Ikuti Blog ini

P094 - Langsung dari Serendah Hulu Selangor



Laporan Polis: Gegar buat laporan polis JPP agih wang ehsan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs451.ash1/24864_383366703349_801638349_3704833_2039098_n.jpg



Satu laporan polis telah dibuat pada 13 april 12010 pada pukul 6 petang berhubung kemungkinan penyalahguaan kuasa oleh kerajaan dalam pembahagian wang rakyat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dengan menggunakan nama wang ehsan.


Hafiz Irwan

KOTA BHARU, 13 April: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) hari ini membuat satu laporan polis berhubung penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembahagian wang rakyat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dengan menggunakan nama wang ehsan.

Pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof yang bertindak membuat laporan tersebut supaya pihak polis membuat siasatan terhadap program pengagihan wang ehsan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 1, Machang pada 3 April, dalam Program Juara Rakyat peringkat Kelantan seperti mana dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 April lalu.

Abdul Halim membuat laporan tersebut kerana meragui wang ehsan yang telah diagihkan itu adalah dikatakan wang hasil penggerudian petroleum dari kawasan perairan Kelantan.

Merujuk Akta Pembangunan Petroleum 1974, Abdul Halim meminta pihak polis menyiasat hal itu dalam tiga aspek iaitu, penggunaan dan pengagihan wang ehsan tersebut, pengagihan wang melalui agensi Kerajaan Persekutuan dan tidak melalui kerajaan negeri sebagaimana maksud akta tersebut dan kaedah pengagihan wang ehsan dan bagaimana ia diakaunkan.

“Sekiranya wang ehsan tiada kaitan dengan penghasilan petroleum, saya mohon polis menyiasat peruntukan 25 juta untuk wang ehsan ini adakah diperuntukkan melalui bajet yang diluluskan Parlimen melalui Akta Bekalan?

“Saya mengharapkan penyiasatan dibuat untuk memastikan ketelusan dan tiada penyelewengan dalam penggunaan wang rakyat,” katanya ditemui selepas laporan tersebut dibuat.

Abdul Halim yang diiringi kira-kira 30 penyokong membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, di Pengkalan Chepa, kira-kira 5.30 petang ini.

Pemuda PAS negeri turut hadir sama sebagai tanda sokongan terhadap hasrat murni Gegar itu.

Sebagai rakyat Kelantan, Abdul Halim menegaskan laporan berkenaan dibuat atas rasa rasa tanggungjawab yang mahukan agar segala hasil bumi Kelantan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini secara sama rata.

“Saya yakin pihak bertanggungjawab akan bertindak adil dengan laporan ini,” ujarnya.

Speaker Beri Amaran Kepada Anggota Parlimen Pasir Salak

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia
hari ini memberi amaran keras kepada Anggota Parlimen Pasir Salak
Datuk Tajuddin Abdul Rahman daripada Barisan Nasional supaya tidak
lagi mengganggu Anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran daripada
DAP.

Katanya beliau telah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk
memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis
lepas.

Pada Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa kononnya Tajuddin mengancam
untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Anggota
Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.

Namun Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan
tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah
dan mencerca beliau.

Selepas sesi soal jawab pagi ini, Pandikar Amin berkata bahawa semasa
pertemuan tersebut, beliau memberikan pandangan kepada kedua-dua
Anggota Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti
Parlimen.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Anggota Parlimen Ipoh Barat yang
menerima pandangan saya itu secara positif dan beliau kemudiannya
bersetuju supaya tidak mendesak agar Anggota Parlimen Pasir Salak
dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," katanya.

Pandikar Amin juga berkata beliau menerima surat daripada Datuk
Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mahu merujuk Saifuddin Nasution
Ismail (PKR-Machang) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat
dakwaan kononnya beliau memiliki saham syarikat yang berkaitan dengan
judi.

"Saya belum memanggil kedua-dua Anggota Parlimen terbabit untuk
tindakan sewajarnya tetapi untuk integriti Parlimen, saya minta
kerjasama semua Anggota Parlimen supaya bila berhujah, kawallah
sedikit emosi. Jangan lempar hujah yang menyakitkan hati kawan,"
katanya. - BERNAMA

Hampir Pasti : Zaid Bertemu Palanivel

Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, lapor malaysiakini.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi.

Zaid yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Zahid dikatakan sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu kerana pengalamannya yang luas.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.

Datuk G Palanivel yang juga timbalan presiden MIC yang menjadi ahli parlimen Hulu Selangor selama empat penggal sejak 1990 tetapi ditumbangkan dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum 2008 berharap dapat kembali ke Dewan Rakyat.

Ketika dihubungi, naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam mengesahkan Palanivel adalah calon tunggal parti itu.

Beliau juga menolak khabar angin bahawa pencalonan Palanivel menghadapi masalah kerana beliau akan menuntut jawatan kabinet jika menang kelak.

"Memenangi pilihan raya kecil itu adalah keutamaan kami,” kata Subramaniam, yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia sejak tahun 2008 kerana beliau adalah pemimpin tertinggi MIC yang menang pada pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi naib presiden MIC, Datuk M Saravanan juga tidak mahu melayan soalan jika ada tuntutan supaya Palanivel digugurkan.

“Tidak ada 'jika' dalam politik,” tegas Saravanan.

Saravanan, yang juga adalah timbalan menteri wilayah persekutuan berkata masyarakat India di Hulu Selangor berdiri teguh di belakang Palanivel.-GB-

PAS mahu SPRM siasat Palanivel lulus projek RM354,000


KUALA LUMPUR, 13 April: PAS mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengakuan Ketua Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, Mustafa Talib bahawa Datuk G Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM354,000 di kampung itu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) tidak mempersoalkan keperluan perbelanjaan itu dikeluarkan oleh pihak kerajaan, tetapi mempersoalkan kelayakan dan kredibiliti Palanivel yang tidak mempunyai jawatan dan kuasa dalam kerajaan masih boleh memberi kelulusan projek.

“PAS mahu SPRM menyiasat perkara ini kerana beliau bukanlah anggota kabinet atau penjawat awam yang mempunyai kuasa bagi menentukan perbelanjaan wang negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, adalah tidak releven seorang bekas wakil rakyat yang kini dilantik sebagai penyelaras sebuah parti politik boleh mengeluarkan duit kerajaan sesuka hati untuk projek yang ada kepentingan dengan Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, selama dua tahun allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor, Kerajaan Persekutuan enggan memberikan sebarang peruntukan kepada beliau bagi memajukan kawasan itu.

“Tetapi, selepas beliau meninggal dunia Kerajaan Persekutuan tiba-tiba sahaja melantik 'wakil rakyat haram' untuk membelanjakan duit kerajaan.

“PAS menuntut SPRM tidak bermain wayang dan menutup mata terhadap apa yang berlaku di Hulu Selangor sekarang,” tegasnya.-Hrkh

Hulu Selangor By-Election: Anwar Ibrahim at Sg Selisek




12 April 2010, 9.00 – 12.00 mlm
Dewan Serbaguna Sg. Selisik, Ulu Bernam

Najib Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor?


http://img.nattawat.org/images/taxp05mjbntuwqnu9ul5.jpg
Berita tergempar!! Dato' Seri Najib telah mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan di Selangor akibat daripada kegagalan misi beliau iaitu untuk merampas semula Selangor.

Sebelum ini Najib dikatakan sudah berkali-kali menyerang Pakatan Rakyat di Selangor, namun ternyata setiap percubaannya itu gagal.

Peletakkan jawatan ini akan diumumkan oleh Dato Noh Omar selaku timbalannya dalam jangka masa terdekat ini bagi memberi laluan kepada Pilihanraya kecil Hulu Selangor ini supaya jentera-jentera MIC tidak terganggu emosi dengan peletakan jawatan Najib.

Noh dikatakan akan mengambil tempat Najib sebaik sahaja pengumuman tergempar ini di keudarakan. Berita tergempar ini disahkan oleh beberapa sumber terdekat demi untuk mendapatkan kepastian yang jitu. Menurut suumber-sumber tersebut, Najib dikatakan membuat kenyataan drastik itu ekoran daripada kegagalan konvensyen BN baru-baru ini.

Sumber: prkhuluselangor_2010.blogspot.com

Royalti: Kelantan kekal Tengku Razaleigh orang tengah

KOTA BHARU, 13 April: Kerajaan Negeri Kelantan masih kekal untuk menawarkan lantikan bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah pengagihan royalti oleh kerajaan Pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata keputusan kerajaan negeri untuk melantik Razaleigh sebagai orang tengah bagi menyelesaikan kemelut itu masih tidak berubah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Etika Pakaian 2010 anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), di sini semalam.

Menurut Amar lagi, sekiranya Tengku Razaleigh tidak bersetuju, kerajaan negeri tidak boleh memaksanya.

“Kalau dia tidak bersetuju, dia boleh jawab secara rasmi, tiada masalah.

“Kalau dia bersetuju (jadi orang tengah) alhamdulillah, kalau dia kata dia tak terima akibat dari salah faham, itu kita tak boleh nak kata apalah,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan adakah surat rasmi telah dihantar oleh kerajaan negeri kepada Ku Li berhubung perkara itu.

Ini kerana, tambahnya ianya di bawah tanggungjawab anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Menyentuh tentang post-mortem pilihan raya umum 2004 sebagaimana yang didedahkan dalam sebuah blog baru-baru ini, beliau memberitahu PAS akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berbuat demikian sekiranya ia benar-benar berlaku.

Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan bagaimanapun memberitahu sejauh mana perkara itu berlaku tidak dapat dipastikan memandangkan beliau tidak membacanya.

“Kalau benar perkara itu berlaku, kita akan siasatlah bagaimana pendedahan itu boleh berlaku. Pertamanya kita kena pastikan dulu adalah laporan yang dibuat itu laporan yang betul.

“Kedua pula sekiranya laporan itu sah, kita kena siasatlah bagaimana dia dapat (laporan), siapa yang bocorkan dan kita akan siasat peringkat demi peringkat.

“Kiranya terbukti ada pihak yang terlibat, kita akan mengambil tindakan yang sesuai tidak kira siapa yang terlibat sekalipun,” ujarnya. -Hrkh

BENARKAH ADUN GURUN AKAN MENINGGALKAN MCA ?


adun gurun

Benarkah ADUN Gurun, Datuk Dr Leong Yong Kong, akan meninggalkan MCA....? Beliau kini bercuti selama setahun daripada semua aktiviti MCA...


MCA akan terus bergolak sekiranya benar Datuk Leong akan meninggalkan MCA....tahniah kepada Dr Chua kerana masih gagal mendamaikan MCA !!!!


Sex dan Cuka Getah - Suami Terhebat.


KUANTAN, — Seorang penggangur dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menyimbah cuka getah pada isterinya, Rabu lepas.

Supian Hani Ismail, 47, dilihat tenang selepas Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu yang berkuatkuasa hari ini.

Dalam penghakimannya, Irwan berkata, mahkamah memandang serius kesalahan yang dilakukan tertuduh yang sepatutnya menjadi pelindung kepada isterinya.

Supian Hani didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Zarina Wahab, 43, dengan menggunakan apa-apa benda yang melecur iaitu cuka getah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 67, Felda 2 Bukit Sagu di sini antara 12.30 malam hingga 2 pagi, 7 April lepas mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan

Mengikut fakta kes, tertuduh telah meminta mengadakan hubungan kelamin namun ditolak isterinya sebelum dia bertindak menyimbah cuka getah kepada mangsa.

Hasil pemeriksaan awal Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mendapati mangsa mengalami lapan peratus kesan terbakar di bahagian kiri badan termasuk bawah dagu dan tangan.

Terdahulu, Supiah Hani yang tidak diwakili peguam memohon diringankan hukuman ke atasnya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hidayatul Syuhada Shamsudin dan Heng Yen Loo memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh telah menyebabkan kecederaan kekal terhadap isterinya sendiri.

Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengambil kira kesakitan serta kesedihan mangsa yang kehilangan maruah dan harga diri selepas kes tersebut mendapat liputan meluas media. — Bernama

Keluarga Teoh Akan Fail Usul Hina Mahkamah Oleh Nazri


Keluarga Teoh Beng Hock mungkin memfailkan usul menghina mahkamah ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menuduh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai 'pembohong'.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang juga peguam untuk keluarga Teoh berkata di lobi Parlimen hari ini bahawa tindakan itu mungkin diambil pada 20 April ini apabila inkues berkenaan bersambung.

Nazri melabelkan Dr Pornthip sebagai pembohong selepas pakar patologi itu mendakwa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia berhubung pembabitannya dengan inkues itu.

Adakah Nazri mempunyai bukti bagi menyokong dakwaannya itu? Jika tidak, bukankah kenyataannya itu bersifat menghina mahkamah?" soal Lip Eng (kiri).

Ahli parlimen DAP itu juga telah memfailkan notis mengikut Peraturan 18(2) bagi mendebatkan dakwaan Pornthip di Dewan Rakyat sebagai sesuatu yang mempunyai kepentingan umum.

“Rakyat berhak mengetahui jika ada kebenaran dalam dakwaan itu. Mengapa dia dihalang daripada memasuki Kelantan awal tahun ini? Ancaman yang macam mana negara ini akan terdedah jika dia dibenarkan masuk? Adakah dia seorang pengganas atau perisik asing?” soalnya.

Seorang lagi peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo (kanan) berkata Nazri seharusnya menjelaskan mengapa dia menudup Pornthip sebagai pembohong.

"Saya cabarnya supaya tampil jika dia mempunyai bukti bahawa Pornthip telah menipu dalam pengakuannya ketika inkues,” katanya sambil menuntut Nazri mengemukakan bukti di mahkamah nanti.

“Jika Nazri gagal membuktikan tuduhan itu, kita akan bertindak. Satu cara ialah mengenakan usul menghina mahkamah ke atas Nazri. Kita akan putuskan tidak lama lagi menjelang 20 April ini.”

Adik Teoh, Lee Lan (kiri), melahirkan harapan agar Pornthip akan hadir memberi keterangannya.

“Sudah tentu kami mahu dia datang kerana dia adalah saksi penting dan semua orang seharusnya mempunyai peluang untuk memberi keterangan dalam inkues itu,” katanya ketika dihubungi.

Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong menggesa peguam negara (AG) untuk campur tangan kerana pejabatnya juga terbabit dalam inkues itu.

"Bila seorang ahli profesional dari negara luar mendakwa dia diugut olreh kerajaan, AG sepatutnya campur tangan,” katanya.

Tambahnya, kenyataan Nazri adalah tidak adil kerana dia membuat kesimpulan sebelum siasatan dijalankan.

“Jika Nazri tidak mempunyai bukti, dia sepatutnya memohon maaf terhadap Pornthip,” katanya.

Pemimpin veteran DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang (kanan) bersetuju dengan Gobind.

Menurut Lim Nazri sepatutnya menarik balik kenytaannnya itu dan memohon maaf kepada pakar patologi Thailand itu.

Lim juga menggesa jemaah menteri supaya mengadakan mesyuarat khas untuk memberi jaminan kepada Pornthip bahawa dia boleh memberi keterangan tanapa sebarang tekanan dan keselamatannya semasa berada di negara ini adalah terjamin.

Kenyataan Muhyiddin Ditempelak, Jwtnkuasa Agama Rebah Sebelum Bermesyuarat

Majlis Perunding Buddhis, Kristian, Hindui, Sikh dan Taoism (MCCBCHST) akan memboikot Jawatankuasa Antara Agama yang dibentuk oleh Kerajaan, kecuali timbalan perdana menteri menyediakan penjelasan terhadap kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan jawatankuasa antara-agama yang dibentuk oleh kabinet disertai oleh “small-fry,” (mereka yang tidak penting) di dalam usaha beliau untuk mententeramkan kekhuatiran beberapa kumpulan yang menganggap ia (penubuhannya) menggugat kesucian agama Islam.

Ketiadaan sebarang kuasa perundangan, jelas Muhyiddin, ia tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas kedudukan agama rasmi negara.

"Jawatankuasa ini dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin ada hasil-hasil perbincangan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk tambah baik perhubungan antara kaum yang boleh kita ambil.

"Tetapi soal-soal tentang kedudukan agama Islam itu tidak akan disentuh, kedudukan dan martabatnya tidak akan disentuh, kita kena hormat antara agama dan wujudkan semangat kerjasama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran permulaan prasekolah swasta Kementerian Pelajaran di Bandar Sungai Buaya di Rawang hari ini.

Walau bagaimapun, beberapa kumpulan bukan-Islam memandang berat keyataan TPM tersebut dan kini megambil langkah untuk memboikot panel Jatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Presiden MCCBCHST, Reverend Dr Thomas Philips, menyatakan bahawa mereka tidak akan hadir di dalam mesyuarat yang dijadualkan hari ini jika tiada penjelasan mengenai kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin itu.

Sementara itu, awatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 6-8 April lepas mengambil keputusan sebulat suara membantah penubuhan Jawatankuasa Antara Agama.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata perbincangan tentang agama Islam tidak memerlukan campur tangan daripada pihak bukan Islam kerana ia boleh mengundang implikasi negatif.

“Setiap agama yang wujud tidak boleh disamakan dengan agama Islam yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebarang bentuk rundingan atau dialog terhadap agama dibolehkan namun Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berpandangan ia patut dielakkan sama sekali terutamanya dilakukan di kalangan masyarakat umum yang lebih mengundang ketidakfahaman terhadap mereka.

Harussani berkata walaupun matlamat yang dikemukakan dengan penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk mewujudkan keharmonian dan pemahaman agama di kalangan masyarakat Malaysia namun Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berpendapat bahawa jawatankuasa itu bukan medium yang sesuai

“Ini memandangkan kebimbangan wujudnya tuntutan yang tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

Apatah lagi pewujudan jawatankuasa itu adalah rentetan daripada kegagalan penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang telah ditentang dan ditolak oleh umat Islam,” katanya.-GB-
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .