Ikuti Blog ini

Politik Dalam Kerajaan, Musa Hassan Perkuatkan Dakwaan Shafee

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/idrismusapolis.gifParti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis DiRaja Malaysia hingga menganggu struktur 'command and control' dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.

PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri. Memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman. Ini tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada Kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan penganti itu ibarat
tindakan "habis madu sepah dibuang".

Nama beliau begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talibpada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian Tampin.

Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009. Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM 3juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram.Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontraversi.

PAS melihat beliau telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama Kerajaan. Namun, cetusan rasa tidak puashati yang disebutkannya baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota Polis dibawah pentadbiran BN.

Tangan dan kaki beliau terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik.

Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya camputangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnyacampurtangan dan penglibatan orang politik dalam Kerajaan yang menganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran ini. Kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang.

Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini hanya mampu membuka mulut bila tarikh persaraan mereka diumumkan. Tetapi itu sudah cukup memberitahu kita apa yang berlaku dibalik pemerintahan BN di Putrajaya. Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan.

PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN. Jika tidak, mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah
kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Perutusan Eidul Fitri Presiden PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita32/DSC00591.JPGAssalamu'alaikum. Selamat menyambut hari raya Eidilfitri. Hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan.

Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban.

Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab.

Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT.

Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Eidul Fitri.


Felcra: PAS belum dedah, Umno BN sudah cemas

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menafikan dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa pihaknya sedang mengedarkan risalah berunsur fitnah terhadap Felcra di kawasan penempatan peneroka.

Mazlan juga menyangkal dakwaan Zambry bahawa pihaknya sengaja membuat tohmahan terhadap Felcra bertujuan menimbulkan kebencian peneroka terhadap Umno Barisan Nasional (BN) sebaliknya menegaskan mereka mempunyai bukti yang kuat untuk didedahkan.

"Kalau mereka kata kita sengaja membuat fitnah dan tohmahan terhadap Felcra, sebenarnya saya sudah tegaskan beberapa kali kita punyai bukti dan selepas hari raya ini kita akan mendedahkan secara bersiri bukti-bukti yang ada pada kita," katanya.

Dalam satu majlis di Sitiawan semalam, Zambry 'menasihati' peserta rancangan Felcra supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai 'dakyah dan tohmahan' terhadap Felcra yang didakwa giat dijalankan oleh PAS.

Sebelum ini, Pengerusi Felcra Bhd, Datuk Tajuddin Abdul Rahman juga mendakwa PAS kini giat melancarkan "perang saraf" terhadap Felcra termasuk mengedarkan pelbagai risalah yang memburukkan agensi itu ke seluruh tanah rancangan Felcra.

Tambah Mazlan juga, pemimpin Umno BN termasuk Tajuddin mula cemas dengan pendedahan yang dibuat pihaknya setelah melihat kejayaan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat pendedahan mengenai Felda.

"Saya berpendapat bahawa bila kita mula dedahkan isu Felcra mereka rasa cemas sebab mereka tahu berdasarkan pengalaman kita dedahkan isu Felda yang membangkitkan gelombang di kalangan rakyat.

"Mereka takut akan hadapi nasib yang sama dengan Felda dan bimbang segala penyelewengan yang dilakukan akan terbongkar," katanya lagi.

Ujarnya, Umno BN tidak perlu takut berhadapan dengan tuduhan jika mereka tidak bersalah.

"Mereka tdak perlu bimbang jika tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi bila mereka rasa bimbang saya kira isu ini mendapat tempat yang istimewa sama ada pada Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Tajuddin sendiri dan Zambry melatah kerana Felcra paling banyak di Perak," ujarnya yang juga pengerusi Anak.

Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan satu lagi NGO iaitu Badan Bertindak Warga Felcra atau singkatannya (Bapa), Mazlan memberitahu, ianya akan dilancarkan secara rasmi selepas hari raya nanti.

Pengerusi penaja NGO itu akan diamanahkan kepada Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria manakala ahli jawatankuasa dan pengerusi NGO itu akan diserahkan kepada peserta Felcra sendiri.

"Selepas pelancaran Bapa kita akan mulakan siri pendedahan kita untuk kita buktikan apa yang kita cakap ini benar.

"Tajuddin pernah cakap ini rekaan semata-mata tapi saya tegaskan ini bukan rekaan dan kita ada bukti dan akan dedahkan satu demi satu," katanya.

Penubuhan Bapa adalah hasil himpunan warga Felcra di Changkat Lada, Perak pada 31 Julai lalu. -Hrkh

Jeng Jeng Jeng... Musa Hassan Mulakan Pendedahan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang hanya tinggal seminggu untuk bersara akhinya membuka mulut meluahkan apa yang beliau lihat sebagai wujudnya tekanan dan campur tangan daripada pihak ketiga di dalam urusan polis selama ini, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai antara pihak yang terlibat.

Tentulah pendedahan pegawai paling tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini mengejutkan semua pihak. Ia umpama sebutir bom yang dilemparkan secara terang-terang kepada menteri yang berkenaan iaitu, Datuk Seri Hishamudin Hussein. Cuma yang menjadi sedikit persoalan kenapa ia dilontarkan hanya selepas Musa telah pasti tidak lagi disambung kontrak perkhidmatannya.

Selama ini hanya cakap dengar sahaja diketahui tentang apa yang dikatakan campur tangan pihak ketiga dalam urusan PDRM. Malah pernah satu ketika hal serupa dibangkitkan media untuk mencari kesahihannya, namun Musa sendiri gagal berterus-terang mengenainya. Mungkin juga ia terpaksa dipendam demi menjaga esprit de corps jabatan ataupun Musa tidak boleh mengiyakannya secara jelas kerana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.

Namun kini segalanya telah tersuluh sebaik sahaja kontraknya tidak bersambung. Musa berkata, banyak arahan diberikan kepada pegawai polis tanpa diketahui oleh pegawai atasan PDRM sendiri (tentulah antaranya beliau) yang katanya sesetengah arahan itu jika dilaksanakan boleh mengganggu kelancaran sistem dan profesionalisme yang diamalkan oleh PDRM.

Malah beliau tidak bertapis mengakui bahawa KDN adalah antara pihak yang terlibat dalam campur tangan secara luar biasa memberi arahan itu ini, tanpa pengetahuannya. Dan sebagai kementerian yang menaungi PDRM, kata Musa tentulah keadaan itu telah meletakkan beliau di dalam keadaan yang serba salah kerana beliau harus mematuhi arahan kementerian yang menaungi jabatan diterajuinya. Yang dikhuatiri Musa ialah natijah apa yang diarahkan oleh KDN kepada pegawai bawahan tanpa pengetahuan pegawai atasan selama ini jika tidak betul, tentu akan menghasilkan keputusan yang tidak baik dan sekaligus mencemarkan imej PDRM.

"Macam-macam jenis orang yang mahu campur tangan. Orang dari kementerian (KDN) sendiri. Orang yang ada kepentingan mahu melakukan benda-benda tidak betul - semua mahu masuk campur," katanya, dipetik dalam laporan The Malaysian Insider.

Sama ada Hishamudin terfikir bahawa Musa akan mendedahkan mengenai kewujudan tangan ajaib ini dalam urusan PDRM ketika hari-hari terakhir perkhidmatan bukan persoalannya, Hakikatnya kini satu keburukan yang berlaku dalam PDRM tentang campur tangan KDN selama ini akhirnya terdedah dan terbongkar.

Jika benar apa dilontarkan Musa jelaslah KDN telah mengkhianati prinsip bebas dan profesional PDRM sekaligus mencemarkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang itu. Dan tidak salah jika masyarakat selama ini turut berasa goyah dan kurang yakin terhadap sesetengah tindakan dan keputusan yang dibuat oleh PDRM. Rupanya ada tangan ajaib yang telah menyelinap di dalam PDRM tanpa kita ketahui apa sebenar niat dan tujuannya.

Selain KDN, Musa turut menyatakan ada pihak lain juga gemar campur tangan dalam urusan polis termasuk cuba mempengaruhi melakukkan sesuatu yang PDRM fikir adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan.
.
Catatan ini dipetik daripada laporan The Malaysian Insider
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .