Ikuti Blog ini

Uncle Seekers ditahan semula hari ini dibawah Akta Hasutan yang Najib kata akan mansuhkan semalam..



Semalam.. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

“Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini - myMetro

Tetapi hari ini.. sekali lagi Najib dibuktikan bercakap tak serupa bikin atau mungkin juga cakapnya itu langsung tidak diambil peduli oleh PDRM.

Sama juga seperti ISA yang diumumkan kononnya dimansuhkan padahal masih ada lagi tangkapan dan penahanan dibawah akta tersebut.. begitu juga dengan  Akta Hasutan 1948..

Semalam Uncle Seekers dibebaskan selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya..

Bagaimanapun hari ini.. beliau ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 yang Najib umumkan akan dimansuhkan semalam..

Memang 'Demokrat Palsu' si Najib nih! cakap nak hapuskan tapi tidak hapuskan.. cuma tukar nama saja  contohnya penggantian ISA dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan pengenalan Akta Keterangan (Pindaan) 2012...

Polis tahan semula Uncle Seekers bawah Akta Hasutan

JOHOR BAHRU - Polis menahan semula pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Katanya dia ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas.

Polis hari ini telah mendapatkan perintah mahkamah untuk meremannya selama tiga hari sehingga Sabtu ini, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut.

Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung 64 entri di dalam blog terbabit," katanya.

Ismail berkata teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Beliau berkata polis juga sedang menjalankan siasatan terhadap dua lagi rakan Syed Abdullah yang kini ditahan reman selepas kedua-duanya ditahan di Jalan Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka, 8 Julai lepas.

Terdahulu, Syed Abdullah yang berpakaian lokap tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu dengan diiringi anggota polis IPD Nusajaya kira-kira pukul 1.50 tengah hari dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira 4 petang.

Permohonan reman dilakukan di hadapan Majistret Maslinda Selamat dan Syed Abdullah diwakili peguam D.Thiru Kumar. Syed Abdullah, 46, ditahan polis bersama wanita berumur 26 tahun terbabit di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pada pukul 9.45 malam, 4 Julai lepas. Pada 1 Julai lepas,

30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - Bernama

Antara Video Termahal di dunia ...?


Selangor Bakal Negeri Pertama Sediakan WIFI Untuk Seluruh Masjid Dan Surau



Shah Alam : Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan kesemua masjid dan surau di negeri ini mendapat kemudahan wifi percuma.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan.

“Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri (DNS).

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan.

“Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan,” katanya.

Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria.

Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej.

“Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi,” katanya. -selangorku

Muhyidin dimalukan banner rasminya diturunkan






PANASS! Keadaan tegang ptg td di kg sg seputih,selama perak. lebih 300 penduduk kg keluar mempertahankan ratusan bendera dan pintu gerbang yg akan diturunkan pihak berkuasa tempatan sempena lawatan TPM esok...tahniah rakan2 kita di Perak, tetap semangat!! bila time bendera depa, polis buat xtau, kali ni pertahan hak!
Bukti rakyat sekarang sudah pandai undang2. Mana boleh program kerajaan digunakan utk politik dan letak lambang parti? Setelah berpuluh bendera PAS diturunkan oleh pihak MDS di Kg Sg Seputeh, Selama, Perak. Pemuda PAS kg tersebut menuntut janji MDS untuk menurnkan semua logo parti sempena kedatangan muhyidin, maka dengan berat hati terpaksalah banner muhyidin dan najib yg ada logo bn pun diturunkan oleh pihak MDS apa la umno nie..... bendera pun takut, tempat lain rileks jerk.....

TG Nik Aziz lancar buku 'Bertemu Janji Allah'


SHAH ALAM: Buku kompilasi kuliah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘Bertemu janji Allah’ selamat dilancarkan oleh beliau sendiri baru-baru ini.

Buku yang dianggap segar sepanjang zaman ini adalah himpunan kuliah-kuliah Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan sempena Pesta Buku Selangor yang berlangsung di SACC Mall 8 Julai lepas.

Turut hadir pada majlis tersebut, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.

Buku ini terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd dan boleh didapati disemua kedai buku seluruh negara.

Ia boleh juga dipesan secara online melalui www.kemilau.net.my.
Buku berkulit keras ini adalah buku pertama terbitan syarikat ini yang dicetak di Indonesia. Ia dijual dengan harga RM39.00. -Hrkh

Pelik, Tiada Ahli Keluarga & Sahabat Hadir Di Upacara Pengebumian Khalil Afandi



Polis Urus Jenazah Blogger

Serdang: Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlansung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam.

Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut.

Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan seseipa pun hadir pada upacara tersebut.

"Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak satang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya.

Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM.

Masalah timbul apabila tidak ada seseiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM.

Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi.

Polis Kenal Pasti Individu Hantar "Imam Mahadi" Ke Bangunan JPM


KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.

"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.
- BERNAMA

Panass...Usaha Jahat "Kantoi"kan Ustaz Azhar Idrus..

Ini kisah sedih idola gua Ustaz Azhar Idrus sewaktu beliau hendak buat program di Grek baru-baru ni.Punyalah susahnya nak dapat kelulusan daripada peguasa sekular ala Hosni Mubarah ni..

Kisahnya bermula..(Macam cite Hikayat Sang Merong lak beb..ha3 ) apabila permohonan untuk mengadakan ceramah di Padang Lapangan Terbang Tentera di Grek dilakukankan,maka bermulalah detik-detik mengerikan dan menggeramkan..

Kalau nak ikutkan..segalanya berjalan dengan izin Allah,seperti apa yang dirancang..mengikut maklumat Majlis Daerah Grek,Pihak Polis,Pejabat Agama Grek dan penjaga Padang Lapangan Terbang Tentera di Grek pun semuanya memberikan isyarat "Line Clear"...Alhamdulillah dan bersyukurlah penganjur kerana segalanya berjalan lancar.

Namunnnn..apabila tinggal lagi 2 hari saja beb program nak on..maka puak-puak keris tak bersarung ni mulalah gatal pungkok tak boleh nak tenang jiwa apabila difikirkan puluhan ribuan manusia akan hadir dalam program UAI nanti..sudah pasti ini akan menggugat sokongan masyarakat kepada puak keris telanjang ni..maka kepala puak ni pun dah jadi biul dan masuk angin...

Maka dipanggillah Ketua Polis Grek dan dipertikaikan mengapa boleh bagi kelulusan??Maka..jalan terakhir kut-kut boleh sangkut program ni,Pihak polis diarahkan untuk mendapatkan kelulusan pemilik sebenar Tanah Lapangan Terbang dan Kebenaran bertulis dari Pejabat Mufti Perak.

 Fuhhh..Penganjur pening kepala beb..cuma tinggal 2 hari program nak On..Maka pergilah penganjur ke Ipoh mencari siapa tuan punya Padang yang sebenarnya..Maka berjumpalah pihak penganjur dengan tuan punya Tanah..dengan bicara yang santun kerana agama Allah..Pihak tuan tanah dengan berbesar hati membenarkan pihak penganjur untuk mengadakan progran UAI tersebut...Semasa hendak pulang,salah seorang AJK penganjur bertanya kepada tuan yang diamanahkan menjaga tanah itu.."Apakah sebelum ini setiap program seperti konsert atau karnival perlu memohon kebenaran daripada pihak tuan..??" Jawab yang punya tanah,"Dah Puluhan Tahun pelbagai pihak menganjurkan pelbagai program di tanah tersebut tak pernah sama sekali mereka dikehendak meminta kebenaran seperti hari ini.."katanya dengan senyum sinis.


Kemudian pihak penganjur terpaksa pulak mengadap Pak Mufti di pejabatnya..namun malang Pak Mufti tidak ada...kebenaran akan hanya diberikan oleh Pejabat Mufti keesokan harinya..iaitu hari akhir sebelum program bermula..fuhh..suspen habis beb..Esok paginya sampailah kebenaran dari mufti melalui faks seperti yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat Islam Grek..Benarlah kata Allah "Kamu merancang tipudaya,sesungguhnya tipu daya Allah Maha Hebat."..Rupanya hebat sungguh Insan yang bernama UAI di mata musuh-musuh Islam..Takbirrrrr...

PAS kepada Ikhwan: Kemenangan beri inspirasi kepada semua


(Rombongan Presiden PAS bertemu Dr Mehdi Akif, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di rumahnya)

KAHERAH: Kemenangan pergerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir memberi inspirasi bukan sahaja kepada PAS, malah seluruh parti Islam di seluruh dunia.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan ini juga penting kepada politik Islam memandangkan Mesir merupakan sebuah negara yang terlibat dalam percaturan kuasa-kuasa besar politik dunia.

"Kedatangan ini satu penghargaan kepada gerakan Islam di Mesir khususnya Ikhwan atas kemenangan yang dicapai.

“Kemenangan ini tidak sama dengan kemenangan gerakan Islam di tempat lain kerana faktor georafinya, politiknya, jumlah kependudukannya yang ramai dan kebergantungan kuasa barat terhadapnya,” katanya.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan dengan mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif di kediamannya di sini semalam.

(Dr Mehdi Akif bercakap intim dengan Ustaz Abdul Hadi dan Dr Syed Azman)

Selain menyampaikan penghargaan dari PAS, pertemuan itu juga bagi mendapat gambaran sebenar perkembangan di Mesir khususnya terhadap laporan media yang menggambarkan sedang berlaku pertembungan antara Mohamed Mursi dengan tentera.

Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat serta wakil rombongan Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Speaker Dun Kelantan Datuk Nassruddin Daud.

Dalam pada itu, Mehdi Akif berpendapat, kemenangan gerakan Islam di Mesir termasuk Presiden Dr Mohamed Mursi merupakan perancangan dan kekuasaan Allah SWT.

Katanya, jika dilihat dari segi logik, memang sangat sukar untuk gerakan Islam Mesir termasuk Mohamed Mursi untuk menang dalam keadaan tekanan dan perancangan jahat dari pihak musuh.

“Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah yang melangkau semua perancangan pihak-pihak yang tidak mahu gerakan Islam menang di Mesir.

“Tiga bulan sebelum pilihan raya presiden, media masa serang Ikhwan sama ada dalam mesir dan luar. Maknanya kalau melihat kepada keadaan, dari segi logiknya memang sukar untuk Ikhwan dan parti Islam menang pilihan raya,” katanya.

Mengulas laporan media tentang perkembangan semasa Mesir, Mehdi Akif berkata keadaan sebenar yang berlaku tidak seteruk  apa yang dilaporkan.

Sebaliknya, pentadbiran Mohamed Mursi sangat menghormati institusi di bawah kerajaan termasuk tentera, kehakiman dan perlembagaan negara.

Sementara itu, pertemuan hari ini adalah bersempena lawatan rasmi Presiden PAS ke sini selepas Ikhwan berjaya mencapai kemenangan dalam pilihan raya lalu.

Bertemu pelajar



Selain bertemu pimpinan Hamas dan Ihkwan, Tuan Guru Abdul Hadi malam tadi turut dijemput ke program dialog bersama mahasiswa Malaysia di sini.

(Antara pelajar Malaysia di Mesir yang mendengar ucapan pemimpin PAS)

Hampir 3,000 mahasiswa dari seluruh Mesir hadir dalam pertemuan itu yang disifatkan jarang-jarang berlaku.

Malah himpunan mereka semalam juga berjaya mengutip sumbangan lebih RM8,000 yang diserahkan kepada Presiden PAS untuk membantu dana pilihan raya. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .