Ikuti Blog ini

Terkini ;Anwar yakin ke PUTRAJAYA 16 Sept.


PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat semalam yakin akan dapat membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.

Kami berada di landasan yang betul ketika ini. Insya Allah kita akan bentuk kerajaan Pakatan Rakyat menjelang 16 September," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkali-kali melaungkan keyakinannya bahawa terdapat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat parti menyertai kerajaan Pakatan Rakyat itu.

“Yang penting jumlahnya mencukupi untuk membentuk kerajaan menjelang 16 September depan,” ujarnya.

Ditanya siapakah antara ahli Parlimen yang akan melompat parti beliau menjelaskan nama mereka tidak boleh didedahkan sehingga ahli Parlimen berkenaan bersedia berbuat demikian.

“Saya tidak boleh dedahkannya sekarang, tunggulah sehinga mereka membuat pengumuman mengenainya. Baru saya boleh umumkan,” katanya.

Beliau juga berikrar apabila Pakatan Rakyat memerintah rakyat tidak perlu lagi takut terhadap penahanan dan perbicaraan yang yang dijalankan secara sewenang-wenangnya.

Tegasnya, penggunaan kuasa polis dan peguam negara untuk menghukum musuh politik, akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat.

Anwar mendakwa, perbicaraan ke atasnya semalam adalah bermotifkan politik dan berharap ia merupakan yang terakhir dengan keizinan Allah jika Pakatan Rakyat memerintah kelak.

Beliau yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-61 Ahad, ini turut melahirkan keyakinan memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos depan.

Sementara itu, ditanya mengenai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), yang melahirkan minat untuk bertanding di Permatang Pauh, Anwar berkata penyertaan calon dari Akim itu merupakan satu muslihat Umno untuk memecahkan undi beliau dalam pilihan raya kecil itu.

"Saya yakin ini satu lagi rancangan Umno yang mahu terjadinya proses pecah undi berlaku. Mereka akan cuba melakukan apa sahaja untuk menang tapi saya yakin rancangan mereka tidak akan berjaya," ujarnya.

Menurut Anwar, majoriti yang diperoleh oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada PRU12 pada 8 Mac lalu, cukup menyakinkan untuk beliau menang di kawasan tersebut.

Mahkamah tolak 3 petisyen p'raya BN



Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen membatalkan keputusan pilihanraya umum kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau, Kuala Sapetang dan Kuala Kurau.

perak and electionPetisyen tersebut dikemukakan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang tewas di ketiga-ketiga kerusi tersebut - kesemuanya di Perak.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, DUN Kuala Kurau dan Kuala Sepetang dimenangi oleh calon PKR. Manakala kerusi Lubuk Merbau dimenangi oleh calon PAS.

Di Kulau Kurau, calon PKR, Abdul Yunus Jamahari menang dengan majoriti 467 undi. Beliau mendapat 8,224 undi manakala calon BN, Mohd Salleh Mat Disa mendapat 7,757 undi.

Di Kuala Sapetang pula, calon PKR, Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 undi. Beliau mendapat 7,285 undi manakala calon BN, See Tean Seng mendapat 6,721 undi.

Manakala di Lubuk Merbau pula, calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof menang dengan majoriti 72 undi. Beliau mendapat 4,664 undi manakala calon BN, Datuk Jamal Nasir Radi memperolehi 4,592 undi.

Anwar mahu bermu'aruf dengan Umno


PETALING JAYA: Hampir 12 jam selepas didakwa atas tuduhan meliwat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah bermusuh atau membenci Umno.

Sebaliknya, kata bekas Timbalan Presiden Umno itu, beliau akan sentiasa mahu mendekati Umno dengan mengajak para pemimpinnya berma'aruf untuk permuafakatan bangsa Melayu.

Kata beliau, dalam apa keadaan sekalipun kepentingan bangsa Melayu tidak akan diketepikan termasuk dalam apa jua bidang.

"Saya tidak akan berganjak untuk membela kepentingan orang Melayu tetapi dalam masa yang sama tidak akan mengetepikan nasib kaum lain," katanya pada ceramah perdana PKR bertajuk "Pembongkaran Konspirasi: Menjawab Tuduhan" di Taman Medan di sini malam tadi.

Anwar berkata, beliau turut akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini dengan mengetengahkan isu ekonomi.

Katanya Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali telah ditugaskan untuk mengetuai jentera pilihan raya PKR di Permatang Pauh.

Selain Anwar, beberapa peminpin PKR termasuk Azmin dan ahli dewan undangan negeri Taman Medan Haniza Talha turut berucap pada majlis itu yang dihadiri hampir 10,000 orang itu.

PUSINGAN PERTAMA KES : ANWAR 5: PAK LAH 0!


Pusingan pertama kes pertuduhan liwat dimenangi oleh Anwar Ibrahim apabila Hakim S.M Komathy membenarkan permohonan-permohonan yang dihujahkan oleh peguam-peguam Anwar. Berikut ialah analisa perjalanan hari pertama kes tersebut yang dikira cukup memalukan Pak Lah apabila dimalukan 5-0.

Pusingan 1

Hakim S.M Komathy membenarkan permohonan yang dihujahkan oleh peguam-peguam Anwar agar Anwar diberikan ikat jamin. Sekiranya ikat jamin tidak diberi, Anwar akan merengkok di dalam penjara sehinggalah perjalanan kesnya yang mungkin mengambil masa 4 ke 5 tahun selesai.

Ini merupakan isu yang sangat penting kerana jika ikat jamin dinafikan, Anwar terpaksa berseorangan di penjara tanpa pengawasan dan perlindungan dari sahabat-sahabat, ahli keluarga dan penyokong Pakatan Rakyat. Anwar akan berada di bawah budi bicara Ketua Polis Negara, Musa Hasan di dalam penjara dan komunikasi akan terputus antara Anwar dan masyarakat.

Lazimnya, dalam kes jenayah berat yang melibatkan hukuman yang lama, pihak pendakwaan akan membuat bantahan keras kepada mahkamah agar ikat jamin ditolak. Pihak pendakwaan biasanya akan menunjukkan kepada mahkamah bahawa terdapat bukti yang kuat bahawa tertuduh bersalah dan ikat jamin tidak boleh diberi kerana tertuduh mungkin mengugut saksi atau pengadu. Ini dikuatkan dengan kenyataan media Pak Lah bahawa polis mempunyai bukti yang kukuh dan kuat untuk mendakwa Anwar.

Permohonan menafikan ikat jamin hanya akan dilayan oleh mahkamah sekiranya pendakwaan mempunyai bukti kukuh atau wujud kemungkinan tertuduh akan mengganggu perjalanan mahkamah dengan mengugut saksi atau menimbulkan huru-hara.

Tindakan mahkamah yang membenarkan Anwar diikat jamin cukup memalukan dan menghampakan Pak Lah yang baru membuat kenyataan bahawa polis ada bukti yang cukup dan kukuh. Sebenarnya, adalah agak pelik untuk Pak Lah yang berulangkali membuat kenyataan tidak campur tangan dan tidak terlibat dengan pendakwaan kes Anwar untuk membuat kenyataan bahawa polis ada bukti yang cukup dan kukuh.

Ini kerana mustahil Pak Lah boleh mengetahui status kekuatan bukti-bukti polis jika tidak terlibat dengan pendakwaan. Selama ini pun, polis-polis dan pihak pendakwaan kerap kalah di mahkamah kerana bukti yang tidak cukup. Jadi, kenyataan Pak lah tersebut menimbulkan banyak persoalan.

Pusingan 2

Hakim membenarkan Anwar menyimpan paspotnya. Ini menunjukkan bahawa hakim juga berkeyakinan bahawa Anwar tidak akan mengancam keselamatan negara dengan apa cara sekalipun dan tidak akan melarikan diri ke luar negara. Lazimnya, paspot akan diambil oleh mahkamah untuk mengelakkan tertuduh dari lari ke luar negara melainkan mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan tidak di sokong oleh bukti yang kuat.

Dalam kes ini, pihak pendakwaan ada membuat permohonan agar paspot Anwar diambil oleh mahkamah tetapi gagal memberi apa-apa alasan mengapa pasport Anwar perlu diambil.

"Saya dah tanda tangan ikat jamin peribadi saya, dan pasport saya masih berada bersama saya . Saya hargai pendirian yang diambil peguam saya.Yang saya kesalkan ialahpendakwaan ini. Walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa seolah dipaksa. Kalau tidak mustahil pendakwaan itu dibuat," demikian antara kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja keluar dari kamar Mahkamah Seksyen Jenayah 1 pada jam 11.15 pagi ini, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pusingan 3

Tarikh baru untuk sebutan kes ialah 10 September 2008 iaitu selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sekiranya tarikh sebutan baru sebelum pilihanraya kecil, terdapat kemungkinan bahawa pendakwaan akan memohon pada tarikh sebutan tersebut untuk membatalkan ikat jamin atas alasan bahawa Anwar dan penyokongnya mengganggu saksi atau mengancam keselamatan negara. Memandangkan tarikh sebutan akan datang ialah 10 September, Anwar berpeluang berkempen di Permatang Pauh tanpa risiko serius bahawa ikat jamin mungkin dibatalkan pada tarikh sebutan seterusnya.

Pusingan 4

Kadar ikat jamin yang rendah. Wang ikat jamin hanya RM20,000.00. Biasanya, hakim tidak akan mengenakan kadar ikat jamin serendah itu untuk sesuatu kes berprofil tinggi seperti ini. Tujuan ikat jamin ialah, antara lain, memastikan kehadiran tertuduh. Justeru, kadar ikat jamin biasanya tidak boleh rendah. Sekiranya Anwar dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000,000.00 pun diyakini Anwar, melalui bantuan penyokong Pakatan Rakyat, mampu membayarnya. Kadar ikat jamin yang rendah ini menunjukkan mahkamah tidak ragu-ragu bahawa Anwar pasti hadir dan bekerjasama.

Pusingan 5

Kenyataan Pak Lah wujud paksaan dinafikan.
"Dahulu dalam media tempatan dihebahkan bahawa ada penderaan dan paksaan. Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab mengatakan ada rogol, tetapi hari ini pendakwaan mendakwa suka sama suka. "Jika suka sama suka, kenapa saya seorang yang kena dakwa. Jika suka sama suka, kena dakwa kedua-dua,"katanya yang berucap dihadapan kira-kira 40 media dan diiringi isterinya,Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak-anaknya yang turut memberi sokongan kepadanya.
Pak Lah dan kepimpinan UMNO pastinya cukup hampa dengan tindakan hakim yang memberi kemenangan 5-0 kepada Anwar. Anwar 5 manakala Pak Lah 0. Selanjutnya, Pak Lah dan kepimpinan UMNO pastinya terkejut dengan tindakan pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato' Idrus Harun yang tidak pun membuat apa-apa bantahan berhubung ikat jamin.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .