Ikuti Blog ini

Orang Asli cadang bawa isu status ke Galas

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor bercadang membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Dun Galas nanti.

Timbalan Pengerusinya, Simpan Suda pada sidang media bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkata, tindakan tersebut ekoran layanan Dewan Rakyat mengetepikan usul mereka; iaitu menuntut perkataan Orang Asli diletakkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

"Sudah semestinya, kalau Orang Asli bertanding, makin ramai," ujarnya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Menurut beliau, isu membabitkan kepentingan Orang Asli sepatutnya telah selesai kerana Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun yang lalu.

Sekiranya isu berkaitan Pribumi di Sabah dan Sarawak boleh diselesaikan di dalam perlembagaan, beliau bertanya mengapa kerajaan tidak bersedia menyelesaikan tuntutan status Orang Asli di Semenanjung.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengetepikan usul tergemparnya atas alasan isu tersebut telahpun dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

"Tuan Speaker (Pandikan Amin) telah tolak dalam kamar kerana perkara tersebut telah diperkatakan dalam Dewan," ujarnya mewakili Sekretariat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Baginya, sepatutnya usul tersebut wajar diterima kerana permohonan secara bertulis telah pun dibuat lebih 24 jam yang lalu.

Bagaimanapun, katanya usaha memperjuangkan kepentingan Orang Asli akan diteruskan Pakatan Rakyat kelak.

"Semestinya ada tindakaan selanjutnya, kita akan berunding dulu.

"Perkara ini takkan berhenti di sini, apa yang dipohon adalah wajar," beliau menambah.

Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, Dewan Rakyat sepatutnya memberi ruang untuk membahaskan usul tergempar itu.

"Ini menunjukkan reaksi pemerintah walaupun mereka (Orang Asli) datang dari jauh.

"Setelah malaysia merdeka lebih 51 tahun, tapi isu ini tertangguh," ujarnya.

Katanya, tuntutan itu wajar memandangkan Orang Asli adalah penduduk asal di tanah air.

"Menerima kaum asal sebagai Bumiputera adalah sesuatu yang semulajadi," ujarnya.

Manakala Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat merangkap AJK PAS Pusat pula merakamkan penghargaan kepada Kamarul Baharin kerana komited mewakili Pakatan Rakyat memperjuangkan isu-isu hak Orang Asli di Semenanjung.

"Kalau nak memperkatakan soal 1Malaysia, inilah isunya tetapi kerajaan tidak peduli hal mereka ini," ujarnya.

Lebih 18 pemimpin suku kaum Orang Asli turut menyertai sidang media tersebut. -Hrkh

Adik KM Sarawak Dapat Pinjaman Bank RM880 Juta


raziahTidak sampai seminggu rakyat dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan membenarkan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 20 peratus membabitkan dana awam hampir RM75 bilion, kini RHB Bank yang dimiliki KWSP dilaporkan telah memberi pinjaman USD285 juta atau RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud dan suami ketiga beliau, Robert Geneid.

Menurut laman web sarawakreport.com yang terkenal dengan pendedahan kekayaan dan aset serata dunia yang dimiliki Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarganya, daripada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pinjaman besar tersebut diperolehi pada Jun sebuah syarikat persendirian yang dipunyai oleh pasangan tersebut, Kumpulan Construction Sdn Bhd.

Maklumat SMM menunjukkan Kumpulan Construction didaftar dengan modal berbayar saham RM1 juta di mana 5 peratus sahamnya dipegang oleh Zaleha Mahmud, kakak kepada Raziah dan selebihnya dimiliki oleh Mastim Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Raziah dan Robert, yang merupakan warganegara Australia.

Tanpa laman sesawang rasmi, tidak banyak informasi mengenai syarikat yang diketahui umum namun menurut sarawakreport lagi sumber terhad yang diperoleh daripada akaun syarikat tersebut melalui SSM menunjukkan Kumpulan Consruction memcatat perolehan sebanyak RM43 juta pada 2009, dengan untung bersih kira-kira RM4 juta setelah ditolak cukai.

Di samping modal saham berjumlah RM1 juta, modal simpanannya hanya lebih kurang RM4 juta sementara liabiliti serta aset keseluruhan syarikat bernilai RM42 juta.

Persoalan yang timbul bagaimana KWSP yang diamanahkan untuk mengawal serta menjaga kepentingan "Simpanan Hari Tua" kaum pekerja di negara ini dengan senang sekali meluluskan pinjaman RM880 juta kepada sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai sederhana.

Lebih mengejutkan walaupun nama Kumpulan Construction membawa maksud syarikat itu terbabit dalam aktiviti pembinaan namun ia dikatakan tidak pernah langsung melaksanakan sebarang projek kecuali hanya mengsubkontrakkan projek yang diperolehi kepada pihak ketiga.

Memetik sumber dalaman RHB, sarawakreport berkata, "syarikat itu tidak pernah melaksanakan sebarang kontrak yang diperolehi dan kesemuanya disubkontrakkan kepada pihak lain terutamnanya Hock Seng Lee Bhd(HSL)".

Sebelum ini sarawakreport juga mendedahkan Kumpulan Construction adalah antara tiga pada 2008 bagi projek pembentungan bandaraya Kuching 2008.

Selang sebulan konsortium tiga syarikat itu - Kumpulan Construction, Nishimatsu Construction dan Hock Seng HSL - memperolehi kontrak tersebut, projek itu disubkontrakkan kepada HSL dengan nilai sebanyak RM452 juta.

Ini bermakna dengan mudah Kumpulan Construction dan Nishimatsu mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM78 juta dalam tempoh sebulan.

Laporan tahunan RHB Capital Bhd bagi 2009 menunjukkan KWSP memegang 56.14 peratus kepentingan dalam RHB Capital yang memiliki 70 peratus saham dalam RHB Bank Bhd

RHB Bank pada masa ini adalah kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan saiz aset sebanyak RM103 bilion dan mempunyai 200 cawangan di seluruh negara dan beberapa cawangan di luar negara yang majoritinya di Singapura.
sumber

Tragedi Bot Karam Di Tatau, Sarawak. Enam Mangsa Dikenalpasti

Dua Lagi Mayat Tragedi Bot Karam Ditemui

BINTULU: Dua lagi mayat tragedi bot ekspres karam selepas berlanggar dengan tongkang di hulu Sungai Anap Tatau petang semalam, ditemui hari ini, menjadikan jumlah yang disahkan terkorban dalam tragedi itu sehingga kini ialah enam orang.

Kedua-dua mayat wanita itu, seorang daripadanya dikenali sebagai Bermas anak Nyuin, 26, ditemui pasukan mencari dan menyelamat di dasar Sungai Kakus di Ulu Tatau, kira-kira 60 kilometer dari sini.

Mayat pertama ditemui pada pukul 1.30 petang manakala satu lagi mayat ditemui kira-kira setengah jam selepas itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohmad Salleh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, bot ekspres yang dalam perjalanan dari Pekan Tatu ke Hulu Kakus terbalik dan karam selepas berlanggar dengan tongkang balak. Bot itu bertolak dari Pekan Tatau pada pukul 1.30 petang.

Empat mayat ditemui petang semalam, iaitu bayi berusia lima bulan Jennifer Yak; dua lelaki dewasa iaitu Wong Siew Guan, 21; dan Wilfred Ukir Salleh, 56; serta seorang wanita Meas anak Renggan, 75.

Tujuh belas penumpang termasuk empat kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun selamat.

Mohmad berkata setakat ini operasi mencari dua lagi mangsa yang dilapor hilang diteruskan oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada 47 pegawai dan anggota dari Pejabat Daerah Tatau, polis, pasukan bomba dan penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Antara yang masih hilang ialah pasangan suami isteri dan anak perempuan mereka berusia tiga tahun.

"Setakat ini, kami mengenalpasti 21 penumpang dalam bot itu. Tetapi jumlah sebenar penumpang tidak boleh dipastikan sekarang kerana bot itu mengambil penumpang sepanjang perjalanan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sehubungan itu, polis meminta penduduk di kawasan itu yang kehilangan anggota keluarga supaya membuat laporan polis dengan segera dan polis juga meminta pemimpin masyarakat setempat membantu dalam usaha itu.

Mohmad berkata kejadian berlaku apabila bot ekspres "Liang Yu" yang boleh memuatkan 50 penumpang, dari pekan Tatau cuba memotong sebuah tongkang yang menarik baj kosong berhampiran Kem Pembalakan Kelebu.

"Ketika cuba memotong tongkang itu, pemandu bot ekspres terbabit hilang kawalan apabila ia tersangkut dalam tali yang menarik baj menyebabkan baj itu melanggarnya dari belakang mengakibatkan bot itu terbalik," katanya sambil menjelaskan bot itu mempunyai jaket keselamatan.

Beliau berkata pemandu bot berusia dalam lingkungan 60-an kini ditahan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, anggota keluarga mangsa yang masih hilang berada di kawasan kem itu dan ada antaranya yang menyertai usaha mencari dan menyelamat dengan bot panjang mereka.

Seorang daripada mereka Dina anak Nyuin, 25, berkata kakaknya bersama abang ipar dan anak perempuan mereka adalah antara yang masih hilang manakala mayat seorang lagi kakaknya, Bermas, ditemui hari ini. - BERNAMA










Gambar dari pelbagai sumber. Terima kasih kepada pemiliknya tertutama Sdr Pandi Suhaili

Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

“Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

“Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat. -Hrkh

Pembebasan Ketua Pengarah Imigresen Memalukan Pejabat Peguam Negara

Kuala Lumpur: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) menyifatkan pembebasan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don (gambar) daripada pertuduhan rasuah, Jumaat lalu, sesuatu yang boleh memalukan pejabat Peguam Negara sebagai pendakwa raya.

Berikutan itu, ahli Exconya yang juga anggota Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi mengenal pasti punca kekalahan banyak kes membabitkan rasuah dan salah guna kuasa.

“Dalam kes berkenaan, Wahid dituduh menerima suapan sebanyak RM60,000 bagi mempercepatkan kelulusan visa kepada pekerja asing.

“Oleh itu, Peguam Negara perlu memberi penjelasan terhadap kegagalan pihaknya supaya rakyat tidak terkeliru dan kita juga berharap Peguam Negara memandang serius perkara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Phang juga melahirkan kebimbangan kerana sejak kebelakangan ini banyak kes yang dikendalikan pejabat Peguam Negara kalah di mahkamah dan ia boleh memberi imej negatif terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah.

Beliau berkata, kegagalan pendakwaan turut mengundang keresahan di kalangan rakyat, selain mengakibatkan pelabur asing hilang keyakinan terhadap badan kehakiman negara.

Katanya, kekalahan kes rasuah dan salah guna kuasa juga akan menyebabkan tanggapan negatif dilemparkan terhadap SPRM sebagai badan penyiasat.

“Rakyat hendak tahu sama ada Peguam Negara sudah melakukan siasatan menyeluruh dengan memastikan segala bukti lengkap dikumpul dan diletakkan di hadapan sebelum dibawa ke mahkamah.

“Saya harap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan itu mencari jalan penyelesaian segera bagi masalah ini,” katanya.

Sementara itu, SPRM memfailkan rayuan terhadap pembebasan Wahid, semalam.

Ketua Pendakwa SPRM, Datuk Abdul Razak Musa (gambar) ketika dihubungi BERNAMA, mengesahkan rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, pagi semalam.

Wahid, 57, dilepas dan dibebaskan tuduhan menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Datuk Seri Low Chang Hian bagi mempercepatkan kelulusan 4,337 visa untuk pekerja Bangladesh pada 10 Julai 2008.

Dalam satu kenyataan akhbar segera selepas keputusan mahkamah itu, SPRM berkata ada ‘alasan kukuh’ bagi suruhanjaya itu mengemukakan rayuan. -Bernama

Terkini

Bekas Timbalan KP Imigresen Diperintah Bela Diri Kes Rasuah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa memerintahkan bekas Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen Yusof Abu Bakar membela diri terhadap 14 tuduhan menerima rasuah bagi meluluskan lanjutan pas warganegara China.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Yusof, 56.

Pada 15 Okt lepas, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don atas tuduhan menerima rasuah melibatkan wang berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh. - BERNAMA

Apa tidaknya SPRM sentiasa kalah di dalam kes rasuah. Tumpuan hanya diberikan untuk membela kesalahan SPRM di dalam inkues Teoh beng Hock, dengan memandang ringan kes-kes rasuah berprofil tinggi. Diperburukkan oleh pentadbiran negara di bawah pemerintahan Najib yang tidak serius menangani gejala rasuah, malah dalam banyak ketika menyemarakkannya.

Pagi ini baru terhegeh-hegeh mahu mendakwa semula Ketua Pengarah Imigresyen tersebut dengan tiba-tiba hakim menyatakan pada pagi ini ada kes prima facie terhadap Yusof yang sebelum ini dinafikan.

Flip-flop flip-flop flipflop

Itulah yang dapat dinyatakan dari perspektif rakyat. -GB

Batu Sapi: PKR akan wakili Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November in akan diwakili oleh calon daripada PKR, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Serentak dengan keputusan itu, Anwar berkata beliau berharap sebuah lagi parti pembangkang di Sabah - Parti Maju Sabah (SAPP) - akan memberikan laluan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

azlan“Pemimpin Pakatan Rakyat telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa calon PKR akan mewakili Pakatan dan kita akan umumkan (berhubung siapa calonnya) tidak lama lagi.

“Kami harap SAPP tidak akan bertanding supaya pertandingan ini adalah satu lawan satu menentang BN,” katanya.

Pada 16 Oktober lalu, presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu akan bertanding bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri.

Katanya, keputusan untuk bertanding adalah ujian getir bagi SAPP setelah berkerat arang dengan BN dan mengisytiharkan mereka sebagai parti pembangkang pada 2008.

Anwar yang membuat pengumuman di lobi parlimen hari ini berkata keputusan menyerahkan kerusi Batu Sapi kepada PKR dicapai pada mesyuarat Pakatan Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu pada hujung minggu lalu.

NONEMeskipun calon dari PKR itu belum dikenalpasti tetapi beberapa nama disebut-sebut sebagai mereka yang layak. Antara mereka ketua PKR Sabah - Ahmad Thamrin Jai, pengerusi cawangan Tuaran - Ansari Abdullah dan ketua cawangan Batu Sapi yang baru dilantik - Hasnar Ibrahim.

Pada sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin Pakatan yang lain, Anwar juga mengumumkan bahawa ahli parlimen Kota Kinabalu dan pengerusi DAP Sabah Dr Hiew King Cheu (kanan) dilantik mengetuai kempen mereka di Batu Sapi.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. -M'kini

Anwar Jamin Pakatan Rakyat Tetap Beri Bonus Kepada Kakitangan Kerajaan

AI46
KUALA LUMPUR - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap meneruskan amalan memberi bonus kepada kakitangan perkhidmatan awam sekiranya ia diberi kepercayaan menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Beliau membuat pengumuman tersebut semasa berucap dalam Dewan Rakyat pagi tadi berhubung perbahasan Belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Anwar berkata alasan Perdana Menteri bahawa kerajaan perlu berjimat apabila diajukan soalan mengenai pemberian bonus kepada lebih 1. 2 juta kakitangan kerajaan tidak boleh diterima kerana pada masa yang sama pentadbiran Najib mampu membazir sejumlah wang yang besar untuk menganjurkan pelbagai projek dan aktiviti yang bukan keutamaan dan tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat.

"Ke mana Perdana Menteri pergi? Ke pertunjukan Islam d Monaco. Ini jawapan yang paling tidak munasabah. Kerajaan membelanjakan wang yang sebegitu besar untuk menganjurkan pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan busana Islam di Monaco. Seluruh dunia tahu Monaca adalah pusat perjudian yang terkenal. Kalau hendak perkenal fesyen Islam bukannya di Monaco tapi di Kuala Lumpur, Jakarta, Jeddah atau Istanbul. Apa yang lebih menyedihkan boleh pula menyerahkan derma kepada Prince Albert (pemerintah Monaco). Bila ditanya boleh tidak tambah bonus Perdana Menteri kata 'kita belum bersedia'. Kalau Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah bonus akan tetap diberikan.

"Ini bukan hendak mengambuil hati pegawai-pegawai kerajaan. Ini kerana (semasa saya menjadi Menteri Kewangan) dalam keadaan susah pun kita mampu berikan sebahagian daripada bonus tapi sekarang ini belum masuk peringkat susah, kerajaan mengatakan tidak ada duit. Sebab apa? Pembaziran! Berapa subsidi kepada IPP? RM20 bilion. Berapa jumlah disebabkan rasuah, penyelewengan, ketirisan, stadium runtuh? RM20 bilion tetapi bila hendak beri bonus kepada kakitangan kerajaan kata tidak ada duit.

Padam saja nafsu berahi Umno nak rampas Kelantan


KETIKA Perdana Menteri (PM) Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ke Perlis, ingatannya, supaya pemimpin Umno di negeri itu, lupakan perbalahan dan kembali bersatu. Ketika berucap di Kuala Kedah, beliau juga mengingatkan pemimpin Umno Kedah, mesti berubah jika tak mahu rebah.

Cuma, di Kelantan, Najib yang sudah menghukum buat kali kedua, bekas Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Mohd Zin Ismail, tidak memberi apa-apa amaran, sebaliknya menyerahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed supaya menyelesaikan pertelingkahan.

Perbalahan dua puak dalam Umno Bahagian Rantau Panjang sudah lama. Ia berlarutan. Boleh dikatakan bahagian ini memang tidak pernah tenang, sejak Tan Sri Hussein Ahmad dikalahkan Mohd Zin.

Hari ini, Mohd Zin tidak dapat menerima keputusan MT melantik Abdullah Mat Yassin menjadi ketua bahagian. Masing-masing mengadakan mesyuarat bahagian dan dirasmikan Naib Presiden, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Khabarnya Zahid hanya merasmikan bahagian yang diketuai Abdullah tetapi dalam masa yang sama, singgah di majlis yang diketuai Mohd Zin.

Rasanya, belum pernah berlaku peristiwa sebegini dalam sejarah Umno. Zahid khabarnya sudah mendapat kebenaran dari Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk menghadirkan diri di kedua-dua majlis tersebut.

Namun, dalam mesyuarat MT, Najib mengumumkan Mohd Zin dikenakan tindakan kerana melakukan sesuatu yang dianggap memudaratkan Umno.

Ini hanya satu contoh bagaimana bergolaknya Umno di Kelantan. Di bahagian-bahagian lain juga ada masalah, cuma mereka tidak mempunyai keberanian seperti Mohd Zin. Masing-masing menyorok di sebalik sehelai lalang dengan membebel, menceritakan masalah dalam peringkat bahagian masing-masing.

Umno Kelantan sudah tidak larat memasang cita-cita mahu merampas negeri itu dari tangan PAS. Sudah banyak kali mereka menyerang kepimpinan Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, tetapi ternyata gagal. Malahan, kepimpinan peringkat negeri sudah banyak kali bertukar tangan dan kini kembali ke tangan Mustapa.

Dulu, Tun Dr. Mahathir pernah menerajui Umno Kelantan. Kemudian diserahkan kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Tan Sri Annuar Musa dan Mustapa pernah berganding bahu, namun, tiada kemajuan yang boleh dibanggakan.

Kini, Umno kehilangan Dato' Zaid Ibrahim. Walaupun Zaid bukan terlalu hebat di Kelantan, tetapi sekurang-kurangnya Zaid menang di Kota Bharu atas tiket BN, setelah agak lama juga BN tidak menjamah kerusi itu.

Hari ini, Mustapa digandingkan dengan Dato' Dr. Awang Adek Hussein. Malangnya, Awang Adek sendiri ditolak pengundi di Bachok dalam PRU 12 yang lalu, walaupun Awang Adek mahu ditonjolkan sebagai bakal MB Kelantan, jika BN memerintah.

Nama Awang Adek yang dikatakan harum suatu ketika dahulu, tiba-tiba merundum bila beliau bercakap mengenai kemungkinan kerajaan akan menghalalkan judi bola. Bukan senang Awang Adek mahu memulihkan semula citranya yang tercemar.

Dari satu sudut, kepimpinan Umno Kelantan seperti tidak pernah jemu untuk menawan semula Kelantan tetapi, mereka seperti sudah buntu. Tidak ada idea lagi untuk mereka menyakinkan rakyat bahawa PAS perlu digantikan.

Pilihan Raya Kecil Dun Manik Urai adalah salah satu usaha bagaimana Umno menabur wang dan janji untuk berkhidmat kepada orang Kelantan jika mereka menang tetapi hari ini, pengundi dan penduduk Manik Urai yang saban hari mendengar siren kereta peronda suatu ketika dahulu, sudah kembali dilupakan.

Biasalah, Umno memang suka berjanji. Mereka tabur segala-galanya. Berselerak. Macam mana banyak poster-poster dinaikkan sekitar Manik Urai, begitulah banyaknya janji yang ditaburkan. Apakah muncul Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Manik Urai sekarang?

Mana Dato' Ahmad Maslan yang menorah getah dengan gimik membawa jurugambar dan wartawan dahulu? Apakah Ahmad Maslan masih masuk ke Manik Urai dan bermalam di rumah orang kampong, seperti yang pernah dilakonkan ketika kempen pilihan raya kecil sedang berlangsung?

Bukan sahaja Muhyiddin dan Ahmad Maslan tidak pernah menjejakkan kaki ke Manik Urai lagi, malahan, janji yang mereka hamburkan juga sudah boleh dimasukkan dalam bakul sampah sejarah. Rakyat yang mendengar janji mereka, sudah boleh melupakan. Sudah boleh memikirkan perkara-perkara lain, supaya tidak 'mengharapkan guruh di langit'.

Begitulah juga dengan kisah di Rantau Panjang. Dalam mereka mahu menyelesaikan krisis antara Mohd Zin dengan Abdullah, mungkin aka nada janji baru dihamburkan. Mereka memang suka berjanji dan mereka tidak akan penuhinya!

Orang Kelantan memang tahu Mustapa seorang yang kuat bekerja. Tetapi mereka juga tahu Mustapa bukan jenis pemimpin yang mudah berkira. Mustapa terlalu kedekut masa dan wang ringgit. Dia hanya 'seorang pegawai kerajaan' yang tidak diperlukan sebenarnya dalam politik Kelantan.

Awang Adek pula, ketika dia dibayangkan bakal MB Kelantan, bukan main kerap dia balik ke kawasannya. Tetapi apabila dia kalah dalam pilihan raya, sebelum dilantik sebagai Senator, semangatnya seperti sudah pudar.

Dia dikatakan jarang berada di kawasan kerana dia sudah dapat membaca, macam mana kerap sekali pun dia berada di kawasan, rakyat tetap menolaknya kerana pengundi Bachok mengira bahawa Awang Adek mewakili Umno yang memang tidak relevan di Kelantan.

Tak tahulah, kalau gandingan Mustapa dan Awang Adek mempunyai lampu aladin yang boleh mereka gosok-gosokan, hingga keluar jin yang dapat membantu hasrat mereka berdua, menumbangkan Kerajaan Negeri Kelantan yang sedia ada.

Jika tidak, percayalah, Mustapa juga akan digugurkan dan digantikan dengan orang lain kerana soal berubah kepimpinan di Kelantan memang sudah kerap sangat. Cuma, ia berkisar dengan orang itu, itu juga dan tidak nampak muka baru diberi kepercayaan dan ditonjolkan.

Silap-silap selepas ini, Annuar Musa dilantik semula kerana Anuar yang berjaya mempopularkan dirinya melalui bolasepak, masih dilihat berminat mahu menjadi orang penting dalam politik Kelantan. Setelah beberapa kali ditolak pengundi, dia masih belum serik dan tidak bersedia meninggalkan kerusi Ketua Bahagian Ketereh. Persoalannya, apakah rakyat Kelantan mahu menerimanya? - SAFAR JUMAAT

GEMPAR SABAH: Pakatan Rakyat terus unggul di Sabah - Terbaru Umno lumpuh di Tenom!



BERITA 1

KUBU UMNO DI SINALUNG LEBUR

SATU demi satu kubu kuat UMNO di Tenom lebur oleh kebangkitan kesedaran rakyat akan makna merdeka dan intipati sebenar berpolitik. Kali ini penduduk Kampung Sinalaung, Kemabong, Tenom telah meninggalkan parti keramat orang Melayu; yang selama ini mendakwa kononnya membela kepentingan rakyat Sabah, untuk menyertai PKR di hadapan Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman.

Menurut Ketua Ranting Kg Sinalaung, Kamiang Tumu, penduduk kampung telah mulai bosan dan jemu dengan sandiwara semasa kepimpinan Barisan Nasional yang hanya menjaga kepentingan diri mereka bersama-sama kroni-kroni mereka sahaja. Penduduk kampung menyatakan pendirian mereka secara tulus dan ikhlas kepada, Halik Zaman.

Halik dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada penduduk kampung yang mengalihkan kepercayaan mereka kepada PKR. Beliau juga menyatakan kesanggupan PKR untuk membela dan memperbaiki nasib mereka seandainya diberikan peluang memerintah Sabah dan mengambil alih tampuk pemerintahan Negara Malaysia pada pilihanraya umum ke 13 kelak.



Halik turut melahirkan rasa sedihnya berhubung kebajikan penduduk kampung yang terbiar sekian lama, sedangkan kepimpinan BN Tenom dan kroni-kroni mereka mewah dan senang-lenang di atas kesusahan penduduk kampung.

Dalam keadaan penduduk kampung terpaksa bertungkus-lumus untuk meneruskan kehidupan mereka, YB-YB BN dan kroni-kroni asyik menimbun kekayaan dan menjana kemewahan hidup mereka.

“Kita dapat lihat dengan jelas, modus operandi kepimpinan BN hanyalah untuk mengejar projek-projek yang hanya memberikan keuntungan kepada mereka dan kroni sahaja. Pemimpin-pemimpin BN secara terang-terangan memperjudikan masa depan rakyat demi untuk memenuhkan poket-poket mereka sahaja. Mungkin inilah yang didefinisikan sebagai ‘Poket di dahulukan, pencapaian projek untuk diri sendiri diutamakan’ bagi menggantikan cogankata 1Malaysia.

Turut hadir di program ini ialah Ketua Penerangan Cabang Tenom, Ketua Wanita Cabang, Ketua AMK PKR Cabang Tenom dan beberapa orang Jawatankuasa Cabang.- Sabahkini.net

BERITA 2

PKR BERJAYA TAWAN KAMPUNG RAIMIE UNGGI!



OPERASI memperkasa nadi penggerak PKR Cabang Tenom dilanjutkan lagi ke kampung Mamaitom dan misi mereka menawan kampung tumpah darah Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi terlaksana.

Sambutan yang begitu menggalakkan memberikan signal yang jelas bahawa rakyat Tenom inginkan perubahan terhadap pentadbiran Kerajaan Sabah yang terlalu lembab sehingga mereka merasakan diri mereka bagaikan dikuarantin sejak 47 tahun lalu.

Ketika ditemui oleh Krew Sabahkini.net, penduduk kampung berkenaan menyatakan bahawa mereka kini bertekad ingin melakukan perubahan kerana mereka tidak gentar lagi menghadapi ugutan atau amaran dari sesiapa pun kerana telah membulatkan tekad menyertai PKR.

Penduduk kampung ini menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi dan seharusnya kebebasan bersuara dan memilih tidak dipertikaikan sama sekali oleh kepimpinan UMNO/BN dan kroni-kroninya, Ketua Kampung dan JKKK yang dianggap sebagai ‘Pak Turut’ dan boneka BN. -

Kenapa Pemimpin UMNO taknak mati dalam UMNO?

Pengasas UMNO sendiri taknak mati dalam UMNO. Datuk ONN mati diluar UMNO. Tunku Abdul Rahman selaku pengistihar kemerdekaan mati dalam perjuangan Parti Semangat 46, bukan dalam UMNO. Termasuk Hussein ONN. Ghaffar Baba sahaja yang agak setia, yang mati dibungkus kerandanya dengan bendera UMNO.

Manusia ini biasanya apabila usia sudah dipenghujung, ketika keinginan untuk berkuasa, memiliki harta dan pengaruh nafsu sudah kendur, nescaya mereka akan membetulkan haluan kehidupan. Mereka akan memilih jalan pulang kepada Tuhannya. Mereka akan mula bertaubat. Itu kepada yang perjalanan hidup yang normal. Tetapi kalau mati dalam keadaan terkejut itu lain ceritalah.

Bagi ahli politik yang bergelumang dengan perjuangan dengan harapan dan cita-cita mereka sepatutnya mereka bangga mati dengan perjuangan semsa muda mereka. Tetapi apabila perjuangan mereka itu sendiri tidak membuahkan hasrat dan matlamat perjuangan, nescaya jiwa mereka meruntun untuk merasa kecewa untuk meneruskan perjuangan.

Dr Mahathir sendiri pun dah keluar dari UMNO tetapi membuat U-Turn semula. Itu pun ia menghamburkan kekecewaannya menyalahkan pemimpin yang "berjurus dan betul bendul" iaitu Abdullah Badawi. Untuk dijadikan kambing hitamnya atas kegagalan UMNO. Kita tunggu adakah Dr Mahathir dan Abdullah Badawi selesa mati dalam perjuangan UMNO???
Ialah masa depan. belum tentu lagi!

Penulis sendiri biasa berbual dengan veteran UMNO. Ketika mereka sudah tiada jawatan dan tiada kepentingan. Ketika jiwa dan akal tenang daripada gejolak nafsu muda yang berkeinginan pangkat dan kuasa. Gah dan dipuja. Mereka cukup kecewa dengan UMNO. Mereka tahu buruk baiknya sehingga ke tali perut UMNO. Kesimpulan yang dibuat UMNO adalah parti cari makan. Bukan parti untuk hidup dan mati bersamanya. Bukan parti dunia akhirat.

Lain dengan Parti PAS. Semenjak penubuhan Parti SERIKAT ISLAM 1926 di Beserah, Kuantan lagi ianya meletakkan asas dan perjuangan yang selari dengan fitrah iaitu Islam. Cuma kembang dan kuncupnya perkembangan partinya tetapi asas pejuangan sentiasa subur. Setelah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong, antara kepimpinan SERIKAT ISLAM di Terengganu dibuang ke Mekah oleh Penjajah setelah peristiwa perang diPadang kacung, juga syahidnya Tok Janggut di Kelantan, timbul pula PARTI HIZBUL MUSLIMIN di Gunung Semanggol, Perak. Setelah pimpinan mereka termasuk Abu Bakar al-Bakir ditangkap kemudiannya lahir pula PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) sehingga pejuangan ke hari ini telah membariskan mereka-mereka yang sanggup memperjuangkan apa sahaja demi pejuangan bersama PAS ini. Harta-benda, masa, bahkan nyawa diberi percuma tanpa bayaran demi perjuangan PAS. Mereka juga sanggup dipenjara, dibuang daerah, ditukar jawatan, sanggup menghadapi kerenah dan tribulasi kezaliman pimpinan UMNO terhadap mereka. Kenapa?

Cuba Tanya para pemimpin UMNO dan pengikutnya? Kalau tiada wang adakah nadi UMNO kini akan berdenyut. Mustahil jawapnya. Kalau tahun 1946 dulu mungkin ya. Tetapi kini?? Parti Semangat 46 telah membuktikan. Apa nyawa UMNO di Kelantan? Duit! Duit! Duit! Di mana kau Duit! Sebab itulah apabila mereka sudah semakin tua dan duit sudah bukan matlamat… nescaya dia akan merasa boasan dan kecewa dengan pejuangan, masa, dan pengorbanan bersama UMNO selama ini. Apatah lagi pemimpin mereka bertelingakan satu dan lidahnya ada dua. Apa yang dirasai oleh Datuk Karim Ghani, itulah yang dirasai oleh ramai bekas ahli UMNO yang ramai mengganggotai PAS demi perjuangan fitrah dan demi kepentingan Islam. Perjuangan yang selesa sehingga kepenghujung usia. Pejuangan dari dunia membawa ke akhirat. -Sumber


Ahli Politik Veteran Karim Ghani Keluar Umno

KOTA KINABALU: Seorang ahli politik veteran utama yang membawa Umno masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani, mengumumkan beliau keluar dari parti itu, Isnin. Karim adalah antara bekas pemimpin Usno (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan membawa Umno masuk ke Sabah pada 1990an. Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno.
Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini.

"Saya telah keluar dari Umno berkuat kuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai," katanya pada sidang akhbar di sini. Karim berkata beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.
Bekas naib presiden Usno itu menyertai kumpulan yang setia kepada Usno yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan Usno.

Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin Usno merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka. - BERNAMA

Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un Pak berahim Ali....

http://4.bp.blogspot.com/_RwuZC2IMZxc/TLvLJsDMCAI/AAAAAAAADfQ/-Nmw9G45KMk/s1600/belahkatak.jpg
gambar hiasan





Alhamdulillah...selamat Encik Berahim Ali manjalani pemembedahan jantung, Mulai ari ini teman nak angkat bendera putih dengan Encik Ibrahim Ali, tak nak kutuk buat semantara waktu biar Encik ibrahim Ali berehat dan teman doakan Encik ibrahim Ali tabah menghadapi ujian Allah.

Teman berpesan kepada diri teman dan semua pembaca dari Allah kita datang kapada Allah kita kembali (inalilah wa inna ilaihirajiun ), ini hari encik Ibrahim mungkin esok giliran kita pula,

kepada encik Ibrahim Ali teman mendoakan semoga cepat sembuh dan jangan tinggalkan kami.....

bukan apa ...teman nak tengok keputusan PRU 13 Pasir Emas, kalau engkau pergi dulu tak syok tak ada ughmm....So berehat makan ubat ,tenangkan pikiran serta relax jangan difikirkan masalah melayu dan politik sememtara waktu..nanti bentan pulak jantung tu.....Batu vs Kayu


KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali selamat menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini hari ini.

Ketua Penerangan Wira Perkasa, Nurul Izham Anuar berkata, Ibrahim berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kerumitan selepas pembedahan yang bermula kira-kira pukul 10 pagi tadi dan berakhir 4 petang.

"Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, isteri dan anggota keluarga Ibrahim serta anggota Perkasa turut berada di hospital semasa pembedahan itu berlangsung.

Ibrahim mengadu berasa tidak sihat sejak tiga minggu lepas namun hanya membuat pemeriksaan kesihatan di hospital itu tiga hari lalu.-Bernama

Dasar Pakatan Rakyat



1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

B – Pemisahan Kuasa

C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

A – Ekonomi Kemahiran Tinggi

B – Ekonomi Demokratik dan Telus

C – Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

E – Tenaga Kerja

F – Jaringan Perlindungan Sosial

G- Perumahan

H- Prasarana dan Kemudahan Awam

I- Alam Sekitar

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

A – Perpaduan dan Keadilan Sosial

B – Agama

C – Pendidikan

D – Wanita dan Institusi Keluarga

E – Golongan Muda

F – Keselamatan

G – Kesihatan

H- Kebudayaan

4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

A – Sistem Persekutuan

B – Sabah dan Sarawak

C – Dasar Luar Negara

MUAFAKAT RAKYAT

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

B – Pemisahan Kuasa

Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

i. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

ii. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.

iii. Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.

iv. Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.

v. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).

vi. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.

vii. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.

viii. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.

ix. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

i. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.

ii. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.

iii. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.

iv. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.

v. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.

vi. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

A – Ekonomi Kemahiran Tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menjamin peluan pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.

ii. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti..

iii. Menggalakkan warga neraga yang professional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan suasana kerja yang professional dan menarik.

B – Ekonomi Demokratik dan Telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mapan serta menghakis daya sain negara.

Pakatan Rakyat akan:

i. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.

ii. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.

iii Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

C –Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

i. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

ii. Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.

iii. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang

iv. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

i. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.

ii. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.

iii. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.

iv. Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.

v. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.

vi. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan

E- Tenaga Kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

i. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

ii. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.

iii. Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.

iv. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.

v. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.

vi. Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

vii. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

F – Jaringan Perlindungan Sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

i. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.

ii. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.

iii. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

Tokoh UMNO Sabah, Karim Ghani Keluar Parti

Ahli politik veteran yang membawa Umno ke Sabah, Datuk Karim Ghani, hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Beliau adalah antara bekas pemimpin parti Usno, termasuk Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan penting membawa Umno ke negeri itu pada 1990-an.

Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno bertapak di Sabah.

Karim berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat parti itu di Kota Kinabalu, awal hari ini.

Beliau berkata, keputusannya untuk meninggal Umno itu berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, beliau akan kekal tanpa parti sehinggalah menemui parti politik yang sesuai untuk disertainya.

Karim berkata, beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

- Bernama

Lebih 100 Pasangan Telah Di Tangkap Khalwat selepas Konsert Rock Red On Black Di Kuantan

Susulan kegagalan kerajaan UMNO BN di Pahang untuk membatalkan sebuah konsert rock yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan baru-baru ini (15 Okt), maka difahamkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bahawa lebih 100 pasangan remaja telah ditangkap khalwat pada malam itu.

Soalnya kenapa ini berlaku?. Kerana kealpaan pihak yang meluluskan lesen penganjuran terebut biarpun ia diadakan secara tertutup. Konsert anjuran Red On Black Sdn Bhd itu khabarnya telah dihadiri oleh hampir lima ribu orang peminat rock dari seluruh negeri Pahang. Malah ada juga peminat yang datang dari luar seperti Terengganu, Kelantan, Johor, Kuala Lumpur dan sebagainya. Mereka sanggup datang dari jauh dan membeli tiket yang berharga RM57 semata-mata ingin menyaksikan Ratu Rock Ella, kumpulan Wings dan Search beraksi atas nama "Red On Black". Penonton telah berpusu-pusu memenuhi stadium sekitar jam 7.00 malam, biarpun konsert dijadualkan bermula pada jam 9.00 malam.

Pujian haru diberikan kepada Dewan Pemuda PAS Pahang atas iniseatif mereka mengedarkan risalah "Memo Bantahan Konsert Red On Black". Biarpun cuba dihalang oleh pihak polis atas alasan konsert berkenaan mempunyai permit dan tindakan PAS berkumpul itu tiada permit. Namun, mereka berjaya juga meneruskan agenda menyebarkan risalah berkenaan. Turut bersama dalam edaran tersebut ialah Ustaz Fadhli Ibrahim, Ustaz Nazri Ahmad dan Ustaz Fadzil Nor iaitu barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang.

Soalnya sekarang, apakah hasilnya daripada konsert tersebut?. Akhirnya 100 pasangan berjaya ditangkap gara-gara berkhalwat selepas mereka terpaksa bermalam di hotel-hotel bajet sekitar bandar Kuantan. Majoriti mereka yang ditangkap adalah peminat rock yang telah menyaksikan konsert berkenaan. Maknanya, terbuktilah bahawa konsert berkenaan berbentuk maksiat dan mencemarkan maruah Agama Islam itu sendiri sebenarnya.


Pemimpin dan anak muda PAS yang hadir untuk edar risalah hari itu

Ustaz Fadli Ibrahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang
memberikan taklimat sebelum edaran risalah bantah konsert dijalankan

[Inilah akibatnya bila ada pemimpin yang tidak mahu mendengar pesanan orang agama. Di bawanya konsert maksiat yang langsung tidak memberi manfaat kepada generasi muda terutamanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu. Masalahnya, konsert rock diberikan permit tetapi bila ada pihak mahu adakan program agama mereka menghalang dengan berbagai cara.

Apakah ini caranya untuk melahirkan generasi muda yang beriman, berakhlak dan berbudi pekerti yang tinggi. Konsert rock yang pada mulanya sekadar untuk hiburan akhirnya dijadikan
"malam habuan" oleh anak muda yang sudah khayal dan mabuk dengan alunan muzik tersebut. Lantaran itulah mereka mencari "port hotel cap ayam" untuk melempiaskan hawa nafsu masing-masing.

Siapa yang harus bertanggungjawab dengan dosa yang dilakukan itu. Sudah pastikah pihak penganjur, pihak yang meluluskan lesen dan pihak berkuasa yang membenarkan dan tidak menghalang ia diadakan. Jawablah nanti diakhirat kelak, siapa yang akan tanggung dosa kejahilan mereka itu agaknya]. -PahangDaily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .