Ikuti Blog ini

Kenyataan Muhyiddin Ditempelak, Jwtnkuasa Agama Rebah Sebelum Bermesyuarat

Majlis Perunding Buddhis, Kristian, Hindui, Sikh dan Taoism (MCCBCHST) akan memboikot Jawatankuasa Antara Agama yang dibentuk oleh Kerajaan, kecuali timbalan perdana menteri menyediakan penjelasan terhadap kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan jawatankuasa antara-agama yang dibentuk oleh kabinet disertai oleh “small-fry,” (mereka yang tidak penting) di dalam usaha beliau untuk mententeramkan kekhuatiran beberapa kumpulan yang menganggap ia (penubuhannya) menggugat kesucian agama Islam.

Ketiadaan sebarang kuasa perundangan, jelas Muhyiddin, ia tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas kedudukan agama rasmi negara.

"Jawatankuasa ini dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin ada hasil-hasil perbincangan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk tambah baik perhubungan antara kaum yang boleh kita ambil.

"Tetapi soal-soal tentang kedudukan agama Islam itu tidak akan disentuh, kedudukan dan martabatnya tidak akan disentuh, kita kena hormat antara agama dan wujudkan semangat kerjasama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran permulaan prasekolah swasta Kementerian Pelajaran di Bandar Sungai Buaya di Rawang hari ini.

Walau bagaimapun, beberapa kumpulan bukan-Islam memandang berat keyataan TPM tersebut dan kini megambil langkah untuk memboikot panel Jatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Presiden MCCBCHST, Reverend Dr Thomas Philips, menyatakan bahawa mereka tidak akan hadir di dalam mesyuarat yang dijadualkan hari ini jika tiada penjelasan mengenai kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin itu.

Sementara itu, awatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 6-8 April lepas mengambil keputusan sebulat suara membantah penubuhan Jawatankuasa Antara Agama.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata perbincangan tentang agama Islam tidak memerlukan campur tangan daripada pihak bukan Islam kerana ia boleh mengundang implikasi negatif.

“Setiap agama yang wujud tidak boleh disamakan dengan agama Islam yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebarang bentuk rundingan atau dialog terhadap agama dibolehkan namun Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berpandangan ia patut dielakkan sama sekali terutamanya dilakukan di kalangan masyarakat umum yang lebih mengundang ketidakfahaman terhadap mereka.

Harussani berkata walaupun matlamat yang dikemukakan dengan penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk mewujudkan keharmonian dan pemahaman agama di kalangan masyarakat Malaysia namun Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berpendapat bahawa jawatankuasa itu bukan medium yang sesuai

“Ini memandangkan kebimbangan wujudnya tuntutan yang tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

Apatah lagi pewujudan jawatankuasa itu adalah rentetan daripada kegagalan penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang telah ditentang dan ditolak oleh umat Islam,” katanya.-GB-
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .