Ikuti Blog ini

Apa untungnya negara Bangsa.?

Tuan Guru Dato’ Presiden Pas seringkali mengumumkan bahawa pemerintahan di Malaysia hendaklah seorang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Melayu diletakkan pada ciri kedua kerana Bangsa Melayu di Malaysia dikira sebagai majoriti berbanding dengan bangsa yang lain.

Semenjak PERKASA ditubuhkan. Seolah-olah sentimen perkauman ditiupkan semula. Seingat penulis antara ucapan YB Ibrahim Ali suatu penubuhan PERKASA ialah untuk menyaingi pertubuhan yang mewakili bangsa Tiong Hua dan India. Baru-baru ni juga dilancarkan satu forum bagi membincangkan hak pribumi dalam Malaysia.

Dalam Sidang Parlimen baru-baru wakil DAP cuba membangkitkan bahawa Amerika pun dah melantik Barrak Hussien Obama sebagai Presiden.

PAS seringkali menegaskan bahawa pemilihan Perdana Menteri hendaklah dari kalangan mereka yang beragama Islam. Mungkin masa kini orang melayu sebagai majoriti, jadi pemilihan Perdana Menteri dari bangsa Melayu kerana mewakili majoriti.

20 tahun akan datang berkemungkinan India menjadi majoriti, jadi pemilihan Perdana Menteri hendaklah dari bangsa India kerana mewakili majoriti. tapi syarat utama ialah Islam.

Kenapa Islam mesti diletakkan syarat utama. Kalau dilihat undang-undang tubuh negeri di semenanjung, Islam diletakkan sebagai sebagai prasyarat untuk dilantik menjadi Menteri Besar.

Pembinaan negara bersandarkan kepada agama merupakan satu perkara yang amat penting. Islam tidak boleh disamakan dengan agama yang lain.

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Islam mengandungi segala keperluan yang perlu dalam sebuah negara seperti aspek pendidikan, akhlak, ekonomi, perundangan dan sebagainya.

Islam juga bukan agama teori yang tidak pernah diamalkan. Islam telah dinobatkan sebagai semenjak zaman Nabi bermula 632M sehingga akhir khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924M.

Islam telah banyak melakarkan kejayaan dalam membina sebuah tamadun yang berjaya dari pelbagai sudut samada dari sudut pembangunan atau modal insan.

Bahkan Kemajuan Eropah di kala ini hasil tinggalan ilmu Islam. Eropah mengambil ilmu Islam dari segi pembangunan Material semata-mata dan meninggalkan aspek modal Insan. Dengan sebab itu, pembangunan yang didambakan menjadi senget dan teruk.

Akhirnya Eropah terpaksa mengakui bahawa erti sebuah kemajuan ialah apabila modal insan dalam sesebuah negara menjadi maju.

Apabila Islam menjadi syarat utama dalam pemilihan Perdana Menteri di Malaysia, maka tidak timbul soal perkauman atau tidak.

Hari ini, Kerajaan Feudral seolah-olah inginkan kejadian 13 Mei 1969 berlaku kembali. Isu-isu perkauman dibiarkan melarat tanpa ada pencegahan yang berkesan.

Alhamdulillah, walaupun kerajaan seolah-olah membiarkan isu-isu perkauman dibangkitkan, tetapi PAS terus menerus melancarkan kelab-kelab penyokong PAS diseluruh negara. Yang terkini ialah penubuhan Kelab Penyokong Pemuda PAS. Ini merupakan satu kejayaan PAS yang meletakkan agama sebagai asas perjuangan.

Orang bukan Islam tidak takut kepada Islam. Tetapi orang bukan Islam cukup bimbang dengan isu perkauman. Apabila Islam dinobatkan, mereka yakin hak mereka akan terbela. Tetapi apabila perkauman diangkat, berkemungkinan besar mereka akan ditindas dan dianiaya.

Jadi tindakan yang terbaik sekarang ialah menerangkan konsep keadilan Islam kepada semua kaum. Cukuplah membangkitkan isu perkauman yang sampai bila-bila tidak akan habis.

Kalau orang melayu mendakwa bahawa mereka penduduk pribumi, Tiong Hua pula mendakwa bahawa mereka adalah kaum yang bertanggung jawab memakmurkan negara ini, India pula mendakwa bahawa mereka juga berjasa terhadap negara. Soal hak ini akan dituntut sampai bila-bila.

Cukup diletakkan Islam sebagai asas pemerintahan, nescaya segala hak tidak akan ditimbulkan. InsyaAllah

Menulis memang senang tapi perlaksanaan cukup susah…


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .