Ikuti Blog ini

Kabinet Dapur Najib Altantuya : Kabinet Yang Gagal

Pengumuman barisan kabinet baru Najib Tun Razak disifatkan sebagai kabinet yang tidak mempunyai apa-apa yang mengejutkan tetapi disifatkan sebagai barisan kabinet yang dipengaruhi antan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir.

Najib mengumumkan 28 menteri dan 40 timbalan menteri.

Yang jelas ia tidak sekecil yang digembar-gemburkan. Malah lebih besar daripada kabinet Mahathir sendiri yang diumumkan selepas pilihanraya 1999 yang mengandungi 27 menteri, 27 timbalan menteri bersama dengan 15 setiausaha parlimen.

Pengguguran, penambahan dan pertukaran adalah biasa. Malah Aliran Kesedaran Negara (Aliran) kecewa kerana Najib masih mengekalkan majoriti menteri lama dari kabinet barunya. Presiden Aliran, P Ramakrisnan berkata, muka-muka lama itu telah merupakan sebahagian daripada pentadbiran sebelum ini yang gagal berprestasi. Sementara ramai menyifatkan ia sebagai indah khabar dari rupa.

Najib melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan juga yang memperlihatkan sesuatu yang tidak beretika apabila beliau sendiri mempunyai banyak kepentingan dan yang paling jelas isu beliau telah meluluskan 10 lesen perjudian sewaktu mula-mula memegang jawatan menteri kewangan yang dilepaskan oleh Abdullah pada Oktober 2008 lalu belum terjawab. Ini bererti penyelewengan dan salahlaku terhadap dana kewangan negara akan terus berlaku tanpa sebarang akauntabiliti.

GUGUR


Yang digugurkan hanyalah 8 orang termasuklah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Azalina Othman, Tan Sri Amirsham A Aziz, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan Datuk Shahrir Samad.

Seperti yang dispekulasikan Ketua Pemuda UMNO yang juga menantu Tun Abdullah Ahmd Badawi, Khairy Jamaluddin tidak disenaraikan tetapi anak Mahathir, Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

CACAT

Perlantikan Datuk Seri Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan ternyata satu kesilapan. Beliau yang dikenali sebagai menteri yang suka mentafsir undang-undang mengikut pendapat sendiri dan sentiasa mengubah-ubah pendirian mengikut rentak pemimpin atasan untuk kepentingan diri diletakkan di
kementerian penerangan merupakan satu bencana.

Rais baru sahaja dikritik hebat apabila memberikan pandangan dan nasihat yang salah kepada Tun Abdullah mengenai perjanjian yang menyentuh tuntutan Limbang oleh Brunei dimana beliau telah menyatakan Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Brunei walhal ia tidak berlaku.

Pengekalan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Perundangan dan Parlimen juga dilihat mencacatkan kabinet Najib. Umum mengetahui keceluparannya malah jika meninjau sikap beliau mengkritik Mahathir dengan cara yang tidak pernah dilakukan walau oleh ahli pembangkang sekalipun satu waktu dulu sudah cukup untuk menjelaskan tahap mentaliti beliau yang rendah.

Berkemungkinan Najib terhutang budi kepadanya kerana melakukan pembelaan terhadapnya dengan mengusulkan penggantungan Gobind Singh Deo yang menuduh Najib sebagai penjenayah di Dewan Rakyat.

MUKA BARU

Sealin Mukhriz, Razali Ibrahim Naib ketua Pemuda Umno dilantik sebagai timbalan belia dan sukan dan Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan adalah antara muka baru yang dilantik menganggotai kabinet kali ini.

Yang lain termasuklah ahli parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran), ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan (timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri), pengarah Kagat Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (menteri di JPM) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (menteri wilayah persekutuan).

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Awang Adek Hussin.








‘Kereta Jenazah’ Altantuya

8 ahli AMK telah ditahan di Balai Polis Padang Gajah, Terong pada 7 April lepas, diatas kesalahan membawa keranda altantuya bersama gambar Najib dan Rosmah (Gambar dibawah)… Macam-Macam ada…
KERETA JENAZAH ALTANTUYA
KERETA JENAZAH ALTANTUYA







Harga sebuah Perjuangan!!!!


Catatan blogger semasa balik dari Bukit Gantang.

Grik,Perak - Selasa, Pukul 6 petang, Sebuah kereta penyokong Pakatan Rakyat telah terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Lebuh Raya Timur Barat, berdekatan Grik. Kemalangan itu disebabkan jalan licin kerana hujan lebat.semua 3 penumpang kereta itu adalah warga kelantan.


Mereka datang dari arah Bukit Gantang sempena Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak menuju ke Pasir Mas,Kelantan.semua penumpang alami kecederaan kecil dan trauma.orang ramai, khasnya penyokong pakatan rakyat dari kelantan yang lalu lalang di kawasan kemalangan dengan serta merta memberi bantuan.


Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak


13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS




Kabinet Baru Malaysia

Lapan Menteri Penuh Telah Digugurkan

Lapan menteri digugurkan dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak. Mereka ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Amirsham A Aziz, Datuk Azalina Othman, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Datuk Shahrir Samad dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Mukhriz Timbalan, Khairy Tidak Tersenarai


Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Dr Mahathir antara muka baru barisan Kabinet apabila dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bagaimanapun tidak tersenarai. Manakala Timbalan Ketua Pemuda, Razali Ibrahim pula dilantik Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.



Hishamuddin, Zahid Dan Shafie Bertukar


Datuk Seri Dr Mohd Zahid Hamidi pula bertukar potfolio sebagai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri. Datuk Mohd Shafie Apdal pula pula sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Najib Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan

Datuk Seri Najib Razak memegang potfolio Menteri Kewangan manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang turut menjadi Menteri Pelajaran.



Mesej Jelas Bukit Gantang, Selambau: Rakyat Tolak 'Rampasan Kuasa'

bersemadi-umno3

Mesej jelas dari rakyat bahawa DUN di Perak wajib dibubarkan

Keputusan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan DUN Bukit Selambau di Kedah 7 April 2009 adalah mesej rakyat menolak 'rampasan kuasa' kerajaan negeri di Perak pada 6 Februari 2009, menurut kalangan penganalisis politik. Kemenangan BN di Batang Air, di Sarawak pula bukanlah sokongan kepada UMNO sebaliknya memperlihat dominasi politik etnik Iban dan pengaruh parti-parti keturunan Dayak berperanan di Sarawak, kata mereka.

Justeru bagi memulihkan semula imej UMNO/BN isu 'rampasan kuasa' di DUN Perak perlu diselesaikan secara berhemah, di samping tak membabitkan kedaulatan istana, menurut bekas Exco Pemuda UMNO Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz. Penjelasan Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi TV1 (Selamat Pagi Malaysia, 8 April 2009) yang menyebut terserah kepada baginda Sultan Perak untuk membubarkan DUN, adalah percubaan mengheret kemurnian institusi istana ke dalam kebobrokan UMNO, katanya.

"Langkah sebaik-baiknya untuk memulihkan maruah UMNO ialah membubarkan DUN di samping menyerahkan mandat kepada rakyat," beritahu beliau menambah. Penjelasan Zahid Hamidi sokongan tiga ADUN Bebas sebagai bukti UMNO/BN mendominasi DUN Perak, meletakkan kepongahan UMNO yang sukar diterima majoriti rakyat. Kata Dato' Kamal Amir, tiga ADUN yang disebut Zahid bukan ciri-ciri sokongan rakyat sebaliknya 'pencerobohan' ke atas hak rakyat.

Dalam pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang calon PAS Dato' Seri Ir Muhamad Nizar Jamaluddin yang juga Menteri Besar selepas PRU12 (8 Mac 2008) memperoleh 21,860 undi menewaskan calon UMNO/BN Ismail Suffian (19,071 undi). Kemenangan tersebut sebagai manifestasi sokongan rakyat iaitu menolak 'rampasan kuasa'. Sekiranya UMNO/BN masih beranggapan isu 'rampasan kuasa' sebagai remeh temeh ianya akan membawa impak yang lebih besar pada PRU13, menurut Dato' Kamal Amir menambah.

Sementara di Bukit Selambau, keberangan masyarakat India kepada Presiden MIC Dato' Seri Samy Vellu diterjemahkan melalui peti undi sebagai mesej jelas untuk 'menjenamakan' semula BN, beritahu sumber tersebut menambah. Malah mesej tersebut sudah disampaikan sebelum hari pengundian iaitu masyarakat India melarang Samy Vellu berkempen ke Bukit Selambau. "Kalau Samy Vellu masih tak mahu menerima hakikat, BN akan menanggung beban," jelasnya

Kritikan terbuka Ahmad Zahid dalam wawancara bersama 'Selamat Pagi Malaysia' 8 April 2009 mengakui pengundi bukan Melayu melahirkan kebencian kepada komponen BN, tetapi menyembunyikan keberangan orang Melayu kepada UMNO. Penolakan orang Melayu di Bukit Gantang terhadap UMNO juga memberi mesej, rakyat Perak menolak kepimpinan Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak secara total, menurutnya lagi.

"Najib perlu berundur dari pimpinan UMNO Perak, sebelum ianya menambah banyak masalah di negeri itu," beritahu sumber dalaman UMNO di Perak sendiri selepas keputusan pilihanraya kecil berkenaan. Di samping itu kehadiran ramai FRU turut memberi petanda rakyat juga menolak kebobrokan bagi menakut-nakutkan mereka dengan isu keselamatan. Strategi menggunakan FRU ketika pilihanraya juga tak memberi sebarang kredit kepada UMNO/BN, kata sumber berkenaan.

Rumusannya menurut Dato' Kamal Amir, kekalahan BN di Semenanjung akan menular ke Sabah dan Sarawak selepas ini sekiranya berlaku pilihanraya. Kedudukan UMNO lebih 70 kerusi di Parlimen adalah bergantung kepada Sabah, kerana di Semenanjung kerusi UMNO tak sampai 70 kerusi daripada jumlah 140 dikuasai BN. "Justeru jentera kerajaan, media dan pasukan keselamatn tak lagi menjamin keberkesanan kempen UMNO/BN," jelas Dato' Kamal Amir.

suasana di hadapan sek keb changkat Jering

dsc08960

dsc08969

dsc08970



Kes Altantunya, Sirul Dan Azilah Di Jatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati Oleh Mahkamah Tinggi Setelah Di Dapati Bersalah !!

KUALA LUMPUR - Dua anggota Unit Tindakan Khas iaitu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.


Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini. Pada 31 Oktober 2008, Razak Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.


Azilah dan Sirul bergambar kenangan selepas dijatuhi hukuman
gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini


Inilah wajah Sirul dan Azilah yang sempat dirakamkan dulu

Seperti yang dijangkakan oleh sekalian hambar rakyat, akhirnya terjadi kini bila kedua-dua tertuduh terbabit iaitu Sirul dan Azilah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Apakah ini akan merubah persepsi rakyat terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang sering dikaitkan dengan kes ini dulu.


Persoalannya sekarang, apakah kedua-dua tertuduh ini masih dijadikan
"kambing hitam" untuk melengkapkan kes ini. Bahkan mereka sendiri pernah mengaku di mahkamah sebelum ini. Cuba lihat foto terbaru mereka selpeas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati diatas. Benarkah mereka itu Sirul dan Azilah sebenarnya? Kerana kedua-dua tertuduh tidak pernah pun "bergaya sakan" dan berpakaian kemas seperti itu bila dirakamkan gambar oleh media sepanjang kes mereka.



[Apakah ada pula "kambing hitam" yang akan menjadi pelengkap hukuman mati ini dan akhirnya Sirul dan Azilah akan dihantar ke luar negara untuk menenangkan fikiran. Inilah perkara yang sering bermain difikiran rakyat sekarang. Tambahan pula, hukuman gantung kedua-dua tertuduh itu bukannya dibuat di khalayak ramai seperti yang berlaku kepada Saddam Hussin, Presiden Iraq dulu?. Tambahan pula sejak dari awal perbicaraan sampailah dijatuhkan hukuman kedua-dua tertuduh masih bertopeng "ala ninja". Apapun keputusan mahkamah ini sedikit sebanyak akan menyelamatkan nama Perdana Menteri dalam kes ini].



PASCA PRK : NIZAR DIDAPATI TIDAK BERSALAH, NAJIB DAN ZAMBRY DIHUKUM


YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin didapati tidak bersalah pada perbicaraan 7 April lalu. Nizar yang didakwa dengan pelbagai tuduhan antaranya derhaka kepada Sultan; pengkhianat bangsa Melayu; boneka DAP dan sebagainya.


Namun hakim yang bersidang dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (rekod dunia) memutuskan bahawa Nizar didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Seramai lebih dari 40,000 hakim yang bersidang majoritinya memutuskan Nizar tidak bersalah. 21,860 hakim membebaskan Nizar dan 19,071 hakim menyatakan Nizar bersalah. Ini berkata majoriti hakim yang bersetuju Nizar tidak bersalah adalah 2,789.

Dengan keputusan ini juga, hakim memutuskan bahawa Najib dan Zambry bersalah dengan tindakan mereka merampas kerajaan negeri Perak secara biadap dan tidak demokratik. Kedua-dua mereka termasuk kuncu-kuncunya dihukum dengan hukuman BN kalah pada PRK Selasa lalu.

Moga-moga dengan hukuman ini Najib dan Zambry insaf dan bertindak memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.




Antara dua wajah...



Lambaian kemenangan setelah diserang secara tidak bertamaddun oleh UMNO dan BN namun dia terus utuh dan kuat membawa gelombang tsunami rakyat Perak. Sesungguhnya Kebenaran adalah milik pejuang sejati seperti Nizar, dan kebathilan itu tetap terserlah walau disembunyikan dalam gelap yang amat kelam.




Biasanya akhbar Utusan Malaysia akan memaparkan gambar yang terbaik untuk menaikkan imej para menteri dimata rakyat. Inilah imej terbaik yang dapat mereka paparkan di muka 6 akhbar Utusan 8/3/2009. Mungkin dia sedang memikirkan hayatnya untuk berada di Pejabat menteri besar semakin singkat.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .