Ikuti Blog ini

'Kerjasama langit dan bumi' buahkan kejayaan

KUALA LUMPUR - Pengarah Pusat Reformasi Sistem Pilihan Raya PAS (Ceri), Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif berpandangan 'kerjasama antara langit dan bumi' iaitu munajat secara besar-besaran yang dipohon oleh setiap individu rakyat Kuala Terengganu memberi kejayaan besar PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Selain itu katanya, kerjasama mantap antara Pakatan Rakyat yang menggambarkan imej perpaduan telah mencipta satu suasana politik yang menyebabkan seluruh masyarakat di Kuala Terengganu terlibat sama dalam proses pilihan raya yang penting.


Di samping itu katanya, pecahan dalaman BN juga merupakan salah satu faktor parti tersebut ditolak oleh pengundi-pengundi Kuala Terengganu.



"Bermula daripada calon pilihan Menteri Besar Terengganu yang tidak dipilih, sebaliknya Dato' Wan Farid yang dipilih mewakili parti tersebut. Di situ kita sudah nampak perpecahan dalam BN. Selain itu juga, pesonaliti Wan Farid yang dilihat tidak mesra rakyat menyebabkan beliau sukar diterima rakyat Kuala Terengganu.


"Jelas sekali papan iklan yang dipasang di seluruh Kuala Terengganu yang menunjukkan beliau sama-sama bersimpuh dengan masyarakat, adalah untuk menghakis imej beliau yang tidak mesra rakyat itu. Masyarakat Kuala Terengganu telah tertanam dalam minda mereka tentang sikap Wan Farid yang kurang mesra dan bersifat 'elitis'," katanya, sewaktu dihubungi.


Jelasnya, sikap elit Wan Farid menyebabkan beliau tidak mempunyai kekuatan dengan 'grass root' dan 'hilang sentuhan' dengan pengundi-pengundi.


kuala terengganu by election 170109 victory pc Sementara itu, Wan Abdul Rahman turut berpandang salah satu faktor tumpasnya BN di Kuala Terengganu adalah kerana mereka tersilap dalam menyediakan 'peluru' yang mana lawannya mungkin disangkakan antara Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Wan Mutallib Embong.


"BN tersilap menyediakan 'peluru' untuk 'menembak' salah seorang individu ini. Rupa-rupanya yang menjadi calon adalah individu yang tidak disangka mereka. BN menjadi keliru dan tidak sempat menyediakan 'peluru' untuk 'menembak' Abdul Wahid," katanya.



kuala terengganu by election 170109 wahid victoyDalam pada itu, mengulas mengenai peratusan pengundi muda yang dikatakan agak rendah, berdasarkan pengamatannya yang turut terlibat secara langsung dalam tinjauan sepanjang proses pengundian berlangsung, katanya, pengundi muda yang membuang undi merupakan penyokong PAS.


"Biasanya golongan muda ini anti-establishment. Sepanjang proses pengundian, saya melihat kebanyakan pemuda-pemuda membawa bendera PAS. Hanya sebilangan kecil sahaja yang membawa bendera BN. Di sini kita dapat lihat kecenderungan golongan muda. Tidak semua orang muda tidak mengundi. Tetapi yang mengundi itu pangkah PAS," katanya.

'Jangan putus hubungan dengan Allah' - Abdul Wahid Endut



KUALA TERENGGANU - Mohd Abdul Wahid Endut yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan agar para petugas parti supaya terus menjaga hubungan dengan Allah dalam memastikan keberkatan dalam setiap usaha dijalankan.


Demikian ucapan sulung beliau dalam satu majlis bersama petugas dan penyokong Pakatan Rakyat di markaz PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai selepas majlis pengumuman calon selesai di Stadium negeri, Kuala Terengganu semalam.


"Terdapat banyak syarat yang membolehkan kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini, dan selepas menang kita perlu terus konsisten menjalankan gerak kerja.


"Jangan putus hubungan dengan Allah," tegasnya.


Beliau berkata, usaha dan inisiatif yang dibuat oleh PAS Kelantan seperti mengadakan majlis solat hajat, munajat dan sebagainya merupakan contoh terbaik yang diambil bagi memastikan kemenangan yang dicapai terus diberkati Allah.


"Kita belajar daripada Kelantan, yang memperolehi kekuatan dengan cara tarbiyah seperti ini," katanya.


Adun Wakaf Mempelam itu turut mengingatkan semua pihak bahawa banyak daripada mereka yang mendapat kuasa tidak dapat menahan diri dengan ujian kemenangan.


"Sedangkan itu merupakan prasyarat utama agar Allah memberikan kemenangan,"


"Kita berharap agar Allah akan memberikan kemenangan kepada kita untuk menjadi kerajaan di negeri Terengganu ini," ujarnya sambil disambut lauangan takbir.


Abdul Wahid juga tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk petugas Pakatan Rakyat termasuklah petugas daripada negeri-negeri yang bertungkus lumus dalam menjayakan pilihan raya ini.


Untuk itu katanya, beliau akan turun ke setiap UPU bagi mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan petugas-petugas daripada dalam dan luar Kuala Terengganu.


Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dan Timbalannya Ustaz Abu Bakar Chik.




TAHNIAH YB-YB WAHID ENDUT


Saya mengucapkan tahniah kepada YB-YB Mohd Abdul Wahid Endut di atas kemenangan beliau menumbangkan BN yang bongkak dan sombong di Kuala Terengganu. (2 kali YB).
Kemenangan beliau merupakan kemenangan yang amat manis dan besar ertinya kepada rakyat Terengganu dan Malaysia. Lebih-lebih beliau diberitakan memenangi semua 4 DUN dalam PRK ini. Rakyat Terengganu mula sedar kesilapan mereka memilih BN menjadi kerajaan Negeri pada PRU 2008. Tahniah juga buat rakyat Terengganu di atas kehebatan saudara/i semua berfikir dan menolak parti yang jelas tidak menjaga kedaulatan Islam, Bahasa Melayu dan rakyat.

Diharapkan kerajaan BN dapat memansuhkan PPSMI dengan penolakan rakyat kepada BN kali ini. Juga saya menggesa kerajaan lebih demokratik dan menjaga kebajikan rakyat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Semoga rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PR pada pilihanraya akan datang.

Kepada BN dan pemimpinnya sedarlah bahawa kuasa di tangan rakyat. Rakyat mula sedar bahawa mereka berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin dan parti yang bongkak dan sombong.
Syabas juga buat SPR diatas perjalanan pilihanraya yang baik walaupun banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kejayaan mereka mengisytiharkan keputusan lebih awal menggambarkan bahawa SPR di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Aziz Yusof jauh lebih baik dari pimpinan Rashit.

Kepada pasukan Polis rakyat mengharapkan jangan duit rakyat dihabiskan untuk tujuan pilihanraya seperti ini. Tidak ada gunanya menghimpunkan sehingga 10,000 anggota untuk bertugas sedangkan rakyat sekarang sudah matang. Banyak duit rakyat dibazirkan untuk menampung keperluan anggota Polis selama hampir 2 minggu di Kuala Terengganu. Walaubagaimana saya mengucapkan syabas kerana Polis berjaya memastikan PRK kali ini berjalan dengan lancar dan baik walaupun ada juga beberapa insiden yang tidak mengembirakan penyokong PAS.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kemenangan yang amat bermakna buat sebuah pertubuhan yang begitu komited untuk menegakkan syiar Islam di negara ini.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kemenangan yang amat bermakna buat sebuah pertubuhan yang begitu komited untuk menegakkan syiar Islam di negara ini.Semoga kemenangan ini akan mengukuhkan lagi martabat dan kedudukan Islam di mata rakyat Malaysia.





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .