Ikuti Blog ini

Setelah Membaham Wang FELDA, UMNO Tubuhkan BAPAK Untuk Bunuh ANAK

Isu Felda: Bapak pro-BN ‘lawan’ Anak diterajui Exco PAS

SHAH ALAM, 21 Nov — Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan Bapak yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merestui penubuhan Bapak dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Bapak di sini hari ini.

Kini, pemimpin PAS mengetuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda.

Presidennya ialah Mazlan Aliman merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan ia mempunyai ahli seramai 2,000 orang. Ia telah mengadakan konvensyen nasional pada 20 Februari lalu di Jerantut, Pahang.

Dipetik Bernama, Ahmad berkata, Bapak dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan

berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja.

Katanya, Bapak merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.

Beliau berkata walaupun Felda mempunyai saluran aduannya sendiri, penubuhan Bapak sangat relevan dalam menangani masalah lain yang dihadapi oleh warga peneroka seperti isu kebajikan dan pendidikan.

Katanya Bapak yang beroperasi di Plaza SunwayMas di Seksyen 9 di sini, menerima aduan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu melalui pelbagai kaedah termasuk faksimili, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), portal atau talian bebas tol 1-800-88-4943.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno turut mencadangkan supaya GWGF menjadi anggota gabungan Barisan Nasional (BN) agar sama-sama dapat berjuang dan menjaga kebajikan serta masa depan warga peneroka. -TMI

Ajk Masjid Umno ditangkap khalwat tapi tidak didakwa

TAIPING, 21 Nov. : Baru -baru ini seorang pengadu datang bertemu DS Nizar meminta pertolongan agar kes isteri beliau yang didakwa ditangkap duduk berdua-duaan dengan AJK Masjid Daerah Kg Jambu cepat diadili oleh Mahkamah Syariah Taiping.

Pengadu turut menyertakan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Simpang atas kes tersebut.

Dakwa pengadu kerana yang terlibat juga merupakan Naib Ketua Cawangan UMNO dalam bahagian ,jadi kes isteri beliau bersamaAJK Masjid Daerah Taiping dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan.

Menurut pengadu yang tinggal dalam DUN Pokok Assam itu ,AJK Masjid yang juga Naib Ketua Cawangan UMNO itu memang "kaki perempuan" dia suka duduk bersama isteri orang.

Pengadu menjelaskan isteri beliau ditangkap di rumah sewa berdekatan Taman Ria,dalam Dun Changkat Jering.Jadi pengadu mahu DS Nizar membantu menyelesaikannya.

Dikatakan isteri AJK Masjid itu turut serta dalam tangkapan duduk berkhalwat bersama itu pada pukul 9.20 malam.Kini difahamkan Naib Ketua Cawangan itu telah dilucutkan jawatan AJK Masjid ,hasil bantahan jemaah.

Dia tidak mahu si lelaki tadi dibiarkan begitu sahaja tanpa dihukum.Bagi pengadu dia sudah memfailkan perceraian talak satu ,di pejabat agama.

Sementara itu DS Nizar meminta semua pihak perlu diadili dan didakwa jika cukup bukti .Bagi Nizar keadilan perlu untuk semua tanpa pilih kasih.- Sisi Bukit

Isu Patriotisme: Zahid Dah Terhantuk Bakal Terkangkang Pula


Isu patriotisme: Saya jawab usul MP DAP 13 Dis, kata Zahid

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan menjawab di Dewan Rakyat pada 13 Disember ini berhubung usul isu patriotisme yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran baru-baru ini.

Zahid (gambar) sebelum ini didakwa mempersoalkan semangat patriotisme orang India dan Cina negara ini, dan dilaporkan sebagai antara punca bukan Melayu kurang menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Penjelasan mengenai usul Ahli Parlimen Ipoh Barat akan saya jawab 13 Disember di Parlimen. DAP Perak pun dah tolak dia?” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno dalam mesej Twitter.

Dewan Rakyat sebelum ini menetapkan minggu kedua untuk membahaskan usul berkenaan.

Zahid akan berhadapan dengan perbahasan usul dipotong gaji RM10 ekoran jawapan beliau mengenai sebab-sebab bukan Melayu kurang menyertai ATM di Dewan Rakyat dua minggu lalu.

Usul itu dikemukakan oleh Kulasegaran ekoran jawapan beliau di Dewan Rakyat 9 November lalu.

Kulasegaran ketika dihubungi berkata, beliau belum dimaklumkan tarikhnya tetapi lazimnya akan diketahui beberapa hari sebelum ditetapkan oleh Parlimen.

“Perlu menunggu giliran (tarikh usul dibawa),” kata Kulasegaran sambil menambah, “adalah sesuatu yang baik beliau sedia tampil memberikan penjelasan mengenai apa yang beliau mengatakan demikian sebelum ini.”

“Kementerian mendapati penyertaan kaum bukan Melayu terutama kaum Cina dan India masih berkurangan berkemungkinan disebabkan kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat, ganjaran kurang berbanding swasta, tiada galakan daripada keluarga serta semangat patriotisme yang belum cukup tinggi,” kata Zahid di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan dikeluarkan di Jakarta yang dipetik Bernama keesokan hari, Zahid mendakwa ATM tidak ada prasangka kaum dalam pengambilan anggotanya dan oleh itu tidak timbul persoalan bukan Melayu kurang semangat patriotisme.

Zahid berkata rakyat daripada semua kaum boleh menyertai ATM dan berpeluang menyandang jawatan berpangkat tinggi.

Kata beliau, jawapannya di Dewan Rakyat mengenai faktor-faktor rendahnya penyertaan bukan Melayu dalam ATM dibuat berdasarkan dapatan kaji selidik ilmiah.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata kesemua anggota Kabinet telah diarah agar tidak lagi membincangkan secara terbuka isu itu.

Kata beliau, Kabinet menyerahkan kepada Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan pendekatan bagi menambah bilangan bukan Melayu dalam ATM.

“Kami telah mengambil pendirian, memandangkan Kabinet dan Perdana Menteri telah menasihatkan kami bahawa tiada lagi, kesemua bentuk retorik dan hujah secara terbuka.

“Buat kerja untuk membuktikan bahawa kita ini ikhlas dalam mahukan perkhidmatan tentera diwakili dengan baik (oleh semua kaum),” kata beliau. -TMI


Siapa kata tentera untuk Melayu saja?

Statistik pengambilan perajurit ATM pada 2009 menunjukkan kaum Melayu mencatatkan penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 91.55 peratus berbanding kaum Cina iaitu 0.1 peratus diikuti India sebanyak 1.01 peratus dan lain-lain kaum sebanyak 7.35.

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Kementerian Pertahanan Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata, dakwaan bahawa ATM untuk kaum Melayu sahaja juga adalah tidak berasas, lapor Bernama.

"Siapa cakap ATM untuk orang Melayu sahaja. Hanya Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sahaja yang dikhususkan untuk orang Melayu, selain daripada itu ia adalah terbuka (untuk semua).

"Kita masih ada pelbagai cabang lagi. Tentera Laut (TLDM) dan udara (TUDM), ia dibuka untuk semua bangsa dan kita tidak memberi layanan istimewa untuk satu-satu bangsa itu," beliau dipetik sebagai berkata.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada perdebatan panas berhubung kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa bukan Melayu kurang patriotik kerana tidak berminat menyertai tentera.

Banyak pihak tampil mempertikaikan kenyataan itu, termasuklah oleh bekas-bekas pegawai tentera.-mk

Karpal simpati pada Anwar Ibrahim...


PULAU PINANG : Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang cabaran daripada parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid.

Karpal lahirkan rasa simpati dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim atas tindakan Zaid mengkritik pimpinan PKR bertalu-talu sebelum bertindak keluar dari parti itu.

"Apabila Zaid menyertai PKR (pada 2008), saya ada menyatakan pada Anwar Ibrahim (bahawa) orang ini tidak boleh dipercayai. Ini boleh disahkan oleh Anwar (sendiri)," Karpal memberitahu pemberita di Pulau Pinang.

Karpal berkata tindakan Zaid membuat pelbagai tuduhan dan kritikan terhadap Anwar amat dikesali memandangkan jasa Ketua Pembangkang itu menerima Zaid ke dalam PKR dan memberikan beliau ruang untuk menyerlah.

"Anwar memberi "perlindungan" kepada Zaid ibrahim. Tetapi apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim (dengan) perkataan-perkataan yang digunakan ke atas Datuk Seri Anwar adalah satu perkara yang tidak boleh dipertahankan", tegas Karpal.

Selain diangkat oleh Anwar untuk menjadi calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Zaid turut dipilih menganggotai Biro Politik selain menjadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Zaid kemudian menuduh Anwar dan pimpinan PKR lain sebagai kononnya tidak mendokong amalan demokrasi, malah meminta Anwar untuk meninggalkan parti itu.

Karpal berkata Zaid bebas untuk menubuhkan parti baru namun ia tidak sekali-kali akan mengusarkan Pakatan Rakyat.

"Jika Zaid Ibrahim mahu tubuhkan satu parti politik dia boleh, Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dari zaid Ibrahim," kata beliau.

Ketika mengumumkan hasrat menubuhkan parti baru, Zaid tidak menolak kemungkinan parti itu bekerjasama dengan Umno. -tvs


Kerajaan Pusat Berhasad Dengki Terhadap Dinar Kelantan

Hasad dengki punca Pusat enggan iktiraf Dinar Kelantan

KUALA LUMPUR : Tindakan kerajaan Pusat tidak mengiktiraf penggunaan Dinar dan Dirham Kelantan dibayangi sifat prejudis dan hasad dengki terhadap pemerintahan PAS, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengulas jawapan bertulis Menteri Kewangan terhadap soalan lisannya di Dewan Rakyat yang bertanya pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan Dinar dan Dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Menteri dalam jawapannya mendakwa penggunaan wang emas dan perak dalam urus niaga akan menyebabkan orang ramai menanggung risiko harganya yang sentiasa turun naik.

Selain itu, pengguna juga akan bermasalah untuk mengesahkan ketulenan emas atau perak serta kemungkinan berlakunya pemalsuan yang berleluasa.

"Amat malang sekali jawapan dari Menteri Kewangan adalah seperti tertera di atas.

"Ternyata apabila Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai instrumen kewangan selain dari mata wang – ’legal tender’, kerajaan BN terus mengecam seolah-olah ia satu kesalahan.

"Prejudis itu juga terserlah dengan memaparkan pelbagai aspek negatif dan risiko yang kononnya akan menimpa rakyat dan pengguna," kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emas pada 12 Ogos lalu atas penegasan ianya bukanlah matawang, tetapi hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade (perdagangan pertukaran).

Menurut Dzulkefly, prejudis tersebut jelas boleh dilihat apabila Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.

Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.

Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.

"Sungguh malang andainya pimpinan Umno terus menyimpan perasaan prejudis sehinggakan yang rugi ialah rakyat sementara kebaikan yang mahu disampaikan kepada umat terhalang kerana sikap yang sempit dan perasaan yang dilingkungi hasad.

"Pemikiran yang waras dan jiwa yang murni akan dapat mengenali betapa ’politik sempit’ dan kelonggaran pegangan kepada agama Islam akan meletakkan perhitungan kepentingan politik kepartaian mengatasi tuntutan kewajaran dan kebenaran yang dianjurkan oleh Islam," katanya. -Hrkh

Memali berdarah angkara Mahathir dan Musa ?



Nama Dr Mahathir Mohamed diingat lagi setelah 25 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali, Baling Kedah.

Dr Mahathir ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Musa Hitam adalah Menteri Dalam Negeri.

Memali tidak jauh dari kampung saya Keroh Perak. Saya pernah beberapa kali ke situ menaiki motosikal yang mengambil masa tidak lebih dari empat puluh minit.

Malah sesudah beberapa jam polis dan kereta perisai menjalankan operasi mereka di kawasan Madrasah berkenaan, saya dan beberapa orang wartawan media perdana sampai ke tempat kejadian selepas berjaya melepasi sekatan-sekatan jalanraya.

Saya masih ingat lagi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya yang pernah datang ke Dewan Orang Ramai di Pekan Keroh untuk menyampaikan ceramah. Saya dan kawan-kawan mengambil kesempatan mendengar ceramah politiknya yang dikira berapi.

Peristiwa tahun 1985 itu melakarkan sejarah apabila Ustaz Ibrahim Mahmud dan tiga belas pengikutnya terbunuh ketika berdepan dengan lebih beribu anggota Polis.

"Operasi Hapus" seperti yang dinamakan Polis turut melibatkan ayah kepada rakan sekelas saya. Beliau merupakan diantara orang terpenting dalam menerima dan melaksanakan 'arahan orang atasan'.

Menurut Naib Presiden PAS Dato' Hj Mahfuz Omar pada The Malaysian Insider, "kehilangan jiwa bukanlah disebabkan mereka itu pengganas atau mengangkat senjata menentang kerajaan tetapi penduduk Mukim Siong itu dijadikan “kambing hitam” oleh kerajaan pusat demi menutup beberapa kelemahan Umno dan Barisan Nasional"

“Perkembangan Islam di Memali dianggap ancaman pada Umno ketika itu" tegas Mahfuz lagi.

Saya tidak bercadang mengulas isu ini dari pengalaman saya. Biarlah perhimpunan tiga hari itu mengkisahkan detik hitam atau sebaliknya untuk dijadikan tatapan dan iktibar generasi baru.

Pada hermat saya, sejarah semalam pasti kelabu dengan dapatan hari ini dan hari-hari mendatang jika muwarikhnya bermuslihat.

Cuma saya nak tanya Dr Mahathir dan Musa Hitam. Rata-rata mereka menuding jari bahawa lukanya masih berdarah dan Memali masih menangis dek angkara 'kerajaan dua M' itu.

Apakah ianya benar ?

Tidakkah ada rasa bersalah atau penyesalan pada diri masing-masing - mahu memohon maaf kepada keluarga mangsa, penduduk di situ, parti yang terlibat dan seluruh rakyat Malaysia ?

Gambar Rumah Baru Pak Lah Tidur RM 12 Juta?













Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .