Ikuti Blog ini

'50 tahun jadi kerajaan sudah tahap boleh nyanyuk'

PUTRAJAYA: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN sudah diberi peluang lebih 50 tahun untuk mentadbir negara, namun peluang itu tidak digunakan dengan baik oleh parti itu.

Sebaliknya, peluang itu katanya digunakan untuk menindas rakyat dan pada masa sama mengambil kesempatan untuk mengkayakan segelintir kelompok mereka.

Rakyat katanya, boleh menilai beza pentadbiran 50 tahun BN dengan lima tahun di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat khsusnya Selangor, Kedah, Pulau Pinang.

Penilaian bukan sahaja boleh dilihat kepada bantuan dan isentif yang diberikan kepada rakyat, malah juga ketelusan dan integriti pengurusan sehingga mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara.

"Lima puluh tahun (BN) tak tahu nak guna peluang, tak tahu nak buat perubahan, maka berlakulah apa berlaku hari ini.

"Lima puluh tahun bagi usia satu-satu kerajan sudah sampai pada taraf boleh nyanyuk, dan ini perlu dipulihkan," katanya sambil menyeru rakyat membuat perubahan.

Beliau berkata demikian pada ceramah Tawan Putrajaya 2013 di padang bola sepak di Desa Pinggiran Putra di sini malam tadi yang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 orang.

Mengulas lanjut beliau berkata, rakyat perlu sedar dengan taktik umpanan yang sering dibuat parti pemerintah, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya.

Pelbagai bantuan tersebut ujarnya bersifat sementara dan diumumkan semata-mata mahu mengaburi mata rakyat dari segala kepincangan pentadbiran yang berlaku supaya rakyat terus menyokong mereka.

"Kita diumpan dengan pelbagai umpan, disogok dengan pelbagai sogokan. Masa nak pilihan raya dia dinaikkan gaji, dinaikkan elaun, lepas pilihan raya dia naikkan harga barang, inflasi tidak terkawal.

"Apa maknanya, menandakan mereka tidak boleh mengurus negara dengan baik," katanya lagi.

Sementara itu, ceramah Pakatan Rakyat di sini malam tadi adalah yang pertama selepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa diisytihar sebagai calon PAS bertanding bagi kerusi Putrajaya.

Turut berucap pada ceramah ini termasuk Husam sendiri, calon PAS Sepang Hanipa Maidin serta calon Dengkil Borhan Aman Shah dari PKR.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dijadual hadir bagaimanapun diumumkan terpaksa membatalkan kehadirannya disaat akhir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Mengulas kehadiran ramai malam tadi, Tuan Guru Abdul Hadi berkata ianya mencerminkan semangat prubahan di kalangan rakyat dan beliau melahirkan keyakinan, bahawa tidak mustahil Putrajaya boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

"Pada asalnya saya nak cakap sikit sahaja, bila tengok ramai ni naik semangat pulak.

"Dengan kehadiran ini saya yakin dan percaya, jumlah seramai ini mampu menggerakkan putrajaya," katanya. -Hrkh

Di Precint 16 Putrajaya malam tadi... Sambutan luarbiasa "Kakitangan Awam" amat memberangsangkan... Ini Kalilah... Tewas UMNO/BN Di Putrajaya, Tewaslah UMNO/BN Seluruh Malaysia, Insha-Allah...


Tiga Bilik Gerakan Umno Shah Alam Tutup



Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.

"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.

Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai Khalid isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang kecewa tidak dicalonkan di kawasan idamannya, Pasir Mas, mempersoalkan mengapa beliau tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli dipilih menjadi calon BN.

Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan mengapa tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli yang menjadi Naib Presidennya dalam Perkasa dipilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," laman Astro Awani memetik beliau berkata. -HD



Doktor, pensyarah, peguam calon PAS Kelantan

MACHANG: Sehari selepas Umno dan Barisan Nasional Kelantan mengumumkan calon, PAS pula mengisytiharkan calon di hadapan ribuan rakyat di padang Majlis Daerah Machang malam ini.

Kelainan dapat disaksikan berbanding calon ditampilkan BN pada PRU13 kali ini. Dua doktor perubatan, seorang pensyarah, ulama muda, peguam, pegawai kanan kerajaan dan pengetua sekolah agama diketengahkan.

Dr Mohd Izani Hussin (kiri) menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Dr Ramli Mamat (kanan) pula di Dun Bunut Payong mengisi tempat ditinggalkan Datuk Takiyuddin Hassan yang berpindah ke Parlimen Kota Bharu.

Pensyarah UIAM, Dr Yusnan Mohd Yusoff pula menggantikan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh di Dun Melor.

Bekas Senator yang juga peguam muda, Mumtaz Mohd Nawi dicalonkan di kerusi Dun Demit menggantikan Ustaz Mohamad Mustapha yang tidak bertanding.

Penolong Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Ahmad Marzuk Saari pula bakal berdepan dengan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussain di Parlimen Bachok.

Senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi parlimen dan Datuk Mohd Amar Abdullah bagi kerusi Dun seperti berikut:-


Tumpat

Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar
Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Pengkalan Chepa

Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru)
Kijang – Wan Ubaidah Omar
Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah

Kota Bharu

Parlimen – Datuk Takiyuddin Hassan (pindah)
Tanjong Mas – Rohani Ibrahim
Kota Lama – Datuk Anuar Tan Abdullah
Bunut Payong – Dr Ramli Mamat (baru)

Pasir Mas

Parlimen – Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (baru)
Tendong – Mohd Rozi Muhammad (baru)
Pengkalan Pasir – Hanifa Ahmad
Chetok – Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman

Rantau Panjang

Parlimen – Siti Zailah Mohd Yusoff
Meranti – Datuk Nasuruddin Daud
Gual Periuk – Ustaz Mohamad Awang
Bukit Tuku – Abdul Rasul Mohamad (baru)

Kubang Kerian

Parlimen – Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (pindah)
Salor – Datuk Husam Musa
Pasir Tumbuh – Ustaz Abdul Rahman Yunus (baru)
Demit – Mumtaz Mohd Nawi (baru)

Bachok

Parlimen – Ustaz Ahmad Marzuk Saari (baru)
Tawang – Ustaz Hassan Mohamood
Perupuk – Huzaimi Che Hussin (baru)
Jelawat – Abdul Aziz Kadir


Ketereh

Melor – Dr Yusnan Mohd Yusoff (baru)
Kadok – Haji Azamin Mohd Noor
Kok Lanas – Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud (baru)

Tanah Merah

Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood
Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa
Kemahang – Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman

Pasir Puteh

Parlimen – Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (pindah)
Selising – Drs Saipul Bahrin Mohamad
Limbongan – Ustaz Nazlan Mohamad (baru)
Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim
Gaal – Tuan Mazlan Tuan Mat (baru)

Machang

Pulai Chondong – Zulkifli Mamat
Temangan – Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan
Kemuning – Ustaz Rosli Ismail (baru)


Jeli

Parlimen – Mohd Apandi Mohamad
Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak
Air Lanas – Ustaz Abdullah Ya’kob

Kuala Krai

Parlimen – Dr Mohd Hatta Ramli
Mengkebang – Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman

Calon PKR untuk parlimen dan Dun juga diumumkan iaitu Parlimen Ketereh, Ab Aziz Kadir, Dr Zawawi Wan Ismail (Machang) dan Nik Mahmud Nik Ab Aziz (Tanah Merah).

Bagi Dun pula ialah Mohd Azihan Che Seman (Nenggiri), Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubur) dan Ramlan Mat (Kuala Balah). -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .