Ikuti Blog ini

TG Nik Aziz naik keretapi galakkan pelancongan



(Gambar: Tuan Guru menaiki keretapi dari setesen KTM Wakaf Bahru ke Setesen KTM Kuala Kerai)

KUALA KRAI: Program pelancongan amat wajar diadakan di Kelantan bagi menangkis tomahan buruk pihak tertentu terhadap Kelantan sejak 22 tahun lalu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata fitnah buruk terhadap Kelantan seperti beras tidak ada, rakyat miskin dan lain-lain perlu dijawab melalui program pelancongan untuk menjemput lebih ramai golongan itu  melihat perkara sebenar di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Pesta Makanan dan Buah-buahan Kelantan 2012 sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12).

Majlis berkenaan diadakan di Taman Cintawangsa, di sini Ahad lalu.

“Dengan melancong ke Kelantan mereka dapat melihat beras tak ada sungguh ke di Kelantan, mundur sungguh ke rakyatnya, benda ni (program pelancongan) wajar diadakan untuk memberi peluang pada rakyat melihat perkara sebenar,”ujarnya.

Sebelum ini, tambahnya pelancong sering dimomokkan dengan cerita Kelantan miskin, mundur dan berbagai lagi.

Bukan itu sahaja, katanya Islam menggalakkan pelancongan untuk mengenali sesama manusia di muka bumi ini.

Katanya, sebagai contoh ibadat haji dapat menghimpunkan pelbagai bangsa di muka dunia ini di satu tempat untuk mengenali antara satu sama lain setiap tahun.

“Pelancongan melalui ibadat haji di mana jemaahnya yang datang dari pelbagai negara dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat,”ujarnya.

Tuan Guru menaiki keretapi dari Wakaf Bharu menuju Kuala Krai kira-kira jam 8.05 pagi tadi untuk merasmikan majlis penutup pesta berkenaan.

Turut mengiringi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, dua orang lagi anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Che Abdullah Md Nawi.

Turut hadir pada majlis perasmian itu, anggota-anggota Parlimen Kuala Krai dan Tanah Merah, Dr Mohd Hatta Ramli, Amran Abdul Ghani serta lain-lain wakilrakyat, pimpina peringkat Parlimen, Dun dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Terdahulu Takiyuddin memberitahu pelancong antarabangsa dan domestic mengambil kesempatan menghadiri majlis itu dengan menaiki kereta api yang ditaja oleh kerajaan negeri sepanjang pesta itu diadakan.

Katanya, perjalanan  dari Wakaf Bharu ke Gua Musang bermula 7.30 pagi, dari Tumpat, 8.05 minit dari Wakaf Bharu, 10.00 pagi tiba di Kuala Krai dan 11.30 pagi di Gua Musang di taja oleh kerajaan negeri sempena program berkenaan. -Hrkh

Kawasan Bekas MB Kedah " Di Serang " Kehijauan

Ekspo Hijau Merdeka Ke Putrajaya PAS Padang Terap Berjaya Menghijau Di Kawasan Ketua Pembangkang Kedah
Tuan Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS Sedang Menyampaikan Ceramahnya Di Pentas Ekspo
Sebahagian Hadirin Yang Mendengar Ceramah Penerangan Di Ekspo Hijau Ke Putrajaya  PAS Kawasan Padang Terap 
Sebahagian Pengunjung Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap
Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap Mengadakan Pertandingan Kerusi Berirama Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya  PAS Kawasan Padang Terap
Salah Seorang Peserta Daripada Pelajar PASTI Sedang Menyampaikan Sajak  Untuk Pertandingan Sempena Ekspo
Pertandingan Karom Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya  PAS Kawasan Padang Terap 
Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Merdeka Padang Terap Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya  PAS Kawasan Padang Terap yang diketuai oleh YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria , pelakon filem Leftenan Adnan saudara Hairi Othman dan Leman Raja Lawak berjaya menarik ratusan anak muda.
Sebahagian Peserta Konvoi Berada Di Depan Pentas Ekspo Untuk Sessi Bersama Selebriti
Salah Seorang Peserta Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Merdeka Padang Terap Menerima Hadiah Cabutan Bertuah Daripada Selebriti Hairi Othman
Anak Muda Bergambar Bersama Pelakon Terkenal "Leftenan Adnan"
Saudara Mutalib Leman Ahli UMNO Cawangan Kg Padang Kerasak ( Cawangan  Kubu Kuat Ketua Pembangkang Kedah) Menyerahkan Borang Keahlian PAS Kepada YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria , Ketua Pemuda PAS Padang Terap Setelah Beliau Kali Pertama Mengikuti Ceramah PAS Sempena Ekspo Ini.Bersama Beliau Hampir 50 Orang Menyertai PAS.
Expo Hijau Merdeka Menuju Putrajaya Padang Terap Berjaya 

Pekan Naka : Selama empat hari empat malam berturut-turut Pas Kawasan Padang Terap menganjurkan Expo Hijau Merdeka Menuju Putrajaya. Semangat sambutan idulfitri masih terasa panas, bermula 30 Ogos dan berakhir 2 September 2012 bertempat di Markas Besar Majls Tindakan DUN Pedu mendapat sambutan luarbiasa. 

Segenap lapisan masyarakat di lihat memberi sokongan kepada penganjuran ekspo ini. 30 Ogos, tapak ceramah mula dibanjiri pengunjung bagi mendengar ucapan Tamrin Ghafar anak bekas Timbalan Perdana Menteri yang Timbalan Presiden Umno Tun Ghafar Baba berucap. 

Ucapan yang begitu baik diperkuatkan dengan kehadiran bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Di Raja Malaysia Datok Fauzi Shaari. Beliau kelihatan sangat yakin tentang penyelesaian secara Islam terhadap permasalahan yang dihadapi masyarakat Malaysia. Program ceramah diakhiri dengan bacaan doa sempena merdeka disusuli dengan tembakan bunga api sempena 31 Ogos sambutan Kemerdekaan Negara. 31 Ogos. 

Program muslimat mengambil tempat dengan perasmian penutup oleh YB Siti Aishah Ghazali Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah. Malamnya Ceramah Perdana oleh Timbalan Presiden PAS Pusat. Tuan Haji Mohamad Sabu mengulas mengenai sejarah Merdeka dengan begitu mantap. 

Menepis segala tohmahan hanya Umno sahaja yang perjuangkan kemerdekaan dengan mengenepikan peranan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain. Lautan manusia membanjiri dataran juga mendengar ucapan Dato Johari Abdul Ahli Parlimen Sg Petani yang menceritakan pengalaman beliau sebagai pemimpin Umno.1 September. 

Hari Expresi Anak Muda mengambil tempat.Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda Hijau Merdeka Menuju Putrajaya menggamit ratusan anak muda. i. Seterusnya tepat jam 3 petang, bertempat di Kompleks Pas Kawasan Padang Terap, Kg Barokhas Konvoi Terbesar Padang Terap bermula. 

Pemuda Kawasan Padang Terap hanya menyasarkan penyertaan 200 biji motor. Namun, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Hampir 700 motorsikal dianggarkan terlibat. Belum lagi termasuk kereta. Konvoi diketuai oleh 3 orang anak muda tempatan yang cukup terkenal iaitu Hairi Othman, Leman Raja Lawak dan Ketua Dewan Pemuda Pas Padang Terap yang juga Ahli Parlimen Padang Terap. 

Malamnya diisi dengan ceramah sulung Hairi Othman dan Leman Raja Lawak yang dihadiri oleh ribuan anak muda. > Walaupun selebriti seperti Leman Raja Lawak sering ditohmah dan di caci oleh UMNO terutama di dalam facebook , ianya tidak mematahkan semangat artis yang berhijrah ini untuk terus berusaha menumbangkan kezaliman. 

Niat yang ikhlas, nekad dan semangat artis ini terpancar pada ceramah ditempat beliau sendiri di Padang Terap sehingga menggamit hati para hadirin seterusnya menarik minat ahli UMNO menyertai PAS. > > > Selain itu , antara yang mengkagumkan khalayak ialah ceramah yang disampaikan oleh Hairi Othman pada malam tersebut mampu membuatkan ribuan hadirin yang mendengar tidak berganjak sedikit pun walaupun ceramah beliau melangkaui masa yang biasa di tetapkan iaitu berlarutan sehingga jam 12.30 pagi. 

Aura yang dimiliki beliau disamping hujah-hujah yang beliau sampaikan membuatkan hadirin seolah-olah terpukau. 2 September. Malam kemuncak. 

Kemunculan ulamak terkenal yang juga Speaker DUN Kelantan , YB Ustaz Datuk Nasarudin Daud menggegarkan ribuan pengunjung. Hujah ilmiah berselang seli dengan Hadis dan ayat al-Quran menjelaskan ucapan Dr Mahathir "Lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali" menjawab segala kekeliruan. 

Beliau juga menjelaskan tema Merdeka "Janji Ditepati" dalam konteks janji BN di Kelantan yang songsang. Pada malam ini juga menyaksikan kemasukan ahli UMNO ke dalam Parti PAS. 

Apa yang paling menarik, menurut saudara Mutalib Bin Leman ahli UMNO Cawangan Padang Kerasak Naka yang merupakan cawangan Ketua Pembangkang Kedah, beliau tertarik menyertai PAS selepas mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh Leman Raja Lawak dan Hairi Othman di dalam ceramah mereka pada malam ketiga ekspo tersebut berlangsung. 

Menurut beliau, sebelum ini beliau belum pernah mengikuti mana-mana ceramah PAS. Beliau mewakili hampir 50 ahli baru menyerahkan borang keahlian kepada YB Ustaz Datuk Nasaruddin Daud.-sumber

Hasan Ali kena belasah dengan bekas mufti


Apabila Ustaz Azhar Mengganas Dengan Ferrari F1

 

Ustaz Azhar Idrus hebat orangnya. Agama, muzik, fotografi, kereta besar, motor besar dan tak lupa berbini lebih, semuanya Ustaz Azhar boleh!!

Dia begitu tersohor di kalangan anak muda dengan ceramah yang diserta lawaknya. Orang Tganung kini bangga kecep Tganung dengan orang luar kerana lebih dipopularkan Ustaz Azhar.

Kini Ustaz Azhar mengganas lagi dengan Ferrari F1 460 yang berharga lebih dua juta RM. Dia memandu dalam klip video “Scooter Vs Ferrari” di mana dia membantu seorang pemuda yang keretanya vespanya rosak di tepi jalan.

Soal Ferrari pinjam lain cerita, kerana si pemilik berani memberi pinjam kepada ustaz Azhar. Itu pun dah dikira penghormatan...

Kg Baru: 'Sampai bila-bila ia akan kekal di rumah kami'


(Kain rentang ini dipasang sejak sekian lama. Apabila lusuh, mereka akan gantikan dengan yang baru)

KUALA LUMPUR: Jika sesiapa pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, sudah tentu akan terlihat kain-kain rentang yang digantung di rumah-rumah penduduknya.

Bukan satu atau dua buah rumah berbuat demikian, tetapi banyak rumah yang mempunyai kain-kain rentang ini.

Bahkan, yang lebih menariknya bukan rumah-rumah kecil atau setinggan tetapi di rumah-rumah yang kelihatan moden dan besar di perkampungan Melayu tengah bandar ini.

Mereka terus berbuat demikain meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sudah diluluskan di Dewan Negara pada Disember tahun lalu.

Yang pasti mereka tetap konsisten membantah akta tersebut.

Kain rentang ini digantung di hadapan rumah masing-masing yang dilakukan sejak cadangan pindaan akta tersebut mula diutarakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

(Bukan satu buah rumah yang memasangnya tetapi banyak buah rumah)

Sejak dari itu, penduduk yang membantah akta yang disifatkan membelakangkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru mula menggantung kain rentang bagi menzahirkan bantahan mereka.

Jika melalui Jalan Raja Uda, Kampung Baru, dapat dilihat kain rentang bantahan masih lagi tergantung di di rumah-rumah mereka.

Malah, kain rentang yang sudah koyak dan luntur warna tulisannya ditukar dengan kain rentang yang baru. Untuk menurunkannya, tidak sama sekali.

Seorang pewaris tanah Kampung Baru, Yusuf Sukarman, 48, berkata, kain rentang di kediamannya tidak akan sesekali diturunkan selagi akta tersebut tidak ditarik balik.

Beliau yang merupakan antara orang paling awal menggantung kain rentang di hadapan rumah nekad meneruskan tindakan tersebut sehingga kerajaan melupakan hasrat untuk merampas tanah mereka untuk pembangunan.

Katanya, dengan berbuat demikian, orang yang lalu lalang dapat membaca apa yang dibantah mereka.

"Sampai bila-bila kain rentang itu akan kekal di rumah kami. Kalau Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang dan hapuskan akta yang ada sekarang, semua dah selesai, barulah kita turunkan kain rentang itu. Selagi tak selesai, selagi itulah kami tak akan turunkan," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.

Ditanya sama ada tindakan tersebut ditegur pihak yang pro akta Kampung Baru atau tidak, Yusuf berkata, memang ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kain rentang yang mengutuk akta tersebut.

"Memang ada penduduk yang pro kerajaan tegur saya dan kata, 'cantik kain rentang' tapi saya balas balik, 'memanglah cantik dan saya boleh buat lagi cantik dan besar daripada ini'.

"Bila saya cakap macam itu, mereka diamlah dan tak berani tegur lagi sebab mereka tahu saya memang penduduk jati Kampung Baru.

"Tapi kalau mereka tengok orang yang naikkan kain rentang itu jenis yang tak bercampur dengan masyarakat tapi tiba-tiba bantah akta Kampung Baru, mereka lagi beranilah suruh turunkan," katanya yang merupakan ahli jawatankuasa Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), badan yang giat menghalang usaha kerajaan mengambil tanah penduduk.

Yusuf juga berkata, rata-rata penduduk kampung Baru tidak bersetuju dengan akta tersebut termasuk orang Umno sendiri.

"Saya banyak juga berjumpa dengan penyokong Umno dan mereka pun tak setuju cara kerajaan nak ambil tanah Kampung baru cuma mereka tak berani nak tunjuk bantahan, masih takut-takut," katanya.

Sambil menafikan beliau menolak pembangunan, Yusuf berkata, tidak ada orang yang tidak mahukan pembangunan namun pembangunan yang akan dilakukan tidak harus mengenepikan nasib kaum Melayu.

"Kami bukan tak mahukan pembangunan tapi biarlah pembangunan yang mengekalkan ciri asal Kampung Melayu, tidak menyusahkan penduduk dan dilakukan secara telus," katanya. -Hrkh

Najib Boleh Adakan Sekatan Politik Tapi Najib Tidak Boleh Sekat Yang Ini...


Najib dilaporkan meminta anggota Barisan Nasional (BN) bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang, demikian lapor BERNAMA kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.

"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.

Apa yang disampaikan oleh Najib itu lansung tidak akan memberi bekas kerana tiada siapa layak untuk mengadakan sekatan jika Allah mengkehendaki pertukaran kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.

Putrajaya bukan milik UMNO BN.

Firman Allah di dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat ke 26 bermaksud;

“.... Engkau memberikan kekuasan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki...” (Ali-Imran: 26)

Doa dan munajat berterusan kita akan mengalahkan UMNO BN dan menurunkan Najib dari takhta kekuasaannya. Segala penipuan, segala kezaliman dan segala ketidak-adilan UMNO BN perlu dihentikan dengan segera dengan menggantikan mereka dengan Pakatan Rakyat.

Qunut Nazilah


Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, kezaliman, penindasan dari musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Dalam sejarah Islam, qunut nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca qunut nazilah untuk keselamatan Ayyasy, al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah.

Imam at-Tirmidzi berkata: "Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: "Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam mendo'akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin."

Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’da ina
wa nauzubillahi min syuruurihim,
Allahumma baddad syamlahum,
wa farriq jam’ahum,
wa syattit kalimatahum,
wa zalzil aqdaamahum,
wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik
Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab,
wa Ya mujriassahaab,
wa Ya hazimal Ahzab
ihzimhum, ihzimhum, ihzinmhum
wansurna 'alaihim



Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang Maha Kuat
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.


Najib, UMNO & Sesiapa Juga
Tidak Akan Mampu
Sekat Yang Ini






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .