodkan.. kalau berani tak datang, pangkat dan gaji anda dijamin tidak akan naik..






















Janji yang masih belum diTEPATI UMNO-BN pada rakyat..

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya" 
- PM Malaysia Tun Abdul Razak, 12 November 1975


Nampak sangat dah taktik TERDESAK kerajaan UMNO-BN nak tunjukkan sokongan rakyat.. Nak menipu tu agak agak la weeeii..

Isu Bapa Kafir: Mahkamah Tolak Permohonan Rahim Noor


Kota Bharu: Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu bapa kafir.

Mahkamah membuat keputusan itu dalam perbicaraan hari ini bagi mendengar permohonan Rahim untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadap beliau dan beberapa yang lain.

Saman dikemukakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ekoran laporan akhbar New Straits Times (NST) yang bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir.'

Tuan Guru Nik Aziz telah memfailkan writ saman ke atas Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara atas tindakan fitnah yang diterbitkan oleh NST pada 8 Mei 2012 pada muka surat 6.

Antara lain akhbar NST melaporkan "Nik Aziz is the father of kafir in the name of religion : Ex-IGP says PAS leader mesleading muslims"

Akibat daripada penerbitan berita tersebut Tuan Guru Nik Aziz pada 31 Mei yang lalu memfailkan writ saman melalui firma Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Selain Tan Sri Rahim, enam yang lain turut dinamakan sebagai respondan termasuklah penerbit dan pencetak akhbar NST tersebut iaitu The New Straits Times Press (M) Bhd.


Para peguam TG Nik Aziz yang diketuai Hanipa Maiden [tengah], Hisham Fauzi [kiri sekali] dan lain-lain

Tan Sri Rahim kemudiaannya melalui peguamnya Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak telah memfaikan Saman Dalam Kamar bagi membatalkan writ saman plaintif.

Alasannya adalah writ saman tersebut telah gagal mematuhi Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas dakwaan kononnya writ saman tersebut tidak mempunyai pengindorsan tentang penerbitan artikel di NST tersebut.

Pendengaran saman Dalam Kamar tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada pagi ini di Mahkamah terbuka.

Dalam hujah membantah permohonan Tan Sri Rahim Noor tersebut peguam Tuan Guru Nik Aziz, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa meskipun defendan membantah kononnya writ saman plaintif adalah cacat (irregular) hakikatnya saman Dalam Kamar Tan Sri Rahim sendiri juga mengandungi kecacatan.

Ini kerana dalam permohonan Tan Sri Rahim tidak dinyatakan secara spesifik di bawah aturan manakah beliau bergantung.

Hanipa juga berhujah jika dilihat kepada saman dalam kamar tersebut juga tidak dinyatakan alasan kenapakah permohonan dibuat.

Hanipa berhujah "jika defendan ingin membantah tentang ketidakpatuhan kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, defendan juga seharusnya mematuhi secara ketat kaedah-kaedah tersebut terlebih dahulu."

Setelah mendengar hujah lisan kedua-dua peguam plaintif dan defendan, hakim tersebut telah memutuskan menolak permohonan Tan Sri Rahim bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Tuan Guru Nik Aziz.

Tuan Guru Nik Aziz diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Hisham Fauzi dan Farah Helmy dan Tan Sri Rahim Noor diwakili oleh Abu Bakar Sidek manakala pihak NST diwakili oleh Cik Claudia Cheah. -HD

TERKINI! MB Terengganu Kalah Kes Saman!




Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menolak saman Menteri Besar Terengganu terhadap ADUN PAS DUN Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar) dan tiga yang lain berhubung artikel dalam organ parti yang berhubungan dengan skandal pembelian pakaian seragam sekolah negeri.

Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Peguam Abdullah Omar Bawadi mewakili Menteri Besar, Ahmad Said dan dua yang lain manakala Azhana Mohd Khairudin bertindak bagi Syed Azman dan tiga defendan lain.

Azhana memberitahu pemberita hakim memutuskan bahawa Menteri Besar tidak dapat mengekalkan tindakan fitnah terhadap empat kerana beliau telah menyaman mereka atas kapasiti rasminya (menteri besar) dan bukannya individu.

"Hakim juga mengarahkan plaintif kedua (Menteri Besar) untuk membayar kos RM5,000 kepada defendan dalam tempoh 14 hari," katanya, sambil menambah bahawa mahkamah telah menetapkan 10 September ini bagi pengurusan kes untuk mengetahui sama ada dua lagi plaintif mahu meneruskan atau menarik balik tindakan itu.

Pada 15 Disember tahun lepas, kerajaan Terengganu, Menteri Besar Terengganu, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang telah diberikan kontrak untuk membekalkan pakaian seragam sekolah dan alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.

Mereka menamakan Dr Syed Azman, pemilik permit Harakah Mustafa Ali, ketua editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan pencetak Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.

Pada 23 Julai, mahkamah menolak permohonan kerajaan Terengganu sebagai pihak dalam saman itu selepas membenarkan bantahan awal defendan dan memutuskan bahawa ia tidak mempunyai locus standi untuk meneruskan saman.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif menyatakan bahawa Syed Azman telah memfitnah mereka melalui satu artikel bertajuk (Penggelapan RM30 juta bantuan sekolah?) yang telah diterbitkan dalam organ parti itu pada keluaran 11-13 November bertajuk "Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?".

Mereka mendakwa bahawa defendan telah berniat jahat mencetak dan menerbitkan artikel, yang mereka (plaintif) faham dirujuk kepada mereka.

Plaintif juga mendakwa bahawa artikel itu memberi makna bahawa kerajaan negeri dan Menteri Besar tidak telus dan curang dalam pemberian kontrak di bawah program bantuan sekolah negeri.

Mereka menuntut ganti rugi am, khas, ganti rugi teruk dan teladan, kos dan injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan artikel yang didakwa memfitnah.

Video: Insaniah, Universiti Ummah : Kenapa KUIN @ Insaniah sering menjadi fokus media perdana? Jom Terjah!!!



Sedih dan pilu terasa di hati ini , Kerajaan Pembangkang (UMNO KEDAH) hanya ingin memperburukkan dan memperlekehkan usaha Kerajaan Negeri untuk memajukan Kolej Universiti Insaniah yang tercinta.. 

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.


Jika dilihat inilah 2 point utama yang patut di war-warkan.... kejayaan membina kampus baru untuk mengatasi kesesakan dan peningkatan pelajar serta memberikan tawaran yang berlipat ganda untuk anak-anak kedah belajar di universiti..

Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.. Kami Boikot Buletin Utama TV3 yang menjadi alat komunikasi UMNO.. Menyebarkan Berita Palsu !!!

Tun Musa: Kalau Saya Lawan Maahathir Dulu, Saya Akan Dituduh Homoseksual...


Tun Musa: “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”. Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!” Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

GAMBAR TUAN GURU NIK AZIZ DAN TUAN GURU HADI AWANG BACA UTUSAN DIJADIKAN BAHAN FITNAH!!!!



Juak-juak UMNO menabur fitnah dialam maya kononnya Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang pembaca tegar Utusan Malaysia walaupun dimana jua mereka berada termasuk ketika dirawat dalam wad di Hospital.

Membaca dan membelek-membelek ada perbezaannya.

Membaca sekadar ingin tahu apa lagi yang difitnah media perdana lidah biawak rasmi UMNO terhadap kedua pemimpin ini tidak langsung dilaporkan.

Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – TG Nik Aziz


MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

“Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas.

Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

“Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya,” ujarnya. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .