Ikuti Blog ini

PAS TIDAK BERMINAT BINCANG DENGAN UMNO - SU AGUNG PAS



KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini. Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat. -(harakahdaily)

(Sebenarnya UMNO masih menaruh harapan terhadap PAS demi survival UMNO di negara ini. Umum mengetahui bahawa UMNO di peringkat barah tahap 3 dan sedang menuju ke tahap 4. Oleh itu, apabila idea kerajaan perpaduan (yang sebenarnya bukan dari PAS pun) dilontarkan kepada media, UMNO telah cuba menjadikan isu tersebut sebagai satu talian hayat yang terakhir. Berikutan dengan kenyataan Dato' Mustafa Ali iaitu PAS tidak berminat langsung untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan UMNO maka diharap isu ini dapat diredakan di kalangan ahli PAS, ahli Kelab Penyokong PAS dan masyarakat umumnya. Kepada UMNO, talian hayat mereka telah terputus dan sedang menanti ajal tiba. Goodbye UMNO..!)



PAS UMUM CALON MANEK URAI PADA 26 JUN INI (JUMAAT)


KUALA LUMPUR - PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi.

Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.


Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.

Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.

"Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya ketika dihubungi.



BRAVO AHMADINEJAD!!!

Ringkas..... tepat dan padat!!! Itu lah jawapan Presiden Iran Ahmadinejad kepada soalan yang diajukan oleh seorang wartawan daripada Jepun kepada nyer...

"Presiden Ahmadinejad...,kenapa anda masih mempertahankan perkembangan teknologi nuklear Iran yang mengancam kedamaian dunia?" soalnya.


"Anda seharusnya lebih khuatir terhadap negara yang pernah menjatuhkan bom nuklear ke negara anda, berbanding bimbangkan nuklear Iran."

Bravo!! Bravo!! Bravo!! Ha ha ha ha ha ....!!!

Ambik kau sebijik!! Satu jawapan yang, kena buku dengan ruas.



Krisis Perak: Biar panel 11 hakim tentukan, kata Nizar



Lagi video TVPas - Nizar rayu penghakiman semula, minta maksima 11 hakim

nizar jamaluddin court 190609

Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat mahukan panel penuh 11 hakim Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan beliau untuk membatalkan pengisytiharaan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Menurut Nizar, panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi kepada mahkamah untuk menyampaikan keputusan yang adil dan saksama bagi merungkai krisi Perlembagaan Perak.

Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan hari ini bagi membatalkan keputusan mengejut Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Tiga hakim berkenaan membuat keputusa itu dalam tempoh lima minit pada bulan lalu dan sekali gus mengejutkan ramai pengamal undang-undang, bekas hakim dan rakyat keseluruhan.

Mereka telah berjanji untuk mengemukakan hujah bertulis bagi menyokong keputusan bingkas itu namun gagal berbuat demikian sehingga menyulitkan rayuan Nizar untuk membatalkan keputusan berkenaan.

Nizar tiba di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan sekitar jam 3.00 petang nanti bersama peguam Leong Cheok Keng.

Rayuan berkenaan akan didengar pada 9 dan 10 Julai depan.

“Saya menggesa Ketua Hakim Negara untuk menampilkan 11 hakim bagi mendengar permohonan ini untuk tidak menghampakan rakyat Malaysia yang meletakkan harapan pada Mahkamah Persekutuan untuk menyampaikan penghakiman yang adil dan saksama,” kata Nizar.

“Rakyat Malaysia mengharapkan kebijaksaan Mahkamah Persekutuan untuk merungkai kemelut antara Zambry dan saya. Kes ini lebih dari pertempuran politik. Keputusan Mahkamah Persekutuan akan memandu halatuju negara dalam tahun-tahun mendatang, kata Nizar.

“Perbicaraan ini membabitkan bukan sekadar negeri Perak, tetapi seluruh negara yang di bicarakan,” tambah Nizar.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, kerana beliau tidak meletak jawatan atau disabit dengan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Namun Mahkamah Rayuan mengambil sikap Zambry adalah Menteri Besar sah semata-mata kerana perlantikannya diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Nizar kesal dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu tetapi lebih mendukacitakan ialah kegagalan hakim untuk memberi alasan bertulis atas tindakan mereka.walaupun sebulan telah berlalu.

”Amat dikesali kami terpaksa membuat permohonan ini tanpa penghakiman bertulis dari Mahkamah Rayuan. Ini jelas sekali mencemar sistem kehakiman dimana hujah tuntas adalah asas kepada penghakiman,” kata Nizar.

Nizar berkata beliau juga belum diberi hujah bertulis oleh seorang lagi Hakim Mahkamah Rayuan yang paling awal meluluskan permohonan Zambry untuk membeku keputusan Mahkamah Tinggi yang berpihak kepada Nizar. .

“Saya masih menunggu hujah tuntas dari Hakim Ramly Ali, hakim yang mendengar rayuan Zambry secara bersendirian dan membekukan keputusan Mahkamah Tinggi. Sehingga ke hari ini beliau juga masih belum mengemukakan penghakiman beliau,” kata Nizar. TVA

Umno-BN ‘lemas’ hadapi PAS-Pakatan Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/IjtimaBktPayung.JPGMARANG - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan paling ‘cemas’, tidak selesa diambang ‘kelemasan’ menghadapi kebangkitan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Umno hari ini jadikan apa sahaja untuk jadi isu sebab dia (Umno-BN) dalam ‘kelemasan’. Dan terbaru, Kerajaan Perpaduan dijadikan isu untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat,” ujarnya ketika merasmikan Ijtima’ PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong di Masjid Titian Baru, Kedai Buluh, Marang, dekat sini, semalam.

Namun begitu katanya, beliau percaya kepimpinan tertinggi PAS dapat menangani isu-isu tersebut dengan baik dalam masa terdekat ini.


Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu menyarankan Pemuda PAS menyusun strategi bagi menarik sokongan golongan muda bersama parti itu.

“Kita (PAS) mahu peranan Pemuda yang lebih berkesan dengan menyusun strategi untuk menarik sokongan rakyat terutama golongan muda.

“Kita (PAS) mahu orang muda yang ramai ini menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Ini penting, katanya kerana Dun Bukit Payung telah dimenangi oleh PAS dan usaha mempertahankan kemenangan tersebut lebih sukar dari mencapainya.

Menurutnya, ahli serta jentera parti wajar diingatkan kerja mempertahankan kemenangan Islam merupakan satu tanggungjawab wajib dilakukan.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Ustaz Hassan Salleh dan Pengarah MTD Bukit Payung, Ustaz Baharuddin Mohamad.

Seramai 100 anggota yang terdiri dari Unit Amal Marang, Amal Nisa’, Waja dan Muslimat PAS menyertai saf pembarisan sebelum acara perasmian berlangsung di tapak Ijtima tersebut.




Gambar Sekitar Program DSAI Di Bangi










Gua nak cerita lebey-lebey pun gua tak reti beb... ini gambar bukan gua tangkap tapi geng gua dekat Bangi tangkap... yang gua tau kehadiran amat-amat menggalakkan... melimpah ruah sampai keluar dari mangkuk kuah...

Nasib baik sempat lap. kalau tidak, penuh la semut merah dok kerumun "lauk".


Korang paham kan..?


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .