Ikuti Blog ini

Pakatan Rakyat kuasai ibu negeri

YANG MENGUASAI IBU NEGERI : SATU RENUNGAN



Selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu dan terbaru selepas PRK P036, hanya dua ibu negeri di Malaysia masih memihak kepada BN. Umum telah mengetahui peratusan pengundi di bandar-bandar ibu negeri di Malaysia adalah majoritinya bukan Melayu atau setidak-tidaknya menjangkau sehingga 40% pengundi bukan Melayu.





P02 KANGAR : Dato’ Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN)

P09 ALOR SETAR : Gooi Hsiao Leung (PKR)

P21 KOTA BHARU : Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS)

P036 KUALA TERENGGANU : Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)

P049 TANJUNG : Chow Kon Yeow (DAP)

P064 IPOH TIMUR : Lim Kit Siang (DAP)

P065 IPOH BARAT : M. Kulasegaran (DAP)

P083 KUANTAN : Fuziah Salleh (PKR)

P108 SHAH ALAM : Khalid Abd. Samad (PAS)

P128 SEREMBAN : John Fernandez (DAP)

P138 KOTA MELAKA : Sim Tong Him (DAP)

P160 JOHOR BAHRU : Datuk Sharil @ Shahril Abd. Samad (BN)

P172 KOTA KINABALU : Hiew King Chiew (DAP)

P195 BANDAR KUCHING : Chong Chieng Jen (DAP)

**(Tidak termasuk kerusi-kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang hanya berbaki satu buat BN).

Apa mesej dan apa sebenarnya yang mendorong kecenderungan pengundi bandar, khususnya pengundi bukan Melayu memilih wakil mereka bukan di kalangan wakil BN itu?


PDRM : Raja Lawak Dunia terbaru!

DUA Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, K. Devamany (kiri) dan T. Murugiah akan dipanggil memberi keterangan kerana dikatakan 'menceroboh' bilik mayat berhubung kematian tahanan, A. Kugan di Hospital Serdang, awal pagi semalam.
MURUGIAH berbual dengan seseorang ketika berada di Hospital Serdang, semalam.

PDRM : Raja Lawak Dunia terbaru!

Pihak polis mengatakan tahanan terbabit iaitu A.Kuhan, 23 mati kerana "paru-paru berair" dan juga penyakit "Asma" .

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (foto) berkata "Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri.Doktor dari sebuah klinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati,".

Tetapi bapa mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Ananthan berkata, "Kami sekeluarga percaya anak saya didera kerana terdapat kesan cedera pada tubuh badannya dan ini bukan disebabkan asma. Anak saya tidak menghidap penyakit asma," katanya.

"Kami sekeluarga dimaklumkan kematiannya pada pukul 9 malam semalam (kelmarin)sedangkan dia dilaporkan mati pada pukul 11.30 pagi,” katanya lagi

Sementara itu dilaporkan, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memanggil dua timbalan menteri akan dipanggil Polis Selangor kerana dipercayai telah 'berada' dalam bilik mayat Hospital Serdang berhubung insiden kematian seorang suspek semasa dalam tahanan kelmarin.

"Kami hendak tahu mengapa mereka berada di sana apabila keluarga suspek meredah bilik mayat," kata beliau di Kajang pagi tadi.

Menurut beliau, tindakan mereka memasuki bilik mayat Hospital Serdang dipercayai telah menjejaskan bukti yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.

Lihatlah bukti di bawah - yang sebenarnya menjejaskan kewibawaan Polis DiRaja Malaysia.





Punca Kematian menurut Raja Lawak PDRM : "paru-paru berair" dan juga penyakit "Asma" .


Umno balas dendam, pertikai keputusan rakyat

ImageIPOH - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur kesal dengan kenyataan tidak profesional Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengarahkan semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak berkuat kuasa serta-merta.


Menurut Ketuanya, Salman Salleh, amat terkejut dengan kenyataan Ahmad Zahid seperti tidak mengiktiraf kuasa DYMM Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah setelah melantik Menteri Besar Perak yang ke-10, Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin tahun lepas.


ImageSalman dalam kenyataan medianya semalam mendakwa kenyataan Ahmad Zahid itu telah jelas menunjukkan BN telah menafikan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Perak di dalam Pilihanraya Umum yang ke-12 baru-baru ini dan ternyata tindakan yang dibuat itu merupakan satu perbuatan yang tidak bijak.


"Kita melihat ucapan Zahid itu cuba mempertikaikan keputusan Sultan dan rakyat Perak yang akan memberikan gambaran tidak sihat terhadap perkembangan Negeri Perak kelak," katanya.


Beliau mendakwa tindakan Zahid itu merupakan salah satu usaha jahat dan balas dendam BN yang merugikan perkembangan negeri ini akibat daripada tindakan tersebut.


Kalau Sebut Ketuanan Melayu, Cina Nak Letak Dimana? India Dimana ?

http://buletinonline.net/images/stories/berita/ceramahsempenakemenangan.JPG
Kuala Terengganu – Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat menggesa orang-orang Melayu supaya mengubah perjuangan kepada membela Islam dariapada perjuangan membela Melayu.


Beliau berkata selepas pilihanraya Kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, seorang Naib Presiden UMNO dari Melaka merasa hairan kerana PAS menang di Kuala Terengganu sedangkan katanya PAS tidak buat apa-apa.

”Dia kata, orang boleh sokong PAS kerana PAS janji nak masuk syurga, sedangkan PAS tak buat apa-apa, kalau ramai lagi UMNO berfiki macam itu, lagi baik, (lebih) mudah kita nak kempen pada masa depan,”kata Tok Guru sekaligus membidas kenyataan Dato’ Ali Rustam dengan berkata sekiranya nabi Muhammad masih hidup, pasti dia akan lawan nabi Muhammad.

Katanya Ali Rustam akan tanya Nabi Muhammad, berapa batang jalanraya yang nabi buat, berapa masid yang nabi buat dan lain-lain lagi kerana nabi diturunkan oleh Allah tidak membawa apa-apa.

Namun menurut Tok Guru, ramai manusia yang menyokong nabi walaupun nabi hanya membawa ajaran Islam keatas muka dunia ini.

Beliau berkata tindakan Ketua Menteri Melaka itu yang telah mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan negeri Melaka supaya tidak melawat Kelntan suatu masa dulu adalah suatu pemikiran yang beku dan jumud.

”Macam komunis, komunis tak beri orang keluar dari negeri dia, betul-betul pemikiran otak, otak komunis,

”ada ke masuk akal, manusia, pegawai kerajaan (Melaka) dilarang datang ke Kelantan, tapi baru-baru ni tarik balik pula (benarkan orang datang ke Kelantan),”kata Tok Guru Nik Aziz dalam majlis ceramah perdana di Kampung Tanjung dekat sini, sempena kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terenggaju.

Tok Guru menyifatkan tindakan Ali Rustam tersebut adalah berpunca dari pemikiran ’maddiyat’ iaitu pemikiran materialis (dimana menganggap) apa yang ada diatas dunia ini hanyalah ’benda’ sahaja.

Oleh yang demikian kata Tok Guru, pemikiran ’maddiyat’ menyifatkan selain daripada benda yang dapat dilihat itu tak ada apa-apa, sehinggakan mengaggap tuhan tidak wujud kerana ia tidak boleh dilihat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa dunia yang wujud hari ini bukan ciptaan sesiapa tetapi ciptaan Allah SWT.

Justeru beliau berkata sekiranya manusia diatas dunia masih bergantung kepada kejadian yang dicipta oleh Allah untuk hidup, manusia wajid mengikut Islam sebagai cara hidup.

”Dunia bukan kita buat, bukan ayah dan emak kita buat, bukan datuk kita buta, bukan syarikat kita buat, bukan kerajaan kita buat.

”Oksigen yang kita hirup atas dunia ini bukan kita buat, nitrogen bukan kita buat. Dengan ukuran oksigen dan nitrogennya yang begitu sekali teratur, kalau oksigen lebih sikit, akan hangus dunia, kalau kurang sikit akan sejuk dunia, siapa dia buat begitu ?

”Kalau selagi kita tidak buat dunia, tidak buat akhirat, maka kita kena turut Allah, kena ikut Islam,”jelas beliau.

Mengulas lebih lanjut, beliau mengkritik tindakan UMNO yang hanya memperjuangkan Melayu dan sering menggunakan slogan ’hidup Melayu’, sedangkan diakhirat kelak tidak ada nilai yang dikira atas bangsa.

”Membela (memperjuangkan) Melayu, berapa sen harga Melayu di akhirat? Allah tidak tanya diakhirat nanti awak Melayu atau Cina.

”tapi hendaklah membela Islam bukan memperjuangkan Melayu tapi memperjuangkan Islam.Orang Arab pun tak mesti masuk syurga, bapa saudara nabi bernama Abu Lahab adalah orang Arab, tapi dinyatakan dalam quran Abu Lahab akan masuk neraka kerana tidak memperjuangkan Islam.

”Jadi sebagai bapa saudara nabi, orang Arab yang faham bahasa Arab yang faham Quran pun tak masuk syurga, apa lagilah orang Melayu yang tak faham bahasa Arab dan Quran,

”Jadi, tak usah sebutlah ’ketuanan Melayu’, sebutlah ketuanan Islam. Selagi sebut ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak dimana, India nak letak dimana?

”Tapi kalau sebut ketuanan Islam ada juga Cina yang Islam ada juga India yang Islam.”katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah etiga-tiga pempinan utama parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum Parti Keadilan Nasional Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) YB Lim Kit Siang.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .